CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tictactoe

[MERGED]-- Ulser & gusi bengkak serta berdarah

[Copy link]
Post time 8-9-2006 01:03 PM | Show all posts
Penyakit gusi menular ke jantung
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN



GUSI bengkak dan merah manakala gigi kelihatan lebih panjang dan jarang ? gejala periodontitis.
--------------------------------------------------------------------------------



GUSI anda berdarah semasa memberus atau menyerat gigi

Gusi merah, bengkak dan lembut. Keluar nanah di antara gigi dan gusi apabila gusi ditekan

Gigi kekal menjadi longgar (bergoyang) dan jarang-jarang. Gigi kelihatan lebih panjang. Kedudukan gigi berubah dan menjadi tidak serasi apabila menggigit. Gusi sensitif dan sakit ketika mengunyah. Nafas berbau busuk yang tidak hilang-hilang atau rasa kurang enak di dalam mulut.

Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda di atas, anda mungkin menghidap penyakit gusi (periodontal) yang menjadi penyebab utama kehilangan gigi di kalangan orang dewasa.

Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr. Shubon Sinha Roy berkata, penyakit gusi terutamanya berlaku disebabkan oleh pengumpulan plak bakteria.

Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Plak yang tidak dibuang akan mengeras selepas beberapa hari. Plak yang keras ini dipanggil karang gigi atau tartar.

?pabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Keadaan ini dikenali sebagai gingivitis

?ika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang daripada gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi,? katanya.

Menurutnya, jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dipanggil periodontitis.

?usi berdarah bukanlah sesuatu yang normal seperti tanggapan sesetengah orang yang mengambil mudah mengenainya.

?ayangkan tisu gusi sebagai kulit muka anda yang dibersihkan setiap hari. Jika ia berdarah semasa dicuci, adakah ia normal?? jelas Dr. Shubon.

Terdapat banyak bentuk serta peringkat penyakit periodontal. Yang paling biasa adalah seperti berikut:

Gingivitis: Peringkat awal penyakit ini bermula dengan keradangan (pendarahan, kemerahan, bengkak dan pedih pada gusi) disebabkan oleh pembentukan plak.

Ubat gigi atau air kumuran mulut mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan pendarahan dan bengkak bagi gingivitis yang tidak teruk

Periodontitis: Ia adalah peringkat penyakit gusi yang lebih mendalam melibatkan tulang dan ligamen yang mengelilingi gigi.

Jikalau tidak dirawat, ia akan merosakkan tulang dan tisu-tisu yang menyangga gigi. Gusi bercerai daripada gigi dan paras tulang akan merosot.

Periodontitis yang sudah teruk: Lebih banyak kehilangan tulang penyangga berlaku. Gusi menyusut lebih jauh dan terpisah daripada gigi.

Nanah akan terbentuk, kehilangan tulang terus terjadi dan gigi menjadi longgar dan boleh tertanggal.

Kaitannya dengan penyakit-penyakit lain

* Diabetes

Walaupun lebih banyak kajian diperlukan, apa yang kita tahu adalah penyakit gusi meningkatkan gula dalam darah pesakit diabetes menyebabkan mereka berisiko tinggi berdepan komplikasi.

Jika anda merupakan pesakit diabetes atau mempunyai risiko menghidap penyakit diabetes mahupun periodontal, berjumpalah dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan.

* Penyakit pernafasan

Jangkitan mulut seperti penyakit gusi ada kaitannya dengan risiko jangkitan pernafasan yang meningkat.

Hasil analisis penyelidikan mendedahkan penyakit periodontal mungkin memberikan ancaman yang jauh lebih serius terhadap kesihatan seseorang berbanding yang kita sedari sebelum ini.

* Penyakit jantung

Terdapat beberapa teori yang mengaitkan penyakit gusi dengan masalah jantung.

Salah satunya mengatakan bahawa bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila ia memasuki saluran darah, melekat pada plak berlemak di dalam pembuluh darah jantung lalu mengakibatkan pembentukan darah beku.

Individu yang mengalami penyakit periodontal adalah dua kali lebih cenderung menderita penyakit arteri koronari yang boleh menyebabkan serangan jantung.

* Kelahiran bayi pramatang

Wanita hamil dengan masalah periodontal adalah tujuh kali lebih berkemungkinan melahirkan bayi sebelum tiba masanya. Bayi juga adalah terlalu kecil.

Penyakit periodontal adalah sejenis jangkitan dan semua jangkitan semasa mengandung perlu diwaspadai kerana ia boleh merisikokan kesihatan bayi.

Pilihan rawatan termasuk

* Mencuci gigi: Gigi dibersihkan untuk menanggalkan lapisan di atas dan di bawah garis gusi.

* Mengetam akar gigi: melicinkan permukaan kasar akar gigi supaya gigi boleh sembuh.

* Mengairi gigi: Cecair dihalakan di bawah garis gusi untuk memaksa keluar serta membunuh kuman, membolehkan pertumbuhan semula tisu sihat.

* Sekiranya terdapat poket yang dalam dan tulang telah musnah, doktor pergigian anda mungkin mengesyorkan pembedahan gusi.

Langkah-langkah pencegahan

Apabila Dr. Shubon memberitahu, tidak perlu memberus gigi sebelum bersarapan (cukup sekadar berkumur), ia kedengaran agak janggal.

?ebetulnya, kita disarankan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas bersarapan dan sebelum tidur.

?ayangkan jika kita menggosok gigi sebaik bangun tidur dan sebelum makan pagi, mulut akan berada dalam keadaan tidak bersih untuk jangka masa yang panjang selepas bersarapan,? katanya.

Amalkan berkumur selepas makan dan tukar berus gigi dalam tempoh tiga bulan ataupun selepas mendapatkan rawatan penyakit gusi.

Dr. Shubon turut menyarankan agar gigi digosok sekurang-kurangnya dua hingga tiga minit setiap kali walaupun ia mungkin dianggap lama oleh sesetengah orang.

?aya sendiri menggosok gigi selama lima minit. Saya rasa sekejap sahaja kerana sudah biasa,? katanya.

Menurut Dr. Shubon, selain plak bakteria yang menjadi faktor utama, penyakit gusi juga boleh disumbangkan oleh risiko-risiko seperti:

* Merokok: Anda memerlukan lebih alasan untuk berhenti merokok? tabiat buruk ini merupakan faktor risiko paling utama yang dikaitkan dengan pembentukan periodontitis. Tambahan pula, ia menipiskan peluang anda untuk rawatan yang berkesan.

* Perubahan hormon wanita: Akil baligh, kehamilan dan menopaus menyebabkan gusi menjadi lebih sensitif sekali gus memudahkan pembentukan gingivitis.

* Diabetes: Pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan, termasuklah penyakit periodontal.

Jangkitan ini akan menjejaskan keupayaan untuk memproses dan/atau menggunakan insulin, menyukarkan pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah.

* Tekanan: Kajian mendapati, tekanan menjadikan tubuh badan lebih sukar melawan jangkitan.

* Ubat-ubatan: Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat perancang, antidepresan dan ubat-ubatan jantung boleh memberikan kesan terhadap kesihatan oral (mulut) disebabkan oleh kesan sampingan kekurangan aliran air liur. (Air liur memberikan perlindungan terhadap gigi dan gusi).

* Penyakit: Penyakit seperti kanser dan AIDS serta rejim rawatannya juga boleh menjejaskan kesihatan gusi.

* Genetik: Penyelidikan telah membuktikan sesetengah orang (sehingga 30 peratus) mewarisi penyakit gusi daripada ahli keluarga mereka.

Sekalipun mempunyai tabiat penjagaan yang agresif, mereka adalah enam kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit periodontal berbanding orang lain.

Ditanya sama ada penyakit periodontal boleh dipindahkan daripada seseorang kepada yang lain, Dr. Shubon berkata, ia mungkin boleh terjadi di kalangan ibu bapa dan anak-anak serta sesama pasangan suami isteri.

?akteria penyebab penyakit periodontal dipindahkan menerusi air liur,? katanya.

Mengenai faktor usia pula, lazimnya seseorang itu tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit gusi sehinggalah mereka berumur 30 atau 40 tahun.

?eluang mendapat penyakit periodontal meningkat bersama peningkatan usia. Lebih daripada separuh warga tua berumur 55 tahun ke atas mengalami masalah gusi.

?agaimanapun, kadar yang tinggi ini juga mungkin turut disumbangkan oleh faktor-faktor penuaan lain,? katanya.

Antaranya seperti status kesihatan keseluruhan, kemurungan, kurang daya ingatan (lupa menggosok gigi), aliran air liur merosot, ubat-ubatan, kurang daya tahan badan, faktor ekonomi dan lain-lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2006 01:04 PM | Show all posts
Penjagaan Gigi dan Gusi  
  
Aspek yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut yang baik sama ada di rumah mahupun ketika di dalam bilik pembedahan bersama doktor gigi. Kebanyakan gigi hilang/tercabut disebabkan penyakit gusi dan masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan di rumah yang sempurna dan temujanji berkala dengan doktor gigi.

Kepentingan gigi primer (gigi susu)

Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Panduan Penjagaan Oral

Baru lahir hingga 24 bulan

Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.

Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja.

Mengatur tabiat makan anak anda.

Berhentikan anak anda secara beransur-ansur dari susu badan atau botol apabila mencapai umur 1 tahun.

Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.

Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.

Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.

Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.


Umur 2-6 tahun

Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.

Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.

Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.


Umur 6-12 tahun

Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.

Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.

Menggunakan pengedap (sealant) untuk gigi geraham kekal.

Jika perlu teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor.


Kanak-kanak dari semua peringkat umur

Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.

Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.

Masalah oral yang umum

Plak dan kalkulus

Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Ianya lembut dan mudah dihilangkan dengan memberus gigi atau flos. Selepas makan, sisa makanan akan ditukarkan menjadi plak melalui tindakan penguraian bakteria. Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan membiak. Jika ia tidak dibersihkan dalam masa 24 jam, plak ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan membentuk kalkulus, ataupun tartar. Struktur enapan yang keras dan melekat kuat ini hanya dapat disingkirkan melalui pembersihan gigi oleh doktor iaitu "pengikisan".


Penyakit Periodontal

Penyebab etiologi utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak bakteria. Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Ini dikenali sebagai gingivitis. Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang dari gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi. Jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dikenali sebagai periodontitis.


Karies gigi

Karies gigi merupakan penyakit disebabkan mikrob yang memusnahkan gigi. Ia menjejaskan tisu-tisu gigi yang keras (enamel). Sesetengah bakteria plak akan menghasilkan asid dari karbohidrat; asid ini akan melarutkan enamel gigi dan membentuk lesi karies yang akhirnya memusnahkan gigi jika tidak dirawat.

Penjagaan sendiri

Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.

Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan. Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan, berkumurlah dengan air.

Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur enamel gigi.

Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan pemeriksaan gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.

Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti bolasepak dan hoki.

Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu.

Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur, dapatkan nasihat doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat tertentu untuk mengelakkan dari menggesel gigi.

Jangan mengunyah ais, pen atau pensil.

Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain.

Jika anda menghisap paip, jangan menggigit batang paip tersebut.

Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada tembakau.

Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan pil vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri, karbohidrat yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula. Mengambil makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid yang akan memakan gigi. Asid ini akan menghakis enamel gigi.

Memberus gigi

Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek.

Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul. Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati di pasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya.
Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah:

Pemegang yang mudah dikendalikan.

Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh sampai ke mana-mana bahagian mulut.

Permukaan berus yang padat.

Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut, panjang menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya.

Terdapat 3 kaedah memberus gigi yang boleh dipilih. Bagaimanapun, tidak kira teknik mana yang dipilih, ketelitian anda memberus yang menentukan kebersihan gigi, bukannya sekuat mana atau sekerap mana.

Semua teknik memberus berikut boleh digunakan:

Letakkan kepala berus gigi pada sudut 450 di sisi barisan gigi. Dengan perlahan gosokkan di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan setiap gigi.

Letakkan berus gigi di sepanjang pangkal gigi-gusi dan berus dengan gerakan memusing atau menyapu menghala ke permukaan gigi.

Putarkan berus dalam gerakan membulat di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan gigi.

Dalam semua kaedah di atas, gusi dan juga lidah perlu di berus kerana ia biasanya mengandungi kuman.

Kaedah-Kaedah Memberus

Gerakan membulat: Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi-gusi mengelilingi permukaan gigi.

Gerakan menggetar: Pegang berus pada kedudukan 450 di sisi barisan gigi dan gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi-gusi dan di atas permukaan gigi.

Gerakan menyapu: Letakkan berus pada pangkal gigi-gusi dan sapu atau pusingkan berus menghala ke permukaan gigi.

Teknik memberus yang betul

Bersihkan permukaan luar gigi atas, diikuti dengan permukaan luar gigi bawah.

Bersihkan permukaan dalam gigi atas.

Bersihkan permukaan dalam gigi bawah.

Akhirnya bersihkan permukaan mengunyah gigi atas, diikuti gigi bawah.

Teknik flos

Flos gigi yang dilakukan secara tekal dapat membersihkan plak dan partikel makanan dari celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi. Flos juga merupakan alat yang penting untuk mencegah penyakit gusi. Bagaimanapun, jika gusi di antara gigi tersebut sudah menjadi rata/leper, menyusut dengan teruk, atau membentuk lekuk yang dalam (lekang dari gigi), kaedah flos tidak lagi berkesan.

Teknik flos yang berkesan

Tegangkan lebih kurang 1 inci flos di antara dua jari. (Memegang lebih dari satu inci flos akan menyebabkan kurang kawalan oleh jari semasa menggerakkannya di celah gigi).

Untuk membersihkan gigi, gerakkan flos ke atas dan ke bawah juga ke depan dan ke belakang secara lembut dan perlahan-lahan.

Untuk membersihkan gusi, lengkungkan flos di sekeliling bahagian dasar gigi.

Dengan perlahan-lahan, gerakkan flos berulang kali ke belakang dan ke depan di bawah gusi.

Untuk mengeluarkan flos, gunakan pergerakan yang sama iaitu ke belakang dan ke depan untuk menggerakkannya ke luar dan menjauhi gigi. Jangan memaksa atau merentap flos (semasa memasukkan atau semasa mengeluarkannya). Ini mungkin akan mencederakan atau menyebabkan tisu gusi yang lembut menjadi lebam.

Bila anda perlu berjumpa doktor gigi?

Anda merasa sakit gigi apabila memakan makanan yang manis, sangat panas atau sangat sejuk.

Rasa dalam mulut yang tidak sedap berpunca darii makanan atau bakteria yang terperangkap di dalam rongga.

Gigi berlubang.

Gusi berdarah semasa memberus gigi.

Gusi bengkak, kemerahan dan sensitif.

Gusi menyusut.

Gigi longgar.

Terdapat ruang di antara gigi (gigi menjadi jarang).

Gigi yang terdedah di sepanjang garis gusi (pangkal gigi-gusi).

Nafas terus-terusan berbau.

Terdapat nanah di sekitar gusi dan gigi.
Reply

Use magic Report

water_boy This user has been deleted
Post time 8-9-2006 02:36 PM | Show all posts
thanx 4 the complete info
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 01:35 PM | Show all posts
saya punye gusi salu berdarah...hmm..taktau nak wat camne..dah beli berus gigi yang utk gums tuh huhuuhuhu....berdarah jek..baru umur 25 dah camni dah...risaunye
Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 11-9-2006 03:11 AM | Show all posts
erk..kehilangan gigi...scary nye...dah berape kali ni gi cuci gigi kat klinik tp still jd gak bleeding gum ni...ade yg kate mslh kurg vitamin C..er...xsilap dlm buku sains kate skurvi kut..yg tu lak canne... yg tu pun menyebabkan gusi berdarahkan(skurvi)...ye ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 07:57 PM | Show all posts
APE TAH SEBABNYE YEK...SAYA PUN DAH TAKTAU NAK WAT CAMNE...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2006 01:20 PM | Show all posts
gunakanlah ubat gigi herba HPA...khasiat daun mambu dan bunga cengkih...berupaya merawat masalah gusi berdarah...dulu bila saya gosok gigi guna colgate ,mmg slalu berdarah tp sejak pakai ubat gigi herba ni,mmg dah tak berdarah..cubalah..dijamin HALAL dan suci.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 04:54 PM | Show all posts
dulu selalu gak gusi berdarah bila gosok gigi tapi lepas buat scaling ...dah ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2006 06:18 PM | Show all posts
// gusi berdarah terjadi sebab ada inflamasi (radang) pada gusi.. nak tau ada radang ni cane?? bila tgk gusi tu bengkak, bila pegang mcm lembut je. pastu, bila gosok gigi ke, bila tekan² ke, cucuk ke, kuar darah.. kita panggil keadaan ni sebagai GINGIVITIS.

// sebab apa jadi GINGIVITIS ni? sebab, kat gusi kita tu ada plak, tartar (plak yang dah mengeras akibat dibiarkan tidak terusik dalam jangkamasa yang lama), dan sisa makanan yang tidak dibersihkan dengan efektif. biasanya kita gosok gigi kan? sebenarnya, dengan gosok gigi je plak dan sisa makanan dah boleh dibersihkan dari gigi, TETAPI mungkin cara pemberusan gigi kita tu tidak berkesan. maksudnya, berus gigi, tapi ada celah² yang tak digosok dengan betul. dekat celah² tu la biasanya plak dan tartar terkumpul. pada plak & tartar tu pulak ada bermacam² bakteria yang menghasilkan asid. asid ni boleh mengiritasi gusi.. sebab tu la gusi tu terkena radang lalu membengkak --> BERDARAH....

// macam mana nak hilangkan bengkak gusi ni??
1. berus gigi dengan cara yang betul dan berkesan. gunakan berus gigi yang berkepala kecil (supaya mudah sampai ke kawasan belakang gigi dan celah²) serta berbulu lembut (supaya tidak menambahkan lagi iritasi pada gusi yang boleh menyebabkan ianya berdarah...)

2. pi scaling kat klinik... scaling ni kita buat sebab tartar tak dapat dibersihkan dengan hanya memberus gigi sebab tartar ni keras macam batu!~ nak prevent tartar dari terbentuk, kena la berus plak dan sisa makanan... plak tu lembut jek!~ nak tgk plak?? cuba garu² gigi tu dengan kuku.. sure kuar punya putih² kuning, lembut² jek.. hehehehe.... *kalo baru lepas berus gigi takde la.. *

3. amalkan floss gigi kat celah² tu sebab susah kalo nak bergantung dengan memberus gigi je.. floss tu yang mcm benang tu.. tali halus tu.. JANGAN PAKAI BENANG!~ nanti boleh cederakan gusi sebab benang tu kasar.. kalo floss xde pun, try le kuarkan sisa makanan kat celah gigi tu guna kayu cungkil gigi tu.. JANGAN SESEKALI BIARKAN MAKANAN LEKAT KAT CELAH GIGI!~

4. lepas makan, kalo takleh nak berus gigi pun, at least kumur² le.. biar bersih skit mulut tu.. ok?

// kumur pakai air garam tu ok gak.. boleh ilangkan bengkak gusi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 07:52 AM | Show all posts
water_boy, try getting info on ganozhi toothpaste. it helps improve the bleeding gum and all.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 02:22 PM | Show all posts
hari tu...sy selalu tergigit bahagian pipi sebelah kiri gigi...sakit la kat tempat tu...then terase mcm jd ulser kat situ...skrg ni ulser tu dah tak rase...tp skrg yg saya risaukan mcm ada isi keras pulak kat celah2 pipi n gusi tu...sy takut kalau2 ada ketumbuhan dalam gusi...mana lah tau...skrg ni sy tak buat lagi pemeriksaan kat doktor...sy takutla kalau2 benar2 jadi ketumbuhan disitu....

apa yg perlu sy buat skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 12:46 PM | Show all posts
anak saya umur 4th perempuan...gusi atas dia warna merah...dan bila gosok gigi..berdarah..banyak sgt...sampai dia takut nak gosok gigi...gigi dia memang teruk...suka makan gula2..

so..apa patut saya buat..risau gak sbb dia tak nak makan..minum susu pun tak nak..sakit ke...saya pun tak tau...masalahnya...bila nak tengok mulut dia...lari ..tak bagi pegang langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 07:07 PM | Show all posts

sakit gusi@ gusi bengkak

well...ada tak cara nak pulihkan dari gusi bengkak....aku ni kalo nak dekat2 puasa mmg selalu la sakit gusi @ gusi bengkak..jumpa doktor pon,doktor bg ubat kumur n tahan sakit...ada x cara lain....tq
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 07:45 PM | Show all posts
mmg itu je cara terbaik nk rawat gusi bengkak ni, sbb aku pnah kena gusi bengkak, dr. ckp sbb jgkitan kuman, caranya kumur ngan air garam (sikit je gramnya) sblm tido dn bangun pagi. lama2 dia surut sndiri. 1 lg cara berus gigi pun nk kena betul jg.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 12:18 PM | Show all posts

PrOblem: Gusi BerdaraH...

salam semua..
nk tanye skit kalo ade ape2 tips yg leh kurangkn prob ni..

gusi selalu berdarah x kire time..
time gosok gigi..kekdg time dok sj2 pn leh berdarah..
dh lm dh..dr thn 2000 xsalh..

bile jmp doktor..deorg cakap normal..
g farmasi..deorg bg anti biotik n tok susut bengkak gusi..
tp till now..no effect..

cmne ek? plz help!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 12:23 PM | Show all posts

Reply #1 rianz's post

saya pun masalah mcm ni masa bujang. masa dah pregnant, makin teruk.
tp saya dpt solution utk kurangkan benda ni, terutama bila dah pregnant:

tips2:
makan vitamin C - beli yg supplemen pun ok.
amik pil kalsium dan minum susu lebih skit. sbbh gusi berdarah mungkin sbb kurang kalsium jugak.
jangan tido lewat malam. <-- yg saya prasan tiap kali tido lewat, esoknya mesti gusi berdarah2 teruk bila gosok gigi.

selamat mencuba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 12:39 PM | Show all posts
pakai berus gigi jenis lembut dan bleh bengkok2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by rianz at 17-8-2007 12:18 PM
salam semua..
nk tanye skit kalo ade ape2 tips yg leh kurangkn prob ni..

gusi selalu berdarah x kire time..
time gosok gigi..kekdg time dok sj2 pn leh berdarah..
dh lm dh..dr thn 2000 xsalh ...



i went for scalling, then flossed everytime i brush. so far so good. Alhamdullilah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 01:04 PM | Show all posts
kalsium kurang tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by hitamputih at 17-8-2007 12:39 PM
pakai berus gigi jenis lembut dan bleh bengkok2 tu



yes. use a soft toothbrush. n when brushing, tak perlu tonyoh kuat-kuat sampai toothbrush 'kaihua' (kepak... literally it means bunga telah mekar in mandarin hehehe ... ). try mouthwash afterwords. vit c is good. maybe mung kurang vitamin kot. scurvy? apa ntah blaja time skolah dulu hehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.492044 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list