CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: highcastle

[Jenayah] Anggota polis maut, rakan setugas parah MPV kejar suspek terbalik

  [Copy link]
Post time 2-11-2020 09:08 AM | Show all posts
TravellingBear replied at 1-11-2020 11:19 PM
gigih aku terbalikkan fon nak tengok jenis MPV polis tu... tapi tak dpt cam pulak.
sakit plak ati  ...

kete waja...tengok fog light




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2020 09:09 AM | Show all posts
takziah   
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 10:57 AM | Show all posts
bizsarii replied at 1-11-2020 10:16 PM
mungkin tak berapa familiar dgn selok belok jalan disitu

ko tak baca artikel pun kan...

“Akibat kemalangan itu, penumpang kenderaan peronda MPV PDRM maut di lokasi kejadian, manakala pemandunya cedera.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 12:18 PM | Show all posts

patut lah smlm aku kena roadblock area Masai, dia tak tgk roadtax tp tengok muka pemandu/penumpang
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah pada family mendiang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2020 11:13 PM | Show all posts
Pemandu Myvi sebabkan kematian anggota polis dijel 8 tahun, denda RM30,000


NOR AZURA MD AMIN | 8 November 2020

Mohd Syafiq dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM30,000 terhadap seorang pemandu Perodua Myvi selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis pada 1 November lalu.

Mohd Shafiq Lokman, 26, yang merupakan seorang pembantu kedai membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda tidak lebih RM50,000 serta hilang kelayakan daripada memegang dan mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Untuk kesalahan itu, majistret menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh iaitu hilang kelayakan daripada memegang dan mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Tertuduh turut didakwa memandu tanpa lesen di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana mahkamah mengenakan denda RM1,800 dan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 6 pagi pada 1 November lalu apabila tertuduh yang memandu kereta Perodua Myvi terlibat kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau sehingga mengakibatkan kematian Konstabel Nicholester Dadup Anak Unggat.

Sementara itu di kamar mahkamah berasingan, tertuduh mengaku salah di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman kerana menghalang tugas penjawat awam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Nurasidah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dijalankan secara berasingan dan denda RM5,000 dan penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh turut dikenakan hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan rakannya yang juga seorang ibu tunggal, Siti Noor Ashikin Muhammad Arifin, 26, dipenjara lapan bulan dan denda RM1,000 selepas mengaku bersalah membenarkan Perodua Myvi yang disewanya diberikan kepada teman lelakinya yang tidak mempunyai lesen memandu.



Empat tertuduh kes kemalangan menyebabkan seorang anggota polis maut pada 1 November lalu dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Siti Noor Ashikin turut dikenakan hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya.

Teman lelakinya, Mohd Syahrihudin Abdul Majid, 24, pula didenda RM1,000 sekiranya gagal bayar tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah memandu tanpa lesen.

Seorang lagi rakan mereka yang turut berada dalam kereta Perodua Myvi ketika kemalangan maut itu, Mohd Aiman Romli, 24, yang juga tertuduh keempat dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan kerana memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badan.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Noridayu Md Kassim, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber:Sinar Harian



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.337177 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list