CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mamakcute

Palembang, Indonesia

[Copy link]
Post time 27-10-2011 12:16 PM | Show all posts
PACKAGE KE BALI/PADANG PUN BOLEH CARI AKAK...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 12:30 PM | Show all posts
Reply 21# ainunaina


   Ainunaina.....Salam.akak nk g palembang 15-17/12 ni,g ngan family je,10 org semuannya.ada contact agent kat sana tak atau no tel pak supir yg baik2 kat sana.Tkasih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 04:25 PM | Show all posts
Reply 22# kamaliaalia

kak, pe citer palembang?? best tak?? what to do, where to stay? what to eat?? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 12:16 AM | Show all posts
kak lina,,, tlg update pasal palembang nie.. nk g cna bln mac... kalo ada supir... roger2 yerk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 08:33 AM | Show all posts
ada sapa2 yang dah ke palembang? sharelah info berkaitan tempat wisata dan sebagainya disini huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2012 09:17 PM | Show all posts
Hmmm.. ramai masa nak tanya aje. Yang dah pergi tu bila balik, share la sikit sebanyak, buat pedoman utk yg lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2012 09:43 AM | Show all posts
Akak pergi Palembang bulan November lepas.  Bawak budak2 jalan masa cuti sekolah.  Flight petang pukul 5 lebih.  Hampir2 tak jadi pergi coz anak demam.  Tapi bawakkan ubat dan alhamdulillah o.k. masa kat sana.  Pergi 4 hari 3 malam.  First day tinggal di Hotel Budi.  Hotel dia o.k. Rate sekitar RM 150 . Ambil airport transfer.  Hotel charge RP 100,000.  Dekat dengan Palembang Indah Mall dan Ramayana Mall.  Dibelakang Ramayana ada jual kain2 dan telekong.  Kebanyakan kedai ada jual songket.  Makan pun senang, tapi yang tak seronoknya hotel ni mengadap rumah pijat (urut).  Mula2 akak ingatkan tempat urut spa.  Teringin nak pergi. Tapi lain macam jek.  Nampak lelaki keluar masuk.    Malam tu akak makan di Palembang Indah Mall je.  Ada pizza hut.  Mall dia o.k  tak adalah besar sangat.  Balik dari mall terus tidur.

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 10:09 AM | Show all posts
Hari Kedua, pagi2 lepas breakfast akak dengan hubby gi jalan2 sekitar hotel.  Anak2 masih tidur lagi.  Nampaklah hotel Duta dan beberapa hotel yang lain.  Tak silap akak hotel Duta ni berdekatan dengan masjid.  Rasanya kalau bawa family lagi sesuai duduk kat sini.  Cuma jauh sikit dari Palembang Indah Mall berbanding dengan Hotel Budi. Tempat ni kalau nak pergi Ampera Bridge dan Masjid Agung naik beca pun boleh.  Lepas jalan2 balik mandi dan pergi Ramayana Mall.  Kemudain shopping sikit telekung dan kain kat belakang Ramayana.  Sebelah Ramayana ada restoren nasi padang.

Tengahari akak check out coz nak gi duduk Hotel Aryaduta dekat dengan Palembang Square Mall.  Semua hotel akak dah booking siap2 masa kat Malaysia.  Hotel Aryaduta ni five star hotel, akak dapat promotion untuk weekend for family.  Dua malam akak dapat rate 1juta  lebih.  Lagipun bawak budak2 ni dia org suka hotel yang ada swiimming pool.  Kalau akak je yang gi jalan2 dgn kawan2 budget hotel pun jadik.  Dari Hotel Budi akak ambil teksi gi ke aryaduta.

Dah sampai hotel, budak2 pun tak sabar2 mandi kat swimming pool.  Dah layan  dia org mandi baru pergi Palembang Square Mall (PSM).  Makan kat sana.  Mall dia besar berbanding dengan PIM.  Sebelah malam akak gi restaurant seafood (terapung) menaiki teksi dari PSM.  Kat PSM banyak teksi.  Dari restoren terapung tu nampaklah Ampera Bridge waktu malam.  Cantik gak.    Makanannya  not bad  tapi agak mahal juga. Lepas makan nak dapatkan teksi dari restoren ni agak susah.  So mintak tolong waiter tu call teksi.    Tapi kalau naik beca pun boleh.  Tambang murah lagi.  Dalam teksi berkenalan dengan supir tu.  Dia bagi card kalau nak sewa teksi dia untuk round2 palembang.    Last edited by lot10 on 24-12-2012 10:11 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2012 10:32 AM | Show all posts
Hari ketiga, macam biasa lepas breakfast akak ronda2 dengan husband sekeliling hotel.  Breakfast byk choice berbanding dengan Hotel Budi.  Lepas tu call teksi malam tadi coz nak ronda2 Palembang utk half day tour.  Supir tu charge dalam IDR 300,000.  Tak tahulah mahal ke idak..  Tapi akak rasa sewa transport kat sini mahal lagi dari bandung atau tpt2 lain.  Dalam pukul 10 pagi driver tu datang dan kita org gi Bukit Si Guntang tempat makam diraja dan pahlawan zaman dulu.  Lepas tu singgah di Masjid Agung untuk sembahyang zuhur.  Tengok sg. Musi dan Muzium.  Kat Palembang ni terkenal dengan makanan pempek.  Akak nampak macam dumpling je.  Dibuat dari ikan.  Mertabaknya pun akak cuba...  


Dah puas berjalan kita org singgah di satu Restoren ni akak lupalah nama dia.  Tak silap namanya restoren makanan melayu.  Akak tengok menu dia tak ada senarai harga.  Bila akak tanya dia kata order je apa yang nak nanti dia hantar.  Restoren ni macam nasi padang.  Dia akan hantar nasi dengan bermacam2 lauk.  Mana yang kita makan dia akan kira.  Yang side order Akak minta pindang ikan patin dan goreng ayam, ikan gurame bakar.   Supir akak pun order pindang ikan.  Bila dah selesai makan harganya boleh tahan dalam IDR 400,00 lebih.  Macam makan kat Malaysia je.  So kalau sesiapa yang nak makan kat sini make sure tanya awal2 harga makanan.  Nasib baiklah duit bawak lebih.   Dah puas berjalan2 dan cukup time kita org balik hotel.  Malam gi PSM lagi.  

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 10:56 AM | Show all posts
Hari Keempat, lepas breakfast gi naik beca sampai Sg. Musi.  Naik beca murah lagi dari naik teksi.  Akak saja gi extra duit kat beca tu sebab kesian tengok dia.  Kat sini ada tempat shopping kain2 namanya Pasar Ilir 16 kalau tak silap.  Sorry nama tempat asyik lupa je.  Pasar ni macam chow kit sikit agak becak dan sibuk.  Akak prefer shopping kat belakang Ramayana lagi berbanding kat sini.  Suami akak sibuk ajak naik feri gi Pulau Kemaro.  Akak tak berani coz tengok sg. Musi tu pun dah seram.  Airnya keroh.  Kebetulan berbual dengan seorang peniaga kat sini dia cakap boleh katakan every month ada org mati kat Sg. Musi.  Lagilah akak takut.  Lagipun petang tu kita org nak balik dah.  Flight pukul 5 lebih.

Dah puas berjalan akak balik hotel naik beca lagi.  Tapi beca ni tak payah kayuh ada motor.  Laju sikit cepat sampai.  Suami akak tak nak naik hotel dulu dia nak gi jalan2 lagi.  Sampai kat hotel akak pun pack barang2.  Lepas tu sempat lagi gi spa kat hotel.  Tak berapa best sangatlah.  Dah habis spa gi bilik, husband baru balik dari jalan2.  Nampak mukanya tak berapa hepi.  Rupa2 nya dah kena pow dengan penarik beca.  Nak tergelak pun ada gak.  

Tengahari check out dan letak barang2.  Lepas tu gi PSM lagi untuk makan tengahari.  Petang naik teksi ke airport.  Sampai awal juga.  Flight delay tapi taklah lama sangat.  Touchdown kat LCCT pukul 10 malam.  

Overall cuti kali ni memang santai je coz bawak anak2 yang memanjang nak gi shopping mall. Sebab itulah memang book hotel pun yang dekat dengan mall.  Transport pun tak sewa kecuali utk half day tour tu.    Bagi akak Palembang bukanlah tempat untuk shopping berbanding dengan Bandung.  Kalau untuk jalan2 o.k je.  Nak tengok budaya dia org.  Rasanya Padang-Bukittinggi lagi banyak tempat nak dilawati.   Sekian report dari akak.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 11:19 AM | Show all posts
Terima kasih atas laporan kak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 11:49 AM | Show all posts
dvpro posted on 24-12-2012 11:19 AM
Terima kasih atas laporan kak.

U'r welcome
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 12:06 PM | Show all posts
lot10 posted on 24-12-2012 11:49 AM
U'r welcome

akak, nak tanya sikitlah..main attraction di palembang, jarak antara satu sama lain jauh tak? kalau jalan kaki, boleh? nak tahu juga, di sepanjang sg musi, ada tak kelihatan budget2 hotel di situ?? saya dah jenuh google sana-sini tentang palembang ne, tapi gayanya macam takde apa yang menarik di sini..kalau betullah sebegitu saya ingat, nak terus ke lahat dan pagaralam shaja..last day baru pusing2 kota palembang..soalan lagi, sempat ke kak? maybe kalau jadi sya ke pagaralam, maybe akan sampai di kota palembang sekitar jam 7am dan flight balik jam 5pm...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 08:41 AM | Show all posts
Alhamdulillah, selamat tiba dari Palembang petang semalam dan syukur perjalanan di palembang atau lebih tepatnya di sumtra selatan berjalan dgn lancar wpun macam2 jadi..buat teman2 yang berhajat berkunjung ke tanah palembang dan sumatra selatan, pergi ajelah cuma satu yang satu yang perlu diambil perhatian, jgn terlalu leka dan kena sentiasa alert dgn keadaan sekeliling. di sini kawasannya byk yang berstatus 'rawan' atau lebih tepat bahaya so tak boleh nak happy sgt dan sebagainya wpun kita berada di kawasan yg penuh dgn pelancong...


1st day : tiba di palembang sekitar jam 5.45pm..blurr sebab saya tiba dgn ketiadaan info..so trip kali ini guna konsep 'aci-redah'. saya agak bernasib baik sebab dah dapat host yang akan temani saya sepanjang 4 hari di bumi sumtra selatan. dalam itu pun still berdebar-debar jugalah sebab tak tahu apa yang bakal menanti. syukran host saya itu pickup saya di airport dari situ terus gerak ke station keretapi 'Kertapati' kerana malam itu kami akan bergerak menuju ke Lahat sebelum shoot ke Pagaralam. Train Rp80,000 bisnes class. Wow, keadaan gerabak yang jauh berbeza berbanding keretapi di tanah jawa. sepanjang 7 jam perjalanan ke Lahat, terasa sperti 'dipanggang' di dalam microwave. panas giler2..keduanya, beberapa kali blackout. duduk dalam gelap-gelita, memang agak menakutkan. dalam train saya diingatkan,jgn keluarkan kamera sebab bahaya. keduanya, saya perlu pandang keliling. pastikan takde siapa2 yang menghampiri saya; menepuk saya atau menghembuskan asap rokok ke saya..kenapa? ini salah satu cara mereka melakukan pukau.

panas? kenapa tak buka tingkap? ya, masing2 tak berani utk membuka tingkap dan lebih rela duduk dalam kepanasan. kenapa begini? bila saya tanya jawapannya takut kerana 'rawan'. takut akan ada yang merompak dan sebagainya.

2nd: tiba di station Lahat sekitar jam 3.25am. sunyi sepi stationnya. nak keluar tak berani jadi kami lepak di station hingga waktu menghampiri subuh sebelum bergerak menuju ke masjid agung, lahat utk solat. satu yang buat saya terharu dgn jemaah, layanan yang diberikan sgt baik lebih2 lagi bila dimaklumkan saya dari msia. syukur sgt2 dgn penerimaan mereka ini. lepas solat dan dijamukan dgn breakfast, kami redah hujan untuk mencari angkut yang akan membawa kami ke station angkut ke pagaralam. suasana di lahat, tak ubah seperti pekan2 kecil yang ada di msia. bahasa, seperti bahasa melayu kita cuma dicampurkan dgn bahasa palembang; bunyinya tak ubah seperti bahasa minang pula ditelinga saya. Apa yang ada di lahat? di sini terkenal dgn bukit jempol/tuding/serelo dan sg lumanjang. cuma kalau mahu ke lumanjang, perjalanan ambil masa 2 jam dari kota lahat. oleh kerana kesuntukan masa, tak sempat pun nak singgah ke bkt serelo dan lumanjang utk rafting. ada satu hotel yang agak bagus keadaannya iaitu hotel bukit serelo yang terletak tidak jauh dari station angkut menuju pagaralam.

perjalanan lahat-pagaralam sekitar 2 1/2j dan jalan bak ular kena palu. so be prepare dgn plastik muntah hehehe.tambang angkut cuma Rp15,000 (murahkan?hehehe - siap boleh tawar lagi tu ). oleh kerana kami ingin menujuk ke pabrik teh yang terletak di kaki gunung dempo, extra charge dikenakan. seorang Rp25,000. atau kalau dari pagaralam itu sendiri, boleh naik angkut dari pasar menuju pabrik teh dempo dengan harga Rp5,000. dari situ kami menapak menuju ke rumah pak anton untuk menumpang mandi; pak anton ne otai pendaki dan akan menjadi tempat rujuk pendaki2 yang ingin menawan gunung dempo.

next destination kami adalah Kg IV, yang terletak di kaki gunung dempo. public transport memang takde menuju ke sini. pilihan yang ada, tumpang lori teh (itu pun kalau berjaya) atau pun tumpanglah apa2 kenderaan yang ingin ke atas. kalau tak berjaya, menapaklah jawabnya. kalau dgn kenderaan, perjalanan ambil masa sekitar 45min - 1jam, kalau jalan kaki mau berjam2lah jawabnya especially dgn keadaan jalannya yang berbatu2..mau separuh hari baru tiba ke kg. IV. kg ini merupakan titik awal bagi pendaki2 yg ingin menawan gunung dempo..kami agak bernasib baik dapat menumpang kenderaan pak feri yang ingin ke kg. IV . view di sini sgt superb, tak tahu nak cerita macam mana..

dipendekkan cerita, dari kg IV kami perlu mendaki hingga ke ketinggian 1450m  dari paras laut (kalau tak silap saya) dan camping di area ladang teh. dipendekan cerita lagi, sekitar jam 2.++am, hujan lebat khemah yang kami tumpangi dinaiki air. tidur dalam  banjir malam tu manakala beg basah lencun..jadinya, buat muka tak malu kami menumpang di khemah yang ada berdekatan dgn khemah kami..berhimpit hampir 20org dalam satu khemah - pengalaman menarik buat saya

*bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 08:55 AM | Show all posts
nak tanya kwn2 yg dah pergi:

dari aiport ke hotel dekat town tu brapa minit?
waktu dgn msia lewat sejamke?maceh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:49 PM | Show all posts
zul_khaleeda posted on 5-2-2013 08:55 AM
nak tanya kwn2 yg dah pergi:

dari aiport ke hotel dekat town tu brapa minit?


agak jauh jugalah..sekitar 20-30min bergantung kpd macet..
dr airport ke town, boleh naik transmusi tambang Rp4,000 terus ke town...

waktu mmg lewat sejam dari msia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 12:57 PM | Show all posts
melur_30 posted on 4-2-2013 07:41 AM
Alhamdulillah, selamat tiba dari Palembang petang semalam dan syukur perjalanan di palembang atau le ...

baru tiba dari palembang, lusa dah berangkat lagi ke Medan? tak remuk badan, sis?
atau, kenapa tak langsung dari Palembang ke Medan via bus?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:58 PM | Show all posts
cancer_files posted on 5-2-2013 12:57 PM
baru tiba dari palembang, lusa dah berangkat lagi ke Medan? tak remuk badan, sis?
atau, kenapa ta ...

hahaa..mau tak remuk..penat pun tak hilang lagi ini lusa udah mau berangkat kembali..
tak boleh cancer, cutinya tiada hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 01:43 PM | Show all posts
melur_30 posted on 5-2-2013 12:49 PM
agak jauh jugalah..sekitar 20-30min bergantung kpd macet..
dr airport ke town, boleh naik trans ...

tima kaseh melur di atas jawapan di beri..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 02:29 PM | Show all posts
sapa2 yg ada pengalaman ke palembang baru2 nih..boleh crite sket x?
shopping kat mana yg best disana...ingt nak pegi ada promo tix murah ni sebab abang sulung mmg duduk sana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.790810 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list