CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Boomibulat

[Tempatan] Pengurusan kondo kompaun kanak2 umur setahun sebab tak pakai mask dalam lif

[Copy link]
Post time 26-2-2021 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada kewajipan untuk kanak-kanak memakai pelitup muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg komen menangkan jmb tu obviously takde baby la tu. Even Tok Mail pun dh suruh cancelkan kompaun tu sbb die cakap management takde hak nak saman org.. lagipun budak tu baby n kalau ikutkan, memang pemakaian mask dikecualikan utk baby bawah 2thn. Ape bende nak suruh baby pakai mask ntah.. memang management tu problem kot. Dah boleh suruh tukar management company dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 01:05 AM | Show all posts
Over sgtlah management ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kt ampang prima kondo. Hellooo jgn bengap sgt ye.. management xde hak sesuka hati nak suh org byr denda sbb xpakai mask. Giler hape.. aku masa kuar kes ni kt page 68000 ampang aku dah ajar owner ape hak dia.management company tu hanya lantikan dr pengerusi or mpaj. Bgs company hanat ni kene. Dasar giler punye manager
sesuka je nak sakau duit org. Mmg lyk kene humban manager gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 04:54 AM | Show all posts
kerajaan pun dh ckp bdk bawah 2 tahun xperlu pakai mask...
igt senang nk bg diorg pakai mask..
tak sampai berapa saat dh dicabut balik
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 05:10 AM | Show all posts
kalau orang tua iols akan gelakkan dan padankan muka...
tapi budak kecik betapa kita tahunya mereka takkan pakai mask dan akan bukak buang dan jerit melalak.... sudah tentu kena pertimbangkan kes ni...

nak kata mak bapak tu bowdow takut deorang ada benda penting macam nak pergi klinik ke apa bawak budak tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2021 05:12 AM | Show all posts

Pengurusan kondominium tidak boleh keluarkan denda untuk kesalahan pelitup mukaJason Thomas -

February 25, 2021 10:14 PM



Pengurusan kondominium di Ampang salah apabila mengeluarkan denda, kata Ismail Sabri Yaakob.



PETALING JAYA: Badan pengurusan kondominium tiada hak untuk mengenakan sebarang penalti terhadap penghuni yang tidak memakai pelitup muka, kata menteri kanan keselamatan Ismail Sabri Yaakob.

Seorang budak lelaki berusia setahun dilaporkan didenda RM100 oleh badan pengurusan sebuah kondominium di Ampang awal minggu ini kerana tidak memakai pelitup muka di dalam lif, dengan kejadian itu tular selepas dikongsikan ibunya di Facebook.

Walaupun memakai pelitup muka diwajibkan sejak 1 Ogos, ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah dikecualikan.

Mengulas isu itu hari ini, Ismail berkata hanya pegawai kementerian kesihatan dan polis mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang gagal memakai pelitup muka mengikut peruntukan Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Apa dilakukan pengurusan kondominium di Ampang itu salah,” katanya dalam sidang media hari ini.
“Kuasa mengeluarkan kompaun dan tindakan lain mengikut Akta 342 adalah untuk kementerian kesihatan dan pihak yang diberi kuasa oleh kementerian seperti polis.

“Sehingga kini kami tidak memberikan kuasa itu kepada badan pengurusan kondominium dan pangsapuri, mahupun pejabat lain. Mereka tidak mempunyai kuasa itu.
“Saya berharap mereka membatalkan kompaun untuk budak berusia setahun itu. Tidak masuk akal pada saya.”

Ketua polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak memberitahu FMT, ibu bapa kanak-kanak itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.





Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Giloorrrrr.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 08:26 AM | Show all posts
Aku nak tahu apa tindakan seterusnya management kondo tu. Still nak fight lg ke tak. Ptt report je jmb mcmni. yg mengecam ckp mmg ptt kene tu obviously takda anak kecik. Tak tahu betapa sshnya nak suruh pkai mask. Ckp senang lah. Takda anak boleh lah sembang kencang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawan management kondo bodoh tu. Tak dinafikan makan menjadi2 mengada2 kebanyakan pengurusan condo sekarang ni.. hello management bangang, kami beli rumah tu ratusan2 ada yg jutaan2 ringgit. Kau manangement bangang dtg cuma sebagai PEKERJA untuk pemilik2 rumah condo/apartment. Pemilik beli rumah utk jadi hamba semula kpd PEKERJA yang dilantik. Pemahaman yang mudah!
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya JMB. JMB lagi pandai drp WHO ke? Budak2 bawah 2 yo memang tak digalakkan pakai face mask sebab takut sukar bernafas,diorang tak tahu nak bg tahu penjaga.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
fadzyjemi replied at 25-2-2021 05:54 PM
Ni kt ampang prima kondo. Hellooo jgn bengap sgt ye.. management xde hak sesuka hati nak suh org byr ...

Betul tu. Kadang2 management ni lebih sudu drp kuah. Diorang tu dilantik oleh resident. Sepatutnya senangkan resident, ni tak buat rules sesuka hati.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah cakap dengan orang tak faham bahasa ni.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawah 2 yo memang tak digalakkan pakai mask.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
heywana replied at 26-2-2021 08:26 AM
Aku nak tahu apa tindakan seterusnya management kondo tu. Still nak fight lg ke tak. Ptt report je j ...

MO ni mengikut je ckp JMB..jmb sini ntah apa pemikiran..igt ada kuasa besar sgt ke nk saman org..

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 12:05 PM | Show all posts
staf pengurusan kondo tu forever alone agknya, tk pnah ada anak, tk penah bergaul ngn bdk2, tak tau bdk cmne nk pakai mask..

bdk pkai baju suit angkasawan pn dia tk selesa, apatahlagi pkai mask.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah management ampang prima condo tu diterminate kan serta-merta atau pun lepas ni tak payah sambung kontrak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 25-2-2021 04:02 PM
tak digalakkan bukan tak perlu..
kalau dah pengurusan tetapkan kena pakai mask dalam kawasan condo, ...

Bukan tak digalkkan tapi memang tak boleh risiko lemas
Ni who punya panduan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker replied at 25-2-2021 08:32 PM
Takleh pakai facemask,  apa kata beli topi yg ada shield tu?

Pencegahan yg lagi baik,  takyah ba ...

Shield tu tak berkesan tanpa mask
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Management condo or any bodies yg jd pengurusan ni kebanyakkannya xbrp nak cerdik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.164816 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list