Author|Post time 1-8-2021 04:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aylaalaa replied at 1-8-2021 03:28 AM
Kawan selepas vaksin 1st dose kena kayap,
Selepas seminggu kena covid pulak
Padahal masa kena kay ...
Dia tinggal sorang je ke kat rumah? Atau dengan family? I nak isi minyak pun sekarang pakai glove lepas settle buang. Terbayang ada yg positif cov tu pegang handle tu ke aiyo…
Suami dan anak-anak positif masa awal mac 2021..rasa tak percaya ja bila hubby bagithau yang dia positif. Dia dah deman selama 2 minggu sebelum tu, selepas kuarantin wajib dekat sebuah hotel dengan semua staff satu companynya. Masa quarantin wajib tu ada juga dari company hartalega, ramai bangla masa nie. Balik dari kuarantin ja suami terus tak sihat, demam n batuk..Batuk dia teruk juga macam tahap batuk kering. Pergi check klinik, doc cakap demam virus. 3 hari kemudian, dia pergi check lagi sebab tak ada perubahan, malah makin teruk, jadi doc suggest pergi hospital. Kat hospital nie la baru dapat detect ada covid....dalam masa 3 hari juga baru ambulans datang ambik. Lepas ja suami ke maeps, anak pula ada tanda, batuk, tak sempat tunggu 7 hari ctc, kami terus kena swab. Ingat lagi khamis swab, sabtu tengahari dapat results dua orang anak positif. Masa nie dah start keluar air mata dah, nasib baik yang kecik negatif, kalau tak kami berkampung kat sungai buluh. Masa ambulans datang ambik anak, masa tu hujan turun dengan ribut sekali. Lagi la syahdu.
pengalam sendiri kena covid walaupun stage 1 2 tapi kesannya sampai sekarang rasa sakit tangan dan kaki ..
call pkd tak berangkat jadi kuarantin diri sendiri dalam rumah..jadi mungkin tak masuk data kkm la kot..lepas 2 minggu kuarantin baru keluar bersosial..
Bestfriend I kena covid hujung bulan 6. Mula2 dia demam biasa dan kebah dalam masa 1 hari. Lepas tu dia demam balik and pegi klinik buat cek, doktor tu xnak buat test covid, saspek dia denggi. Dia x sedap hati, dia pergi klinik ke dua and doktor to test covid, dapat tau dia positif. Dia pergi CAC org CAC kata simptom dia x teruk jadi dia disuruh kuarantin sendiri kat rumah. Waktu tu dia memang ok, xde simptom lain kecuali mcm rasa x larat.
The next day dia mesej bg tau dia hampir pengsan kat rumah, and malam tu I dapat tau dia memang sebenarnya pengsan tp dia x sedar. Kawan kitorang paksa dia call ambulance, dia start kena admit malam tu. Sehari lepas kena admit, dia masih text2 I, tapi second day kena admit dia dah x balas. I dah x sedap hati and sehari lepas tu I diberitahu oleh kawan mutual kitorang yang dia dah ditidurkan sebab keadaan dia teruk. Dia pesan suruh kawan I bagitau I mintak I tolong bacakan surah Yasin untuk dia, I memang dah menangis teruk time dengar tu... hari2 doa mintak Allah bagi dia kesembuhan....
Selepas 20 hari lebih dia di ICU, bff I hembuskan nafasnya yang terkakhir... kali terkahir dia text I yg sehari selepas dia admit tu la... sedih hati ni x dapat nak ungkap... Sebab I duduk jauh, x dapat pergi tgk pengkebumian dia walaupun dr jauh, nasib baik ada member baik hati yg dapat pegi, buat live video, dapatlah jugak tgk dia dikebumikan walaupun dari komputer je...
Dalam masa yang sama, kawan yg lain B (belum vaksin) ada dtg jumpa I and kebetulan malam tu B demam. I dah vaksin 1st dose waktu tu. Esok tu mmg appointment I for 2nd dose, and esok tu jugak dpt tau B ni positif korona. I memang dah cuak gila2 takut jangkit sebab baru je semalam B datang jumpa I!
Lepas 14 hari, B ni sihat blk tp kesan2 dari korona still ada dengan dia (badan x larat, x de tenaga). Alhamdulillah lepas 14 hari after 2nd dose, I masih x kena korona. Allah lindungi I... Ahli keluarga B ni semua kena korona dan diorang semua x vaksin lagi. Yang x sempat dijangkiti cuma anak buah dia 2 orang (dah dihantar ke rumah adik yg dah kawin dan tinggal di tempat lain) dan adik yang dah kawin ni.
Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh BFF I, semoga Allah luaskan kuburnya, kurangkan azabnya, ampunkan dosa2nya, tempatkan dia di syurga dan berikan dia kebahagiaan yang dia x kecapi waktu umurnya di dunia... Al Fatihah (dibaca).
Author|Post time 2-8-2021 11:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
BabyMiakaChan replied at 2-8-2021 11:00 PM
Bestfriend I kena covid hujung bulan 6. Mula2 dia demam biasa dan kebah dalam masa 1 hari. Lepas tu ...
Ya Allah sedihnya i baca… huwaa… semoga arwah bff u di tempatkan di kalangan org-org yg beriman… virus ni mmg dah banyak ragut nyawa org yg kita syg baik tua atau muda. Tak boleh nak jangka.
Semoga u & family kekal sihat ye dijauhkan dari virus ni. Kalau i boleh tau berapa umur kawan u ?
Author|Post time 2-8-2021 11:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
iddinnz replied at 2-8-2021 12:59 PM
pengalam sendiri kena covid walaupun stage 1 2 tapi kesannya sampai sekarang rasa sakit tangan dan k ...
Semoga kesan tu hilang ye u. I doakan. Take care ya.. mmg dorg busy & hospital pun dah penuh sangat. Sedara mara i banyak kena kuarantin sendiri je kat rumah tanpa gelang pink
Dah betul2 lemah baru pergi hospital kalau tak dorang suruh balik je
Post time 3-8-2021 04:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ayda89 replied at 2-8-2021 11:23 PM
Ya Allah sedihnya i baca… huwaa… semoga arwah bff u di tempatkan di kalangan org-org yg beriman ...
Terima kasih atas doa sis... Kawan I baru 40, jangan kata suami rezeki ada teman lelaki pun xde, dah la kena buli dengan bos kat tpt kerja lebih dari sepuluh tahun... Naik increment 50 hengget je.. bonus kena cantas sebab bos x suka, kesian sgt nasib dia. Dia baru dapat tukar site office and manager kat tpt baru sayang dia dan nak naikkan pangkat, tp itulah Allah lebih sayangkan dia... Bila kenang dia nangis2 ckp psl jodoh psl kerjaya, memang buat air mata I menitik, semoga Allah berikan dia kebahagiaan x terhingga di sana yg mana dia x dapat di dunia sebelum ni...