CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] Pelanggan Alami Simptom Khayal : Restoran Letak Bahan Terlarang Dalam Masakan?

[Copy link]
Post time 20-2-2019 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kas kas mmg ada negara yg xbg guna kan..sbb dia ala2 ganja.byk2 buat org lalok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 03:06 PM | Show all posts
Terlebih kas kas mata boleh stone sengkang dengan mancis pun mau patah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertuang kaskas lebih la ni. Tapi haritu aku baca kalau banyak sangat bole mati. Ada yang minum buat macam teh, mati. Tapi poppy seed yang hitam tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedikit info berkenaan kaskas

1. Apa itu kas kas? Dan dari mana asal-usulnya

Pokok popi yang berbunga akan dikeringkan bagi memperoleh biji kas kas. Imej dari Botanic.co.uk
Kas-kas adalah biji daripada bunga pokok popi (Papaver Somniferum) yang sudah masak ranum dan tidak mengandungi bahan kimia narkotik (opium) kerana cecair yang menghasilkan opium pada tunasnya hanya wujud sebelum biji terbentuk sepenuhnya.

Kas-kas diambil apabila bunga popi sudah masak ranum dengan cara mengeringkan pod atau lenggai bunga popi. Bunga popi sudah masak ia tidaklah mengandungi bahan opium, tetapi ada kandungan yang sedikit bahan alkaloid daripada bunga popi, kira-kira 50 bahagian bagi setiap juta.

Jadi biji yang terhasil dari bunga popi yang sudah masak tidaklah sama kandungannya bagi menghasilkan dadah dari getah bunga popi yang berum kembang atau masak.


Buah popi akan ditoreh untuk menghasilkan dadah opiat.  Dalam menghasilkan dadah, opiat juga diperolehi daripada pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.


2. Kandungan yang terdapat dalam satu sudu kas kas

Selain sebagai penambah perasa kas kas juga mempunyai khasiat. Imej dari sinar
Menurut Ensiklopedia Britannica, kas kas tidak mengandungi unsur narkotik kerana cecair opium hanya terbentuk sebelum bunga popi benar-benar masak. Namun sedikit kandungan alkaloid masih wujud.

Satu sudu biji popi mengandungi kira-kira 1.6 gram protein, 3.7 gram lemak, 2.5 gram karbohidrat dan 46 kalori. Biji popi juga mengandungi sumber mineral yang baik seperti Manganese, Kalsium, Magnesium, Fosforus, Ferum, Zink, Kalium dan Selemium.

Kas-kas juga kaya dengan serat dan mengandungi Asid lemak omega-3 dan Asid lemak omega-6. Ia dilaporkan boleh meredakan masalah asma dan batuk.

Tidak dapat dinafikan bahawa biji popi amat tinggi khasiatnya tetapi ia juga dikatakan mampu memberi kesan pada ujian dadah.

Pengambilan biji popi yang kerap mungkin boleh membawa kepada ujian dadah yang positif kerana kajian yang pernah dijalankan menunjukkan ujian telah mengesan bahan dadah seperti candu dalam air kencing. Ini adalah kerana biji popi dan heroin datang dari tanaman yang sama, Kas-kas.



3. Kerajaan tidak mengharamkan penggunaan kas kas dalam masakan

Kas kas tidak diharamkan.Petikan akhbar bertarikh 13 April 2016. Imej dari Utusan. Kas kas pernah hangat diperdebatkan satu ketika dahulu apabila ada yang mendakwa penggunaan kas kas dalam masakan menyebabkan ketagihan namun kemuncaknya kerajaan melalui Kementerian Kesihatan talah membenarkan penggunaan kas kas dalam masakan.

Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kesihatan bertarikh 13 April 2016 Menterinya ketika itu berkata tidak bercadang mengharamkan rempah kas kas berikutan penggunaan rempah tersebut dalam masakan dibenarkan di negara ini.

Walau bagaimanapun, kementerian tetap akan memantau penggunaan rempah penyedap masakan itu dari aspek keselamatan makanan.

Kata beliau, pihaknya akan bertindak sekiranya terdapat aduan orang ramai berhubung penggunaan berlebihan rempah berkenaan.



4. Penggunaan kas kas dalam masakan

kas kas lazimnya digunakan untuk memekatkan kuah.
Kas kas lazimnya digunakan di benua Amerika Utara dan Eropah sebagai salah satu ramuan pastri seperti mufin dan bagel. Di Asia Selatan, kas kas popular sebagai rempah yang dicampur bersama dengan serbuk kari.

Biji popi boleh digunakan sama ada dalam bentuk asal atau serbuk yang hancur dalam masakan dan industri bakeri.

Biji popi putih memang biasa digunakan dalam masakan India seperti kari dan rempah mengandungi sejumlah kecil biji popi yang mampu menambah kelazatan makanan tersebut.

Di negara barat pula dilaporkan bahawa minyak biji popi atau dalam bahasa Perancis dikenali sebagai ‘oillette’ sering digunakan untuk tujuan masakan dan pengganti kepada minyak zaitun.



5. Kas kas dan restoran mamak

nasi ganja Ipoh sangat popular dengan hidangan nasi kandar. Imej dari orangperak.com Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata kas kas hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit sebagai penambah perasa makanan.

Tidak dinafikan kebanyakan restoran-restoran mamak menggunakan kas kas dalam masakan. Ini kerana Kas-kas berfungsi untuk ‘memekatkan’ kuah dan menambah rasa dalam kari.

Jadi, apakah yang anda rasa bila makan dikedai mamak. Ketagih atau berasa khayal? Anda mungkin telah merasai kas kas dan anda sudah mula menyukainya



Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 03:12 PM | Show all posts
ini rupa kas kas.

  
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 03:13 PM | Show all posts
Remyda replied at 20-2-2019 01:43 PM
Mesej yang tular melalui WhatsApp.

patut sedap & sentiasa ramai org kedai mamak ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokok popi yang berbunga akan dikeringkan bagi memperoleh biji kas kas. Imej dari Botanic.co.uk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Buah popi akan ditoreh untuk menghasilkan dadah opiat. Imej dari Botanic.co.uk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu selalu beli premix muffin poppy seed dari bagus bakery.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 04:03 PM | Show all posts
Remyda replied at 20-2-2019 03:13 PM
Pokok popi yang berbunga akan dikeringkan bagi memperoleh biji kas kas. Imej dari Botanic.co.uk


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 20-2-2019 04:42 PM

masak korma daging  kambing campor  serbok kas kas , yogurt dan rempah korma
memang pekat dan sedap.selalu makan mase budak budak tk tau pun ada unsur dadah
ok je
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 04:50 PM | Show all posts
kas2 nih yg buatkan org ketagih....fuhh sedapppp, kuah pekattt....dah letak terlebih, jadi lalok la
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 04:57 PM | Show all posts

i kalau tak tau nie poppy mesti ingat biji lada hitam biasa tu je
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kat mana ni?.... nak pergi tengok lah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 05:05 PM | Show all posts
Teringin lak nak pakai ni taruk kari masak sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr zmn dulu klu mkn kat kedai mamak balik opis sure ngantok..mcm bubuh ganja pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 05:19 PM | Show all posts
mat pet time sengkek nk dptkan supply bulih lah singgah kedai ni...2 in 1 gitu. perut kenyang stim pun dapat
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 05:20 PM | Show all posts
najib888 replied at 20-2-2019 02:48 PM
Terlajak boh kas kas le tu.. kas kas ni, asalnya pun dari buah popi.. pod bunga popi dikeringkan.. p ...
Baca komen ni baru tau .. kas kas tu biji poppy


Poppy seeds or “kas kas” as they are known in Malaysia are believed to be widely used in food preparations in countries in Europe, Middle East, and India. As far as we know, poppy seeds are banned in Saudi Arabia and some types are also banned in Singapore.

pernah buat dulu untuk program anti dadah


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 05:21 PM | Show all posts
Muntz replied at 20-2-2019 05:05 PM
Teringin lak nak pakai ni taruk kari masak sendiri.
banyak kat india street deng

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 05:39 PM | Show all posts
My own experience ya..

Bwk maid i check up fomema.. Dpt result urin positif..Senang2 ja diorang suruh hntr blk..
Bila discus n study blk, before bwk maid buat urin test, i g mkn mamak..

then hb i buat test sendiri.. buat urin test before g mamak, clear.
then g mkn mamak, mkn nasi n kuah kurma saja..
buat urin test, positif..
ktorang fight dgn fomema, turun naik kkm  juga..
lepas.

so, my advice, sapa2 nk masuk u ka yg nk buat urin test, please avoid mkn kt mamak dulu
tindakan pd kedai mamak x blh diambik sbb kas2 jatuh under mknn n fungsi dia utk bg lauk thn lama n biji kas2 ni bkn diproses
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054517 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list