ada....
UiTM ke-158 terbaik di Asia October 17, 2017 Berita Utama #2, Utama 0
SHAH ALAM, 28 Muharram 11439H, Selasa – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi universiti ke-158 terbaik di rantau Asia daripada 11,900 universiti yang ada, berdasarkan laporan Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2018. Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, UiTM terus meningkat kedudukannya apabila laporan itu turut menyenaraikan universiti tersebut antara 1.3 peratus universiti teratas di Asia. “Menerusi laporan itu, UiTM mencatatkan lonjakkan 23 tangga untuk menjadi universiti ke-158 terbaik di Asia. “Antara penunjuk utama yang banyak menunjukkan peningkatan adalah reputasi majikan iaitu sebanyak 55.7 markah berbanding 44.8 pada 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata dua lagi penunjuk utama yang meningkat ialah kertas penyelidikan setiap ahli akademik dan reputasi akademik. ​​​​​​​​​​​​​​Katanya, keputusan itu turut menunjukkan tahap kebolehpasaran tinggi graduan UiTM dan kepercayaan pihak industri bahawa graduan universiti ini berkualiti tinggi dengan memenuhi keperluan skil dan pengetahuan masa kini. Dalam pada itu Hassan berkata, keputusan laporan itu akan menjadi pemangkin kepada universiti dalam usaha untuk terus mendidik pelajar sekaligus menghasilkan graduan bumiputera yang holistik dan seimbang.
|