aku sokong..aku suka tone suara kak dibah...pastu cakap pun sebiji sebutir boleh dengar dgn jelas...tapiiiiiii...kak dibah try la hantaq resume mcm org lain minta keja juga..
Post time 18-2-2021 04:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
EJALTI replied at 18-2-2021 02:54 PM
Perlu ke nak tanya pendapat public bagai?
Kalau suka mengajar, nak cari duit masa zaman pe ...
public = follower dia
selalu nampak bbnu yg langsung2 tak femes buat gitu kat socmed. Aku layankan ajer sbb nak bersocial dgn budak2 muda . kang kata generasi atas dorang tak sporting pulak... tapi. sbnrnya. kalau. acik divah yg buat mmg perahsantan bbnu lettew
Post time 18-2-2021 07:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Setuju gak cikgu Adibah ni. Sora best, sebutan jelas, sheol pun pelakon so bab2 kelihatan animated dalam skrin ni mmg makanan dia. Student2 ni khasnya yg kanak2 remaja2 ni mmg dorang visual learner.
Kalau visual tak berkesan, mmg tidorlah semua... tu yang budak2 akan komen, bosan ya amat.
Post time 18-2-2021 07:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nampak dia benar2 memerlukan kerjaan, sayangkan dulu benti jadi cigu.
Sebenarnya kalau menten jadi cikgu boleh je kan jadi artis.
Mujurlah hat bomba tu menten keje lagi walaupun gaji sebulan maybe sama mcm bayaran satu lagu.
Ko igt ko retis leh terus dapat keistimewaan ke?
Nk ngajar untuk didiktv mesti tau kurikulum.
English dah ade semakan 2 kali, 2010, ngn CEFR 2017.
Ko tau ke silibusnye.
Post time 18-2-2021 09:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bagus juga..sbb aku htr anak aku tuition english kat cambridge...haha...anak aku selalu komplen dedulu, cikgu sebut tak betul..doubt debt tu..anak aku sebut betul mcm AN ni...cikgu dia betulkan sebutan dia kat sekolah sbb cikgunya kata salah..confused anak aku jadinya..belajar cambridge lain.. sekolah lain...tp dgn adanya isu ni..bukak mata semua orang..terutamanya cikgu sek rendah/mngh utk pronounce dgn betul...tiba masa untuk kita 'betulkan yg biasa' ...
Adibah dicadang tabur jasa jadi 'guru BI teragung di Malaysia'
Diterbitkan 18 Feb 2021, 9:43 pm
Gara-gara tindakannya rajin membetulkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan personaliti umum, pelakon dan pengacara terkenal Adibah Noor dicadang memanfaatkan kemahirannya dengan lebih meluas.
Seorang pengguna Facebook hari ini misalnya mencadangkan Adibah membuat kelas dalam talian dan terbuka untuk semua.
Membayangkan Adibah akan menjadi "guru bahasa Inggeris paling agung di Malaysia" Khairul Hakimin Muhammad melontarkan saranan tersebut dan disambut dengan reaksi positif ramai.
"Akak live (siaran langsung) setiap 8 malam dengan topik pronunciation ikut perkataan/ayat sesuai peringkat umur.
"Akak akan jadi guru BI paling agung di Malaysia. Saya support akak," tulisnya.
Saranan Khairul mendapat perhatian warga maya yang memberi semangat serta sokongan kepada Adibah supaya menjayakannya.
Untuk rekod pada 15 Feb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun kembali menjadi buah mulut warganet selepas dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan secara maya baru-baru ini.
Menyedari kekoknya Rina ketika berucap dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59, Adibah yang pelakon dan penyanyi mengambil inisiatif memperbetulkan sebutan Rina.
Menerusi Twitter, Adibah memuat naik klip video cara sebutan yang betul perkataan "doubt" sambil berkongsi ilmu berkenaan dengan pengikutnya di media sosial.
“Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.
“Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, doubt. Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa," kata Adibah.
Teguran Adibah itu bagaimanapun mendapat kecaman segelintir warganet.
Selepas saranan Khairul Hakimin - yang turut menanda Adibah - mendapat respon positif warganet, penyanyi Terlalu Istimewa itu tampil memberikan reaksi.
Menulis diruangan Komen, Adibah berkata dia sedia untuk mempertimbang saranan berkenaan.
"Terima kasih, saya terharu insya-Allah saya akan fikir-fikirkan," kata Adibah.