|
[Tempatan]
Isu balik Raya, ancam bunuh anak
[Copy link]
|
|
Mengamuk bekas isteri tak pulang beraya
LELAKI ditahan polis selepas mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anak perempuannya berusia empat serta lima tahun di sebuah rumah di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, suspek berusia 30 tahun bertindak mengurung anaknya dan mengacukan pedang di leher mereka.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis menerima laporan daripada sepupu suspek bahawa lelaki itu mengurung anaknya di sebuah bilik di tingkat atas rumah.
"Suspek dipujuk sepupunya namun gagal. Dia kemudian terhidu bau asap dari bilik suspek dan ternampak lelaki itu membakar sesuatu di dalam bilik
"Pengadu juga nampak suspek mengacukan pedang samurai ke leher anaknya sambil menjerit supaya tidak masuk campur," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Chandra berkata, bimbang perkara tidak diingini, sepupu suspek segera menghubungi polis.
"Sepasukan polis yang tiba cuba memujuk suspek menyerah diri serta tidak mencederakan anak-anaknya.
"Polis juga mengepung lokasi kejadian dan beberapa minit kemudian, suspek membawa anaknya keluar dan menyerahkan dua beradik itu kepada seorang ahli keluarga," katanya.
Beliau berkata, kanak-kanak terbabit tidak cedera manakala suspek ditahan dan senjata seperti pedang samurai dan pisau pemotong sayur dirampas .
"Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan awal mendapati punca suspek mengamuk disebabkan kecewa kerana bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang berhari raya bersama.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
haibat |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 28-6-2017 08:39 PM
nak bini balik kirim la duit beli tiket..
dasar biawak taik dadah..
Bekas bini....
Memang le pompuan tu takkn balik....dah bekas kannn...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sial pnya jantan, dasar jntan xguna. Yg bkas bini pun sama bodoh, kau sggup tgglkn anak prempuan kau dgn bkas laki taik ddah n air pnuh kat kpala. Patutnya kau bwk lari ank2 kau tu drpd jantan xguna tu. Sakit plk hati aku dgn mnusia2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
mamat ni sakit jiwa
org normal isteri jaga anak
suami berkerj |
|
|
|
|
|
|
|
alahai... bekas bini kot... ingatkan masih bini...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-6-2017 02:38 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 28-6-2017 11:11 PM
Mengamuk bekas isteri tak pulang beraya
LELAKI ditahan polis selepas mengamuk dan mengugut mahu m ...
Nampaknya berita berbeza
Satu ckp isteri, satu lagi berita ckp bekas isteri |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut logik .. bekas isteri la kot
kalau tak.. takde la kot nak main ancam2 gtu
mungkin bekas isteri lari jauh bekerja sebab tau bekas suami tu baran dan dah tak betul macam tu
kalau betul..
sampai hati juga dia tinggal kan anak-anak dengan bekas laki yang macam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah ..
baca banyak media berita lain nya .. bekas isteri
kalau bekas isteri memang la tak beraya bersama
cuma kesian kat anak-anak tu ja
|
|
|
|
|
|
|
|
jantan hampeh,
bekas bini kut...
tapi memang tjwab laki bela anak kan, knp nk salahkan pompuan tu,
laki xmampu,tjwab ke mak bapa laki, dah betul la tu..
xhabis2 masyarakat kita nak salahkan pompuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya pompuan ni mmg nak lari daripada exlaki,
tu sampai ke johor keje kilang..padahal kat sana pun ada kilang.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 bekas isteri tuntut la anak tu... dah ada kes kuat dah ni untuk dapatkan balik anak tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
tak kesian lansung pada pengedar dadah yg dijatuhi hukuman gantung |
|
|
|
|
|
|
|
kat artikel mula-mula tu kata bini..
dah bekas ke? padan la meroyan
|
|
|
|
|
|
|
|
ko kena paham.. ada tiga jenis pompuan ni..
satu yang memang akan rebut anak habis-habisan dari bekas laki walaupun tau tak mampu nak sara anak sendiri..
hujung-hujung meroyan bila laki tak bagi nafkah/nafkah tak cukup..
no dua, dia bagi je anak ke laki suruh si laki sara sebab dah tau laki jenis liat nak bagi duit..
hujung minggu datang amik anak je..
no tiga jenis bijak sikit.. walau dah bercerai, boleh je sepakat jaga anak..
tak de nak rebut-rebut macam anak tu dia punya sorang..
|
|
|
|
|
|
|
|
camnela bole ada pedang samurai
aku kenal student ramai ngaji kt jepun, takde pn bwa balik pedang samurai
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu,
tapi pompuan ni dah kenal laki dia,
kalau ambik anak satu sen pun xdapat...
tah2 dah kena letak parang juga kat leher jika nak ambik anak masa nk cerai hari tu..
lagi pun pompuan2 ni xreti sgt nk pergi mahkamah tuntut segala ni,
redo jer, harap besar nanti anak pandai cari ibu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|