CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Hari Ini Dalam Sejarah. PRK Balakong 43 peratus mengundi terendah dalam sejarah

[Copy link]
Post time 9-9-2018 01:25 AM | Show all posts
Tak macam PRK yg dulu2 agak meriah dgn berita dan turun mengundi. Skg agak hambar, bahkan kat media sosial aku tak terasa langsung bahang PRK. Apa2 pun tahniah yg menang, yg kalah cuba lagi di lain PRU atau PRK........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2018 07:38 AM | Show all posts
PRK Balakong lebur rekod Penanti
8 September 2018 227


BANGI – Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong kali ini memberi kejutan besar apabila merekodkan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah piihan raya negara.

PRK yang diadakan  pada hari ini bermula 8 pagi dan selepas ditutup 5.30 petang merekodkan hanya 43 peratus keluar mengundi daripada jumlah 62, 219 orang berdaftar yang layak mengundi.

Ia sekali gus meleburkan rekod yang dipegang PRK Penanti pada 2009 yang mencatatkan 46 peratus keluar mengundi.

Ia sekaligus memusnahkan sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan 70 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut.

Sejurus selepas penamaan calon pada 18 Ogos lalu, kempen 21 hari digunakan sebaik-baiknya oleh calon PH Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong mempromosikan logo parti mereka masing-masing.

Kedua-dua calon turut menyatakan kebimbangan mereka mengenai peratusan keluar mengundi sekaligus menyeru pengundi keluar beramai ramai menjalankan tanggungjawab mereka.

Mereka begitu berhati-hati dalam memastikan rekod PRK Sungai Kandis merekodkan 49.4 peratusan keluar mengundi tidak berulang di Balakong.

SPR juga tampil dengan pelbagai risalah, kenyataan dan pengumuman dalam tiga bahasa menggunakan tenaga Jabatan Penerangan memasuki kawasan perumahan pengundi Balakong sebaik mungkin sehingga minit akhir sehari sebelum hari mengundi.

Malangnya segala usaha itu gagal membawa perubahan sekaligus mencatatkan peratusan keluar mengundi yang terendah itu.

Agak sukar untuk kita menentukan dimana kesilapan dan apa faktor menyumbang kepada keputusan itu serta pihak mana yang harus dipersalahkan.

Malah, kedua dua calon berkenaan turut meluahkan mengenai persepsi pengundi bahawa kebanyakan pengundi berpendapat undi mereka tidak akan mengubah kerajaan negeri dan memilih untuk tidak keluar mengundi.

Pada PRU-14 lalu, mendiang Eddie Ng Tian Chee dari PH menang kerusi itu dengan majoriti 35, 538 undi menewaskan calon MCA, Lim Chin Wah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2018 03:08 PM | Show all posts
Balakong catat peratusan undi terendah dalam sejarah PRK
Dikemaskini 9 Sep 2018, 6:47 pagi
   

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah PRK negara setakat ini iaitu hanya 43 peratus, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood.

Beliau berkata bagi PRK DUN Seri Setia pula peratusan keluar mengundi ialah 44.1 peratus.

"Sebelum ini, peratusan keluar mengundi paling rendah dicatat ialah ketika PRK DUN Penanti di Pulau Pinang (pada 31 Mei 2009) iaitu sebanyak 46 peratus.

"Pada dua PRK hari ini memperlihatkan DUN Balakong mencatatkan peratusan paling rendah dalam sejarah PRK," katanya kepada pemberita di pusat penjumlahan undi di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Katanya walaupun SPR giat membuat hebahan meminta pengundi keluar mengundi, cara itu dilihat tidak berkesan.

"Sebenarnya kita pilih tarikh mengundi hari ini sebab kita mahu pengundi yang duduk di luar kawasan DUN Seri Setia dan Balakong pulang ke kawasan masing-masing untuk mengundi.

"Ada empat hari cuti mingguan dan awam (Sabtu sehingga Selasa) yang mana sepatutnya pengundi boleh luangkan masa hari ini untuk mengundi sebelum mereka bercuti ke mana-mana... tetapi jumlah yang keluar mengundi masih rendah," katanya.

Othman berkata sikap pengundi sendiri yang tidak minat untuk keluar mengundi selain berpendapat undi mereka tidak akan mengubah senario politik negara, mungkin antara faktor peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua DUN itu rendah.

Bagaimanapun pihaknya berpuas hati dengan perjalanan kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

PRK DUN Seri Setia dan PRK DUN Balakong masing-masing menyaksikan pertandingan satu lawan satu melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar menentang calon PAS Dr Halimah Ali di Seri Setia dan calon PH Wong Siew Ki berdepan calon MCA Tan Chee Teong di Balakong.

Dalam keputusan PRK DUN Seri Setia, Halimey memperoleh 13,725 undi sementara calon PAS Dr Halimah meraih 9,698 undi. Di Balakong pula, calon PH Wong Siew Ki menerima 22,508 undi menewaskan calon MCA Tan Chee Teong yang hanya mendapat 3,975 undi.

PRK DUN Seri Setia diadakan susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos akibat kanser usus manakala PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2018 03:16 PM | Show all posts
PH over confident la tu, kalau boleh nak turunkan 4000 orang jer mengundi untuk menang..
Tak ramai kot orang yang duduk luar sanggup balik balakong untuk mengundi. PRK jer pun, sapa menang pun tak mengubah kerajaan .

Sepatutnya tak perlu buang masa dan belanja , bagi menang tanpa bertanding jer kat balakong tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2018 03:20 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2018 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hadibah replied at 9-9-2018 03:20 PM

Bangkit masuk mana dek? Dah kalah 3-0 pon terjongkang jongket lgi kahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2018 04:50 PM | Show all posts
dodolgemokgila replied at 9-9-2018 04:43 PM
Bangkit masuk mana dek? Dah kalah 3-0 pon terjongkang jongket lgi kahkahkah



harap kau kalah jadi mod

memang 2 tahun aku kutuk kau kaw kaw


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
hadibah replied at 9-9-2018 04:50 PM
harap kau kalah jadi mod

memang 2 tahun aku kutuk kau kaw kaw

Lababi sakit hati takde org nak calonkan dia. Kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2018 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hadibah replied at 9-9-2018 03:20 PM

Dah 60 tawun tak bangkit2 ka Laba, kamon lah, jgn nak perbodohkan Melayu cerdik, simpan je buat Umno mulayu buduh
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2018 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
hadibah replied at 9-9-2018 03:20 PM

Betul, elok lah Umno usahakan diri utk bangkit dari tedudok terjelepok
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2018 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah x relevan langsung...buat kot mana pun...xle apa dah..solo,berduet,bergabung ramai...org x mau...sedar laa diri tu bagai langau..bising jer lebih..bwk taik penuh kt tgn.... ameno - langau ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2018 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah ph
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2018 08:10 PM | Show all posts

sebelum ni undi DAP bukan sapot deols,  cuma nak tukar kerajaan for the very first time ...  iols dah mention,  'ini kali'  dah berjaya,  so no more 'lain kali'

sori la yer

kalu uols cina,  iols pon galakan uols undi parti cina yg baru,  Lim Kit Siang, chedet,  nuart  ...  dah tua bangka,  memalukan negara,  negara lain akan ketawa weols xde org baru yg mengerti dlm politik
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061327 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list