CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: badangkuat

Apa kata ? : Jac - Kenapa Suka @ Tidak?

[Copy link]
Post time 14-9-2006 08:51 PM | Show all posts
Donut takder masalah ngan Jac.
Kepekikan dia itu masih boleh tahan.
Agak2 nyer, berapa batang straw bole sumbat kat mulut dia?
boleh pecah rekod guiness ar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2006 09:55 PM | Show all posts
Aku tak pernah benci kat Jac.

AKu suka Jac sebab dia artis bukan melayu pertama yang boleh dikatakan agak berjaya selain francesca peter....suara jac pun lain dari yang lain and lagu gemilang dari jac, hanya jac sesuai menyanyikan lagu tu kerana hanya jac yang boleh memantapkan lagu tu...orang lain bawa macam biskut masuk angin

aku tak suka jac sebab album kedua jac tak ada lagu yang sehebat gemilang to be honest, aku tak suka jac sebab bila dia nyanyi lagu yang jiwang, kurang penghayatan...kesimpulanya, jac adalah penyanyi terbaik untuk inspirational song like gemilang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 11:58 PM | Show all posts
jac??

boleh lah

aku kalu artis wanita ni..aku suka yang tertentu aje
kalu lelaki..
aku suka yang ensem

wakakka

suara jac power..
aku start suka masa dia nyanyi lagu tunggu sekejap kat MI..
tapi takat tu aje lah
bukan sampai beli album dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 02:24 AM | Show all posts
1. jeritannya membingitkan seperti bunyi ekzos mat rempit buang sarang
2. langsung tiada daya penarik
3. tergedik-gedik.. perasan cun
4, dia memang tak layak untuk diminati
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 03:20 AM | Show all posts
aku minat pasal bakatnya yang memang boleh bawa lagu omputeh.

yg tak suker tu, mulut jac slalu suka terlepas cakap lalu mencipta kontroversi!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 07:51 AM | Show all posts
yang aku tahu terlepas cakap selalu adalah nora....jac mana ada terlepas cakap....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2006 08:16 AM | Show all posts
aku suka kelantanagn sore dia..n aku rasa penyanyi msia plg bersore lantang...tp tak suka kalo dia dh naik antu kalo nyanyi part tinggi..semua time dia nak jerit..kekadang bingit laa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 09:50 AM | Show all posts
bagi aku la kan, nak nyanyi high pitch note kena ada cara dan seni yg tersendiri. nak kata aku ni cikgu vokal tu tidak le. cuma as a listener aku appreciate talent mcm witney houston, mariah carey, aretha franklin, anita baker, christina aguilera etc. suara depa lantang dan soothing at the same time. tak le tekan2 paksa nak sampaikan jugak note tu. high pitch note kena sampaikan nmpk mcm effortlessly baru la kira talentednya seseorang tu. jac ni jenis nak lepaskan jugak tu yg aku slalu dengar cam nak terkeluar anak tekak dn end up bunyik bingit ya amat. so, buat hape? aku tgk cam terseksa jiwa raga. last2 lagu yg dia nyanyi tu cam takde soul je.

aku igt lagi satu konsert af 4 ari tu yg cikgu siti hajar dtg bagi komen, kan dia kata org mesia ni mmg kalau ada je penyanyi leh nyanyi  high pitch note tanpa pecah sora...akan giler2 audience kagum tepuk tangan standing ovation bagai...dan chop artis tu talented giler. mmg betul...sorry ek peminat jac..jgn le nak serang aku pasni, ini hanyalah luahan pendapat aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2006 10:06 AM | Show all posts
:love::nyorok:aku suka sebab vokal dia power.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 12:09 PM | Show all posts

Reply #30 stokin's post

hmm aku tgk jac ni...  dia kalau hit note tinggi.. effortless
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 12:11 PM | Show all posts

Reply #32 itikganas's post

:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 04:12 PM | Show all posts
Aku ngan Jac layaan jek..mase MI memang suke sangat ngan die..tp lps MI abes x sangat laa dah..sekang nih minat sangat x, menci pun x (x bek menci2 org nih..).. suke-suki cenggituh jek laa.. but for me she's one of a few artists/singers yg bebetul power..one of the best yg kite penah ade..

Yg ku suke kt die..sore die power..spontaneous..n sumtimes somei (childish skit..)..

Yg x suke..bile nyanyi feel kureng..tuh jek laa kot..ku x ikut sgt die nih..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 05:00 PM | Show all posts
saya suka jac hanya kerana lagu Gemilang dia tu je... yg lain2 biasa2 je...

tiada sbb nak tak suka jac... saya biasa2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2006 03:59 AM | Show all posts
best jugak baca pendapat korang...
Reply

Use magic Report

badangkuat This user has been deleted
 Author| Post time 18-9-2006 03:20 PM | Show all posts
AKU X TAU SIAPA DIA TGH DATE.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 03:21 PM | Show all posts
tak ada alasan utk kata tidak suka pada jac... ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2006 07:32 PM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 18-9-2006 03:21 PM
tak ada alasan utk kata tidak suka pada jac... ;)


hahhaahhaha buduz punya jawapan   

jac tu suci sangat ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 07:46 PM | Show all posts

Reply #39 zzul's post

:jeler: ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 09:44 AM | Show all posts

慡aya mohon maaf jika gaya singgung peminat

Jac akui tiada niat kenakan pakaian ala berkemban untuk tonjolkan imej seksi ketika buat persembahan

DIA menjerit kecil saat diberitahu ada peminat tidak suka dengan imej seksi yang dibawanya sejak kebelakangan ini. Malah, ketika mengulas lanjut teguran peminat itu, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor tidak melihat apa yang dipakainya itu sebagai keterlaluan. Reaksi spontan itu barangkali menjadi bukti bahawa juara musim pertama Malaysian Idol ini tidak selesa apabila dirinya dikaitkan dengan imej sebegitu.

Namun, suka atau tidak, itulah hakikat sebenar yang harus ditelan penyanyi bersuara lantang ini apabila pakaiannya itu menjadi bahan bualan ramai. Berdasarkan maklum balas diterima menerusi kiriman e-mel, ramai meminta penyanyi ini berhati-hati memilih pakaian. Isu ini menjadi hangat apabila sejak kebelakangan ini, Jac sering tampil berpakaian dianggap seksi iaitu berkemban. Paling ketara apabila Jac muncul dalam persembahan solo Ikon, 22 Jun lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan imej berkemban.

Mungkin ada tidak perasan betapa seksinya Jac waktu itu terutama apabila kamera memfokus bahagian dadanya yang agak terdedah.

Pertemuan antara Hip dan Jac yang berlangsung sewaktu Parti Ikon di Planet Hollywood, baru-baru ini memberi peluang kepada Jac menghuraikan segala-galanya.

Hip: Ada orang kata Jac semakin seksi sejak kebelakangan ini terutama sewaktu mengadakan persembahan Pentas Ikon tempoh hari. Boleh beri komen sikit berkenaan isu ini?

Jaclyn: Saya tak rasa apa yang saya pakai masa itu seksi dan keterlaluan. Pada saya biasa saja. Tapi saya akui, tulang dada saya yang agak menonjol dan agak tinggi ini menyebabkan ia nampak menyerlah terutama apabila saya berpakaian ala berkemban seperti itu. Itu sudah semula jadi, saya tidak boleh ubah apa-apa.

Namun untuk pengetahuan peminat atau sesiapa saja, saya memang tidak berniat untuk menonjolkan imej seksi. Saya pakai mengikut keselesaan saya dan kalau nampak seksi, itu disebabkan bentuk badan saya. Itu saja.

Hip: Kalau begitu keadaannya, mengapa Jac masih ingin memakai pakaian seperti itu?

Jaclyn: Saya sebenarnya cukup menggemari pakaian rekaan Carven Ong itu. Selain cantik dan nampak klasik, ia juga selesa untuk dipakai memandangkan materialnya dibuat dari kain sutera Thai. Tapi tak sangka pula akhirnya pakaian itu menimbulkan kontroversi.

Hip: Apabila ada yang mengkritik penampilan Jac seperti ini, apa perasaan Jac?

Jaclyn: Terlebih dulu, saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang menegur penampilan saya. Apabila mereka menegur, bermakna mereka peka dan prihatin pada saya. Justeru, saya ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak andai penampilan saya selama ini menyinggung perasaan mereka. Saya sedar, peminat saya ada pelbagai bangsa dan agama, jadi saya hormati pandangan mereka itu. Mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian demi untuk menjaga hati banyak pihak.

Hip: Tak rasa sedih ke? Iyalah, tiba-tiba nama Jac jadi panas gara-gara isu seksi?

Jaclyn: Memang rasa terkilan kerana saya rasa ramai juga artis yang pakai seksi tapi nasib tak baik nama saya juga yang kena. Tapi tak mengapa, saya faham, inilah yang perlu saya hadapi apabila bergelar selebriti. Saya sudah bersedia.

Hip: Mungkin Jac boleh ambil teguran itu sebagai peringatan kerana peminat sayang pada Jac sebenarnya.

Jaclyn: Saya pun fikir begitu. Tak rasa pun mereka sengaja hendak menghentam atau hendak sabotaj saya. Apapun, terima kasih atas keprihatinan mereka itu.

Hip: Jadi selama ini siapa yang menjadi perunding imej Jac?

Jaclyn: Tak ada sesiapa. Sendirian Berhad (sambil ketawa). Buat masa ini saya yang uruskan penampilan saya dan kalau dalam nak reka baju, saya bincang dengan pereka fesyen, imej yang bagaimana sesuai untuk saya. Kami sama-sama sumbangkan idea.

Hip: Serik tak nak pakai seksi lain kali?

Jacklyn: Hendak kata serik itu tidaklah tapi seperti yang saya katakan tadi saya akan lebih berhati-hati dalam soal berpakaian. Asal saya selesa dan cantik, cukuplah. Saya buat semua ini demi menjaga sensitiviti peminat saya.

Hip: Mungkin ramai peminat Jac hendak tahu bila Jac akan mendirikan rumah tangga?

Jaclyn: Oh soal itu... Nampaknya saya terpaksa ketepikan dulu soal untuk berumahtangga kerana buat masa ini saya terlalu sibuk dengan urusan kerjaya saya yang tidak pernah selesai ini. Lagipun, saya ada juga dengar cerita yang Asia Idol akan diadakan. Khabarnya hak cipta rancangan itu oleh Indonesia. Kalau betul itu berlaku, nampaknya terpaksalah tangguh dulu majlis perkahwinan kami.

Hip: Apa kata bakal suami apabila Jac asyik tangguh?

Jaclyn: Kalau boleh dia memang hendak cepat tapi masalahnya sayalah yang sentiasa sibuk. Bagaimanapun, dia faham situasi saya ketika ini. Lagipun kami sudah empat tahun bersama. Saya rasa dia boleh bersabar.

Hip: Bagaimana pula peluang Jac untuk pertandingan separuh akhir?

Jaclyn: Sejujurnya, saya sendiri tidak pernah menyangka yang saya akan tersenarai sebagai calon peringkat separuh akhir dalam pertandingan ini. Maklumlah, persaingan malam itu hebat-hebat belaka. Apapun, saya berterima kasih kepada juri dan peminat yang percaya pada kebolehan saya. Mengenai peluang dalam pertandingan akan datang, saya tidak berani berkata apa-apa kerana yang bertanding dengan saya malam ini, handal-handal belaka. Mawi, Dayang Nurfaizah, Reshmonu dan Farah, masing-masing ada kelebihan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 11:12 AM | Show all posts
kenapa pulak topik ni kat sini? sub board jac kan ada.
hari tu ada forumer sorang letak pasal ziana zain, momod pindahkan kat sub board zz. tapi kenapa yg ni tidak? oi momod jalankan tugas anda segera! dah ada sub board jangan nak menyemak ruangan utk yang belom ada sub board. nak cari pun senang!

btw back to topic..
aku suka jaclyn victor.. kagum dgn dia. part2 tinggi tu senang lenang je dia buat..
suka!!!

tapi satu je, dia ni nyanyi hentam je..macam ada kurang sikit feel.
tapi apa2pun jac aku suka!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.092620 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list