CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

'GAY' Bukan Maksud Homoseksual, Pemilik Nasi Lemak Tidak Sangka Terima Ugutan

[Copy link]
Post time 31-3-2017 03:52 PM | Show all posts
Nampak nau wayang nyer si gay bottom nih....

Dgn lambang gay warna pelanginya + pose selpi gay bottom...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 04:00 PM | Show all posts
kalau ko bodoh, jangan ingat orang lain pun bodoh macam ko..
sekarang tanggung la akibat..
elok-elok dah berniaga, terus tak laku..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:01 PM | Show all posts
org nak beli pun takut disyaki golongan gay jugak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:02 PM | Show all posts
bukan gay konon, yg kau posing maut kat banner tu bukan tanda2 gayah patah riuk ke?

kalau jantan straight tak der nyer nk posing maut gitu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:11 PM | Show all posts
Konon2 ko nak open minded sangat lah.. gi meniaga kat US la kalau nak show off gay ko tu sangat
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:13 PM | Show all posts
mmg la kebetulan boleh amasuk "gerai adi yusuf" tu dgn perkataan gay.....

tapi lenkali boh g.a.y....ni tidak...dgn huruf GAY pastu siap lak kaler LGBT as background tu....apa cita????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2017 04:18 PM | Show all posts
Kenapa ramai yang dengki kat Adi Yusuf, orang cari rezeki halal, saya anggap Adi itu seorang yang cukup kreatif dan pandai melihat pada perkembangan terkini. Kan sebelum ini ada Nasi Lemak Anak Dara, kemudian Nasi Lemak Pondan, jadi tepat sekali lah guna nama 'GAY', sekaligus sesuai dengan kekecohan isu ada babak Gay dalam filem Beauty and The Beast, kan hebat otak Adi Yusuf. Jangan kecam tanpa siasat dan periksa hal yang sebenar. GAY hanya bermaksud Gerai Adi Yusuf, itu saja. Over thinking lag rakyat Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 31-3-2017 03:47 PM
Tgk muka pun mcm hadek bbnu lg..

Hadek bbnu apa. Dah 33 tahun dh.
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Klo gitu besok bukak gerai

Nasi Lemak Butuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:36 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 31-3-2017 03:36 PM
Setuju!!! Logo dia tu je dah menceritakan segalanya pasal homoseksual. Dia ingat rakyat Malaysia m ...

ooo...ye ke tu lambang gay...sorry la aku masih hidup dlm gua

so abam @Changa mesti guna lambang tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
knnk replied at 31-3-2017 04:20 PM
Hadek bbnu apa. Dah 33 tahun dh.

Oo ye ke..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak Sgt kan glemer.. Dhle letak pic selfie huduh tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:48 PM | Show all posts
krustykrab replied at 31-3-2017 08:36 AM
ooo...ye ke tu lambang gay...sorry la aku masih hidup dlm gua

so abam @Changa mesti guna l ...

Iya itu lambang LGBT. Nah gambar khas buat you supaya you mendapat penjelasan yang lebih jelas. Tgk gambar dekat bawah ni then compare dengan logo/colour yg digunakan si penjual nasi lemak gay tersebut. Tgk ada persamaan atau pun tidak?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:50 PM | Show all posts
Pengusaha Nasi Lemak Gay Dakwa Diugut Simbah Asid

http://www.mstar.com.my/berita/b ... aga-nasi-lemak-gay/

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 9:48 AM

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
[email protected]

PETALING JAYA: Pengusaha Nasi Lemak Gay yang mencetuskan kontroversi susulan penggunaan perkataan dan bendera yang melambangkan golongan homoseksual itu mendakwa terpaksa menghentikan sementara perniagaannya selepas menerima ugutan disimbah asid.
Hanya mahu dikenali sebagai Adi Yusuf, pemuda berusia 33 tahun itu menerima panggilan berbaur ugutan yang mengancam dirinya akan ditimpa musibah jika masih terus menggunakan nama tersebut untuk mempromosikan jualannya.

Katanya, ugutan daripada lelaki tidak dikenali itu adalah punca utama perniagaan nasi lemak yang beroperasi di Taman Segar, Cheras terpaksa dihentikan buat sementara.

“Kecam tak kecam atau apa-apa lain, lantaklah. Cuma ugut itu berat untuk saya...kalau nampak depan, muka akan disimbah asid.

“Itu agak menakutkan, memang saya takut,” katanya yang mendedahkan perkara tersebut dalam temuramah pada Khamis.

Ditanya adakah laporan polis dibuat berhubung ugutan tersebut, Adi berkata, dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu.
“Bagi saya, lagi saya melayan dan diperbesarkan, lagi bertambah buruk,” katanya.


Adi menjelaskan bahawa bahawa Nasi Lemak Gay merupakan singkatan kepada Gerai Adi Yusuf.

Pada Khamis, mStar Online melaporkan bahawa operasi gerai Nasi Lemak Gay terpaksa dihentikan sementara selepas menerima pelbagai reaksi dan kecaman.

Adi tampil menjelaskan bahawa Nasi Lemak Gay bukanlah bermaksud lelaki gay atau homoseksual, sebaliknya ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf.

Mengenai lambang bendera Lesbian, Gay, Transgender dan Biseksual (LGBT) yang didakwa terpapar di sepanduk yang digunakannya, Adi berkata, ia sekadar ‘kebetulan’ namun menegaskan sepanduk itu digunakan untuk strategi mempromosikan jualannya.

“Saya tahu bendera itu, tetapi macam yang saya cakap G.A.Y bermakna Gerai Adi Yusuf. Itu yang saya cuba sampaikan.

“Tetapi serius saya tidak bermaksud apa-apa. Saya sekadar mengikut trend terkini untuk melariskan. Tak sangka sampai 'meletup' satu 'Malaya',” katanya.

Adi yang merupakan anak kelahiran Jengka, Pahang itu bagaimanapun memohon maaf sekiranya tindakan tersebut mengundang rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

“Memang saya tidak ada niat apa-apa. Maaf kepada mereka yang mengecam saya, yang menyokong saya atau sesiapa sahaja," katanya.

Ditanya mengenai status seksualiti berikutan tanggapan netizen bahawa dirinya seorang gay, Adi hanya menjawab ringkas: “Tak.”


Adi masih membuka tempahan meskipun tidak menjual nasi lemak di gerai.

Adi bagaimanapun memberitahu setakat ini dia tidak menerima sebarang mesej yang kurang disenangi daripada lelaki gay.

“Memang tak ada. Tetapi yang kecam pasal gay itu ramai. Yang hendak berkenalan itu tak ada.

“Apa yang saya cuba hendak sampaikan adalah menjual nasi lemak, bukannya saya hendak menjual diri saya,” katanya.

Sehubungan itu, Adi meminta semua pihak supaya tidak berterusan membuat kecaman, sebaliknya memberi peluang kepada dirinya sebagai anak muda untuk mencari rezeki dalam bidang makanan dan minuman (F&B) yang diceburinya sejak berusia 16 tahun.

Bagaimanapun Adi masih belum memutuskan sama ada mahu terus menjual nasi lemak tanpa menggunakan nama Nasi Lemak Gay atau mencari kerja lain dalam bidang F&B.

Kemunculan Nasi Lemak Gay ketika kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, sehingga menjadi tular dan bualan netizen di media sosial.

Selain Nasi Lemak Gay dan Nasi Lemak Pondan, terdapat beberapa gerai nasi lemak yang menggunakan nama lain daripada yang lain sebagai strategi memancing pembeli seperti Nasi Lemak Anak Dara dan Nasi Lemak Spiderman.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa punya bodo kalau ko letak sinkatan BABI (Badul Abuya Bin Ilham) apa ko rasa plk??
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:54 PM | Show all posts
kepala otak kau la gay, neraka kau takut, kena ugut dalam talian kau kecut perut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 04:56 PM | Show all posts
EJALTI replied at 31-3-2017 08:50 AM
Pengusaha Nasi Lemak Gay Dakwa Diugut Simbah Asid

http://www.mstar.com.my/berita/b ... aga-nasi-l ...

Padahlah. Dia harus faham dekat bumi mana dia berpijak. Ini Malaysia bukan Barat sana. Buat kontroversi murahan macam ni mmg mendapatlah kecaman masyarakat Malaysia. Dia harus faham penerimaan manusia beza-beza. Apa yang dia rasa takda apa-apa tu mungkin sesuatu yg sangat sensitif untuk org lain. Plus tak perlulah nak letak nama gay bagai. Org lain jual nasi lemak tak perlu nak letak nama cetus kontroversi bagai. Laku juga. Contoh, nasi lemak mali's corner. Sedapnyaaaa nasi lemak mali's.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 04:58 PM | Show all posts
kat barat pun kau kena pelepuk gak dik. ada je geng anti gay kat barat sono hentak hempuk gay. kaktom tahu sebab kaktom dah pernah tinggal kat semua kontinen.



Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:20 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 31-3-2017 04:48 PM
Iya itu lambang LGBT. Nah gambar khas buat you supaya you mendapat penjelasan yang lebih jelas. Tg ...

ok...tq
baru hari ni tau

knp ek diorg pilih rainbow sbg lambang? kegembiraan ke acaner tu? ke lambang konek pelbagai warna bersatu kegembiraan....mohon @changa clarify

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat org lain semua bodo ke
Terang2 ada rainbow flag tu, mcm la org2 yg celik ni xtau
Dah kena kecam, takut le tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064143 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list