|
trim akasih sumer... amber akan buat iktibar.. :bgrin:
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Papalanjiut at 5-3-2006 01:18 AM
ataupun lu g kawin ngan org kaya ..
bukan senang jugakkkkkk....:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
tinggat aku baru2 nih kawan masa skolah men. tetiba call..terkezut aku coz dah lama nar lost kontek.. skali dia call akupun xcited la jumpa..skali dia tanye life gak camner bla bla..dia cikgu bla bla..pakai perdana bla2 bla.. okla pastu dia tanye aku weken free tak..aku kate free..(kenkonon ingat dia nak la jumpa sebab lama tak ketemu) skali dia kate nak bawak aku ke satu tempat!! aik lain macam jek.. ropenye nak suh dengo MLM..cehhhhhh... akupun cakap nanti kompen balik la eh
pastu akupun saje sms kat dia... "aku nih ngah susah, kebetulan dpt kontek ko so nak mintak tolong pinjam kan kt aku rm500 ke..boleh tak tolong.....
hmmmmmmm..sampai sudah tak jawab sms aku, tak call aku hahahahaahah..mujarab gak tektik aku nih!!! hanggin gue tetiba ajak MLM :agr: |
|
|
|
|
|
|
peace_world This user has been deleted
|
nak senang kena berusaha, itu saje jalannya, melabur je dalam unit amanah saham public mutual, pulangan tinggi setiap tahun 10%-30% setahun mengikut dana yang dilaburkan, samada melalui cash minimum RM500 atau melalui pengeluaran duit kwsp akaun 1. melaburlah dalam unit amanah saham public mutual, sykt unit amanah No.1 di Malaysia, tahun 2006 ni je dah dapat 30 anugerah
DIVIDEN:
EPF - 5% setahun
ASB - 7% setahun
UNIT AMANAH - 10%-30% setahun
nak invest contact i |
|
|
|
|
|
|
|
contoh kalo dlm situasi...
bkumpul ramai2 ngn family besar...
masing2 tayang kete masing2 yg besar2...ys si abu ni rase rendah diri jek...ape taknye..kete die kancil jek
pastu siap org sound...'heh kau ni abu...kate engineer,xkan pakai kancil jek? anak maksu cikgu je..boleh beli kete besar.."
si abu ni diam tak terkate...dlm hati, knape la org lain senang je nk senang..haku neh keje siang mlm xpenah nk cukup duit..hutang byk...
rasenye ramai yg pernah rase situasi camni...camne nk handle tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 lesung's post
MLM tu menatang apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
C'EST LA VIE
sori nak tanya mede kat atas tu ape?
hehe
aku memang nak jadi orang yang senang..
nak beli ape pun senang...
buat masa ni aku bukan orang senang tapi aku murah rezeki...
apa yang terlintas di pikiran, insya Allah akan dapat.. sama ada orang kasi atau usaha aku sendiri...
walaupun cepat atau lambat
aku tetap bersyukur dengan apa yang ade..
tapi aku percaya dengan hukum alam... dunia ni bulat ada masa kita di bawah dan ada masa kita di atas...
bila kita di atas kita kene beringat satu ari nanti kita akan ada dibawah... |
|
|
|
|
|
|
|
tingat plak aku.... aku semalam tengok oprah punya show.. dia interview orang yang asalnya susah gila tetiba dapat duit terpijak ( kebanyakkannya menang loteri laa).. dan kebanyyakkan orang yang dia interview semuanya wish nak hidup macam dulu.. walaupun susah tapi hati banyak gumbira.. sebabnya takyah pk pasal duit 24 jam.. pastu kalau orang nak berkawan pun atas sebab diri sendiri bukan sebab duit.. dan banyak laa sebab lagi..
bila aku tengok aku terpk.. sebab tu laa agaknya ALLAH taknak aku senang.. kalau aku senang mesti jadi cam diorang.. .. so aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada skang ni.. alhamdulillah sekurangnya aku ada tempat berteduh.. uuuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
baca nih mesti rasa tenang skit.... untuk muslim sahaja
ISTIDRAJ
Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat
seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah
rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".
So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd
seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi
kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu .
Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat
bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi
baik.
Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia
telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.
Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat
apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.
Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita
akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan
suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus
dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk
bersyukur pd yg Esa.
up-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp
timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian
itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.
bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa
orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh
At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur
hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila
kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati
juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka,
takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi
tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof
dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat
maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang
yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat
pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh
kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan
tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah
menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan
dua sayapnya" (Kitab Nasaibul 鍵bad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia
akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba
hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar
Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan
Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke
dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya
sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan
bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita
kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan
yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang
berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah
pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan
untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya
untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan
pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada
pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang
diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan
pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri
kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian
yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan
Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|