|
[Pelbagai]
GOSIP tentang buku dan kesusateraan...
[Copy link]
|
|
Saya tak boleh nak bagi komen ape2..sbb dah lama tinggalkan dunia membaca novel..dlm thn 2008..sbb dah ada komitmen..tak sempat nk membaca..
Saya tumpang lalu jela ye..jgn marah.. |
|
|
|
|
|
|
|
missinpiece replied at 11-11-2018 08:50 PM
X lalu aih ngn novel2 skarang. Last iols collect novel2 Norhayati Berahim, Hlovate n Fatinilamsari A ...
Fatinilan sari is orang Temerloh. |
|
|
|
|
|
|
|
noraidil_06 replied at 11-11-2018 11:54 PM
Fatinilan sari is orang Temerloh.
Huhu slalu gak jumpa dulu. I wonder if dia still kat Bukit Cermin |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada bahan untuk ditulis mungkin, survey market kata modal tu boleh tarik pembeli , sebab tu ada satu ketika i beli buku air maisarah, sebab bosan jalan cerita sama
kawin paksa lepas tu selit sikit unsur 18sx
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 20-11-2018 08:16 PM
baru perasan ada thread ni
baru perasan juga supermod seribulan tag i
sorry mod seribulan..
kahwin paksa
kahwin kontrak
love hate relationship
kahwin bersyarat
Percaya atau tidak, plot macam tu mendapat permintaan tinggi daripada penerbit buku. Percaya atau tidak, tajuk hipster pun kadang-kadang dicadangkan oleh penerbit selepas manuskrip lulus penilaian. Dan percaya atau tidak, penerbit drama dan telemovie juga minta plot cerita macam tu.
Jadi, atas semua faktor tu, novel bertemakan kahwin paksa, kahwin kontrak, bersyarat tu semua sentiasa akan ada di pasaran. Apa lagi dengan tajuk-tajuk hipster ditambah lagi dengan tajuk in English. Trend sekarang ini meletakkan tajuk dalam bahasa Inggeris.
Pernah ada seorang lelaki Inggeris di sebuah kedai buku. Masa tu saya sedang membelek-belek novel di rak novel popular. Kebetulan banyak novel melayu di rak buku tu dengan tajuk dalam bahasa Inggeris. Nampak mat saleh tu ambik satu buku dan belek sambil berkerut dahi kening semua.
"Why the title in English and the contents in Malay?"
Tu soalan pertama keluar dari mulutnya dan saya hanya senyum kelat.
Berbalik soal plot kahwin paksa dalam novel, rasanya perkara ni tak akan tamat selagi ada permintaan. Sama juga plot romantik komedi + santai dan plot berat, pembaca ramai memilih santai dengan adegan 'sweet'. Novel-novel sebegini yang mendapat best seller dan sentiasa dalam carta kedai buku. Berlainan dengan genre lain seperti seram, misteri dan thriller. Ada ciri tersendiri untuk novel bergenre seperti ni masuk carta best seller.
Saya yang sudah menjerumuskan diri dalam dunia penulisan ni juga merasa satu fenomena yang cukup meloyakan bila menyentuh soal plot kahwin paksa dan tajuk yang hipster. Saya mengaku, novel pertama saya, Aku, Dia dan Somtam pun terikut-ikut gaya plot sebegitu (tahun 2014). Selepas berada dalam dunia penulisan ni, saya sedar, jiwa saya lebih gemar kepada penulisan misteri, seram dan thriller dicampur sedikit dengan cinta.
Dalam soal ini, saya tak salahkan penulis juga bila novel dengan plot kahwin paksa tumbuh macam cendawan. Selagi ada permintaan, selagi itu novel seperti itu akan sentiasa ada dalam pasaran.
Sekian. Tak boleh cakap lebih-lebih
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hohoho
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian...syarikat buku banyak yang gulung tikar... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya..lately banyak yang tutup. Banyak buku return dari kedai buku. That' why publisher sekarang lebih suka jual online atau join mana mana pesta buku.
Sedih pulak bila tengok iklan Jemari Seni buat Jualan Selamat Tinggal. Jualan blind box. Jual satu kotak rm25.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thank you supermod..tacang bertaburan
|
|
|
|
|
|
|
|
sharing is caring
|
|
|
|
|
|
|
|
majoriti pembaca suka dengan cerita kawin paksa ni... kalau cerita yang berat sikit langsung la tak laku. kadang penulis pun dilema... nak tulis ikut kehendak pembaca atau tulis apa yang mereka mahu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jihah_kudat at 27-11-2018 06:44 AM
antara sebab kenapa aku berenti baca novel sebab banyak sangat novel kahwin paksa..
ayo baca sinopsis pun dah rase nak muntah..tapi tula aku tak salahkan penulis pun mungkin betul la permintaan pembaca tu yg kadang2 tu yg main peranan lagi2 sekarang musim adaptasi masuk tv so bersepah la cite2 yang sepesen je konsepnye.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 15-11-2018 04:49 AM
baru perasan ada thread ni
baru perasan juga supermod seribulan tag i
sorry mod seribulan..
Buku ni ker? Pernah nampak kat popular tapi tak beli
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
....bila nampak tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Somtam, harus cari tapi yang nomnom...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni trend buku berkisar tentang akhir zaman, dajjal & freemason.
Lari sket dari novel cintan-cintun ikut khayalan penulis.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suka baca novel tebitan jemari seni.
Favourite writer hlovate.
Novel contengan jalanan dan anthem. Ada sedikit kisah cinta penambah rasa.
Tapi contengan jalanan pasal anak muda yang mencari tuhan. Hidayah yang setiap orang dapat berbeza-beza. Ada yang dapat iktibar daripada sebuah video yang diberikan oleh seorang kenalan di stesen kereta api. Tajuk video tu 11th hour kalau tak silap.
The man who decided to change at 12 hour died on 11.
Ada yang menemui hidayah di tepi jalanan di jakarta.
"Ada beza jumpa benda yang kita nak cari dan cari benda yang kita nak jumpa".
Satu lagi novel neon by imaen.
Kisah tentang neon yang atheis. Seorang yang bekerjaya. Tidak percaya tuhan hanya percaya pada usaha. Neon membesar di rumah anak yatim. Dia fikir kalau tuhan itu ada, kenapa ada manusia yang terseksa.
Sehinggalah neon dibuang kerja, homeless dan hidup dj jalanan.
Berjumpa dengan seorang tua yang homeless di bawah jambatan tapi penuh dengan budi bahasa. Seorang tua yang tetap pergi masjid walau Tuhan seolah-olah tidak lagi memandang dia.
Penulis muda zaman sekarang memang banyak tulis kisah cinta. Tapi kalau ada penulis muda yang menulis novel2 seperti di atas, gaya bahasa dan pendekatan tu lebib mudah diterima oleh anak muda.
Tak terlalu puitis, simple dan mungkin kadang2 ada campuran bahasa rojak. Tapi memang kena dengan jiwa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Buku ‘Billion Dollar Whale’ hanyalah gosip tanpa bukti, kata Jho Low FMT Reporters
17/9/2018
© Provided by FMT MEDIA SDN BHD
PETALING JAYA: Ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low hari ini mengutuk buku ditulis 2 wartawan Wall Street Journal (WSJ) tentang dakwaan penglibatan beliau dalam skandal 1MDB, dengan menyifatkannya sebagai “pensabitan bersalah kerana gaya hidup dan perbicaraan melalui media paling buruk”.
Jho Low yang kini melarikan diri daripada pihak berkuasa di Malaysia dan beberapa negara lain berhubung kes 1MDB menuduh Tom Wright dan Bradley Hope cuba “menulis sejarah segera” tanpa sokongan bukti, hatta sebelum isu berkaitan diselesaikan.
Satu kenyataan dikeluarkan jurucakapnya menyebut, ulasan dan komentar daripada Financial Times dan Australian Finacial Review antara lain menyebut bahawa “Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World” umumnya adalah berkaitan transaksi yang dilakukan institusi kewangan dunia, dana kerajaan dan pengurus 1MDB yang berpengalaman dan “tahu dengan jelas apa-apa yang mereka lakukan”.
“Malah Low tidak ada dalam naratif ketika dakwaan penipuan itu berlaku, tetapi kemudiannya dituduh – tanpa apa-apa bukti – bertanggungjawab ke atasnya,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, “penceritaan begini tidak akan melariskan jualan buku atau menyebabkan penulisnya ditawarkan kontrak filem”, sekali gus mendakwa “Billion Dollar Whale” ditulis dengan “tuduhan dipersembahkan sebagai fakta dan gosip dijadikan seperti pelaporan sahih”.
“Naratifnya dibingkaikan begitu bagi membolehkan penulisnya menulis tentang selebriti, model dan parti tanpa perlu membuktikan mana-mana dakwaan yang dibuat.
“Tanpa menunggu fakta sebenar berhubung kes ini muncul, penulis memilih untuk menerbitkan dongeng mereka sewaktu kes sedang berjalan dan prosiding belum diselesaikan di AS, malah sebelum secebis keterangan pun dikemukakan ke mana-mana mahkamah.”
“Billion Dollar Whale” diterbitkan untuk pasaran oleh Hachette Books Selasa lepas.
Jho Low dilaporkan cuba mengharamkan buku itu, beserta buku “The Sarawak Report” yang ditulis oleh editor lamanweb pemberi maklumat, Clare Rewcastle-Brown.
Beliau juga dikatakan mengupah beberapa orang peguam yang mempunyai hubungan politik untuk membela kepentingannya dalam penyiasatan Jabatan Kehakiman AS.
Low, yang dikehendaki di Malaysia kerana dakwaan pengubahan wang dan disifatkan dalam pemfailan di mahkamah AS sebagai individu yang menggelapkan lebih AS4 bilion daripada 1MDB antara lain menggunakan khidmat guaman bekas gabenor New Jersey Chris Christie dan firma guaman pengantara presiden Donald Trump, Kasowitz Benson Torres.
Beliau juga mendapat khidmat guaman Bobby Burchfiel dari firma King & Spalding di Washington.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|