Gara-gara penularan wabak COVID-19 yang semakin mengganas sehingga menyebabkan dua kematian di Malaysia, kerajaan mengambil langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga ke 31 Mac 2020.
Kredit foto: Carian Google
Walau bagaimanapun, masih ada yang berdegil dan ingkar dengan arahan tersebut.
Sehubungan itu, ramai rakan artis melakukan usaha sama dalam memberi pesanan supaya masyarakat terus kekal di rumah dan tidak perlu ke mana-mana tanpa alasan munasabah.
Nampaknya, selebriti kontroversi Azwan Haji Ali turut berkesempatan menitipkan beberapa pesanan kepada rakyat Malaysia.
"Merayap ke hulu, ke hilir. Kenapa degil sangat?"
Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA tampil 'menyekolahkan' netizen dengan menegur mereka yang begitu mementingkan diri sendiri dan masih tidak mahu berkuarantin di rumah.
Video 'perutusan khasnya' itu membuatkan ramai netizen berpuas hati walaupun bicaranya agak kasar, namun 'ada poin'. Diva AA nampaknya telah 'sekolahkan' mereka yang masih selamba berhimpit-himpit di tempat awam dan bergerak ke sana sini walaupun keadaan negara yang sangat tenat kerana terdedah kepada wabak Covid-19. - CARI
|