CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KILL_NANCY

[Pelbagai] Bila Muzik Berbicara

[Copy link]
Post time 15-11-2018 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
X dpt dinafikan, muzik memainkan peranan yg penting dlm hidup manusia, bygkan jika tiada muzik, tiada alunan lagu....ehhh x dpt nk bayangkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 15-11-2018 10:04 PM
Nak bicara pasal muzik rasa mcm x layak sbb mmg buta muzik

Tapiii.....alunan lagu adalah salah sa ...

dia macam ni kak kumari.

bila kita semakin berumur, kita dah fasih tentang asas kita.jika kita beragama islam kita akan pulang ke gagang kita.ada yang tak dengar langsung muzik sebab fokus nak dekatkan diri dengan tuhan.

tapi tujuan atau motif thread ni dibuka untuk mencetus idea bagaimana muzik terlibat dalam kehidupan seharian.

bagaimana muzik memainkan peranan dalam kehidupan kita, samada +ve dan -ve.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 15-11-2018 10:12 PM
Lagu Omputih pun layan jugak, best...Tomny Page-Shoulder To Cry On, tapi sayang...penyanyi lagu2 bes ...

tudia .... dia dah buka kitab.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kelayakan itu terpakai jika awak nak jual muzik tu.itu sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 15-11-2018 10:18 PM
dia macam ni kak kumari.

bila kita semakin berumur, kita dah fasih tentang asas kita.jika kita  ...

Masalahnya, akak tetap minat mendengar muzik, pada akak...muzik menenangkan, memang memberi positive vibes

Otw pi keje balik keje layan muzik, tapi bila cakap2 dgn kawan opis, diorg layan ceramah agama, radio Ikim...terasa fuhh keduniaan betul aku ni, tua2 masih melayan lagu...tapi biarlah, x menyusahkan  org pun, hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 15-11-2018 10:18 PM
tudia .... dia dah buka kitab.

Orang lama memang camtu wahai anak muda haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 15-11-2018 10:22 PM
Masalahnya, akak tetap minat mendengar muzik, pada akak...muzik menenangkan, memang memberi positi ...

nasyid atau nasheed pun salah satu genre muzik kak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 15-11-2018 10:26 PM
nasyid atau nasheed pun salah satu genre muzik kak.

Oh yea, betul2...lupa pulak

Tapi yg paling berkesan dan diingati adalah kumpulan Rabbani, memang sedap alunan suara arwah ustaz Asri....subhanallah, menusuk jiwa

PERGI TAK KEMBALI, INTIFADA...alfatihah buat almarhum ustaz Asri Ibrahim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih mod, kenyang akak dpt byk tacang, dah naik pangkat survivor dah

Sori, suka sangat OT ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:38 PM | Show all posts
hibernation replied at 15-11-2018 10:04 PM
Nak bicara pasal muzik rasa mcm x layak sbb mmg buta muzik

Tapiii.....alunan lagu adalah salah sa ...

tak perlu merendah diri sgt beb
tk semestinya kita tak berapa pandai dlm sesuatu hal, kita tk blh sembang pasal topik tu

kat sini, tkde sapa2 yg pandai, tkde sapa2 yg otai
ni kan porem, kita semua sama je
kita blh sembang santai
dari pengalaman jgk kita blh bagi pendapat, bagi pandangan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:45 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 15-11-2018 11:17 PM

aku guna muzik sebagai mood management.
sebagai mood balancing. bagi aku life kena balance.

kalo rasa stress, mood tengah down,
rasa macam nak depress, kalau tengah happy,
kalau need some motivation, or nak uplifting mood.
or rasa nak maki orang.
semua ada jenis muzik dia.

tapi most of the time, aku lagi suka music or instrumental only.
aku tak minat lagu ada lirik. contoh macam music Trance or house music.
bila dengar genre ni, macam2 rasa boleh tafsirkan.
bawah ni 3 personal feveret, yang aku dengar dah beribu kali.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 15-11-2018 10:38 PM
tak perlu merendah diri sgt beb
tk semestinya kita tak berapa pandai dlm sesuatu hal, kita tk blh ...

Baik en lepat, terima kasih...tapi seriously, baca komen2 budak2 ni terutama si nancy tu mmg terasa kagum, berilmu betul, camne diorg blh adapt semua tu...

Anyway sy mmg rendah pun, 150cm

Comments

orite, sama2  Post time 15-11-2018 10:48 PM
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:32 PM | Show all posts
KUMPULAN MUZIK ROCK TERAWAL DI MALAYSIA - ROCK KAPAK



Awal 70'an dunia muzik mula beralih dari irama rock n' roll Inggeris yang dipopularkan oleh Elvis Presley, The Beatles kepada irama pop dan disco. Di Malaysia muzik pop yeh-yeh juga sudah pudar bintangnya bersama arus. Saya mendengar lagu-lagu pop dan asli Melayu dari bintang-bintang penyanyi ketika itu seperti A.Ramlie, Ahmad Jais, Sharifah Aini, Rafeah Buang sanisah Huri dan seterusnya ke era D.J Dave, Uji Rashid, Hail Amir, Dhalan Zainuddin, Latiff Ibrahim dan ke era 80'an seperti Jamal Abdillah, Sudirman, Dato' Shake, Francesca Peters, Ramlah Ram, Zaiton Sameon dan sebagainya.

Dalam masa yang sama muncullah irama rock dalam dunia muzik yang dipelopori oleh kumpulan muzik barat seperti Rolling Stone, The Eagles, Deep Purple, Queen, Aerosmith, ACDC,Led Zeppelin dan sebagainya. Seiringan dengan itu munculllah sedikit demi sedikit band rock Melayu di Malaysia dan Singapura.

Apa itu Rock Kapak? Rockers-rockers dulu kata ia berasal dari perkataan 'rock ke apa?' dan disingkatkan menjadi 'rock kapak', itu pendapat sesetengah rockers. Saya pun tak pasti.
Saya bukanlah peminat rock tegar, sekadar ikut-ikut kawan dan kalau rock pun saya suka yang slow rock atau pop rock. Muzik hard rock dan heavy metal head banging tak masuk dengan saya. Saya lebih suka kepada irama pop dan muzik base new wave. Pun begitu kerana member ramai yang kaki rockers saya pun terkena tempias sekali..walaupun nampak macam rock kampong
Berikut ialah secara ringkas kumpulan- kumpulan rock Melayu yang terawal di Malaysia dan Singapapura.


SWEET CHARITY

Kumpulan ini adalah perintis kepada penubuhan kumpulan-kumpulan rock yang seterusnya di Malaysia/Singapura.

Sweet Charity berasal dari Singapura ditubuhkan pada 1967. Ahli terdiri dari Ramli Sarip, Rosli Mualim, Joe Sabirin, Wahid Warren dan Rahman Sarbini. Kumpulan ini mirip kepada muzik kumpulan rock barata popular ketika itu Deep Purple dan Santana. Kumpulan Search, Lefthanded dan Wings menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum bertapak kukuh di arena rock Melayu.

Sweet Charity merakamkan album pertama pada 1979. Pada album kedua 1980 Sweet Charity menampilkan lagu hit 'Zakiah' tapi album yang yang menjadi ingatan saya dan peminat seni aialah album ke3 tahun 1981 yang mengandungi lagu-lagu hitseperti 'Sejuta Wajah', 'Batu' dan 'Jangan Tunggu Lama-lama'


THE UNWANTED

The Unwanted sebuah band rock yang ditubukan di Singapura pada tahun 1970'an. Menampilkan Hanafie Warren (vokal), Adnan (Drum), Ismail Sukar, Syed (Bass) dan Ramli Katyo (K/board)

The Unwanted memainkan muzik rock berkonsepkan kumpulan Deep Purple dan melodi lebih kepada slow rock. Antara lagu-lagu popular mereka ialah Masih Ada Rindu, Penyesalan, Terperangkap Dalam Sinaran.


SEARCH

Ditubuhkan pada 1981 di Johor, Search ialah kumpulan rock terunggul di Malaysia pada tahun 80'an. Menghasilkan lebih 20 album dan berpuluh lagu hits, di samping puluhan konsert yang sering terjual habis tiketnya. Aura dan populariti Search melangkau hingga ke Indonesia.

Dianggotai oleh penyanyi Amy dsamping Yazid Ahmad, Hamzah Mohd Taib, Nordin Taib dan Nasir Daud. Tiga buah album terawal mereka ialah Cinta Buatan Malaysia 1985 dengan membawa pemuzik Yan dan Man Kidal. Langit dan Bumi (1986) menampilkan Hilarry Ang sebagai guitarist utama.


LEFTHANDED

Ditubuhkan pada 1979 di Johor Bharu dan merupakan Juara Rock 1985. Nama diambil sempena guitaris utamanya Man Kidal dan pada awalnya ialah penyanyi Rahim Maarof dan Roy sebelum mengambil Nash sebagai penyanyi tetap. Ahli lain ialah Samad (arwah)), Yan dan Man Dayak (arwah).

Lefthanded mengeluarkan 5 album kesemuanya iaitu Keadilan 1986, Seruan 1987, Qabul 1988, Evolusi 1989 dan Fanatisme 1991.

Album pertama 1986 bertajuk 'Keadilan' yang mengandungi lagu hits seperti Tiada Lagi Kidungmu, Cinta Tiga Dimensi dan Debunga Wangi. Album kedua bertajuk 'Seruan' mengandungi lagu hit 'Ku Di Halaman Rindu'.

Lefthanded bersama Search dan Wings dianggap 'The Big Three Rockers Group' di Malaysia pada tahun 80'an


WINGS

Ditubuhkan pada 1985 oleh sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Ampang, Kuala Lumpur. Empat ahli kumpulan asal yang menubuhkan Wings ialah Awie (vokal), Syam (gitar), Eddie (bass), Jojet (dram). Wings juga pernah bertukar ahli seperti Mel (vokal), Joe (gitar) dan Black (dram).

Album pertama Wings berjudul Belenggu Irama(1987) dan Wings seterusnya menghasilkan 19 buah album kesemuanya. Wings banyak menghasilkan lagu-lagu hits dan antara yang terpopular ialah 'Intanku Kesepian', 'Misteri Mimpi Syakila', "Taman Rashidah Utama', 'Sejati' dan banyak lagi.
Wings bersama Search dianggap dua kumpulan rock Melayu yang terungguldi Malaysia hingga kini.


RUSTY BLADES

Rusty Blades yang ditubuhkan pada 1985 merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal berasal dari Singapura.  Konsep muzik mereka berteras kepada heavy rock dan dianggap sebagai kumpulan Iron Maiden Singapura.Rusty Blades pada asalnya dianggotai oleh Yantzen (vokal), Khalid Mubin (gitar), Razak (bass), dan Zam (dram).

Album pertama mereka 1986 berjudul 'Ikran Perwira 786' dan sehingga 1989 mereka telah menghasilkan lapan album.

Antara lagu terbaik Rusty Blade ialah 'Penantian' dan 'Kehilangan'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 11:34 PM | Show all posts
MAY

May ialah sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan pada 1986 oleh 4 anak muda daripada Kampung Manjoi, Ipoh, Perak. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama keempat-empat mereka Mus (vokal), Man Sarip (dram), Abu Nasir (gitar ) dan Yus Mokhtar (bass).

May telah menyertai pertandingan Battle Of The band 1987 dan mendapat tempat ke3. Mus pula meraih hadiah vokal terbaik. Kejayaan tersebut menarik perhatian Warnada Records menawarkan kontrak kepada mereka. Album pertama MAY 1988 berjudul "Dilema"

Album kedua MAY 1989 berjudul 'Hakikat' menaikkan nama MAY. Album ini terjual 200,000 unit dengan lagu popular 'Sendiri' dan 'Cintamu Mekar Di Hati'.


BUMIPUTERA ROCKERS

Ditubuhkan di Johor Bharu, BPR diilhamkan oleh Papa Rock Ramli Sarip dan diuruskan oleh Wan Redzmann, seorang pelumba kereta terkenal dan bekas pengurus kumpulan Sweet Charity.

Dianggotai oleh lima orang ahli yang merupakan pecahan dari kumpulan seperti Titanic, Hurricane, Purple Grass dan Split Times. Mereka adalah Joey (vokal), Awang (gitar), Harun (gitar), Enai (drum), Yem Bai (bass)

Album pertama BPR diterbitkan tahun 1987 dan antara lagu popular mereka ialah Seribu Tahun Takkan Mungkin, Dari Sinar Mata, Aku Hanya Serangga, Silaturrahim dan banyak lagi.


BLOODSHED

Kumpulan Bloodshed muncul dari pertandingan 'Battle Of The Bands' tahun 1986. Ahli asalnya terdiri daripada Roshdan Baharom (vokal), Azman (vokal), Mohd Farid (vokal), Zaharudin Ujang (k/board), Saufi Ghazali @opie (gitar), Hamdan Ahmad (dram) dan Rawita Shah ( bass).

Album pertama Bloodshed bertajuk 'Illusi Sebuah Mimpi' diterbitkan tahun 1987 dengan tema lagu berentak heavy metal.

Pada 1988, menerusi album 'Samarkand' yang diterbitkan oleh M.Nasir, nama Bloodshed mula melonjak melalui lagu hit mereka 'Srikandi Cintaku' ciptaan M.Nasir yang menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu.


ELLA AND THE BOYS

Kumpulan Ella and The Boys ditubuhkan pada 1981terdiri daripada Ella (vokal), Lord (gitar), Ayie (bass) dan Mie (dram). Ia mula dikenali semenjak menyertai 'Battle Of The Bands' pada 1986 di Pulau Pinang.

Ella and The Boys berjaya meletakkan nama mereka sebaris dengan band-band popular ketika dan nama Ella begitu popular kerana beliau merupakan satu-satu penyanyi wanita yang memperjuangkan muzik rock.

Kumpulan ini mula merakam album pada 1987 dengan lagu hit 'Dua Insan Bercinta' dan album ke4 yang terakhir pada 1989 sebelum Ella membawa diri sebagai solo rock diva.


HEADWIND

Headwind bukanlah boleh dikategorikan dalam kumpulan 'pure rock' kerana ia lebih kepada pop genre, tapi kumpulan ini bersaing dengan band-band rock lain untuk mengecap populariti band muzik tahun 80'an.

Ditubuhkan pada 1981, Headwind dianggotai oleh Zainal Abidin (vokal), Zulkifli Kassim (Gitar), Abd Razak Salleh (dram) , Nicky Oii (Bass), Man Senoi (k/board), Mohd Rashid (saxophone) mereka menghasilkan album pertama bertajuk 'Headwind' pada 1983.

Antara tahun 1986-1989 Headwind telah menghasilkan 6 album dan anatara lagu hit mereka ialah
Pelangi, Hanya Di Radio, Berakhir Satu Percintaan.

Mulai 1990, Zainal menyanyi solo meskipun masih bersama Headwind untuk konsert dan pertunjukan.


GERSANG

Kumpulan Gersang ditubuhkan di Johor Bharu oleh komposer Rahim Othman dan meningkat popular dengan lagu 'Masih Aku Terasa' yang memasuki pertandingan akhir Juara Lagu 1988. Dianggotai oleh Man Bai (vokal), Acis, Man Greng, Kid, Jojet dan Ajib. Menampilkan penampilan kumpulan rockers smart yang kemudian menjadi ikutan pada kumpulan rock lain pada tahun 1990'an.


LINK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 15-11-2018 09:54 PM
budak2 oi oi siga saga depan KLCC, 14 eyelets boots doc mart, leather kuda mana?

budak2 KODAI SOP ...

Siga saga oi oi
Gua since 2001
Punk/skin @ ug scene KL
Layan gigs plus riot
Fighting every 31 august
Every new year to capture our territory
Haha fine memories
Zaman hang out sekali ngn dak2 metal
Seround malaysia layan gigs
But now where had all the bootboys gone?
Im still alive n kicking

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang akak hidup, muzik sentiasa seiring.. X perlu volume kuat sampai satu bilik berdentum. Tapi alunan tetap menusuk jiwa. Zaman akak zaman Headwind, Search, Wings, Guns & Roses, tp 60’s oldies selalu bergema di rumah kedai kami sbb ibu & arwah Ayah minat lagu2 zaman diaorg.. Bila dah berumahtangga, share dgn minat anak2 pula.. Mula belajar dengar grunge & headbanging pulak.. Kemudian bergema pula lagu2 k-pop dlm rumah.. La ni dah mcm ke xaman sekolah semula.. Dari lagu2  Frank Sinatra ke Bee Gees ke Stevie Wonder sehingga ke Adele selalu beralun dlm rumah atau kereta.. Muzik tanpa lirik suara pun akak gemar.. Yang penting, kami appreciate muzik , lirik & lagu yg berkualiti pada kelas mereka yg tersendiri.. Bak penenang jiwa juga..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
hibernation replied at 15-11-2018 10:30 PM
Oh yea, betul2...lupa pulak

Tapi yg paling berkesan dan diingati adalah kumpulan Rabbani, meman ...

Even ada zikir, doa & surah yg dibaca pun berlagu dan pd akak dianggap bagai muzik juga. Dan sebenarnya banyak zikir, doa dan surah yg akak dpt hafal dan perbaiki melalui alunan2 ni juga. Bersilih ganti dgn muzik keduniaan. Dlm Islam oun ada hiburan, kan. So, no worries! Enjoy life as it is!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 12:47 AM | Show all posts
u rasa music ni placebo effet tak? temperoray ? or berkesan selamanya?

sebab my case dengar music sometimes yes sometimes lg serabut. so i think its temporary treatment.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 15-11-2018 10:45 PM
aku guna muzik sebagai mood management.
sebagai mood balancing. bagi aku life kena balance.


instrumental terkadang memang menenangkan jiwa lagi2 dalam keadaan stress, memang otak tak mampu nak generate lyrics.

thank you capiloton sebab share.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ip_lepat replied at 15-11-2018 11:32 PM
KUMPULAN MUZIK ROCK TERAWAL DI MALAYSIA - ROCK KAPAK



thanks pada pihak penaja.

jilid demi jilid kitab dibuka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.183078 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list