|
Author |
Post time 22-8-2021 09:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Coretan Peguam (Siri 80) (Repost)
HAK MEMPERTAHANKAN DIRI
Terima kasih saya kepada sahabat sahabat yang bertanyakan soalan melalui private massage, whatsapp, fb dan sms saya mengenai hak membela diri terutama kepada tuan rumah jika berlaku kejadian mencuri, menceroboh rumah dan menyamun di rumah kita.
Saya menghargai soalan tuan puan sekelian.
Saya coretkan satu kes yang ada dalam pengetahuan saya untuk kita sama sama berfikir terutama hak sebagai tuan rumah.
Persoalan yang sering ditimbulkan masyarakat ialah, tidak adil jika rumah dimasuki pencuri atau perompak dan jika tuan rumah 'mengapa apakan' pencuri tersebut maka tuan rumah yang akan dipersalahkan. Tuan rumah boleh dihukum gantung jika membunuh pencuri.
Ada yang secara sinis menyatakan jika pencuri datang, tuan rumah wajar membentang permaidani merah atau red carpet bagi 'menyambut' kedatangan mereka.
Adakah undang jenayah kita sezalim yang sesetengah orang kita sangkakan?
Mungkin sebagai pengamal undang undang jenayah, saya melihat dari pelbagai sudut iaitu sudut tuan rumah, perompak, peguam, polis dan pendakwaraya.
Tidak keterlaluan saya juga melihat dan mengkaji pandangan dan keputusan mahkamah bagi kes kes terdahulu yang dirujuk.
Saya bawakan satu cerita sebenar yang hanya dapat dijelaskan semasa perbicaraan di mahkamah dan bukan ketika tertuduh dituduh di mahkamah dan kes ini telah mendapat liputan luas akhbar arus perdana dan di laman sosial.
Cerita ini adalah satu kisah yang benar benar terjadi di negara kita.
Simati bersama seorang kawan telah cuba mencuri sebuah motosikal milik tuan rumah yang diletakkan di hadapan rumah.
Simati bersenjatakan alatan tajam berbentuk T dan spanar bagi membuka kunci motosikal bagi tujuan mencuri.
Tidak dinafikan bahawa alatan tersebut adalah sangat merbahaya dan boleh membunuh tuan rumah jika disalahgunakan.
Ketika sedang leka membuka kunci motosikal, tiba tiba simati disergah oleh tuan motosikal yang juga tuan rumah.
Mereka berdua terus melarikan diri. Pada ketika itu tuan rumah datang dengan bersenjatakan parang panjang.
Pencuri tersebut terus melarikan diri akibat terkejut namun dikejar oleh tuan motosikal yang sambil melibas libas parang panjang ke arah pencuri tersebut.
Pencuri tersebut terus melarikan diri lalu terjatuh berhampiran pagar rumah. Pencuri berkenaan telah mengangkat kedua dua tangan tanda meminta maaf dan memohon agar tidak diapa apakan oleh tuan rumah.
Tanpa berfikir panjang, tuan rumah telah melibas libas parang panjang ke arah muka, leher dan kepala pencuri.
Pencuri berkenaan terus menghalang libasan parang menggunakan tangan beliau sendiri dan kemudiannya rebah dan mati di tempat kejadian akibat kehilangan darah yang banyak.
Rakan beliau sempat melihat kejadian tersebut sebelum berjaya melarikan diri.
Rakan mangsa akhirnya ditahan dan telah memberi keterangan kepada polis apa yang beliau saksikan.
Tuan rumah pula memberi keterangan kepada pihak polis menafikan penglibatan dan mempertahankan tindakan beliau membunuh pencuri bagi tujuan mempertahankan diri daripada di apa apakan oleh tuan rumah.
Dengan izin,
Peguam ingin bertanyakan beberapa persoalan;
1. Adakah tuan motosikal yang juga tuan rumah mempunyai hak untuk menikam pencuri tersebut di kawasan laman rumah beliau.
2. Adakah menikam atau melibas bagi tujuan mempertahankan diri oleh tuan rumah daripada diserang pencuri atau,
3. Wujud perasaan dendam dan marah akibat bakal kehilangan sebuah motosikal atau,
mungkin pernah kehilangan motosikal sebelum ini?
4. Motif dan sebab ditikam atau dilibas menjadi soalan yang sangat penting dan releven kepada siasatan pihak berkuasa.
3. Adakah masih ujud lagi keadaan takut yang teramat dan bimbang kepada tuan rumah yang membolehkan beliau mempertahankan diri dari 'serangan' pencuri ketika itu.
4. Adakah semasa tuan motosikal menikam pencuri, pencuri itu sedang mengancam nyawa tuan motosikal.
5. Keberadaan pencuri di luar rumah adalah tidak sama dengan keberadaan pencuri di dalam rumah kerana matlamat pencuri hanya ingin mencuri motosikal yang berada di luar rumah.
6. Mungkinkah ukuran panjang parang yang dibawa tuan rumah dan size ukuran senjata iaitu senjata tajam berbentuk T yang dibawa simati juga menjadi ukuran tahap 'ketakutan' terutama bagi pihak tuan rumah.
Setelah kejadian, tuan rumah telah membuat satu laporan polis dan mendakwa nyawa beliau terancam,
Akibat tiada pilihan lain maka tuan rumah 'terpaksa' melibas, menetak atau menikam lalu menyebabkan pencuri terbunuh.
Pihak polis telah menyiasat dengan penuh profesional, berhati hati di dalam mencari kebenaran dan jawapan sebenar terutama atas kematian pencuri.
Ketika itu semua ahli masyarakat telah membuat penghakiman dan mencerca perbuatan mencuri dan membuatkan tuan rumah menjadi hero kerana berjaya membunuh pencuri.
Tuan rumah adalah hero dan pencuri kekal jahat selama lamanya.
Pihak polis mula menyiasat dengan penuh bertanggungjawab.
Laporan post mortem jelas menunjukkan bahawa simati mati akibat kesan libasan pedang di tangan, kepala dan muka.
Pegawai penyiasat polis mula membuat andaian bahawa pencuri sedang melarikan diri dan telah dikejar oleh tuan rumah.
Laporan forensic mengesahkan kesan darah kepada parang panjang adalah bersesuaian dan sama dengan kesan darah mangsa.
Terdapat kesan cap jari tuan rumah di atas parang panjang tersebut kepunyaan tuan rumah.
Pihak polis telah memperolehi maklumat bahawa parang panjang telah dibawa oleh tuan rumah terutama dari rakan pencuri yang berjaya melarikan diri tersebut.
Di dalam laporam polis,tuan rumah menyatakan telah bergelut dengan pencuri di halaman rumah dan ketika itu pencuri tersebut bersenjata T tajam dan demi mempertahankan diri maka beliau telah menikam tubuh pencuri.
Satu jawapan yang baik namun adalah tuan rumah bercakap benar?
Pihak polis telah membuat siasatan dan melihat bahawa tidak ada kesan debu dan kotoran tanah kepada baju simati yang memungkinkan simati bergelut di atas tanah sebagaimana dakwaan tuan rumah
Juga tidak ada sedikitpon kesan titisan darah bermula dari tempat dikatakan bergelut sehingga ke tempat pencuri itu rebah iaitu lebih kurang 50 meter dari pagar rumah.
Terdapat keterangan dari rakan simati yang menyatakan tuan rumah telah melibas parang panjang lalu mengena simati ketika simati sedang melarikan diri.
Pihak polis kemudiannya membuat kesimpulan bahawa tidak mungkin berlakunya pergelutan di atas tanah kerana baju pencuri tidak ada kesan kotoran tanah dan mungkin telah dibunuh oleh tuan rumah.
Yang ada hanyalah lautan darah yang banyak ditepi pagar tempat simati rebah lalu dilibas oleh tuan rumah.
Jadi cerita tuan rumah membunuh kerana nyawa beliau telah terancam dan menjadi persoalan fakta yang hanya diketahui semasa tuan rumah diadili di mahkamah kelak.
Bila pihak polis membuat rumusan bahawa pencuri dilibas libas oleh tuan rumah bukan secara yang dibenarkan oleh undang undang maka tuan rumah ditahan dan dituduh di mahkamah atas kesalahan membunuh pencuri.
Tuan rumah masih mempunyai hak untuk membela diri di mahkamah dari pertuduhan ke atas beliau.
Maka sebaik sahaja tuan rumah dibawa ke mahkamah dan dituduh atas kesalahan membunuh maka secara tiba tiba seperti cendawan lepas hujan, timbul persatuan- persatuan, orang perseorangan, ahli parti, NGO dan masyarakat yang akan mengecam dan memaki hamun pihak polis dan pendakwaraya yang membuat pertuduhan ke atas tuan rumah sebagai zalim.
Sehinggakan hakim yang bersidang bagi mendengar kes ini juga dituduh zalim.
Ribuan pahlawan keyboards akan melaungkan zalim, zalim dan zalim ke atas pihak penguatkuasaan dan mahkamah kerana tuan rumah dituduh atas kesalahan membunuh pencuri.
Sepatutnya bagi mereka pembunuh adalah hero yang patut dijulang kerana membunuh pencuri.
Dalam keadaan media sosial menjadi 'pendakwa, peguambela dan hakim' yang membuat keputusan sudah tentu masyarakat akan membuat keputusan tanpa mengetahui cerita sebenar.
Hasilnya hampir semua komentar di laman sosial akan menghentam polis, pendakwaraya dan mahkamah kerana berlaku zalim kepada tuan motosikal.
Soalannya mana lebih zalim bila kita memberikan komentar berdasarkan andaian atau cerita di sebelah pihak tanpa mendapatkan cerita sebenar.
Sudah semestinya cerita sebenar akan 'dipertontonkan' kepada umum hanya di mahkamah apabila semua saksi saksi dipanggil untuk memberi keterangan.
Di sinilah kebenaran dapat dijelmakan oleh Mahkamah yang mulia.
Seorang Hakim akan membuat keputusan setelah menilai keseluruhan keterangan saksi saksi pendakwaraya dan keterangan tertuduh bersama saksi saksi pembelaan bersama sama bahan bukti yang telah dikemukakan di mahkamah.
Tepuk dada tanya selera
*************************************
Coretan Peguam (Siri 396) (Repost)
BUNUH
Saya pernah menulis mengenai tanggungjawab orang awam setelah berjaya menangkap pencuri/perompak/penyamun sebelum daripada ini.
Sebarang tindakan yang boleh mencederakan mereka terutama SELEPAS pencuri/perompak/penyamun ditangkap adalah sangat berisiko kerana pukulan pukulan oleh orang awam tidak lagi bagi tujuan mempertahankan diri kerana mereka telah berjaya ditangkap.
Penyamun/ Perompak/ Penyamun berkenaan sudah TIDAK LAGI memberi sebarang ancaman kepada mana mana pihak/orang awam yang mana Seksyen 96 dan 97 Kanun Keseksaan telah menggariskan ‘hak mempertahankan diri sendiri’.
Seksyen 99 (4) Kanun Kesiksaan bagaimana pun menyatakan bahawa tiada hak untuk mempertahankan diri jika melampaui daripada yang sepatutnya dan disengajakan.
Saya tertarik dengan kata kata Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27/12/2017 semasa mensabitkan ke lima lima tertuduh dengan hukuman mati di atas kesalahan membunuh.
“Tindakan ke lima lima tertuduh itu membatasi sifat murni kemanusian dengan mengambil undang undang di tangan sendiri. Kalau pun si mati dikatakan penyamun, tindakan alternatif adalah dibawa ke muka pengadian dan bukannya mengambil tindakan seolah olah se ekor harimau lapar membaham mangsa” kata YA Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Semoga kisah ini menjadi panduan kepada kita semua.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.
Semoga kita semua menjadi warganegara yang patuh dan hormat kepada undang undang yang ada.
Sekian.
Hasif Hasan |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah tak buat komen dekat facebook, jadual harian agak padat memandangkan kes kes sivil dah bergerak melalui ereview. Manakala kes kes jenayah masih ditangguh kecuali kes kes yang melibatkan permohonan Habeas Corpus yang berjalan seperti biasa.
Recently, saya ada terbaca berita mengenai seorang pendakwah yang terkenal dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dakwaan yang melibatkan seksyen 509 kanun keseksaan, seksyen 233 akta suruhanjaya komunikasi dan multimedia dan seksyen 14 akta kesalahan kecil.
Pertama sekali mengenai seksyen 509 kk itu sendiri di mana
KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)
Seksyen 509 - Perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.
Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Ok walaupun pendakwah terkenal tersebut belum dituduh dimahkamah, tetapi pihak pendakwaan masih boleh membuat pertuduhan bila bila yang dirasakan sesuai.
Bermaksud, walaupun sekarang pendakwah tersebut bebas tetapi sekiranya terdapat bukti kukuh untuk beliau dipertuduhkan dibawah seksyen 509kk tadi ataupun seksyen 233(1) akta skmm ataunpun seksyen 14 akta kesalah kecil, beliau akan dituduh. Namun, sekiranya pihak pendakwaan mendapati tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan beliau dengan tuduhan tuduhan ini , berkemungkinan beliau tidak akan dituduh.
Berbalik kepada isu pendakwah yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma sebagai seorang alim ulama yang disanjung tinggi oleh masyarakat.
Sebenarnya perkara ini normal. Malah, bukan sahaja pendakwah islam, di luar negara terdapat pelbagai kes kes yang melibatkan orang orang yang terkenal dengan keagamaan masing masing tetapi masih melakukan jenayah seksual,
Tidak kira mangsa adalah kanak kanak bawah umur atau pun kaun sejenis mahupun wanita.
Seperti contoh di Amerika Syarikat :-
"Theodore Edgar McCarrick, an American former cardinal and laicized bishop of the Catholic Church. Ordained in 1958, he became an auxiliary bishop of the Archdiocese of New York in 1977, then became Bishop of Metuchen, New Jersey, in 1981. From 1986 to 2000, he was Archbishop of Newark. He was created a cardinal in February 2001 and served as Archbishop of Washington from 2001 to 2006.
In 2018 he was ordered by Pope Francis to a life of prayer and penance. He was found guilty of sexual crimes against adults and minors and abuse of power, he was dismissed from the clergy in February 2019.He is the most senior church official in modern times to be laicized and is the first cardinal laicized for sexual misconduct".
Di Costa Rica sebelum ini:
"different scandals of sexual abuse involving members of the Catholic clergy have been made public in Costa Rica, as more than ten priests have been formally accused.However, one of the most recent and most dramatic events due to its media exposure occurred in 2019 when judicial accusations against the priests Mauricio Víquez and Manuel Guevara led to the search and seizure of the Episcopal Conference by the Judicial Investigation Department on 7 March 2019.Víquez, who was the Episcopal Conference's spokesman and professor at the University of Costa Rica, was dismissed from the clerical state by the Holy See and the process for removal of his university tenure was started. He is currently a fugitive overseas reason for which an international arrest warrant was issued against him.[65][66] In the case of Guevara, parish priest of Santo Domingo de Heredia, was arrested by the authorities."
Ramai lagi figura -figura terkenal yang kelihatan seperti memperjuangkan agama tetapi akhirnya apa yang mereka lakukan iaitu jenayah sexual predator tersebut terbongkar juga.
Saya tidak sama sekali menuduh pendakwah tersebut bersalah kerana sebagai peguam saya memegang prinsip seseorang tidak bersalah melainkan didapati bersalah oleh Mahkamah yang Mulia ini.
Namun, sekiranya anda kenal mangsa mangsa kepada sesiapa sahaja individu yang merupakan sexual predators, saya menasihatkan anda untuk
segera melaporkan perkara tersebut ke pihak berkuasa iaitu polis
dapatkan khidmat peguam untuk membantu mangsa memberikan keterangan kepada pihak berkuasa daripada awal.
pihak polis akan segera merujuk mangsa ke hospital jika perlu (biasanya sekiranya kes melibatkan jenayah cabul dan rogol)
peguam anda tadi boleh dilantik sebagai peguam pemerhati bagi kes yang dilaporkan.
segera bertindak sebelum terlambat.
Sekian, terima kasih.
kami yang benar
untuk dan bagi pihak
Messrs Amin Chambers
Muhammad Amin (017 2244 034)
Cik Musfira (011 6976 3424) |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-8-2021 10:56 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bekas Isteri Menang RM150Ribu Dalam Kes Saman Malu Terhadap Bekas Suami?
.
.
Kes pada kali ini telah diputuskan pada tahun 2010.
.
.
Ini merupakan satu tuntutan saman malu yang difailkan oleh Bekas Isteri (BI) terhadap bekas suaminya (BS) berkaitan dengan satu surat yang didakwa oleh BI berbaur fitnah, tohmahan, tuduhan dan kenyataan palsu terhadap BI yang telah disebarkan kepada pihak ketiga.
.
.
ISU-ISU
Ada 4 isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah iaitu:-
(1)Adakah ini merupakan suatu fitnah (libel)?
(2)Adakah perkataan fitnah itu merujuk kepada Plaintif?
(3)Adakah fitnah itu dikeluarkan dan disebarkan oleh Defendan?
(4)Jika tuntutan Plaintif berjaya, apakah jumlah kuantum yang
munasabah
.
.
BEBAN PEMBUKTIAN KE ATAS BEKAS ISTERI.
Adalah undang-undang yang matan bahawa dalam apa-apa tindakan mengenai fitnah, beban bukti adalah terletak ke atas Plaintif bahawa perkara-perkara yang diadukan adalah:-
.
1. Sama ada pernyataan-pernyataan mengandungi unsur-unsur fitnah;
.
2. Telah diterbitkan kepada pihak ketiga (penerbitan);
.
3. Penyataan-penyataan fitnah ditujukan kepada Plaintif.
.
Ketiga-tiga elemen penting ini mesti dibuktikan oleh BI untuk berjaya di dalam tuntutannya.
.
.
Mahkamah telah meneliti secara keseluruhan kandungan surat fitnah tersebut dan berpuashati bahawa kandungan surat tersebut memang sebenarnya mengandungi unsur-unsur fitnah dimana kesannya adalah untuk merendahkan reputasi dan martabat BI di dalam kes ini.
.
.
Dari keterangan BI sendiri, kesan dari penyataan yang dibuat terhadap beliau menurut makna yang biasa difaham terhadap BI adalah seperti berikut:
.
(a)BI menunjukkan sifat berdendam dan tidak menerima hakikat perceraian yang berunsur nusyuz.
(b)BI telah menidakkan dan mengenepikan sumbangan kecil atau besar BISA mengikut kemampuan kepada anak-anak dari dulu sehingga terkini.
♀ (c) BI telah meracuni pemikiran dan perilaku anak-anak supaya tidak menghormati BS secara langsung atau tidak langsung.
♀ (d)BI adalah seorang yang berpura-pura dan hipokrit.
.
.
Mahkamah mendapati, kesan daripada penyataan-penyataan BS tersebut telah merendahkan reputasi dalam pandangan anak-anak dan keluarga adik beradik BS.
.
.
Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan di atas, Mahkamah berpuashati dan memutuskan bahawa BI telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap BS.
.
.
KEPUTUSAN
Hakim dalam kes ini mengawadkan gantirugi am dan pampasan berjumlah RM100,000 dan juga gantirugi teladan dan gantirugi teruk kepada BI sebanyak RM50,000.00 .
.
.
Kesimpulannya, jangan main-main ya dalam nak menyebarkan fitnah atau mahu memviralkan sesuatu di laman media sosial dengan niat untuk menjatuhkan maruah sesorang tanpa justifikasi yang wajar. Nanti teruk jadinya.
.
.
Moga anda menjadi lebih bijak law setelah membaca artikel saya ini.
.
.
Sekian,
-Liyana the Lawyer- |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-9-2021 06:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CORETAN PEGUAM
Saya membaca tajuk berita hari ini;
Pandu lawan arus: Ejen insurans dipenjara tiga hari, denda RM8,000
Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai ejen insuran itu dituduh di bawah Seksyen 42(1)1987 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana memandu secara melulu atau merbahaya.
Komen saya:
Saya membaca pelbagai komen yang dibuat netizen. Ramai yang sekadar membaca tajuk dan membuat komen termasuk mempersoalkan yang hukuman terlalu ringgan dan tidak memadai. Ada yang mempersoalkan kenapa ada pihak yang terbunuh tetapi hukuman sangat ringgan.
Saya percaya ramai yang tidak faham fakta kes. Ini bukan kes kemalangan jalan raya.
Kes melibatkan ejen insuran ini hanya memandu dalam keadaan bahaya atau melulu kerana melawan arus.
Beliau tidak pernah terlibat dalam kemalangan dan jauh sekali ada pengguna jalan lain yang meninggal dunia.
Berdasarkan kepada fakta, cara pemanduan beliau yang telah membahayakan pengguna jalan raya lain, menyebabkan beliau dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bagi seksyen ini ialah jika disabitkan, penjara adalah wajib atau mandatori namun tidak melebihi 5 tahun dan denda juga wajib atau mandatori sebanyak tidak kurang daripada RM5000.
Bagi yang mempunyai lesen memandu percubaan iaitu P, mahkamah akan membatalkan lesen berkenaan.
Jadi berdasarkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah iaitu penjara 3 hari dan denda RM8000 adalah dalam bidangkuasa, ruang lingkup atau jurisdiction Majistret berkenaan.
Sekian.
Hasif Hasan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-9-2021 07:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CORETAN PEGUAM
Ada rakan fb bertanya mengenai hutang. Apa yang perlu beliau ketahui sebelum memberi hutang.
Jawapan saya.
Jika pihak yang ingin memberi hutang, pastikan melakukan perkara berikut-
- Membuat surat perjanjian. Tulis butir butir hutang dengan jelas antaranya jumlah hutang, bila perlu dibayar balik dan akibat jika tidak dibayar balik.
- Pastikan surat perjanjian ditandatangani pada setiap helaian. Ini bagi mengelakkan mana mana pihak menukar helaian berkenaan.
- Jangan ada ruangan kosong. Ini ditakuti pihak pihak boleh memasukkan klausa yang baru yang tidak ada semasa perjanjian ditandatangani. Jika ada ruangan kosong, buat garisan melintang dan tulis ‘ruangan ini sengaja ditinggalkan kosong’. (This page is intentionally left blank)
- Tulis muka surat setiap helaian ( 1,2,3 dan sebagainya)
- Jika hutang perlu diberikan secara cek. Pastikan penerima wang tersebut adalah pihak berhutang yang nama beliau ada di dalam perjanjian. Ini bagi memastikan yang pihak berkenaan yang menerima wang tersebut. Buat salinan cek berkenaan dan sila simpan selamat.
- Jika wang perlu dimasukkan ke dalam akaun, gunakan nama dan nombor akaun pihak yang berhutang sebagaimana dalam perjanjian. Simpan selamat slip bank berkenaan.
- Dapatkan saksi saksi perjanjian yang seeloknya tiada kepentingan kepada perjanjian kerana mungkin saksi berkenaan perlu hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan.
- Perjanjian perlu dimati stem. Banyak perjanjian yang dibuat tetapi tidak dimati stem.
- Pastikan perjanjian disediakan dua atau lebih. Setiap perjanjian yang original dipegang oleh pihak pihak. Jangan pula untuk jimatkan kos. Satu perjanjian dibuat dan yang lain dibuat salinan.
- Akhir sekali tidak salah jika pihak pihak membuat video semasa menandatangi perjanjian dan penyerahan wang hutang berkenaan. Ini boleh juga dijadikan bukti di mahkamah jika masalah timbul di kemudian hari.
Sekian.
Hasif Hasan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-9-2021 08:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Pokyat seorang peguam jenayah hampir 12 tahun.
Antara masalah penjamin OKT ialah mereka perlu pergi ke bank untuk urusan jamin.
Adakala pelanggan di bank terlalu ramai. Ini merumitkan urusan jamin tersebut.
Lebih- lebih lagi waktu puncak. Kalau tak sempat jamin, alamat duduk dalam lokap lah semalam dua.
Zaman sekarang, semua tu dah mudah. Tak perlu pergi bank lagi. Sekarang dah ada eJamin. Mudah dan Cepat.
Alhamdulillah, seiring dengan teknologi, proses eJamin satu kemajuan yang kami banggakan.
Nak jamin? Jangan risau. eJamin kan ada. Tiada lagi masalah!
Semua proses pembayaran ikat jamin boleh dilakukan atas talian dengan eJamin, termasuk pembayaran dan refund.
eJamin boleh digunakan untuk pembayaran dan pengendalian ikat jamin di semua Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi di seluruh Malaysia dan diluluskan oleh Jabatan Kehakiman Malaysia.
Cara penggunaan eJamin :
1. Kenalpasti butiran kes dan jumlah jaminan dengan jurubahasa Mahkamah
2. Lengkapkan butiran penjamin dan tertuduh bersama dengan butiran kes dan jumlah jaminan.
3. Lengkapkan butiran akaun bank untuk pembayaran. Pastikan akaun bank adalah dengan nama anda. Refund ( Pemulangan ) wang jamin akan dimasukkan ke dalam akaun yang sama.
4. Teruskan pembayaran ikat jamin secara online dengan eJamin. Resit akan diemelkan kepada anda
5. Tunjuk resit kepada pegawai Mahkamah untuk proses seterusnya.
Jika semua rakan bijaksana saya perlukan info lanjut tentang eJamin, boleh layari https://bit.ly/eJaminmy atau pergi je ke FB page eJamin.
Semua info ada.
Hayat Muhamad |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-10-2021 07:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CORETAN PEGUAM
Seorang rakan bertanyakan saya mengenai tempoh masa seseorang boleh menyaman seseorang lain di mahkamah sivil.
Untuk makluman rakan dan pembaca, secara umum (walaupun terdapat juga pengecualian) ada sesuatu keadaan yang dipanggil "tempoh had masa" (limitation period) di dalam saman bagi kes kes sivil.
Tempoh had masa ini akan membataskan hak, berapa lama seseorang perlu menyaman seseorang lain.
Bagi kes saman sivil secara umum, tempoh yang dibenarkan hanya 6 tahun dari masa kejadian berlaku.
Ini bermaksud sekiranya seseorang ingin menyaman seseorang lain pada tahun ke 7 selepas kejadian, lazimnya mahkamah tidak akan ‘melayan’ tuntutan beliau.
Contohnya, A terlibat dalam kemalangan membabitkan B. A perlu memfaikan saman terhadap B pada mana mana hari sebelum berakhirnya tempoh 6 tahun, yang dikira daripada hari berlakunya kemalangan.
Berapa lama kes akan dibicarakan di mahkamah, walaupun bertahun tahun adalah bukan isu selagi saman difailkan dalam tempoh yang dibenarkan.
Begitu juga hutang, tempohnya adalah 6 tahun.
6 tahun dari tarikh kegagalan pihak peminjam melunaskan hutang pemberi pinjam. Pemberi pinjam perlu memfailkan saman di mahkamah sebelum berakhir tempoh berkenaan.
Bagi saman terhadap kerajaan, tempohnya adalah selama 3 tahun.
Bagi saman terhadap kes kes melibatkan tanah, tempohnya selama 12 tahun.
Sekian.
Hasif Hasan, Peguam |
|
|
|
|
|
|
|
CORETAN PEGUAM
Perjalanan kes Pendakwaraya lawan Sam Ke Ting
Di Mahkamah Majistret
1- Di akhir pendakwaan- Setelah selesai semua saksi saksi pendakwaan memberi keterangan, Majistret membuat keputusan.
Tertuduh telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan (tanpa dipanggil untuk membela diri) pada 28/10/2019
2- Pendakwaraya tidak berpuas hati dan merayu di Mahkamah Tinggi atas keputusan lepas bebas.
3- Mahkamah Tinggi bersetuju dengan pendakwaraya dan menyatakan ada kes prima facie dan mengenepikan keputusan Majistret. Keputusan dibuat pada 18/2/2021
4- Mahkamah Tinggi mengarahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Majistret untuk tertuduh dipanggil membela diri.
5- Mahkamah Majistret kemudiannya telah mendengar pembelaan tertuduh dan keterangan saksi saksi tertuduh. Semua keterangan diberikan secara bersumpah.
6- Selesai perbicaraan di akhir kes pembelaan, mahkamah membuat keputusan pada 10/10/2021
7- Keputusan Majistret, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah ke atas tertuduh.
8- Tertuduh pula berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan.
9- Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di akhir kes pembelaan.
Ini yang berlaku pada hari ini.
Soalan tambahan:
Adakah pendakwaan boleh untuk merayu keputusan ini di Mahkamah Tinggi.
Jawapannya:
Boleh. Pendakwaraya boleh merayu keputusan Majistret ke Mahkamah Tinggi kerana melepaskan dan membebaskan tertuduh di akhir kes pembelaan.
Keputusan di Mahkamah Tinggi kelak;
Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan (keputusan Majistret dikekalkan)
atau tertuduh disabitkan dengan kesalahan dan dihukum atau
pertuduhan ke atas tertuduh dipinda kepada pertuduhan yang lebih rendah hukumannya.
Sekian.
Hasif Hasan, Peguam |
|
|
|
|
|
|
|
CORETAN PEGUAM (Repost tulisan pada tahun 2019)
Ada rakan bertanyakan saya mengenai kes di Johor membabitkan keputusan Mahkamah Majistret membebaskan tetuduh yang terlibat dalam kemalangan dan kematian 8 penunggang basikal lajak di akhir kes pendakwaan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri di bawah Seksyen 41(1) Akta Penangkutan Jalan 1987.
Akta menyatakan:
41. (1) Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan, dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan yang ada atau mungkin ada di jalan itu) merbahaya kepada orang awam, menyebabkan kematian mana-mana orang, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.
Jawapan saya,
Ianya berlaku apabila mahkamah mendapati pihak pendakwaraya telah gagal membuktikan satu kes PRIMA FACIE terhadap tertuduh selepas selesai saksi saksi pendakwaraya memberi keterangan.
Saksi tersebut lazimnya doktor, ibu bapa mangsa, pegawai puspakom, polis yang menerima report, pegawai penyiasat, saksi awam yang melihat kejadian dan lain lain.
Bukti bukti pula seperti laporan post mortem, rajah kasar dan kunci, laporan puspakom, laporan polis, ujian darah, gambar gambar dan lain lain.
Keputusan mahkamah berkenaan bermaksud pihak pendakwaraya gagal membuktikan wujudnya elemen memandu dengan keadaan MELULU atau MERBAHAYA dengan mengambil kira keadaan cuaca, jalanraya, waktu, persekitaran dan lain lain yang mungkin menjadi punca kemalangan tersebut.
Sebagai peguam saya faham bukan bilangan mangsa yang diambil kira tetapi adakah intipati pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaraya.
Untuk makluman semua, alasan kenapa tetuduh dilepaskan dan dibebaskan akan dinyatakan oleh majistret di dalam Alasan Penghakiman* dan Nota Perbicaraan. Ianya bukan rahsia dan boleh dibaca oleh orang ramai.
Jadi membuat spekulasi, menyalahkan majistret dan membangkitkan isu perkauman kerana mangsa mangsa, peguambela, pendakwaraya dan majistret adalah melayu dan tertuduh adalah cina adalah sangat sangat tidak bertanggungjawab.
Sebagai pegawai mahkamah, saya faham lepas dan bebas seseorang tertuduh bukan kerana bangsa, agama, taraf pendidikan, taraf keluarga tetapi semata mata kerana fakta, keterangan dan bukti yang dikemukakan di mahkamah sewaktu bicara.
Sekiranya pihak pendakwaan tidak berpuas hati keputusan majistret, mereka boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.
Secara peribadi saya menegaskan bahawa adalah tidak wajar membuat komen tanpa mengetahui fakta, keterangan saksi saksi dan bukti bukti semasa kes dibicarakan dan tanpa membaca alasan penghakiman daripada majistret yang membuat keputusan berkenaan.
*Alasan penghakiman ringkas saya perolehi daripada Berita Harian dan saya secara peribadi bersetuju dengan dapatan Puan Majistret.
Alasan penghakiman itu turut mengambil kira keterangan 46 saksi pendakwaan dan 214 eksibit yang dibentangkan sepanjang tempoh perbicaraan.
Siti Hajar dalam penghakimannya berkata mahkamah membuat keputusan berkenaan bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada jam 3 pagi selain keadaan bahaya itu sendiri dicipta oleh kumpulan basikal lajak berkenaan.
"Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan.
"Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketahui di situ (lokasi kejadian), terdapat aduan mengenai perlumbaan basikal lajak di situ.
“Adalah munasabah mereka yang lalu di situ akan menjangka situasi terjadi, namun hanya terpakai kepada penduduk di situ dan mereka yang selalu menggunakan jalan itu. Ia tidak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan jalan itu atau penduduk yang tidak tinggal di situ," katanya.
Siti Hajar berkata, siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.
(Rujukan: Berita Harian)
Padangan peribadi saya ialah simati telah membahayakan diri mereka sendiri berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Majistret berkenaan.
Muhammad Hasif bin Hasan
(BC/M/674)
Peguambela dan Peguamcara
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|