CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
 Author| Post time 16-10-2006 06:21 PM | Show all posts
JPJ Pahang pantau 6 laluan


KUANTAN: Sebanyak enam laluan di Pahang akan menjadi sasaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membuat rondaan serta pemantauan menjelang Aidilfitri nanti.





Enam laluan itu ialah Kilometer 144, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Lanchang; Kilometer 116, Jalan Kuantan-Terengganu, Sungai Ular; Kilometer 11, Jalan Pintasan Kuantan, Bukit Rangin.

Kawasan lain ialah Kilometer 287 hingga 300, Jalan Kuantan-Johor Bharu, dekat Penor; Kilometer 71 hingga 77, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Kilometer 160, Jalan Kuantan-Johor Bharu, dekat Segamat.

Pengarah JPJ Pahang, Zakaria Man, berkata enam laluan berkenaan akan menjadi tumpuan kepada pegawai JPJ serta anggota untuk membuat rondaan serta pemantauan.

揝elain daripada enam laluan itu, 28 laluan di setiap daerah di Pahang juga dikenal pasti akan menjadi tumpuan untuk JPJ meronda menjelang Aidilfitri nanti.

揅uti anggota JPJ sudah dibekukan bermula 17 hingga 31 Oktober ini dan anggota terbabit akan ditugaskan membuat rondaan di sepanjang laluan maut berkenaan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nal This user has been deleted
Post time 21-11-2006 12:39 PM | Show all posts
Sementara itu, Najib berkata, Kabinet telah memberikan kelulusan untuk menaik taraf Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) kepada Universiti Malaysia Pahang.

Katanya, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi pembinaan kampus tetap universiti berkenaan di Kuala Pahang di sini.

Koi bersetuju sekiranya Pahang mendapat Universiti taraf penuh, tapi jangan sampai jadi menang sorak Kampung tergadai. Apa la gunanya ada universiti sekiranya anak negeri pahang sendiri hanya menjadi golongan minoriti. Dari NC sampai ke pensyarah hanya dimonopoli oleh bukan anak tempatan. Seolah - olah anak negeri tiada yang layak.
Sepatutunya peluang yang ada dimanfaatkan untuk memberi peluang pekerjaan khususnya kepada anak - anak negeri, akhirnya anak negeri sendiri terpaksa merempat ke negeri orang lain jua.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 09:20 AM | Show all posts

32.3kg ganja dirampas

KUANTAN 21 Nov. ? Polis Pahang merampas 32.3 kilogram ganja bernilai RM100,000 dalam satu serbuan di sebuah pusat peranginan dekat Cherating di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Razak Bokhari berkata, dalam serbuan yang dilakukan pukul 7.40 malam itu, pihaknya turut menahan dua lelaki warganegara Thailand yang dipercayai pemilik ganja tersebut.

Katanya, serbuan yang diketuai Asisten Supritendan Xavier Soosainathan turut melibatkan 18 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri dan juga sembilan anggota polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur.

?Kita berjaya merampas 35 ketulan mampat ganja yang disembunyikan di dalam sebuah kenderaan jenis pick-up di bahagian belakang tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan kenderaan berkenaan,? katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurutnya, bahagian belakang tempat duduk kenderaan itu dipercayai telah diubah suai untuk menyembunyikan dadah berkenaan.

Jelas beliau, polis turut merampas dua pasport antarabangsa kedua-dua suspek, cukai jalan kenderaan dan polisi insurans, pemutar skru, dua batang skru serta satu kepingan besi yang digunakan untuk menutup bahagian tersembunyi di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

?Kedua-dua suspek yang merupakan penoreh getah berusia 35 dan 40 tahun itu kini ditahan reman sehingga 27 November ini untuk tujuan siasatan lanjut,? ujarnya.

Abdul Razak berkata, sekiranya disabit bersalah, kedua-dua suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_04.htm
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 09:43 AM | Show all posts
tepek la brita pasal cik puan julita gugur...aku tak reti nak tepek....tu pun berita pahang gak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 06:57 PM | Show all posts
Reda ketentuan Ilahi


PEKAN: Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah reda dengan ketentuan Allah apabila kandungan keempat isterinya, Tengku Muda Pahang, Cik Puan Muda Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latif mengalami keguguran, awal pagi semalam.


Menurut Tengku Abdul Rahman, isterinya mula mengalami komplikasi pada kandungannya berusia empat bulan, kelmarin dan dibawa menjalani rawatan lanjut di Hospital Pakar Kuantan (KSH) di sini pada jam 2.30 petang kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, janin berusia empat bulan dalam kandungan isterinya itu gagal diselamatkan apabila keguguran pada jam 4.15 pagi semalam.

?aya dan isteri sedih kerana kehilangan kandungan anak keempat kami yang dijadualkan lahir pada April tahun depan, tetapi reda dengan ketentuan Allah.

?ekarang, isteri saya masih diberi rawatan susulan di hospital dan keadaannya bertambah baik,? katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian anaknya itu di Makam Diraja Pekan di sini, semalam.

Tengku Abdul Rahman dan Julita Aishah yang berkahwin pada Julai 2002 dikurniakan tiga anak, Tengku Ameera Asya, 3, Tengku Eddie Akasya, 2, dan Tengku Ahmad Firhan Syah berusia setahun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 08:11 AM | Show all posts

Terowong air Pahang-Selangor bermula 2008

KUANTAN 22 Nov. ? Kerja-kerja pembinaan fizikal terowong untuk projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor dijangka bermula pada awal tahun 2008.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembinaan projek itu melibatkan kerja-kerja pembinaan terowong penyaluran, empangan Kelau, pembinaan muka sauk, stesen pam dan juga paip.

?Anggaran kos projek pembinaan dijangka sebanyak RM3.751 bilion di mana ia turut melibatkan kos pengambilan balik tanah dan penempatan semula Orang Asli di Sungai Temir,? katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab pertanyaan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) mengenai projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor di Bentong pada Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Menurutnya, projek tersebut dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui perjanjian pinjaman di antara Kerajaan Persekutuan dan Japan Bank For International Cooperation (JBIC) yang telah ditandatangani pada Mac tahun lalu.

Adnan memberitahu, hasil daripada projek tersebut, kerajaan negeri bakal memperoleh royalti air yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Adnan turut menjawab pertanyaan Datuk Lau Lee (BN-Damak) berhubung tindakan Jabatan Perhilitan terhadap masalah gajah liar yang merosakkan tanaman pekebun.

Katanya, Jabatan Perhilitan sentiasa menghantar petugas membuat kawalan di kawasan terlibat setiap kali aduan gangguan diterima daripada pekebun.

Jelas beliau lagi, jabatan itu juga dalam perancangan untuk memindahkan sebahagian daripada populasi gajah liar yang dianggarkan antara 10 hingga 14 ekor dari kawasan berkenaan secara berperingkat.

?Beberapa operasi telah dijalankan termasuk yang terbaru pada 6 hingga 12 Oktober lalu tetapi masih gagal menangkap binatang itu,? ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_08.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2006 08:20 AM | Show all posts

11,000 primary school students in Pahang unable to read

11,000 primary school students in Pahang unable to read

By FARIDAH BEGUM

KUANTAN: More than 11,000 primary school students in Pahang - including 765 in Year Six - are unable to read.

Responding to a question in the state assembly Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said 3,764 students in year two, 2,973 in year three, 2,321 in year four, 1,398 in year five and 765 in year six have been identified with this problem.

"The state government, recognising the seriousness of this problem, has, in collaboration with the state education department, implemented several strategies to alleviate this problem," he said.

Adnan said phonetics courses have been implemented and 75 trainers have been employed by the state educaiton department.

"We also have set a monthly target as to the number of students who have to be rehabilitated on a monthly basis and it is compulsory that all state education department officers monitor the progress of the programme at all schools in the state," he said.

To another question as to the cost of the water transfer project to Selangor, Adnan said the project, which is slated to begin in early 2008, will cost RM3.751bil, which includes the cost of acquiring land belonging to the Orang Asli of Sungai Temir and relocating them.

Lone Opposition member, Leong Ngah Ngah (Triang - DAP), also asked were the benefits to the state and Adnan said the state would get the water royalty that was to be paid by the Selangor state goverment.
Reply

Use magic Report

jebat_derhaka This user has been deleted
Post time 23-11-2006 02:34 PM | Show all posts
Originally posted by Mulan at 23-11-2006 08:20 AM
11,000 primary school students in Pahang unable to read

By FARIDAH BEGUM

KUANTAN: More than 11,000 primary school students in Pahang - including 765 in Year Six - are unable to read.

Resp ...


: bior benor...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nal This user has been deleted
Post time 24-11-2006 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by Mulan at 23-11-2006 08:20 AM
11,000 primary school students in Pahang unable to read

By FARIDAH BEGUM

KUANTAN: More than 11,000 primary school students in Pahang - including 765 in Year Six - are unable to read.

Resp ...

Apa sudah jadi ni? Sape yang salah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by nal at 24-11-2006 04:19 PM

Apa sudah jadi ni? Sape yang salah.


Mak Bapak Yang Salah!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by pepalih2 at 25-11-2006 03:58 PM


Mak Bapak Yang Salah!!



ngapa mak bapak plak salah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by sarahj at 26-11-2006 12:32 PM



ngapa mak bapak plak salah?

Yer la......

dah kalau lepas waktu sekolah dibiarkan budak2 tu tak belajar.....

kuar rumah.....
balik dah dekat maghrib, mana ader masa nak blajar...

takkan nak mengharapkan cikgu jer.....  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 05:00 PM | Show all posts
MORALE OF THE STORY.....JGN PINJAM ALONG !!!!


Telefon bimbit prabayar akan perangkap Ah Long
Oleh ARSHAD KHAN

KUANTAN 5 Dis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 05:07 PM | Show all posts
ORG KITE NI WEHH...ALFATIHAH !


10 tahun derita lumpuh

Oleh Asrol Awang

PEKAN: Selepas 10 tahun menderita, bekas pemain bola sepak Kebangsaan, Shahdan Zahari, yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya, menghembuskan nafas terakhirnya, awal pagi semalam.


揝aya reda dengan pemergiannya. Sepuluh tahun dia menderita lumpuh,
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 10:47 AM | Show all posts
Budak diseret babi hutan

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: ?elepas perut saya digigit, babi hutan itu seret saya sejauh lima meter sampai baju saya koyak-rabak, ? kata Puteri Nor Syazzwani Badaruddin, 8, yang cedera diserang haiwan terbabit di Sungai Isap II, di sini, petang semalam.


Badannya kemudian tersangkut pada pasu bunga menyebabkan dia dilepaskan. Kemudian babi hutan itu lari manakala mangsa segera masuk ke rumah jiran.

Puteri luka di perut sepanjang enam inci akibat disondol selain tangan dan kaki akibat diseret babi hutan yang sesat di kampung itu, kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut Puteri, jiran membantu menghantarnya pulang ke rumah, tidak jauh daripada tempat kejadian kerana dia tidak berdaya untuk berjalan.

Ketika kejadian, murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Sungai Isap itu berkata, dia bersama tiga rakan sedang bermain Saidina di halaman rumah jiran yang terbuka pintu pagarnya.

Dia tidak menyedari kemunculan babi hutan berkenaan sebelum seorang daripada tiga rakannya bertempik kerana terkejut melihat haiwan itu.

Katanya, dia tidak menangis ketika disondol dan diseret babi hutan itu tetapi kejutan serangan itu masih dirasai sehingga takut untuk bermain di luar rumah.

?awan saya sebenarnya tahu babi hutan itu datang. Tapi, dia tidak beritahu saya. Mungkin dia pun terkejut,? katanya ketika ditemui di rumahnya, di Sungai Isap II, di sini, semalam.

Teman sekolahnya, Nor Shahirah Hamidon, 8, berkata dia nampak babi hutan itu menghampiri mereka tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

?aya lari dan tidak sempat bertahu Puteri. Kejadian itu sungguh ngeri. Tapi, nasib baik ada pasu bunga. Jika tidak, tentu Puteri terus dilarikan haiwan itu,? katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Norihani Kasim, 42, berkata dia bersyukur kerana anak keempat daripada lima beradik itu hanya luka ringan di perut, tangan dan kaki.

?ika tengok pada bajunya yang koyak-rabak sudah tentu akan parah tetapi saya bersyukur kerana dia selamat dan mampu menceritakan kejadian terbabit.

?aya terdengar jeritan kanak-kanak. Tapi, saya sangka anak menjerit kerana gembira bermain Saidina bersama rakan sebelum saya melihatnya kejadian itu dari dekat,? katanya.

Katanya, dia terkejut selepas melihat anaknya dipapah jirannya dalam keadaan lemah dan ketakutan sebelum dimaklumkan Puteri Nor Syazzwani diseret babi hutan sehingga cedera.

Norihani bercadang tidak akan membenarkan lagi anaknya bermain di luar di rumah kerana bimbang perkara sama berulang.

http://www.hmetro.com.my/Current ... Article/indexm_html
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2006 11:53 AM | Show all posts
Kabinet lulus projek kereta api laju Kuala Lumpur - Kuantan

Oleh ARSHAD KHAN

KUANTAN 19 Dis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 11:54 PM | Show all posts
eh nk tny
kat mana banjir?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 12:14 AM | Show all posts
org pantai timur.....awas banjir...

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang sedang berlaku di Kelantan, Terengganu,
Pahang, Johor, N.Sembilan dan Melaka dijangka berterusan sehingga Ahad ini (24 Disember 2006).


Bagi Negeri Johor, keadaan dijangka akan bertambah baik bermula pada Jumaat (22 Disember 2006).
Kawasan Selangor dan Lembah Klang berkemungkinan menerima kesan daripada keadaan hujan lebat ini.
~Jabatan Meteorologi Malaysia, 20/12/2006
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 08:45 PM | Show all posts
Kepada mangsa2 banjir di Pahang, semoga tabah menghadapi dugaan-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 12:14 AM | Show all posts
risau la aku banir2 nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.278166 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list