CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Modngengade

Fran berak merata-rata, Candra tegur...Fran cuba tikam dari blkg namun cuma kena

[Copy link]
Post time 25-11-2020 03:30 AM | Show all posts

2 Beradik Bunuh Member Sebab Berak Tepi Pokok Dekat Pondok Melepak






Dua beradik yang mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis pada Rabu, 18 November 2020.


Candra, 23, dan Calvin, 19, disyaki membunuh mangsa, Fran, yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, kerana didorongi dendam lama kerana Candra sebelum itu pernah ditusuk dengan pisau oleh Fran.


Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, Fran dan Candra bersama rakan lain sedang melepak bersama di sebuah pondok berhampiran rumah mereka di Jalan Meranti Sungai Buaya, Daerah Kertapati, Palembang, Indonesia.


Ketika itu, Fran sempat membuat air besar di sebatang pokok berdekatan dengan pondok tempat mereka melepak. Candra yang ternampak perbuatan Fran itu terus menegurnya dan teguran itu membuatkan Fran berang.


"Saya kata, nak berak tu beraklah jauh sikit. Jangan di pokok berhampiran. Tetapi dia terus marah dan memaki hamun saya sampai hampir tercetus pergaduhan. Mujur berjaya dileraikan oleh rakan yang lain," kata Candra.


Setelah insiden itu, Candra mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Namun secara tiba-tiba Fran menyerangnya dari belakang dengan menusuk pisau di bahagian ketiak.


"Bila sampai di rumah, baru saya terasa sakit dan bila pegang bahagian belakang, ada kesan darah. Saya tidak melaporkan kejadian itu kerana mahu menunggu dia meminta maaf. Tetapi dia langsung tidak berbuat demikian, seperti tiada apa-apa yang berlaku," kata Candra.


Kesal dengan sikap Fran, Candra akhirnya membuat keputusan untuk berjumpa dengan Fran yang ketika itu sedang bekerja di bengkel. Candra dan adiknya, Calvin, terus menyerang Fran dengan senjata tajam.


"Setelah kejadian itu, kami terus lari ke rumah bapa saudara. Adik saya ini sebenarnya tidak tahu apa-apa. Dia hanya mengikuti saya kerana melihat saya membawa senjata tajam.


"Bapa saudara tidak tahu yang kami baru terbabit dalam kes itu. Kami berikan alasan hendak mencari pekerjaan dan bersembunyi di sini hampir tiga minggu," katanya.


Calvin juga menjelaskan, dia tidak tahu apa permasalahan yang menimpa abangnya itu dan ketika kejadian, dia spontan hendak membantu abangnya.


"Abang masa itu pulang terus membawa parang, jadi saya pun ikut, termasuk menikam mangsa di bahagian perut sebanyak dua kali," katanya.


Sementara itu, jurucakap polis Palembang, Anom Setiyadji berkata, kes pembunuhan itu berlaku akibat dendam lama di antara suspek dengan mangsa yang berselisihan faham.


Dua beradik terbabit telah ditangkap ketika bersembunyi di kediaman keluarganya dan akan didakwa di atas perbuatan mereka di mahkamah atas tuduhan membunuh yang memperuntukkan penjara selama 15 tahun.


Menurut kakak mangsa, Maladewi berkata, adiknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Fran disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


Ananda, isteri kepada mangsa, menangis ketika dimaklumkan bahawa suaminya telah meninggal dunia. Anda seolah-olah tidak percaya, lelaki yang baru dinikahinya tiga bulan lalu sudah tiada.





"Dia adalah suami yang bertanggungjawab. Dia selalu berusaha memenuhi apa yang saya minta," katanya yang sedang mengandung anak Fran dengan usia kandungan satu bulan.


Fran dan Ananda baru sahaja menikah pada Ogos 2020. Sebelum Fran keluar dari rumah pada hari kejadian, dia sempat mencium perut isterinya serta berpesan untuk menunggunya di rumah sementara dia keluar pergi mencari rezeki.


"Dia sempat kata, dia pergi kerja dulu untuk mencari rezeki buat beli susu anak, sambil mencium perut saya," katanya.


Ketika itu Ananda sempat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan ketika dia sedang memasak, secara tiba-tiba dadanya berdebar kencang dan terus teringat pada suaminya. - Agensi



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 10:25 AM | Show all posts
Takziah la. Jadi orang tu kena lah hormat menghormati.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 10:42 AM | Show all posts
Terpalit tahik tak masa pergaduhan pergelutan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
"Psl taik pun mo gaduh ka? Pigi cuci suda hilang lh" - Bang Romli.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 11:46 AM | Show all posts
Setakat penjara 15 taun je?

Okla tu duk penjara, nak makan free la tu.

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 11:47 AM | Show all posts
Kalau satu keluarga masuk penjara. Leh buat family day dalam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2020 12:04 PM | Show all posts
Eh chop, bukan dah ade ke berita ni sblm ni dalam CI nih.
Oh lupe, wartawan cari boleh bukak thread ulang2 orang lain punye
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:57 PM | Show all posts
Adoi vara punya hal pon bole bunuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentaliti taik ke apa ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 02:50 PM | Show all posts
taik punya hal boleh berbunuh,tikam kat ketiak pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 02:54 PM | Show all posts
pasal taik pun ko nak berbunuh2 dik..taik betuii
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 06:02 AM | Show all posts
cer check pokok tu kot berbuah, entah taik tu dah jadi baja
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 23-11-2020 02:40 PM
puncanya mangsa suka berak merata-rata....

Ade lg berak merata..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.273545 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list