CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: highcastle

[Tempatan] Tragis, 6 Maut Kebakaran Rumah Kedai

[Copy link]
Post time 12-12-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 11-12-2018 09:44 PM
5 sahabat sehidup semati
IPOH: Lima pekerja di sebuah premis perniagaan pengatur cara majlis di Kaw ...

Allah. .....sedihnya baca. ...innalillah. ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 12-12-2018 06:48 AM
Kes 6 maut kebakaran: Letupan macam pertunjukan bunga api
Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Mohd Haf ...

Mesti panggil mak..innalillah semua anak2
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:06 AM | Show all posts
Takziah buat keluarga semua mangsa.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah Alfatihah takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 11:18 AM | Show all posts
bunga api meletup la tu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Shirley23 replied at 11-12-2018 11:56 PM
Allahuakbar
Innalillahwainnahilahirajiun..


Aritu kejadian gas meletup kat sarawak tu pun mangsa yg lelaki tu baru kije 2 hari. Yg suami isteri muda tu.
Kalau baru kije ni perkeso pun takleh cover apa kan sah majikan tak sempat nk selesaikan urusan tu lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2018 01:20 PM | Show all posts
Kerajaan Perak tanggung kos pengebumian mangsa kebakaran
Oleh Muhammad Apendy Issahak
[email protected]

IPOH: Kerajaan negeri akan membantu keluarga semua mangsa yang terbabit dalam tragedi letupan dan kebakaran sebuah premis perniagaan pengaturcara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari, berkata antara bantuan yang akan diberikan ialah menanggung semua kos pengurusan jenazah.

“Saya dimaklumkan oleh keluarga urusan pengebumian sudah dimulakan keluarga mangsa jadi pihak kerajaan negeri akan menanggung segala kos berhubung pengebumian.

“Kebetulan kelima-lima remaja ini dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) saya (Tebing Tinggi), jadi kita buat masa ini akan uruskan kos dan bantuan yang lain kita akan bincang dengan keluarga kemudian,” katanya ketika ditemui selepas menziarah keluarga mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.


DR Abdul Aziz Bari (kanan) bersama waris mangsa ketika menunggu proses menuntut jenazah mangsa kebakaran unit rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju semalam ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). - Foto BERNAMA
Abdul Aziz berkata, keluarga mangsa terutama lima remaja berkenaan adalah daripada kalangan orang susah dan adalah wajar kerajaan membantu.

Katanya, pihak hospital sudah memberi jaminan urusan pengecaman mayat dapat diselesaikan menjelang tengah hari ini.

“Saya dimaklumkan, proses pengecaman mangsa ini memang akan ambil masa, tetapi ia masih dalam kemampuan hospital untuk mengendalikannya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu membabitkan pelajar yang bekerja sambilan, beliau berkata adalah satu perkara biasa pelajar melakukan kerja sambilan ketika musim cuti sekolah.

“Bagaimanapun, ia perlu dipantau oleh ibu bapa sama ada pekerjaan dilakukan itu berisiko tinggi atau tidak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 01:22 PM | Show all posts

Lima sahabat dikebumi satu liang lahad

IPOH – Jenazah lima sahabat yang terkorban dalam kebakaran rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, semalam akan dikebumikan dalam satu liang lahad.

Persetujuan itu dicapai ahli keluarga masing-masing memandangkan persahabatan semua mangsa yang terjalin sejak kecil.

Bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, berkata, hubungan mereka juga tidak ubah seperti adik beradik.

“Kemana saja mereka pergi atau ada aktiviti mesti buat sama-sama, jadi semalam kami dah bincang dan ambil keputusan untuk kebumikan bersama dalam satu liang lahad,” katanya.

Semua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari, hari ini.

Waris dan ahli keluarga semua mangsa dilihat sudah berada di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak jam 7 pagi lagi bagi proses pengecaman.

Seorang lagi bapa mangsa, Mohamad Kamari Talib, 53, berkata, mereka dipanggil untuk menjalani ujian DNA, pagi ini selepas proses pengecaman sukar dilakukan berikutan keadaan mangsa yang rentung.

“Ada mereka minta kami bawa laporan perubatan dan pergigian, tetapi manalah ada, tak pernah buat pun.

“Saya sendiri tak dapat nak cam anak saya, jalan paling selamat buat DNA,” katanya.

Proses pengecaman dijangka selesai menjelang tengah hari.

Aminuddin Tan, 40, pula mengharapkan proses berkenaan dapat diselesaikan secepat yang mungkin bagi membolehkan urusan pengkebumian dijalankan.

Katanya, persiapan pengkebumian telahpun dimulakan, awal pagi tadi.

“Kami semua cuma harap selesai cepat dan dapat kebumi seboleh-bolehnya tengah hari ini,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang, semalam Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16; Ahmad Faizal Aminuddin, 16, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu dan Muhamad Azhar Shah Rosli, 19, ditemui rentung.

Turut terkorban, P Thiagarajan, 40, yang merupakan pemilik syarikat – sinar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 01:22 PM | Show all posts



actually, tadi pagi waktu meeting i ternampak pic neh.

auto pulak menitis setitis dua sambil tunduk.

sedih lah.

Moga Allah mengampuni dan mengasihi mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 01:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 01:24 PM | Show all posts
IPOH - Empat daripada enam mangsa yang ditemui rentung di sebuah rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, Jelapang, hari ini ialah pelajar yang bekerja sambilan sempena cuti sekolah.

Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16 dan Ahmad Faizal Aminuddin, 16, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu yang juga rakan baik dan tinggal di Kampung Seri Aman, Menglembu.

Turut terkorban, seorang lagi rakan mereka, Muhamad Azhar Shah Rosli, 19, yang sudah bekerja selama dua tahun dengan syarikat terbabit sementara seorang lagi, pemilik syarikat, P Thiagarajan, 40.

Ketika kejadian jam 1.50 petang itu, kesemua mangsa berada di tingkat atas bangunan untuk membuat persiapan sambutan Krismas.

| HARI PERTAMA KERJA |

Bapa Mohamad Ekmal, Mohamad Kamari Talib, 53, berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu melakukan kerja sambilan bagi mengumpul duit untuk mengambil lesen motosikal.

Dia yang ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) terkilan apabila anaknya tidak sempat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

“Ini baru hari pertama dia kerja, saya sedih, buat apalah pergi kerja, tahun depan dia nak SPM dan dia kata nak simpan duit untuk ambil lesen motosikal. Saya lihat dalam laci dia pun ada duit RM140,” katanya sambil menangis.

Ibu Mohammad Nor Ikram, Nor Aziah Ropandi, 43, pula berkata, anaknya itu memang ada memaklumkan mahu bekerja mencari duit lebih untuk belanja sekolah sesi depan.

Menurutnya, sebelum keluar bersama empat rakannya, anak ketujuh daripada lapan beradik itu ada meminta RM5 dan memaklumkan akan menggantikannya apabila mendapat gaji nanti.

“Saya tidak sangka perkara ini akan jadi. Acu memang anak yang baik dan selalu membantu saya, RM5 itulah permintaan terakhir dia kepada saya,” katanya.

Bapa Mohammad Nuraiman, Abdul Rahman Bahak, 45, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu baru memulakan kerja hari ini untuk membantu keluarga.

“Saya pelik sebab hari ini dia nak hantar saya ke tempat kerja, saya tahu kejadian ini pun daripada seorang rakan,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori.

Dalam pada itu, ibu Muhamad Azhar, Azizul Razlan, 48, berkata, anaknya yang mesra disapa Jaa seorang yang kuat bekerja dan sering membantu menampung perbelanjaan keluarga termasuk duit persekolahan lima adiknya.

“Sudah dua tahun dia bekerja di situ dan selalu ikut majikannya menjayakan acara di pelbagai tempat.

“Saya pula bekerja di pusat kitar semula, tak mampu untuk sara keluarga dan dia banyak bantu sama ada dari segi wang ataupun kudrat menjaga adik-adiknya,” katanya.

| SAYA TAHU ITU ANAK SAYA |

Ibu Ahmad Faizal, Ropishah Muhammad, 48, berkata, walaupun mayat anaknya sukar dikenal pasti berikutan keadaannya yang rentung, namun sebagai ibu, dia boleh tahu daripada bentuk fizikal anaknya itu.

“Keadaan anak teruk, tidak dapat cam, tetapi saya tahu itu anak saya,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara Thiagarajan berkata, mangsa yang lebih dikenali dengan panggilan ‘golden raja’ seorang majikan yang bertanggungjawab dan mengambil berat keperluan pekerja.

“Sebagai ahli keluarga, dia juga banyak membantu keluarga dalam sebarang majlis, kalau ada majlis, dialah orang pertama yang menghulurkan bantuan tidak kira waktu.

“Dia sangat baik orangnya. Kami sekeluarga masih terkejut dan sedih dia sudah tiada lagi bersama kami,” katanya.

Sumber : Sinar Online

PUBI PERAK SEBAGAI NGO YANG PRIHATIN TELAH MELANCARKAN TABUNG KUTIPAN BAGI MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN YANG DITANGGUNG AHLI KELUARGA MANGSA TRAGEDI INI.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 01:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 01:26 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 01:28 PM | Show all posts
2 mayat adik-adik neh keadaan nya tak lah rentung tinggal abu ke apa.

masih fizikal mereka sempurna kecuali kulit tu melepuh terbakar.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rajiun... sedihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 02:14 PM | Show all posts
sedihnya... takziah buat keluarga..
bergenang mata tengok their family berduka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah semua, moga tuhan berkahi. Amen
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bukan penagih dadah yang mati???
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 02:28 PM | Show all posts
Allah sedihnya..berair mata baca..semoga adik2 ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dikurangkan seksaan dalam kubur...takziah kepada semua keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 02:42 PM | Show all posts
sedihnya.. niat adik2 ni nak bantu keluarga ...
insyallah kita bantu mana yang mampu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.064673 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list