CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sashasam

[Tempatan] [Edisi Bung Kinabatangan] Mati akibat terhidu karbon dioksida

 Close [Copy link]
Post time 11-10-2018 09:53 AM | Show all posts
kalau tido dgn enjin on ni...mati tu bkn mcm sesak2 napas la eh...tau2 gone aje?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2018 10:03 AM | Show all posts
apart from regular servicing of your car ac :

BAHAYA TIDUR DALAM KERETA..HIDUPKAN AIRCOND 👇👇👇

Kes tadi petang tadi meninggal gara gara tersedut gas karbon aircon. Jadi hati hati kalau mahu tidur jangan kasi tutup rapat tu cermin kereta.
------------------------
■ NASIHAT DAN IKTIBAR DARI KEJADIAN INI
Bahaya Penggunaan Aircond Kereta ...

(1) Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.

(2) Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta,oksigen makin berkurang.

(3)Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% shj,kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, x bangun & tidak keluar dr kereta,maka kita akan collapse atau tidak sedarkn diri.

(4) Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa x sedarkn diri tu kita masih bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah x dpt dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dpt berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian

(5) Apabila kereta bergerak ok shj kerana semasa kereta bergerak,oksigen akan masuk ke dlm kereta melalui enjin bkn hanya oksigen yg sama circulate.

(6) Jika nak rehat mcm tu mmg boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.

(7) Ketika jln sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yg masuk ke dlm kereta adalah kurang.Itu adalah tanda yg kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas,x salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

(8) Karbon monoksida dr ekzos bukanlah penyebab semata2 kematian kerana karbon monoksida dr kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter & dilepaskn oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Utk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yg kenderaan lpskan.

*Please pass this info to others-famili & kwn2 sbb kita di Malaysia ni lack of knowledge mgenainya. Jika tidak, pasti kita akan ambil langkah keselamatan awal.

C&P
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:07 AM | Show all posts
faraway1 replied at 11-10-2018 07:10 AM
kesian betul, tapi paling tak lupa,
kisah tukang kasut yang bini tengah gandung
dan anak anak meni ...

Tak silap kisah ni berlaku di JB dalam sekitar tahun 2001 tak silap saya. Saya skg kalau berehat/tidur dalam kereta mesti buka sedikit keempat-empat tingkap jika hidupkan enjin............
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ada carbon dioxide ke dlm aircond??

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 11-10-2018 10:12 AM
Mmg ada carbon dioxide ke dlm aircond??


Carbon monoxide (CO)


Bila kereta bergerak takde masalah. Tapi bila kereta tak bergerak, CO ni dilepaskan dan akan berkumpul dekat kereta yang tak bergerak tu. Bila udara yg dah ada CO ni di tarik masuk dlm kereta yang tingkap tertutup. Maka disitu lah potensi mati dalam tidur.

Sebab tu orang selalu nasihat jangan tidur dalam kereta yang enjin terpasang. Tutup enjin dan tido.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 11-10-2018 10:25 AM
Carbon monoxide (CO)



CO dgn CO2 tu jauh berbeza tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dodolgemok at 11-10-2018 10:31 AM

Karbon dioxide ke karbon monoxide? TT kurang pengetahuan sains ka? Banyak kan membaca, jgan smpai silikon kopek meracuni otak anda yah @sashasam
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 11-10-2018 10:29 AM
CO dgn CO2 tu jauh berbeza tu....

Tu la tu hohoho. Dalam aircond aku tak tau la plak ade ke kan. Yang aku tau dia released dari ekzos tu ha.

Mengingatkan aku pada kes student bunuh diri sbb pointer dia 3.8 bukan 4.0. Dia sambungkan hos dari ekzos masuk ke tingkap kereta. Tingkap lain semua tutup rapat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2018 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Penat sgt gamaknya tu..
Xsangka boleh jadi gitu kan..
Moga ditempatkan.dinkalangan.yang beriman..amin
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:46 AM | Show all posts
dah banyak lesson bahaya tidur dalam kereta ni...selalu dgr org mati dlm kereta...tp masih bebal lagi ttg keselamatan diri sendiri...dahlah tingkap xbukak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:48 AM | Show all posts
highcastle replied at 10-10-2018 09:07 PM
Tak silap kisah ni berlaku di JB dalam sekitar tahun 2001 tak silap saya. Saya skg kalau berehat/t ...

yes betul tu, lama gila dah sampai sekarang
me tak lupa.... memang ambil cerita tu sebagai pengajaran....
sedih betul cita tu..

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye... Ape lah family deorg rasa tgk gmbr ni? Blurrkan lah weii. X sensitif langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 11-10-2018 10:30 AM
Karbon dioxide ke karbon monoxide? TT kurang pengetahuan sains ka? Banyak kan membaca, jgan smpai si ...

Asal carbon truih igt CO2
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:50 AM | Show all posts
tgk pic tu,budak2 tu mcm tengah tidor mati...mcm nyenyak sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:51 AM | Show all posts
faraway1 replied at 11-10-2018 10:48 AM
yes betul tu, lama gila dah sampai sekarang
me tak lupa.... memang ambil cerita tu sebagai pengaj ...

Sufian terkilan tinggalkan isteri, anak dalam kereta

JOHOR BAHRU 8 Sept. - Seorang tukang kasut, Mohd. Sufian Mohd. Sulong berkata, dia terpaksa meninggalkan ketiga-tiga anaknya bersama isteri di dalam kereta di Jalan Meldrum di sini, petang semalam, demi keselamatan isterinya yang sedang sarat mengandung.
Bagaimanapun, bapa malang berusia 22 tahun itu terkilan kerana kebimbangannya untuk meninggalkan ahli keluarganya di rumah pada ketika isterinya sarat mengandung itu berakhir dengan tragedi menyayat hati.
``Memandangkan keadaan isteri saya sudah sarat mengandung tujuh bulan, maka saya buat keputusan untuk bawa mereka pergi ke tempat kerja, daripada dia tinggal bersama-sama anak-anak di rumah yang terletak di Permas Jaya.
``Saya fikir dengan cara ini, kalau berlaku sebarang kecemasan, saya akan terus kejarkan isteri saya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terletak tidak jauh dari tempat saya bekerja,'' katanya.
Mohd. Sufian memberikan reaksinya berhubung kemalangan yang menimpa tiga orang anak dan isterinya setelah dipercayai terhidu karbon monoksida apabila berada hampir tiga jam di dalam kereta Kancil.
Ketiga-tiga kanak-kanak itu bersama ibu mereka ditinggalkan selama tiga jam oleh bapanya dalam kereta di belakang Restoran Madina pada kira-kira pukul 3 petang semalam dengan enjin dan pendingin hawa kereta masih berfungsi.

Selepas itu, Mohd. Sufian terus keluar dari kereta Kancilnya untuk meneruskan kerja menyiapkan tempahan kasut di kaki lima di hadapan restoran berkenaan.

Tiga adik beradik yang mati itu ialah iaitu Mohd. Shakir, 4, Norsyazwani, 3, dan Noorshashanabila, 2. Ibu mereka, Izzayu Mohd. Said, 23, yang mengandung tujuh bulan kini masih ditempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA dan bayi dalam kandungan itu turut disahkan meninggal dunia pagi ini.
Polis mengesyaki kematian semua mangsa dipercayai terhidu karbon monoksida.
Mohd. Sufian memberitahu, ketika dia meninggalkan keluarganya di dalam kereta, dia menghidupkan enjin dan pendingin hawa kereta untuk keselesaan mereka sementara dia keluar bekerja.
Sementara itu, ketiga-tiga mayat kanak-kanak itu yang telah dibedah siasat telah dibawa pulang ke rumah datuk mereka yang juga bapa kepada Izzayu iaitu Mohd. Said Abas di Taman Dahlia dekat sini.

Jenazah mangsa tersebut kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alip di sini, selepas sembahyang zuhur.

Ketika ditanya adakah dia kerap meninggalkan keluarganya dalam keadaan seumpama itu, Mohd. Sufian yang kelihatan sebak enggan memberikan reaksinya.

Bagaimanapun, bapa Mohd. Sufian iaitu Mohd. Sulong Aziz, 50, yang ditemui di Rumah Mayat HSA di sini berkata, anaknya itu kerap meninggalkan anak-anak dan isterinya dalam kereta sewaktu dia bekerja.
Pada perkembangan yang sama, Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Senior Asisten Komisioner II, Abu Bakar Said berkata, polis akan memanggil Mohd. Sufian untuk diambil keterangan lanjut bagi membantu siasatan kejadian itu.

Katanya polis juga akan menggunakan khidmat Jabatan Kimia untuk menjalankan siasatan dan analisis terhadap kereta Kancil tersebut bagi mengetahui punca sebenar.
Abu Bakar menambah buat masa ini, kereta itu masih lagi ditahan di Balai Polis Central.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam%5FNegeri&pg=dn_05.htm#ixzz5TaT1W8xJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:53 AM | Show all posts
Kesiannye, muda2 lagi lohhh nape kau tido dalam keter bukak ekon tak buka tingkap macam tue?? Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2018 10:55 AM | Show all posts
biasa kes kematian camni.. memang dorang pergi dalam keadaan tak sedar... sebab paras oksigen yg rendah akan buat dorang pengsan dan seterusnya mati. So memang x sempat nak mintak tolong ke hape... unless klau masa baru pengsan.. tapi masih bernafas ada org perasan n bukak kereta tu.

So kita2 ni... kalau time2 hari2 perayaan tu.. memang ramai akan tido dalam kete kalau ngantuk. Aku pon slalu buat camni. Tapi akan make sure bukak tingkap sikit utk circulation. Dah banyak kali baca kejadian mcm ni kan.. so kna aware.  Biasa klau tido kt RnR.. tetengah malam.. bukak tingkap sket.. on aircon. Anak2 dah nyenyak.. off engine jap... Dengar ok ek ok ek masing2 mula panas... baru on engine smula.. jenuh gakla kan nak on engine n aircon sejam kete tak gerak. Kena on off la sket. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:56 AM | Show all posts
mek dgn adik lelaki mek selalu tidur dalam kereta kalau dalam perjalanan balik kampung..tapi alhamdulillah adik mek aware benda ni, kalau benti tepi jalan untuk tidur dia akan matikan enjin n bukak tingkap sikit..kalau enjin n aircond on pun dia still akan bukak tingkap sikit..

ermm kesian tengok, macam tidur macam biasa je..takziah untuk kedua dua keluarga..semoga tabah menerima berita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:56 AM | Show all posts
highcastle replied at 10-10-2018 09:51 PM
Sufian terkilan tinggalkan isteri, anak dalam kereta

JOHOR BAHRU 8 Sept. - Seorang tukang kasut ...

mekasih, kalau ada lagi dorang, anak anak tu semua dah besar besar....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2018 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb penat ni..tdo dlm kete..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.135353 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list