CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: labu

batu hempedu

[Copy link]
Post time 9-2-2005 09:04 PM | Show all posts
Originally posted by tanpopo39 at 9-2-2005 08:56 PM:
i dulu amik gall stone tu pakai ERCP.3 hari before buat ERCP tak leh mkn dan minum kecuali minum air kosong.pastu buat ERCP,tak sakit langsung.yg i ingat masuk tempat buat ERCP tu..then sedar2 dah settle semua.cuma lepas buat tu pon dia tak bagi mkn gak dlm 3 hari camtu.ERCP bukan cam operate pon.just masukkan camera yg ada pisau(betul ke ni?),then dia dia buat camana ntah..yg pasti dia boleh keluarkan batu tu ikut mulut kita jerk.so there's nothing to be worried ok


alamak. seramnya dengar. buang batu keluar ikut mulut? uwaaaaaa :cry::cry:
dah ler dulu buang tonsil pun susah nak makan...ni nak kena buang batu
ikut mulut gak. fobiaaaaaa !!!! :geram::geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2005 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 9-2-2005 14:47:
tulah is it good to know or NOT to know or wanted to know - as needed to kNOW BASIS?

korang rasa macam mana?

...jap eh...nak kena bukak buku ethics i balik....i hate ethics!!


[ Last edited by  blackmore at 16-11-2008 11:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2005 01:49 PM | Show all posts

salam..

Originally posted by rani at 2005-2-9 21:04:


alamak. seramnya dengar. buang batu keluar ikut mulut? uwaaaaaa :cry::cry:
dah ler dulu buang tonsil pun susah nak makan...ni nak kena buang batu
ikut mulut gak. fobiaaaa ...

ada tiub lah endoscopic tube alahaii dear ..takut ? wel it is pretty exciting really  haa..iniulah yg kiat takut kan ? kita have no idea kan apa itu ? what itu? and stuffs cuba tbgok org yg alamai relax jer ..so once you know something it 's helpful in preparing yourself . Amatmembantu dari segi berbincang dgn org yg berpengalaman and etc...



_______________

yg Stroke tu well bless her tapi setiap pembedahan dah diberitahu risiko atau komplikasinya and masa tu hak anda sebagai pesakit  barulah nampak tapi anda semua can ask question...



__________

oh yeah ethics ..ahahah ..ngantuk ader ler mase lecture tu...tapikan it does matter kan...well..to know - okay ? then how much?  how informed is teh consent ..haa ..inilah one fella yg jaga palliative centre tu cakap - well i just tell them on the basis of how much an what they want to know in the beginning...

hmm....susah kan after all kita human..
wasalam and MAAl hijrah to all regulars here..:bgrin: ..sama sama kita jadi manusia yg lebih baik ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2005 01:53 PM | Show all posts
Musykil jugak pasal batu hempedu. Batu ni sama mcm batu karang dlm perut ke? Kalau batu karang tu, petuanya amal minum air lobak putih setiap pagi. InsyaAllah, batu tu akan hancur & keluar melalui buang air kecil & tak payah buat operation tu semua.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2005 02:02 PM | Show all posts

salam ..

batu hempedu ni mcm mcm jenis akak, samalah mcm batu karang dalam pundi kencing atau kidney ( TAPI DIFFERENT COMPOSITION/ ATAU JENIS haa ini kena faham .. yer). yg jadimasalahnya  gall stones ni melalui banyak mall ducts dalam sistem BILIARY BADAN - refer hepatobiliary system - duktus ? ducts ni halus dan kecil dan kompliakted lah akak..bila ah tersumbat dgn batu ni memacam boleh jadi

tulah tu yg berbahaya mcm Blackmore cakap tu ler - acute pancreatitis - ini well err...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2005 03:55 PM | Show all posts
Oh mcm tu. Terima kasihlah krn bagi penerangan. Mintak2 dijauhkan dr. dpt batu karang & batu hempedu ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
cosmos This user has been deleted
Post time 20-1-2006 04:21 PM | Show all posts
Last November baru tau saya ada gallstone ni setelah hampir 2 thn menderita sakit ni. Mula2 tu bila sakit, Dr inject ubat gastrik. Ok lah, hilang sakit setelah kena suntik 3, 4 kali satu malam. Bln Mac ni ada appointment dgn Dr lg pasal ni tapi hari ni saya baru tau saya pregnant anak kedua. So, boleh ke kalo nak operate masa tgh pregnant? :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2006 09:30 AM | Show all posts
takde rani..kena operate jugak...
Originally posted by rani at 9-2-2005 04:00 AM
kembung perut..sudah, loya2...sudah, pening2...sudah, demam pun sudah.
batu kat dalam tatau dah besar mana. nak gi operate takuuuttt.

takde ke cara lain ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2006 09:33 AM | Show all posts
sakit ni mmg akan LEBIH MENYAKITKAN bila anda pregnant....bkn menakutknkan awak, tp mmg kenyataan.....saya dulu pun doktor sangka gastrik....berbotol MML tu aku dok minum...tak gak baik baik....

bila doc jab, mmg kurang sakit, tp jgn lupa dia akan menyerang lagi dan lagi dan lagi, sehinggalah baru ru dibuang....
Originally posted by cosmos at 20-1-2006 04:21 PM
Last November baru tau saya ada gallstone ni setelah hampir 2 thn menderita sakit ni. Mula2 tu bila sakit, Dr inject ubat gastrik. Ok lah, hilang sakit setelah kena suntik 3, 4 kali satu malam. Bln ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2006 04:13 PM | Show all posts

pantang makan lepas buang hempedu

Originally posted by labu at 13-1-2005 05:04 PM
salam to all..

saya pernah kene batu hempedu ni...pastu dah operation buang hempedu...
doktor kata buat cam biasa...takde kurang apa2

nak tanya ttg pantang-larang bagi sesiapa yg kena penyak ...



ummy pun nak tau gak ade ke ape2 pantang makan bagi org2 yang dah tak de hempedu ni ... ikut
doktor, jgn makan byk makanan berminyak dan berlemak jer ... tapi nak tau gak kalau kita dah termakan makanan bergoreng ape akan jadi pulak nanti, ade ke effect ape2 lak pada organ lain dalam badan. Makanan bergoreng ni langsung tak bole ambil ke cam ne . .. minta tolong dapatkan penjelasan, TK
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 04:44 PM | Show all posts
hai labu, nampaknya tak de jawapan untuk soalan ko, aku pon senasib ngan ko, nak gak tahu patang larang pas tak de hempadu ni . . . .  sian kita,  he he heh . .
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2006 05:06 PM | Show all posts
"Silymarin, iaitu bahan aktif dalam Milk Thistle boleh membantu mencegah atau merawat masalah batu hempedu. Silymarin menggalakkan aliran hempedu dan membantu menguatkan pundi hempedu dan hati".

Rani.  Kat mana boleh aku beli Milk Thistle ni?  Ade sape sape yang  boleh bantu  aabu tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2006 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by rani at 13-1-2005 18:21


Silymarin, iaitu bahan aktif dalam Milk Thistle boleh membantu mencegah atau merawat masalah batu hempedu. Silymarin menggalakkan aliran hempedu dan membantu menguatkan pundi hempedu dan hati.
...



Rani. Kat mana nak beli Milk Thistle  ni ?  Dandelion mana Ade kat malaysia.

Ada sape -sape yang boleh bantu aabu tak?.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 04:24 PM | Show all posts
kat mana-mana farmasi ade . .
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 04:51 PM | Show all posts
TQ ummy43.
Esok nak gi cari laaa. brand apa yang bagus  ye.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2006 09:04 AM | Show all posts
aabu, dulu ummy beli brand Biolife, tapi terpulang la pada aabu nak beli yg mane, ummy mmg ambek product brand ni, bukan saje milk thistle ni, EPO, calsium magnesium etc. Sebaiknya tanyela promoter di farmasi tu dulu ye, mungkin dia bole rekomen kan lagi yg terbaik utk aabu, k.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2006 08:03 PM | Show all posts
Originally posted by naiza at 21-1-2006 09:30 AM
takde rani..kena operate jugak...



aritu makan Lecithin E dkt 2 minggu, lps scan doktor ckp batu2 nak
keluar dah. mcm hancur berselerak. tapi lps tu malas nak makan
lagi dah sbb takde rasa sakit. adehhhh...penyakit malas ni nak bawak
ke mati ke?

nak try amalkan balik LE ni. mana tau kot2 blh hancur terus batu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 08:06 PM | Show all posts
Originally posted by aabu at 14-2-2006 05:06 PM
"Silymarin, iaitu bahan aktif dalam Milk Thistle boleh membantu mencegah atau merawat masalah batu hempedu. Silymarin menggalakkan aliran hempedu dan membantu menguatkan pundi hempedu dan hati ...



kalau tak silap, yg tu produk Bio-Life.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 08:07 PM | Show all posts
Mencegah masalah batu hempedu

Batu hempedu adalah batu-batu kecil yang hadir dalam pundi hempedu, ia berbeza dari segi saiz dan boleh wujud sama ada dalam bentuk partikel yang kecil ataupun batu besar yang memenuhi ruang pundi hempedu. Keadaan ini biasanya dialami oleh golongan wanita.

Masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan komponen dalam hempedu. Hempedu ialah bahan penting yang dihasilkan oleh hati, disimpan dalam pundi hempedu dan kemudian dirembeskan ke dalam usus kecil untuk membantu dalam pencernaan lemak, minyak dan vitamin larut lemak. Ia adalah suatu campuran yang terdiri daripada garam hempedu, bilirubin, kolesterol, fosfolipid dan asid-asid lemak.

Batu hempedu biasanya berasal daripada hablur kolesterol kecil dalam hempedu. Sekiranya kandungan kolesterol meningkat, hempedu akan menjadi lebih tepu. Hablur ini akan bergumpal dan mengikat dengan bahan lain seperti kalsium, ini seterusnya akan menyumbang kepada pembentukan batu hempedu yang lebih besar.

Faktor seperti pengambilan serat yang rendah dalam diet, obesiti, tekanan dan gaya hidup yang tidak aktif boleh menyumbang kepada masalah batu hempedu. Didapati juga bahawa kurang bersenam boleh mengurangkan perembesan hempedu, manakala obesiti pula membebankan pundi hempedu lalu menyebabkannya menjadi lembap dan tidak boleh berfungsi dengan baik.

Pengambilan karbohidrat ringkas dan gula yang berlebihan boleh mengurangkan aliran hempedu, menjejaskan metabolisme kolesterol dan meningkatkan kandungan kolesterol darah.

Pada beberapa tahun yang awal, seseorang yang mempunyai masalah batu hempedu biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi, apabila batu hempedu ini menyekat aliran hempedu dari pundi hempedu, simptom seperti ketidakselesaan abdomen, kekembungan, bersendawa, sembelit yang kronik, sakit kepala, mudah panas baran dan gementar akan berlaku. Dalam kes yang kronik, pundi hempedu akan mengecut dan berparut.

Silymarin, iaitu bahan aktif dalam Milk Thistle boleh membantu mencegah atau merawat masalah batu hempedu. Silymarin menggalakkan aliran hempedu dan membantu menguatkan pundi hempedu dan hati.

Dalam satu kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa silymarin dapat mengurangkan kolesterol dalam hempedu di mana ia adalah salah satu langkah yang penting untuk mengelakkan pembentukan batu hempedu. 600mg ekstrak Milk Thistle (dipiawaikan kepada 70-80 peratus silymarin) adalah disarankan. Kombinasi Milk Thistle dan Dandelion memberi kesan yang lebih baik dalam perlindungan dan pengekalan kesihatan pundi hempedu.

Suplemen lain yang boleh membantu ialah lesitin. Lesitin membantu menjadikan kolesterol lebih larut lalu mengurangkan masalah batu hempedu.

Vitamin C juga diperlukan untuk penukaran kolesterol kepada garam hempedu. Individu yang berisiko tinggi untuk menghidapi masalah batu hempedu biasanya mempunyai paras asid askorbik (vitamin C) yang rendah. Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan tempatan adalah penting.

Faktor diet dan gaya hidup untuk pundi hempedu yang sihat


Diet yang rendah lemak membantu mencegah masalah batu hempedu, mengurangkan kesakitan dan keradangan (inflamasi) yang berkait dengan batu hempedu.
Kurangkan pengambilan kopi. Kopi boleh mencetuskan kesakitan pundi hempedu pada sesetengah individu.
Minum 6-8 gelas air setiap hari untuk mengekalkan kandungan air dalam hempedu supaya hempedu tidak menjadi terlalu pekat.
Meningkatkan pengambilan serat untuk mencegah pembentukan batu hempedu
Oleh sebab orang yang obes lebih cenderung untuk menghidapi masalah batu hempedu, pengambilan diet yang seimbang, bersenam dan memelihara berat badan yang sihat adalah penting dalam membantu mencegah pembentukan batu hempedu.


Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan Bio-Life di talian 03-77287407 (Isnin
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2006 08:11 PM | Show all posts
Suplemen lain yang boleh membantu ialah lesitin. Lesitin membantu menjadikan kolesterol lebih larut lalu mengurangkan masalah batu hempedu.

kiranya kalau digabungkan Lecithin E dgn Milk Thistle ni, insyaAllah
boleh ilang terus agaknya.


Vitamin C juga diperlukan untuk penukaran kolesterol kepada garam hempedu. Individu yang berisiko tinggi untuk menghidapi masalah batu hempedu biasanya mempunyai paras asid askorbik (vitamin C) yang rendah. Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan tempatan adalah penting

nak cari buah kiwi, kenyang sket perut nih. kalau telan tablet je, tak
terasa apa2 pun. kang mula la nak melantak mee goreng, ****ow
kerang, mee kari. :geram:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.043851 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list