|
[Tempatan]
Penuntut UPNM mati didera, dipercayai didera rakan dengan seterika wap. #399: Ma
[Copy link]
|
|
innalillahiwainnailaihirojiun
al-fatihah buat mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
geram nya baca berita gini...humban ja pelaku ke tgh laut biaq di makan oleh jawss |
|
|
|
|
|
|
|
dh masuk universiti pon otak pprt lg keje nk mmbuli org, di harap smpi dapat pembuli tu |
|
|
|
|
|
|
|
dah msk universiti kot
patut benda mcm ni x jd
hr tu kes mrms parit
ni UPNM plk
apa pun takziah buat family arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok gambar dia kesiannye la haiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon lepas dah tangkap yang membuli tu, tekap seterika tu kat vontot dia sampai lunyai! |
|
|
|
|
|
|
|
Menyedihkan, dah jadi pelajar universiti tapi ada lagi yg mentaliti tak mencerminkan tahap pendidikan. Buang masa je belajar tinggi2 if mcmtu : |
|
|
|
|
|
|
|
apa kena mengena ni...
kat UPNM tu bukan anak2 askar n polis aje....huhuhu..
|
|
|
|
|
|
|
|
yg suka membuli kat uni ni jenis set2 budak kampong yg tak pernah merasa masuk boarding school |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirojiun..
takziah pd keluarga arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai tekap dengan seterika. Gila ke apa. Bulan puasa pun nak membuli orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga diviralkan gambar, nama penuh dan ic pembuli tu. Jumpa kat mana2 ludah or tumbuk je. Tau la ko cemana rasa dibuli. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirojiun... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.......dah besar2 pun ada jugak kes buli...
Nak antar anak ke asrama pun tak senang bila dengar kes mcm nie |
|
|
|
|
|
|
|
alfatihah... kesiannya.. apa nak jadi budak2 skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kejam nya manusia...Al Fatihah buat arwah |
|
|
|
|
|
|
|
[UPDATE] 36 penuntut direman
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... 36-penuntut-direman
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 3:30 PM
Siraj Mohd Zaini
[email protected]
SERAMAI 36 individu direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, 32 daripada mereka adalah penuntut UPNM manakala empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 21 tahun.
Katanya, laporan polis telah diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Semua yang ditangkap direman sehingga 8 Jun ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya, di Shah Alam, hari ini.
Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain,21, pegawai kadet laut tahun tiga meninggal dunia di Hospital Serdang 10 malam semalam selepas dibawa beberapa rakannya untuk menerima rawatan mengenai kecederaan di badannya.
Allahyarham dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 bdk uniten pon ada... Bongok la diorg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
'Allahyarham pernah mengadu dipukul rakan'
http://www.hmetro.com.my/utama/2 ... ngadu-dipukul-rakan
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 1:15 PM
Kalidevi Mogan Kumarappa
[email protected]
“Arwah adalah anak harapan keluarga ini dan tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini.”
Itu yang diluahkan Zulkarnain Idrus, 53, bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.
Menurut bapanya, dia melihat kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya pada jenazah anaknya sebelum dibedah siasat.
Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan Allahyarham dua hari sebelum Ramadan dan mangsa ada mengadu dengan ibunya, Hawa Osman yang dia dipukul rakan-rakan di universiti namun mereka menyangka ia tidak serius.
“Dia adalah harapan kami sekeluarga. Saya harap dia boleh bimbing adik-adiknya selepas dia berjaya.
“Kami reda dengan pemergiannya namun meminta pengurusan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian ini dengan telus dan adil,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|