|
Ni zaman main handphone sengih sorang-sorang ler dik, pastu bila mak panggil, Sat mak!, kejap mak!, nanti la mak!
|
|
|
|
|
|
|
|
lemon88 replied at 31-1-2019 10:51 AM
dalam 22 ke 23.. merenyam je lebih. suh jaga mak sakit bnyk alasan.. stressssssss!
Set BBNU macam tu memang belum faham sepenuhnya erti tanggungjawab ni. Lagi pentingkan kawan, social media, life sendiri je. The world revolves around me gitu. U tak minta suami u as abang and anak lelaki tegur dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 1-2-2019 07:41 PM
prettyuglybabe replied at 31-1-2019 11:54 AM
korang masa-masa umur gitu pun sibuk nak berseronok juga kan..
mana yang study, sibuk study..
yang ...
Mmg anak lelaki yg patut jaga mak.. daripada anak lelaki mandikan mak..
lebih elok adik ipar pompuan tu tolong bini abang dia mandikan mak..
TT ni bekerja, adik ipar yg dok umah tolong ler..
Mmg tanggungjawab jaga mak pak pada anak lelaki, so.. rete mak pak termasuk barang kemas, tanah dan umah mak pak kena ikut faraid. Baru adil
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 1-2-2019 07:42 PM
Aku ni anak lelaki.. Aku yg paling banyak urus, kuar masa, tenaga, cuti, duit, urus arwah bapak aku. Kalo aku kena pi seminar, aku bagi duit kat adik pompuan aku tolong jagakan bagi pihak aku. Hospital dekat ngan umah kak long aku, aku bagi dia duit utk upah dia urus bapak aku. Rete bagi sama rata. Kak long yg dapat lebih.. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 1-2-2019 06:49 PM
Aku ni anak lelaki.. Aku yg paling banyak urus, kuar masa, tenaga, cuti, duit, urus arwah bapak ak ...
Aku citer bukan sebab tamak rete, tp nak bagitau anak lelaki yg bertanggungjawab jaga
Mak pak kena dapat bahagian harta yg sepatutnya secara faraid. Sebabnya, dia akan guna duit tu utk laksanakan tanggungjawab dia spt jaga mak pak, kakak n adik pompuan.. Bla bla bla |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 31-1-2019 11:54 AM
korang masa-masa umur gitu pun sibuk nak berseronok juga kan..
mana yang study, sibuk study..
yang ...
Ikut pemerhatian n pengalaman aku.. Adik beradik yg dah ada anak2 besar ni lepas tangan jaga mak pak sakit. Depa lepaskan tanggungjawab tu pada adik2 depa yg ada anak2 kecik |
|
|
|
|
|
|
|
http://haniff.sg/pautan/kemusyki ... -setelah-berkahwin/
baca ni
Kemusykilan Agama – Tanggungjawab anak perempuan kepada ibubapa setelah berkahwin
August 22, 2008 by Muhammad Haniff Hassan
(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com )
Salam Ustaz,
Kalau seorang perempun sudah berkahwin, dia menjadi tangungjawab suami dia. Kalau tak nak kerja nak duduk rumah je pun boleh as long as suami dia boleh menangung semua keperluan keluarga.
Tapi apahal dengan mak bapak si perempuan? Jika anak-anak mereka semua perempuan and semua dah kahwin and all decided not to work, who is responsible to take care of them in their old age. No work = no hasil to give their parents every month. Ada pun tak banyak setakat apa yang mereka mampu je = tak cukup untuk buat perbelanjaan bulanan ibu bapa kerana mereka mahu tinggal di rumah mereka sendiri.
Ada tak guideline Islam yang boleh kita gunakan megenai hal ini ?
Kalau mereka ada 3 anak perempuan ada tak guideline yang menyatakan bahawa anak perempuan yang sulung mempunyai tangungjawab yang lebih dari numbor 2 and 3 dan sebagainya.
————————————
Jawaban
salam
Perkahwinan seorang wanita dengan seorang lelaki tidak memutuskan hubungannya dengan ibubapanya dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab dia kepada ibubapa.
Perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita.
Ramai berpendapat, kalau wanita kahwin, tanggungjawab utamanya pindah kepada laki, dan bukan ibubapanya = tangungjawab menjadi ibubapa terkebelakang.
Saya tidak bersetuju dnegan pandangan yang seperti ini kerana 2 para pertama di atas.
Saya berpendapat seorang suami yang soleh pastinya tidak akan menuntut isterinya taat kepadanya sehinga mengabaikan tanggungjawab kepada ibubapa i.e. tak jaga, takde nafkah dll.
Sebaliknya, suami yang soleh hendaklah berusaha agar isterinya faham akan 2 para pertama di atas, dan membantu dia untuk menunaikan tanggungjwab kepada ibubapanya, walaupun dari segi “analisa kos”, dia sendiri harus membuat pengorbanan.
Dalam senario keluarga yg dinyatakan, jika si wanita tidak mahu bekerja, kerana suami mampu tanggung segalanya:
1. dia hendaklah peruntukkan sedikit wang bulanan yang dia perolehi dari suaminya untuk ibubapanya. Berapakah kadarnya? Ia bergantung pada keperluan ibubapa dan bagaimana ketiga beradik itu berkongsi tangggungjawab terhadap ibubapa mereka.
2. jika wang yang diberi suami kurang mencukupi untuk membuat sumbangan yang diperlukan, bolehlah dibincangkan dengan suami untuk minta dipertambahkan atau dibuat financial analysis bagi menjimatkan perbelanjaan yang tak penting. Dalam hal ini, si suami hendaklah mempunyai ihsan i.e. jangan menolak penambahan yang diminta kerana merasa ia bukan sebahagian dari kewajibannya kerana dengan itu dia sendiri menjadi penyebab isterinya tidak berbuat baik kepada ibubapa. Tambahan pula keberadaan isterinya dirumah sepenuh masa juga bermanfaat bagi dia dan keluarganya.
3. jika mmg si suami tidak mampu untuk memberi wang yang lebih, maka isteri bolehlah berusaha untuk mencari wang tambahan agar dengan itu ia berupaya untuk membantu dari segi kewangan ibubapanya. Ini tidak semestinya dilakukan dengan bekerja sepenuh masa. Masa terluang sebagai suri rumah, boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara bagi mendapat wang tambahan untuk menunaikan tanggungjawab kepada ibubapa. Namun, jika harus bekerja bagi tujuan ini, si suami haruslah memahami hakikat ini dan bersedia untuk memberi kebenaran.
Kesimpulannya, tiada sebab bagi orang pompuan nak berkata “saya tidak dapat bantu mak ayah, pasal sekarang ini saya sudah berkahwin. Tanggungjawab saya yang utama pada suami”, silap juga bagi suami untuk berkata “awak tidak perlu buat itu semua kerana tanggungjawab awak kepada saya dan keluarga kita dulu. Saya kata awak tak boleh kerja, jaga anak kat rumah, maka tak boleh kerja lah.”
salam
haniff |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 1-2-2019 07:53 PM
Tahun lepas masa tazkirah sebelum solat Jumaat... aku terdengar ustaz kata.. ketaatan anak pompuan yg dah kahwin lebih pada suami, tp tanggungjawab pada mak pak masih ada...
cthnya ; mak pak tak keje.. bole guna duit gaji pompuan tu bagi mak pak dia
http://airfood.blogspot.com/2010 ... k-perempuannya.html
baca ni
|
|
|
|
|
|
|
|
http://ilmudanulamak.blogspot.co ... -atau-ibu-bapa.html
ISTERI PERLU PATUH SUAMI ATAU IBU BAPA?
By USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL January 24, 2011
Soalan; Assalamualaikum..Saya ada satu kemusykilan. Jika seorang anak perempuan yang telah berkahwin dan suami anak perempuan tadi tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga anak perempuan tadi ( mertuanya ), dan sekiranya keluarga si isteri ini tadi ingin mengadakan majlis untuk anak perempuannya tetapi suami bagi anak perempuan ini melarang isterinya dari menghadiri majlis tersebut dan kesannya sekiranya si isteri ini tidak menghadiri majlis tersebut maka akan mengaibkan ibubapanya dan sekiranya dia hadir ke majlis yang di adakan oleh ibubapanya maka adakah hukumnya nusyuz, kerana melanggar perintah suami? apa pula hukumnya ke atas anak perempuan tadi sekiranya tidak hadir dan melukakan hati ibu bapanya? harap dapat di perjelaskan. sekian terima kasih.
Jawapan;
Bagi seorang wanita yang telah berkahwin, suami dan ibu-bapa adalah dua insan paling utama dalam hidupnya. Kedua-dua mereka wajib ditaati, dihormati dan dijaga hubungan dan pertalian dengan mereka. Namun apabila berlaku pertembungan antara arahan suami dan arahan ibu-bapa (atau keluarga), ketaatan kepada suami adalah lebih utama dari ketaatan kepada dua ibu-bapa. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).
Walau bagaimanapun, hendaklah arahan suami bukan dalam bentuk yang memudaratkan ibu-bapa si isteri seperti arahan supaya isteri tidak menziarahi ibu-bapanya secara sepenuhnya, arahan supaya isteri tidak memberi belanja kepada ibu-bapanya yang miskin (sedangkan dia mampu), arahan jangan menziarahi/menjaga ibu-bapa yang uzur/sakit (sedang tiada orang lain dapat menggantinya) dan yang seumpamanya. Arahan-arahan tersebut bertentangan dengan arahan Allah yang memerintahkan supaya anak (sama ada lelaki atau perempuan) berbakti/berterima kasih kepada ibu-bapanya dan melayani mereka dengan baik. Firman Allah (bermaksud);
"Berterima kasihlah kepadaKu dan kepada dua ibu-bapamu..." (Surah Luqman, ayat 14).
"Sembahlah Allah dan jangan mensyirikan sesuatu denganNya, dan berbuat baiklah kepada dua ibu-bapa" (an-Nisa', ayat 36).
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada dua ibu-bapa" (Surah al-Isra', ayat 23)
"Dan bergaullah dengan mereka berdua di dunia dengan cara yang baik" (Surah Luqman, ayat 15).
Arahan manusia -termasuk suami- hanya harus ditaati jika tidak melanggari perintah Allah. Arahan agar memutuskan silaturrahim dengan ibu-bapa dan mengabaikan mereka jelas bertentangan dengan perintah Allah, kerana itu tidak wajib dipatuhi. Arahan tersebut jika ditolak/diengkari oleh isteri tidaklah menyebabkan ia menjadi nusyuz.
Imam as-Shan'ani ketika mengulas hadis tadi (yakni hadis yang menegaskan ketaatan kepada suami lebih diutamakan dari ketaatan kepada ibu-bapa) beliau berkata; hadis tersebut adalah khusus jika tidak menimbulkan mudarat kepada dua ibu-bapa. Jika tidak, maka hak ibu-bapa adalah diutamakan ke atas hak suami bagi menselarikan antara hadis-hadis berkaitan" (Subulus-Salam, jilid 2, kitab al-Jami', bab al-Birr wa as-Silah).
Apa yang kita kemukakan di atas merupakan pandangan jumhur ulamak (yang terdiri dari mazhab Hanafi dan Maliki) iaitu; tidak harus suami menghalang isteri dari menziarahi ibu/bapanya terutamanya pada saat-saat mereka memerlukan bantuan dan perhatian anak mereka. Jika isteri membantah larangan suami seperti itu, tidaklah ia berdosa atau dan menjadi isteri yang nusyuz.
Tidak dinafikan di sana segolongan ulamak (antaranya mazhab Syafiie) yang berpandangan; suami mempunyai hak untuk menghalang isteri keluar dari rumah sekalipun untuk menziarahi dua ibu-bapanya, melawat mereka ketika sakit, malah untuk menziarahi jenazah mereka. Isteri wajib mentaati arahan tersebut walaupun dari sudut hukum arahan sebegitu adalah berdosa jika suami tidak mempunyai sebab yang munasabah untuk bertindak demikian. Mereka berdalilkan hadis dari Anas yang menceritakan; Seorang lelaki keluar bermusafir dan ia menegah isterinya keluar rumah. Ditakdirkan Allah bapa isterinya sakit, lalu ia mohon dari Rasulullah untuk keluar menziarahi bapanya. Baginda berkata; "Bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah menyanggahi perintah suami kamu". Lalu Allah memberi wahyu kepada Rasulullah bahawa bapa wanita itu telah diampunakan Allah dengan kerana ketaatannya kepada suaminya. (HR Imam at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Ausat). Namun menurut ulamak-ulamak hadis; sanad hadis ini adalah dhaif dan tidak harus dijadikan hujjah apatah lagi bagi perkara yang bersalahan dengan kehendak al-Quran tadi. Oleh itu, pandangan yang rajih ialah yang pertama tadi.
Merujuk kepada masalah yang dikemukakan dalam soalan di atas, keadaan tidaklah terlalu mendesak untuk si isteri pulang ke rumah ibu/bapanya. Ia sekadar kenduri sahaja. Oleh itu, bagi kes tersebut isteri tetap wajib menurut kehendak suami. Berusahalah memujuk suami supaya memberi keizinan. Jika ia tetap berdegil tidak mahu mengizinkan, tidak ada jalan lain melainkan taat dan patuh kepada arahan suami untuk mengelak dari menjadi isteri yang nusyuz. Mengenai hajat ibu-bapa, tidaklah berdosa menolaknya dalam kes ini kerana bagi wanita yang telah bersuami, menjaga hak suami lebih utama dari hak ibu-bapa sebagaimana ditegaskan oleh Nabi dalam hadis di awal tadi. Ia boleh menghubungi mereka -melalui telefon atau sebagainya- untuk memohon maaf dan menjelaskan situasi yang berlaku. Permohonan maaf itu juga termasuk dalam berbuat baik kepada ibu-bapa mengikut yang terdaya dilakukan.
Wallahu a'lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya ada kisah bab jaga menjaga mak ayah ni. tapi saya nak hold kejap bab tu.
saya nak fokus kepada soalan dan jawapan yg pngecatbintang postkan ni. 2 soalan ni lebih kepada isu anak perempuan kepada ibu bapa sendiri.
ermmm..isu anak lelaki kepada ibu bapa kandungnya ade x? mcm kes pengecatbintang sendiri. dari perspektif Islam dan jawapan pak ustad mcm mana?
selingan hehe : baca sikit kisah pengecatbintang, kagum kejap. bagusnya alahai. awak lelaki kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
keluarga akan diuji bilamana ibu atau ayah akan sakit. time nilah nampak true color masing2x tak kisahlah ipar atau adk-bdk sendiri.
adik sy (lelaki) which is anak kesayangan arwah mak sampai mak dah meninggal & dikebumikan (bulan 9 tahun lepas) tak datang wpun saya suruh adik bongsu pegi rumah dia untuk inform sebab call dia & isteri tak angkat2x. sampai skrg dia takde tanya pun kubur arwah mak di mana.
sepanjang arwah mak bertarung 3 tahun dengan cancer....hanya sy yg amik tjawap pegi balik hospital wpun saya bekerja. sy ada 5 adik badik dan sy saja yg perempuan. alhamdulillah suami memahami & masa pengebumian suamilah yg banyak tolong....
skrg abah tinggal sendirian cuma sy akan ulang alik setiap hari lepas balik keja....yg lain semua tak amik tau. kesian sy pada abah & arwah mak sy tengok adik beradik perangai macam ni.
semoga arwah mak tenang di sana & ditempatkan di antara org2x beriman...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 31-1-2019 11:54 AM
korang masa-masa umur gitu pun sibuk nak berseronok juga kan..
mana yang study, sibuk study..
yang ...
Setuju.
X perlu tt nk pening kepala.hsbd die pn x ksh. Nper die nk kisah |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa tt ni tgh di dlm dilema. ye la walaupun husband dia tk kisah mungkin sebagai menantu yg baik kene jgk la ambik tau mak mertua dia tu.jadi.. tt usaha la ye jaga mak mertua tu seikhlas hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Btol ni. Sbagai manusia kdg2 kita mesti prihatin kpd insan lain walau bkn keluarga sendiri skali pun.
Sy nasihat tt brsabar lh dan jgn lepas tgn juga. Kalau tk mampu blh cari penjaga utk bantu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya susah nak paham ada anak macam husband dan sil tt.. Buat malu mak je... Saya harap dorang adik-beradik tahu pasal sakit mak dorang ni bukan boleh buat main... Silap hari pesakit dementia ni boleh jadi macam2...
|
|
|
|
|
|
|
|
ni aku setuju sgt. harap2 tt tak lepas tangan jugak la kesian kat mertua tu. kalau blh cuba je paksa anak2 dia jaga juga mak dia tu atau mintak tlg jiran2 ke saudara terdekat ke.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi saya faham la jugak kalau tt tak larat nak jaga mak mentua dia... Dia pon kerja jugak kan... kalau mampu, minta tolong orang lain jaga pon tak pa... upah orang bila tak larat... Jangan tangung sorang je... |
|
|
|
|
|
|
|
betul jugak ni... Kalau sorang je tolong jaga, yang sihat pon boleh sakit... cuba cari orang sekeliling tolong, tak pon sekarang kan ada teknologi, cer cari kat facebook untuk jaga mak mentua .. |
|
|
|
|
|
|
|
Errr... betul ke sis nak cari kat facebook, kalau ye pon, cari tempat yang professional sikit... aku ada dgr website ala-ala cari part time tuisyen, tapi untuk jaga orang... tempat camtu lagi elok kot.. tapi kena hati-hati jugak la....
|
|
|
|
|
|
|
|
betul la tuu... aku ada guna jugak platform part time nurse... nama dia caregiver... cuba la tgk... mn tau boleh tolong |
|
|
|
|
|
|
| |
|