|
Berkelana Dalam Politik, 1948-1954
Pada 1948, Hizbul Muslimin(HM) ditubuhkan di Madrasah II Ihya Assyarif Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948 oleh Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, bertujuan utk memajukan politik org islam, menguatkan ekonomi, sosial dan pelajaran utk org melayu .. dimana bersaing bagi UMNO ... di mana PUTERA, PKMM, API ni dipengaruhi oleh komunis ...jadi tak sesuai dgn jiwa beliau yg mempunyai pegangan agama yg kuat
Dr. Burhanuddin hanya bertindak sebagai penasihat kepada Hizbul Muslimin(HM) ni, namun begitu Hizbul Muslimin juga tak terlepas dari perjuangan radikal... di mana terdapat tokoh2 komunis datang bersidang bersama2 golongan agama iaitu Rashid Maiden,Musa Ahmad dan Geraild de Cruz... ni memberi kesan negatif kepada HM nanti.. apabila darurat diisytiharkan oleh British ...HM ni diharamkan oleh pemerintah .. beberapa pemimpin HM ditangkap .. Dr. Burhanuddin tak ditangkap kerana beliau bukan pemimpin2 utama HM .. namun British tetap mengawasinya .. memandangkan prinsip perjuangan berbentuk sederhana ...sering berjuang mengikut perundangan ... beliau digelar oleh British sebagai " Ghandi of Malayan"
[ Last edited by mahathirGX at 23-1-2006 06:52 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penglibatan dalam Kes Natrah, 1950
Natrah, seorg wanita keturunan Belanda .. yg dibesarkan oleh keluarga Melayu iaitu Aminah bt. Mohammad, setelah perang tamat keluarga sebenar Natrah menuntut kembali Natrah...di mana Makhamah telah perintah Natrah dikembalikan kepada keluarga asalnya ...
Menyebabkan org Melayu dan islam membuat bantahan ... Dr. Burhanuddin turut serta dalam tunjuk perasaan bantahan tersebut
ini menyebabkan beliau ditangkap oleh pihak British ... penangkapan Dr. Burhanuddin ni mendapat simpati dari org2 Umno ...
di mana Presiden UMNO ketika iaitu Dato Onn ni bekerjasama dgn British ...apabila org2 melayu membantah tindakan British dalam kes Natrah, UMNO mendiamkan sendiri ...
Penahanan dr. Burhanuddin ni berlanjutan selama 3 tahun menyebabkan isteri beliau, Aminah meminta cerai taklik keran tak tertahan
dgn penderitaan hidup yg terpaksa ditanggung atas penglibatan dr. Burhanuddin dalam politik, ketika keluar dari penjara .. beliau cuba berbaik dgn UMNO .. ketika dipimpin pulak oleh Tunku Abdul Rahman |
|
|
|
|
|
|
|
Mencari Tapak Politik , 1955
Selepas keluar dari penjara, Dr. Burhanuddin banyak diundang utk ceramah politik, terutama UMNO.. pada Ogos 1954 beliau dijemput menyampaikan ceramah oleh Pemuda UMNO Pontian ...beliau banyak ceramah perjuangan politik berdasarkan agama islam
antara kata2 beliau:
" Agama islam diturunkan buat menyusun hidup manusia,perhubungan manusia dengan manusia...kuat agama dengan negara dan kekal negara itu dengan agama. Tercapainya sesuatu negara dengan politik ....biarlah dunia berbelah dua atau beberapa belahan atau blok, namun bangsa Melayu tetap mesti berdiri bulat di atas kebangsaan yg bulat"
Kongress Pemuda Melayu (KPM), 1955 merupakan tahun sangat bermakna buat beliau , di mana beliau dijemput utk memimpin Barisan Kebangsaan Melayu (BKM), sebuah persatuan politik . KPM ni disokong oleh golongan berhaluan kiri seperti bekas PKMM, API,PETA...
turut juga diserta oleh Parti Negara (IMP), PAS , boleh dikatakan KPM ni diserta oleh mereka yg tak sebulu dgn UMNO...
Namun belai masih mencari sebuah parti politik yg berjiwa islam .....akhirnya membawa beliau menyertai PAS ... |
|
|
|
|
|
|
|
Memimpin PAS, 1956
Dr. Burhanuddin ini dipelawa oleh Haji Hassan Adli dari pemimpin PAS Perak.... pada mulanya ramai pemimpin PAS membantah cadangan Haji Hassan ni...tetapi Haji Hassan Adli ni berkeras nak bawa Dr. Burhanuddin dalam mesyuarat PAS ,
ni kata2 beliau :
" Saya akan bertindak dgn tegasnya atas usul pengangkatan Dr. Burhanuddin dalam mesyuarat agung akan datang ini, dan saya akan jalankan segala apa boleh buat kerananya....hendaklah disedari Undang2 dasar PAS itu bikinan tangan kita sendiri..... jgnlah kita jadi bodoh tidak berani bertindak sekalipun perkara itu memberi faedah kepada PAS... kalau kita gagal mendapatkan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sekali ini maka selamanyalah kita tak akan mendapatnya.. apalah gunanya kita mendapat 1000 ahli jika dibandingkan dengan hasilnya kita mendapat seorg seperti Dr. Burhanuddin "
Perlantikan Dr. Burhanuddin sebagai Presiden PAS akan membawa perubahan pada parti PAS...
Antara langkah dibuat oleh beliau adalah :
1) Menyusun semula dan mengatur pentadbiran pertubuhan
2) Memperkuatkan perjuangan PAS
3) Menegur secara sihat perlembagaan negara
4) Memperbaiki diri dalam soal organisasi
5) Menyusun badan2 penerangan dan tabligh islam ( sebagai pendakwah islam ) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 23-1-2006 08:51 PM
Penglibatan dalam Kes Natrah, 1950
Natrah, seorg wanita keturunan Belanda .. yg dibesarkan oleh keluarga Melayu iaitu Aminah bt. Mohammad, setelah perang tamat keluarga sebenar ...
aku kagum dengan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sanggup membela Natrah apa jadi dengan pemimpin melayu yg lain pada zaman tu ??? tido ker |
|
|
|
|
|
|
|
kes natrah dulu dengarnya sampai jadi rusuhan berdarah kt spore
agaknyer natrah masih hidup lagi x |
|
|
|
|
|
|
|
bro mahathirGX dapek sumber nih dri mane
dari buku yg ukm kuarkan tu ker |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Joe Hahn at 29-1-2006 11:42 PM
bro mahathirGX dapek sumber nih dri mane
dari buku yg ukm kuarkan tu ker
dari Dewan Bahasa dan Pustaka ...karya Ramlah Adam .... |
|
|
|
|
|
|
|
ader ker gambar lama maser Penglibatan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam Kes Natrah
cth : gambar tengah buat demo ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli Parlimen, 1959-1964
Kemenangan Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Parlimen Besut dalam Pilihanraya 1959, PAS berjaya memenangi 13 kerusi dalam pilihanraya tersebut, berjaya mengukuhkan lagi kedudukan pembangkang di Parlimen. Kehadiaran beliau parlimen, membolehkan memperjuangkan kedudukan agama islam, sosial, politik antarabangsa dan kebajikan rakyat jelata. Antara tuntutan PAS di Parlimen mahu menjadikan hari Jumaat sebagai umun, agama islam sebagai agama rasmi, mendesak kerajaan menarik balik pengiktirafan negara Israel, mendesak kerajaan menarik balik Undang2 darurat disifatkan beliau sebagai tak adil, begitu cadangan beliau terhadap sistem pendidkan negara ... menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam bidang pendidikan |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Memang Dr. Burhanuddin ni seorang pejuang tulin yang tak boleh dinafikan lagi. Beliau dan Ibrahim Hj Yaakob adalah antara orang Melayu yang mula - mula membawa idea kemerdekaan untuk orang Melayu. Begitu besar sekali jasa beliau tapi hampir dipadamkan namanya dari sejarah kita. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik Parti Pas masih wujud lagi kalau tidak orang masih tak kenal saper Dr. Burhanuddin Al-Helmy |
|
|
|
|
|
|
|
tolong lah tambah lah lagi info kpd mereka yg arif...menarik sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Bong Karim wira negara berhaluan kiri
07-02-2007 01:24:40 PM
Oleh Mohd Bakri Darus
MELAKA: Karim Bakar, 84, ataupun dikenali mesra sebagai Bong Karim masih terdaya untuk menceritakan bagaimana beliau pernah menyabung nyawa untuk membebaskan tanahair daripada belenggu penjajahan Inggeris.
Segala-galanya berpunca daripada salah persepsi atau dikelirukan oleh pihak penjajah sendiri yang melabelkan beliau sebagai penyokong golongan kiri atau pelampau.
Bong Karim dari Kampung Sungai Buloh, Melekek, Alor Gajah, di kemuncak perjuangannya pernah diancam maut di tali gantung penjajah.
Seperti lumrahnya pejuangpejuang ketika itu menggunakan pelbagai saluran atau wadah untuk mencetus penentangan atau menuntut kemerdekaan daripada Inggeris.
Bong Karim memilih Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam dan Dr Burhanuddin Al Helmi pada 1946 sebagai saluran perjuangannya, dengan menyandang jawatan ketuanya di Melaka dan Ketua Latihan di peringkat pusat.
Ketika itu API merupakan sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1941 berpusat di Kuala Lumpur. Sayap wanita PKMM ialah Angkatan Wanita Sedar (AWAs).
Pakar gerakan bawah tanah
Kerana pembabitan aktifnya dengan API, Bong Karim serta merta dikategorikan oleh Inggeris sebagai orang yang amat berbahaya, kuat anti British dan pakar dalam gerakan bawah tanah.
Semangat bencikan penjajah tersemai dalam minda Bong Karim sejak beliau masih di bangku sekolah rendah lagi, dengan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu seperti Dol Said di Naning, Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu menjadi sumber inspirasinya.
Menceritakan detik-detik yang membawa beliau berhadapan dengan tali gantung, Bong Karim berkata segalagalanya bermula apabila API sebagai sebuah pertubuhan politik mengambil keputusan meminda perlembagaan tubuhnya dengan menambah perkataan "ketenteraan".
"Kita mengambil keputusan dalam memperjuangkan kemerdekaan kita sanggup menentang British menerusi ketenteraan kalau matlamatnya tidak tercapai menerusi perjuangan politik," katanya ketika ditemui di kediamannya yang terletak berhampiran sebidang tanah sawah terbiar di Kampung Sungai Buloh.
Walaupun kelihatan uzur kerana masalah jantung berlubang dan sudah dimamah usia, Bong Karim yang berjanggut dan berambut putih kelihatan begitu bersemangat sekali ketika bercakap tentang perjuangan lampaunya.
Perpecahan API-PKMM
Di rumah separuh papan yang sama, yang dahulunya lebih 20 kali dikepong dan diceroboh polis British, Bong Karim yang kini hidup sebagai petani yang serba daif berkata selain dilabel sebagai sebuah pertubuhan yang berbahaya API turut berpecah daripada parti induk PKMM berikutan penambahan perkataan "ketenteraan" dalam perlembagaannya.
"PKMM tidak bersetuju dengan langkah itu kerana khuatir lambat laun API akan diharamkan oleh British," katanya.
Berikutan perpisahan itu API telah mengambil langkah menubuhkan pusat-pusat latihan ketenteraan di seluruh Tanah Melayu. Ini menyebabkan API semakin diminati sehingga berjaya menarik ribuan anak muda, termasuk lebih 1,000 orang di Melaka untuk menyertainya.
Di Melaka kader ketenteraan yang bakal menjadi barisan depan API dalam perjuangan menentang British menjalani latihan di tiga buah pusat iaitu Padang Kambing, Setulang Daing dan Tanjung Bidara.
"Latihan kita membabitkan anak-anak muda berusia antara 15 dan 18 tahun sungguh berjaya sehingga dalam tempoh tujuh hari pelatih-pelatih ini sudah bersedia untuk berjuang dan berkorban demi ibu pertiwi," katanya.
Perjuangan hidup atau mati
Menurutnya pelbagai ungkapan dan lagu untuk membangkitkan semangat anggota API sentiasa dikumandangkan sepanjang mereka menjalani latihan termasuk "Merdeka atau Mati" dan "Merdeka Dengan Darah Kalau Tidak Boleh Merdeka Dengan Pena".
Namun begitu, katanya perjuangan ala gerila yang telah dirancang dengan rapi akan hanya dilancarkan oleh API sekiranya usaha untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan Inggeris menerusi saluran politik tidak tercapai.
Beliau mengakui dalam keghairahan memperjuangkan kemerdekaan itu API tanpa disedari telah diresapi anasir-anasir Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempunyai motif tersendiri iaitu mengambil alih teraju pemerintahan selepas penjajah diusir.
Berikutan itu satu gerakan besar-besaran telah dilancarkan oleh pihak Inggeris untuk memburu dan memberkas anggota-anggota API, menyebabkan sebilangan besar daripada mereka termasuk Bong Karim ditangkap, manakala sebilangan lagi melarikan diri ke luar negara.
API turut diharamkan British serentak dengan perisytiharan darurat pada 1948.
Nyawa di hujung tanduk
Selepas hampir satu setengah tahun ditahan di Kem Tahanan Tanjung Beruas, Bong Karim menerima perkhabaran yang memeranjatkan iaitu beliau akan dipindahkan ke penjara di Bandar Hilir untuk menjalani hukuman gantung.
Lantas pelbagai persoalan menerjah ke benaknya: "Bersediakah saya untuk meninggalkan isteri (Habsah Amir Bacha) dan tiga orang anak?
Bong Karim yang kini mempunyai 10 orang anak iaitu lima lelaki dan lima perempuan berkata sementara menunggu giliran ke tali gantung, beliau mendapat maklumat bahawa beberapa tahanan lain telah menjalani hukuman mati atau meninggal dunia atas sebab-sebab lain seperti akibat deraan.
"Ini benar-benar menguji ketahanan semangat juang saya, lebih-lebih lagi saya sengaja diletakkan dalam bilik tahanan bersebelahan dengan bilik gantung," katanya.
Katanya, kemudian seorang pegawai Inggeris datang ke penjara itu dan memarahi pengawal penjara kerana masih belum melaksanakan hukuman gantung ke atas beliau.
Terlepas daripada tali gantung
"Dia tanya kenapa lambat sangat hukuman gantung dijalankan ke atas saya sedangkan saya dipindahkan ke penjara itu dari kem tahanan untuk menjalani hukuman mati kerana saya dianggap sangat berbahaya, kuat anti British dan pakar dalam gerakan bawah tanah.
"Pegawai Inggeris itu mengugut untuk menggantung pengawal penjara sebagai ganti jika saya melarikan diri," kata Bong Karim ketika mengimbas saatsaat mendebarkan yang dilaluinya.
Sepanjang tempoh menunggu itu beliau tidak pernah lalai daripada mengerjakan sembahayang lima waktu dan berdoa kepada Allah untuk menguatkan semangat dan dijauhi bala bencana.
"Allah maha berkuasa. Selepas tiga bulan penantian saya tibatiba menerima perkhabaran bahawa pihak British tidak jadi untuk melaksanakan hukuman gantung ke atas saya. Sebaliknya saya dipindahkan ke penjara Johor sebelum dipindahkan ke Kem Tahanan Ipoh," katanya.
Kem berkenaan ketika itu mempunyai antara 5,000 dan 6,000 tahanan dari seluruh Semenanjung.
Di kem itu pihak British telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyoal siasat para tahanan mengikut kumpulan.
Ditawar menjadi ejen perisik British
"Pada 1949 mereka menawarkan saya untuk menjadi penterjemah. Saya menerimanya kerana ketika itulah saya dapat tahu banyak rahsia British dan mempunyai akses kepada failfail rancangan British dalam menjajah Tanah Melayu," kata Bong Karim bekas pelajar Malacca High School.
Bagaimanapun, kerana semangat anti Britishnya yang begitu tebal, Bong Karim menolak tawaran untuk bekerjasama dengan mereka.
"Mereka menawarkan jawatan yang membolehkan saya kerap ke luar negara dan melawat kedutaankedutaan asing sebagai pengintip. Untuk menutup kegiatan itu, saya dijanjikan modal untuk membuka firma perniagaan di beberapa negara," katanya.
Pihak British juga menawarkan pelbagai jenis pekerjaan yang menarik sesuai dengan kedudukannya sebagai lepasan Malacca High School. Itupun turut ditolaknya kerana beliau sedar penjajah membuat segala tawaran itu bagi mematahkan semangat menuntut kemerdekaan yang berkobarkobar ketika itu.
Setelah lima tahun setengah berada dalam penjara atau kem tahanan British termasuk kem tahanan terakhir di Morib, Bong Karim akhirnya dibebaskan pada 1952.
Di sebalik kegembiraan menyambut ulangtahun ke 50 kemerdekaan negara pada 2007, Bong Karim secara jujur melahirkan rasa terkilannya apabila nama Tanah Melayu lenyap dengan tertubuhnya Malaysia pada 1963.
Dalam menjalani saki baki usianya yang sudah lanjut itu beliau sentiasa khuatir penularan gejala dadah, penyiaran bermacam-macam rancangan radio dan TV berunsur negatif serta penyebaran VCD atau DVD lucah mungkin satu penjajahan bentuk baru yang lebih sukar untuk dihapus kerana ia telah menguasai sepenuhnya minda individu-individu tertentu. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
terpikir jugak, kenape name Tanah Melayu tak digunepakai? Mungkin sebab Cina dan India pun same dlm Malaysia? Dr sini dah nampak kehilangan ketuanan Melayu kite |
|
|
|
|
|
|
|
Pak sedara saya, tapi tak pernah jumpa dia dah lama meninggal sebelum saya di lahirkan lagi...tapi kalu pergi rumah Aunty akan selalu ternampak gambar dia...dan entah kenapa saya mesti seram tengok...masa tu budak2....ihihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Pengajaran PAS dalam Barisan Nasional
Abu Firdaus
Fri | Apr 24, 09 | 12:34:08 pm MYT
Ketika Allahyarham Tun Razak Hussein mengajak Dato' Asri Muda supaya ditubuhkan kerajaan campuran pada awal 1970-an, ia dilakukan dalam kedudukan setaraf. Apa yang hendak ditubuhkan bukannya kerajaan campuran Umno-PAS tetapi Perikatan-PAS. Kedudukan PAS ketika itu bukanlah menerima kepimpinan Umno tetapi duduk bersama dan setaraf dengan Perikatan yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC. Ketika itu, Perikatan Sarawak dan Sabah adalah dalam hubungan yang berbeza.
Setelah berlaku Peristiwa 13 Mei, tentunya suasana telah berubah yang menuntut supaya parti-parti politik kurangkan politiking dan sebaliknya menumpukan kepada pembangunan. Juga dengan mengambil kira kepentingan orang Melayu, PAS yang banyak berkempen atas isu-isu Melayu dalam pilihan raya umum tahun 1969 menerima pelawaan Tun Razak.
Dengan penubuhan kerajaan campuran, ia bermakna kerajaan negeri persekutuan, Kelantan, Terengganu dan Kedah menjadi kerajaan campuran Perikatan-PAS. Asri Muda menjadi menteri, Mustafa Ali menjadi timbalan menteri, sementara Adun Perikatan menjadi ahli Exco di Kelantan, begitulah jadinya.
Namun begitu, apabila persetujuan telah disampaikan, pengumuman untuknya ditangguhkan. Ini kerana jika diumumkan bahawa berlaku kerjasama Perikatan-PAS, maka akan timbul syak wasangka di kalangan orang bukan Melayu kalau-kalau ia merupakan penubuhan kerajaan Melayu bersatu, maka ia menjadi kerajaan Umno-PAS dengan meminggirkan parti-parti MCA dan MIC.
Justeru, rundingan dibuat dengan Gerakan di mana parti itu bersetuju menubuhkan kerajaan campuran Perikatan-Gerakan di Pulau Pinang. Setelah dipersetujui, pengumuman kerajaan campuran di Pulau Pinang didahulukan daripada Perikatan-PAS. Maka tidaklah timbul perasaan bahawa kerajaan Melayu bersatu akan ditubuhkan.
Cara berpolitik Tun Razak ketika itu ialah untuk mempelawa semua parti politik masuk ke dalam kerajaan. Maka turut diundang ialah DAP dan Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM). DAP menolak, mungkin antara lain kerana kejayaan dalam pilihan raya 1969 menunjukkan bahawa ia mempunyai potensi untuk menjadi pembangkang lebih kuat.
Kalau pada tahun 1964, cawangan PAP yang merupakan asal usul DAP gagal dalam pilihan raya, tetapi dalam pilihan raya umum tahun 1969, ia berjaya. Apa yang jelas ia sedang mengambil alih pengaruh yang ditinggalkan oleh Parti Buruh yang dibubarkan kerana tidak menghantar laporan tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Penolakan terhadap pelawaan Tun Razak itu mungkin merupakan sesuatu yang pelik. Ini kerana dalam tahun 1964, penyertaan PAP dalam pilihan raya umum adalah untuk menentang MCA, dan bukannya Umno. Ia berazam untuk menggantikan MCA dalam Perikatan. Apa yang berlaku ialah DAP menggantikan vakum yang ditinggalkan oleh Parti Buruh.
Undi milik Parti Buruh sudah berpecah tiga. Sebahagiannya pergi ke DAP, sebahagiannya ke Gerakan, dan sebahagiannya pergi ke PSRM yang gagal memberikan sebarang bekas. Selepas tahun 1964, PSRM dan Parti Buruh berpecah akibat isu bahasa, dan ia meruntuhkan pakatan mereka dalam Front Sosialis. Gerakan pula mewarisi Parti Demokratsi Bersatu (UDP) yang ditubuhkan oleh mereka yang keluar daripada MCA.
PSRM enggan menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan kerana percaya adalah baik bagi negara, khususnya orang Melayu jika ia kekal sebagai pembangkang. Dengan penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran Perikatan, maka orang Melayu perlukan parti pembangkang dan ini ditawarkan oleh PSRM.
Sememangnya aliran pemikiran Tun Razak ketika itu ialah penubuhan kerajaan satu parti, suatu pemikiran sosialis dunia ketiga pada zaman itu, untuk mendapatkan kestabilan politik. Malah kepercayaan ini turut digalakkan dalam akhbar-akhbar arus perdana ketika itu. Pada mula ia ditubuhkan, Barisan Nasional mempunyai komponen yang setaraf.
Bagaimanapun lambat laun, Umno mula mahu menunjukkan taring dan menjadi dominan. Perangai Umno ini tidak perlu dihairankan. Barisan Nasional telah berubah menjadi konsep barisan bersatu yang diamalkan oleh banyak parti komunis dunia. Pada mulanya mereka mengajak parti-parti lain supaya bergabung menentang musuh bersama. Tetapi setelah berjaya, yang dominan adalah parti komunis sementara yang lain hanyalah tinggal simbolik. Gejala ini berlaku di Rusia, China, Korea dan Vietnam.
Usaha Umno menjadi dominan bermula apabila ia terlibat meminggirkan Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) untuk digantikan dengan Parti Berjaya. Perkara yang sama juga berlaku di Kelantan. Umno campur tangan dalam hal dalaman PAS. Akhirnya PAS dipinggirkan dan digantikan dengan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa).
Lihatlah, nama Berjasa adalah hampir sama dengan Berjaya. Setelah memecat PAS dan digantikan dengan Berjasa, maka rakyat tersedar bahawa Kelantan sudah dikuasai oleh Umno. Siapakah Ketua Pemuda Berjasa ketika itu? Ia adalah Ibrahim Ali.
Sistem dua parti
Jadi katakan anak Tun Razak, Najib mahu melakukan kaedah yang serupa. Cuma bezanya pada zaman ini pemikiran satu parti sudah tidak popular. Dunia komunis dan satu parti sudah tumbang. Banyak negara beralih ke aliran sistem dua parti. Maka dalam konteks Malaysia, sistem yang patut dituruti ialah Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sebagai dua parti utama dalam sistem ini.
Tetapi katakan Najib mempelawa PAS menyaertai Barisan Nasional. Ia bermakna PAS akan duduk di bawah Umno. Tentu PAS tidak mahu. Tetapi katakan dicadangkan supaya diadakan kerajaan campuran Barisan Nasional-PAS. Adakah PAS bersedia? Kalau dahulu, PAS hanya memerintah sendiri di Kelantan, maka mudahlah ia berkira-kira.
Tetapi kini kemenangan PAS di banyak kawasan pilihan raya, khususnya kerajaan negeri Kedah adalah bergantung kepada penyokong parti komponen Pakatan Rakyat lainnya, bukan saja KeADILan, malah DAP. Jika PAS menerima pelawaan Barisan Nasional, maka Pakatan Rakyat akan tumbang, baik di Kedah mahupun di Selangor.
Bukan itu saja, PAS akan berpecah dengan sebahagiannya tidak mahu menyertai kerajaan campuran Barisan Nasional. Dengan perpecahannya, PAS jadi lemah. Pada tahun 1974 apabila PAS menyertai Barisan Nasional, sebahagian ahlinya turut keluar parti, yang lain pula menubuhkan parti baru bernama Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA).
Di pihak Gerakan pula, penyertaannya ke dalam Barisan Nasional, menyebabkan sebahagian ahlinya keluar parti. Mereka menubuhkan Parti Keadilan Masyarakat (Pekemas). Tetapi dalam pilihan raya tahun 1974, Barisan Nasional menang besar.
KITA, Pekemas, PSRM dan DAP kecundang.
Namun begitu kemenangan Barisan Nasional itu menyemai bibit-bibit kelemahan kepada parti komponennya khususnya PAS, Gerakan dan Parti Progresif rakyat (PPP). Ketiga-tiga parti ini tidak boleh berdiri sendiri setelah memasuki Barisan Nasional. Itulah yang berlaku dalam pilihan raya umum tahun 1978, 1082 dan 1986 apabila PAS berterusan kalah.
Andai kata Najib hendak mengajak PAS, beliau mungkin mengikut jejak bapanya dengan turut mempelawa parti-parti lain iaitu KeADILan dan juga DAP. DAP mungkin tidak ikut serta tetapi KeADILan mungkin berpecah. Maka katakan PAS dan KeADILan terima pelawaan Barisan Nasional, maka Pakatan Rakyat akan lemah. Ia tetap ada dengan serpihan PAS dan KeADILan yang enggan ikut serta.
Maka Umno akan dapat teruskan pentadbiran seperti biasa dengan sedikit transformasi. Pada waktu lain apabila kekuatan sudah dipulihkan, maka PAS dan KeADILan yang dalam Barisan Nasional akan disingkirkan. Tetapi pada masa akan datang zaman sudah berubah. Rakyat tidak akan terikat ada mana-mana parti politik. Apa yang dituntut ialah penyelesaian isu-isu yang tertunggak saban pilihan raya. - azm _
- Harakahdaily -
|
|
|
|
|
|
|
| |
|