|
"Bapak Mahal, Mentang-Mentang Kedai Masuk TV,"- Pelanggan Tak Puas Hat
[Copy link]
|
|
ini kalau weekend mmg sesak, dgn org cari parking, org beratur tggu seat
mostly org luarlah
tp tulah, tak la sesedap mana. Kuih2 pon sama je mcm tmpt lain jual
|
|
|
|
|
|
|
|
Good info n guide tengkiu
|
|
|
|
|
|
|
|
Last wiken p makan kat hajah rahmah asam pedas nie la. Amek ikan 4 keping asam pedas, 2 sotong and seketol ketam, sayur and air, total rm158. Merepek betol harga nye.
Sekeping ikan rm15. Bukan sedap mana pon. Yang bawak nie pon kawan seben i. First time jugok. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pernah prg bawa parents. Tp lauk dah nk habis. Lewat sampai sbb jam dkat highway. So takde rezeki mkn disitu lah. Dah tahu mcm ni. Tak mahu prg lagi lah |
|
|
|
|
|
|
|
len kali amik kangkung jer uols...dl kangkung mahal sekarang dah murah gitu. Iol mmg tak minat ikan, especially kepala ikan, klu goreng I ok jer habiskan |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai ni mmg terkenal 1 melaka kedai potong kepala.. |
|
|
|
|
|
|
|
Asam pedas kt melaka mmg mahall... x de la sedap sgt pun akak masak lg sedap
Now akak tergilaka asam pedas muarrr...sedap berapi |
|
|
|
|
|
|
|
pernah makan kat kedai ni.
harga ok2 je. mungkin sbb xamik kepala ikan kot...
sedap pun sedap jugak lah. aku makan asam pedas
kebetulan belum pukul 1, org baru start ramai. kereta nak parking tepi jalan tu pun berderet |
|
|
|
|
|
|
|
huhuh...kena take note ni, mgu ni nak g mlaka bwk mak
tapi mak suka asm pds kat mitc tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada update kan pasal ni. Tipu je katanya
/mutakhir/2018/02/311981/
“SAYA tidak faham motif dia tularkan perkara ini di media sosial. Kalau betul harga dikenakan tidak masuk akal, ia boleh dibawa berbincang,” kata pengusaha sebuah restoran asam pedas di Bukit Katil, Melaka, Hamdan Abd Hamid.
Hamdan, 39, mengakui dia terkejut apabila mengetahui premisnya tular di laman sosial Facebook (FB) apabila mengenakan harga RM23 bagi sepinggan kubis goreng.
Menurutnya, pelanggan terbabit mungkin salah faham kerana dakwaan harga tinggi bagi sepinggan kubis berkenaan adalah tidak benar.
“Sayur (kubis) yang diambil hanya dikira RM2.30, mungkin dia salah dengar RM23 itu adalah untuk kobis goreng. Mana boleh sayur, nasi dan telur masin dikenakan harga sebegitu.
“Asam pedas untuk bahagian ekor kebiasaan antara RM25 hingga RM28, ikan jenahak atau merah sedia maklum mahal dan kepala pula RM40, jadi apa yang dibayar adalah jumlah yang betul,” katanya ketika ditemui di premisnya di Bukit Katil, hari ini.
Kisah caj sayur kubis goreng menjadi bualan hangat netizen apabila status dan video berdurasi 14 saat yang dimuat naik pemilik FB pada Rabu lalu mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang mengecam pemilik kedai makan berkenaan.
Pemilik FB itu meluahkan rasa kesal apabila dia dan rakannya yang berkunjung ke Melaka dan singgah makan tengah hari di kedai asam pedas berkenaan dikenakan caj yang mahal RM120 untuk empat orang.
Dakwanya, dia bersama empat rakannya mengambil lauk asam pedas secara berasingan masing-masing tiga bahagian ekor, kepala ikan yang dibelah dua, sayur kubis serta tiga pinggan nasi dan air.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2018 @ 6:39
|
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup aja bayar coz asam pedas n tom yam d west msia tak dpt dinafikan mmg best |
|
|
|
|
|
|
| |
|