|
dah cari tadi kat MPH ipoh. stok belum sampai lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zorroe at 26-7-2006 11:36 AM
Hangat! Fauziah Ashari kembali dengan novel terbarunya yang dinanti-nantikan. Plotnya mengancam dan padat dengan adegan-adegan romantis dan k ...
zorroe...:love:
thanks... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by redapple at 29-7-2006 11:44 PM
buku baru???ni wat tak sabar ni...
mana zorroe ni....red tak sabar nak tau sinopsis die...
alamak sori, zorroe bz ngan anak2 tak sempat nak bagi sinopsis.
zorroe dah edit kat atas boleh semak ye. :ah:
zorroe baru nak mula baca citer ni pagi ni. nanti habis bace zorroe kasi komen.
[ Last edited by zorroe at 31-7-2006 07:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 30-7-2006 07:46 PM
dah cari tadi kat MPH ipoh. stok belum sampai lagi.
semalam pegi Minerva. Dah ada buku DURI ni kat sane. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mekna at 27-7-2006 04:57 PM
tul tu krufan...mekna macam dah phobia sket nak beli buku dia...her last was her worst writing yg mekna bace..
Her last yg dimaksudkan tu Cinta tiada akhirnya ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 zorroe's post
dah beli dah.......harap2 best lar............ |
|
|
|
|
|
|
|
ok..zorroe dah bace sampai mukasurat 44. baru stat la kira tapi dah semput dibuatnye.
kisah sufi yg tinggal dan dibesarkan oleh neneknya terpaksa menggantikan tempat adiknya Nuri di hari perkahwinan dengan Muzhaffar atau dipanggil Zhaf saje. Bayangkan dia terpaksa berkawin dengan kekasih adik sendiri lantaran untuk menyelamatkan maruah keluarga kerana Nuri lari entah ke mana dan tidak mahu meneruskan perkahwinan. Yang si Zhaf pulak yg sememangnye cinta pada Nuri terasa benar2 frust. tapi terpaksa menerima jugak Sufi kerana didesak oleh mak tercinta.
Bila sudah berkahwin mak si Zhaf ni betul2 bersifat sebagai "ibu mertuaku". menghasut Zhaf supaya membenci Sufi dan seterusnya menceraikan Sufi dengan alasan Sufi hanya mahu mengikis harta kekayaan mereka.
Tapi zorroe respect dengan Sufi yang bersifat degil dan tak mudah mengaku kalah pada ibu mertuanya itu. Agaknya ala-ala menantu zaman la ni kut... kehkehkeh..
nanti lah zorroe sambung lagi.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya kat mana letaknya Minerva book store ni...berhampiran aper?my parents nak gi KL hujung bln ni..boleh suruh diorg singgah sana beli novel... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KRUfan at 1-8-2006 06:44 PM
Nak tanya kat mana letaknya Minerva book store ni...berhampiran aper?my parents nak gi KL hujung bln ni..boleh suruh diorg singgah sana beli novel...
minerva di jalan tunku abd rahman. kalau tak silap berdepan kamdar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zorroe at 1-8-2006 06:13 PM
ok..zorroe dah bace sampai mukasurat 44. baru stat la kira tapi dah semput dibuatnye.
kisah sufi yg tinggal dan dibesarkan oleh neneknya terpaksa menggantikan tempat adiknya Nuri di hari perkahw ...
macam best je novel ni.. zorroe.. jgn lupa update ek...:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 zorroe's post
zorroe apa name punlisher yg kuarkan novel 2. nak g tanya book store |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya........dapat juga aku novel ni. EEEe x sabor nk baca balik umah nnt. 4 ur information nama publisher dia Intens Media, harga RM21.50 tp klu beli kt Minerva dpt diskaun 20% hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
thanks , zubaidah tolong jawabkan utk zorroe.
ok.. zorroe dah bace smpai mukasurat156.
Kesian Sufi perasaannya diperbudak2kan oleh si Muzhafar yang mabuk cinta dgn adiknya, Nuri. Kerana marahkan Nuri, Sufi yang menjadi mangsa amukan Zhaf dan cacian ibu mertuanya. sedikit sebanyak Zhaf mula percaya bahawa Sufi berkawin dengan dia hanyalah semata2 untuk menumpang senang keluarga mereka. Hanya bapak mertuanya Hasif saja yg bersimpati dengan nasib Sufi dan melayan sufi dengan baik.
Atas desakan Zhaf, sufi terpaksa juga memberitahu di mana Nuri berada. Dan sudahnya Zhaf menyusul Nuri ke US. sebagai balasan sufi telah dibenarkan bekerja di syarikat bapak mertuanya. KErana cinta yg mendalam kepada Nuri Zhaf sanggup tinggal di US dan mencari kerja di sana. Maka hubungan cinta yg terputus terjalin semula. Zhaf berjanji untuk melepaskan Sufi sekiranya hubungan antara dia dan NUri berjalan lancar.
Sepemergian Zhaf, Sufi bergaduh dgn ibu mertuanya menyebabkan dia dihalau dari rumah. Tinggallah Sufi di rumah neneknya kembali. Namun Sufi tidak patah semangat. Hidup sehari2nya dilalui jugak tanpa sekelumit pun rasa rindu pada si suami.
Tiga tahun berlalu, bapak mertua Sufi, Hasif, menjadi amat rapat dan jatuh sayang kepada Sufi. Sehinggakan apabila dia bersara, dia sanggup menyerahkan saham dlm syarikatnya kepada Sufi. Kini Sufi menjadi orang penting dlm syarikat itu. Ini menimbulkan rasa marah dan tidak puashati mak mertua lalu memaksa Zhaf pulang.
kepulangan Zhaf seorang diri (Nuri masih lagi ada 3 bln utk menghabiskan pelajaran di US dan bakal kembali) kali ini adalah utk menuntut haknya sebagai anak dan waris ke atas syarikat tersebut dari Sufi. Namun kematangan dan kecantikan Sufi sebagai wanita korporat yg berkarisma membuatkan Zhaf terpukau seketika... apa akan jadi???? alamak.. kene baca lagi ni... bersambung. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
mafeeasyiq This user has been deleted
|
SIARAN TERTUNDA KE NIE?
Chewah... ada siaran tertunda DURI. Cayalah, Zorroe.:solute: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zubaidahmior at 2-8-2006 16:44
akhirnya........dapat juga aku novel ni. EEEe x sabor nk baca balik umah nnt. 4 ur information nama publisher dia Intens Media, harga RM21.50 tp klu beli kt Minerva dpt diskaun 20% hehehe
uii.. ada email adds tak publisher tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mekasih...appreciate sgt :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
wah.. ada tayangan perdana dari zorroe la.. tapi ada intermission la plak.. suspens.. suspens.. - ala ala cerita dlm Samarinda la plak.. Heroin nya si Sufi gaya-gaya Rita Rudani.. Zhaf plak amek ala-ala Rosyam ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 liya71a's post
hehehe... saje zorroe nak kasi thread ni menarik skit smbil mengisi mase.
ok, sambungan dari mukasurat lepas....
Rupa-rupanya kepulangan Zhaf disambut dgn seribu satu masalah. rumahtangga ibubapanya berantakan. Perceraian kedua orang tua dan keadaan ibunya yg jatuh sakit akibat terjatuh dari tangga ketika ingin memukul Sufi dgn kayu golf adalah satu tamparan hebat bagi Zhaf. Kehadiran Sufi di sisi memberi semangat kepadanya untuk bertindak sebagai ketua keluarga. Dalam sakit ibu mertua tetap juga memusuhi menantunya.
Kepulangan Hazim, adik Zhaf, sedikit sebanyak membuah rasa cemburu di hati Zhaf kerana ibu melebihkan hazim dari dirinya selaku anak sulung. Rupa-rupanya di tengah2 cerita ini terjawab sudah kenapa Hazim berubah laku lalu membawa diri ke luar negara pada hari ketiga sebelum pernikahan Zhaf-sufi. jeng jeng jeng....!
Sedang asyik Zhaf menganyam rasa kasih yg mula lahir di hati untuk Sufi, tiba-tiba kepulangan Nuri secara mengejut benar-benar membuatkan Zhaf hilang arah dan serba salah. Sufi masih mampu untuk bersikap selamba dan tenang. namun di dalam hati terdetik satu perasaan panas dan rimas yang sukar untuk ditafsirkan. apatah lagi bila disahkan oleh doktor sufi mengandung.
Timbul tanda tanya kenapa Sufi begitu membenci keluarga mertuanya dan berazam untuk menghancurkan mereka satu persatu. tidak adakah sekelumit rasa belas dan kasih di hatinya? rupa-rupanya dendam itu lahir pabila ibu mertuanyalah yg menyebabkan ibunya meninggal dunia setelah dimaki dihamun dan digelar perempuan kelab malam dan seterusnya ditolak jatuh.
Nuri menagih perhatian dari Zhaf, amat memeningkan kepala. Sementara Sufi hanya bersikap tenang dan selamba walau hati di dalam tak siapa yang tahu. Kesempatan ini diambil oleh Hazim utk mendekati Sufi namun tidak dilayan. Hatinya parah mendambakan Sufi lalu mengambil jalan singkat menjadikan dadah sebagai teman pengubat kerinduan.
Kemuncak cerita bila hazim dalam khayal dadah telah mengamuk memukul ibunya yg sakit kerana menghalang hubungan cintanya dgn Sufi suatu ketika dulu. Dalam adegan sufi cuba memujuk hazim utk menghentikan perbuatan itu, muncul Zhaf bersama Nuri. ketika itulah terbongkar rahsia perkahwinan mereka bila hazim merintih tidak dpt memiliki sufi lantaran perkahwinan itu dan kini sufi telah mengandungkan anak abangnya.
Pabila mendengar pengakuan itu walaupn dlm keadaan hazim yg kurang waras, Nuri bergegas ke rumah nenek Rubiah meminta penjelasan. Pahit untuk ditelan Nuri menyalahkan semua orang kecuali dirinya. Dlm pertengkaran dgn neneknya Nuri serta merta mengambil keputusan utk pergi dari situ meninggalkan semua orang. Berlakulah satu kemalangan. Nuri dgn tak sengaja melanggar neneknya dari belakang ketika cuba mengundurkan kereta.
Tiada sekelumit rasa bersalah di dalam diri Nuri, malah menyalahkan Sufi kerana telah merampas tunangnya hingga membuatkan dia jadi begitu. kematian nenek Rubiah begitu meninggalkan kesan ke atas Sufi. Perasaan bersalah mula menyelinap di dlm jiwa. Semuanya berpunca kerana dendam. Dan dendam pada ibu mertua telah pun terlaksana.
Diburu rasa bersalah Sufi menuntut Zhaf melepaskannya dan kembali kepada Nuri. Diceritakan satu persatu sebab musabab kenapa perkahwinan di antara mereka terjadi dan semua dendam yg telah dilaksanakan. Terduduk kaku Zhaf mendengar penjelasan yg panjang lebar dari seorang yg bergelar isteri.
Perpisahan (bukan perceraian) Zhaf-Sufi tetap tidak memungkinkan Nuri utk kembali kpd Zhaf lalu mengambil keputusan utk kembali ke US. Ditinggalkan isteri dan melepaskan kekasih, Zhaf kembali mengabdikan diri kepada ibunya yang masih sakit (masih pjg umur rupanya org tua ni..). Namun jauh di dalam hati, Sufi tetap dikenanginya jua.
Lapan bulan berlalu, semua pengajaran telah ditempuhi melembutkan hati si ibu mertua utk menerima menantu yg suatu ketika amat dibenci. Syukur dipanjatkan, Zhaf mula menjejak Sufi di rumah nenek namun langkah kiri.. Sufi telah berpindah tak tahu ke mana.
Niat yg ikhlas dan mulia terhadap isteri tercinta tetap mendpt restu dr Tuhan yg Maha Esa. Akhirnya bertemu juga mereka berdua. Terpampan Sufi bila melihat Zhaf terpacak di dpn mata di bilik pejabatnya. Tanpa membuang masa Zhaf melutut dan mencapai tangan Sufi lalu dicium bertalu-talu. Terlerai sudah rindu yg berkurung selama ini. Setahun setengah berpisah mengajar mereka berdua utk mengenali apa yg ada di hati masing2. Rindu, cinta, sayang,...... the end.
So.. apa pendapat u all semua? menarik kan!
[ Last edited by zorroe at 3-8-2006 09:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidaaziz at 1-8-2006 10:34 PM
minerva di jalan tunku abd rahman. kalau tak silap berdepan kamdar.
Thanks, shida...:tq: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|