CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gemukkkkkkk

Tahap Melayu?

[Copy link]
 Author| Post time 2-11-2006 08:46 AM | Show all posts

secara ikhlasnya aku sendiri pun tak tau apa jalan penyelesaian..

aku cuma bukak topik ni sebagai saja nak berbincang dan nak dengar pendapat korang..  
atau baca cerita/contoh kehidupan yang korang sendiri alami atau dengari..  tak kisah la cerita positif atau negatif..  kalau korang ada jalan penyelesaian, lagi besttt..


secara ikhlasnya aku sendiri pun tak tau apa jalan penyelesaian..  
dan aku sendiri pun rasa yang sedikit-sebanyak, aku pun ada jugak sifat-sifat negatif camtu..

aku sendiri dalam usaha nak buatkan diri aku terima hakikat yang aku berada di sini kerana usaha aku cuma sampai setakat di sini..  harapannya bila aku dah sedar hakikat diri aku, akan timbul kesedaran yang kalau aku hendak ke tempat di sana yang lebih elok, aku kena berusaha lebih lagi..

dan dari kesedaran, aku berharap timbul kehendak dan usaha..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


oRang^baRu This user has been deleted
Post time 2-11-2006 10:04 AM | Show all posts
aku sendiri dalam usaha nak buatkan diri aku terima hakikat yang aku berada di sini kerana usaha aku cuma sampai setakat di sini..  harapannya bila aku dah sedar hakikat diri aku, akan timbul kesedaran yang kalau aku hendak ke tempat di sana yang lebih elok, aku kena berusaha lebih lagi..

dan dari kesedaran, aku berharap timbul kehendak dan usaha


teman punya pendapatan sama ngan mike tang nie...teman slalu mikior sampe bila teman nak dok ateh krusi milik boss teman ni??? sekarang ni teman tengah nimbang apa nak buat untuk memajukan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 10:40 AM | Show all posts
topik level 10 ni..aku baru nak merangkak masuk level 4..heheheh..

nak kaitkan topik mukk pasal melayu dalam filem dan perniagaan kedai makan ni aku terbaca kat paper semalam pasal rubiah suparman dan kak chah (habsah hassan) berniaga bukak kedai makan..dah ada dua cawangan satu kat brickfields dan satu lagi kat mana ke..tak silap aku kat penchala link..restoren puteri nama dia rasanya..

dan seingat aku la memang ramai artis/producer yang bukak kedai makan dan memang ada sesetengahnya yang berjaya seperti yusuf haslam dan linda onn(artis ke ni?)...tapi aku tertarik pada apa yang rubiah suparman tu cakap..berniaga kedai makan ni walaupun nampak macam orang berpusu-pusu datang ke kedai kita tapi sebenarnya keuntungannya tak sebanyak mana..dia kata pulak kalau dia partner ngan orang lain mesti dah lama restoren tu tutup..jadi timbul pulak persoalan dalam kepala aku ni..betul ke berniaga kedai makan ni tak untung banyak...setau aku yang memang tak tau selok belok dalam dunia perniagaan ni bukak kedai makan le untung banyak..mungkin yaneng dan the one boleh komen sikit kot dalam hal ni..

kalau tak untung kenapa orang berpusu-pusu bukak kedai makan..kalau dalam satu row rumah kedai mesti lot tepi kedua-dua belah orang bukak kedai makan..kadang2 tu dalam satu row rumah kedai ada 4-5 buah kedai makan..

atau mungkin management bagi kedai makan ni lebih mudah berbanding dengan perniagaan lain...tu yang orang melayu lebih suka bukak kedai makan berbanding bisnes lain..entah la aku pun tak berapa pandai sebenarnya dalam hal ni..kadang2 tu aku ada gak terpikir lepas pencen nanti nak buat..perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku ialah bukak restoren..dah memang mentaliti orang melayu kot..hehehehe..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 11:10 AM | Show all posts
food business ni, memang boleh cari profit..  

untung banyak tak banyak, bergantung kepada banyak faktor..  taktik mengurangkan kos, penggunaan metod/peralatan yang efektif (menghasilkan kesan), efisien (menghasilkan kesan pada kos paling rendah) dan reliable (mampu menghasilkan kesan secara konsisten untuk suatu tempoh masa), promosi, pengiklanan, kajian pasaran, pelanggan yang difokus, etc..
ini semua teori-teori memaksimakan jualan dan merendahkan kos yang akan membawa kepada untung...  ramai melayu tahu pasal teori dan boleh berucap panjang lebar..

masalah mereka (termasuk aku) ialah bagaimana mempraktikkannya..


--  ramai yang lebih suka bukak kedai, pasang papan tanda itu-ini, masak dan tungggggguuuuuu pelanggan datang..  konon maleh nak berkarenah nak buat atau fikir itu ini..  --
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 11:42 AM | Show all posts
pandangan melayu skrg agak tersepit dlm mencari ruang dan peluang. walau ada peluang, tapi takde daya/kederat/resource-sumber/dan kemampuan. maksudnya selalu jumpa peluang yg salah. tapi bila nak cari peluang yg dalam skop kemampuan dan keinginan memang oayah dan banyak duggan. tu pasal ko ramai cuma nampak bisnes makanan aje. sapa2 yg ada sumber/info leh la listkan kategori bisnes yg ada: yg diceburi oleh melayu VS. tak diceburi org melayu. bandingkan dgn cina (sebab diorang paling byk konker bisnes) dan india. contohnya india dan mamak byk bisnes kedai majalah/suratkabar dan kedai-restoran nasik kandar. aku rasa cuma kedai runcit je yg peratusan dia sama antara melayu-cina-india... ye ke ni... :hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 11:52 AM | Show all posts
filem melayu... pada pndapat aku la kan... semuanya masih kat acuan sama je.
stereotaip... tipikal.
cuba buat drama atau filem yg masukkan unsur positif je, jgn bubuh isu dengki, curang, rasuah, pecah amanah dan segala gejala negatif. cuba tayang kat tv-cinema-astro setahun-dua tahun berturut-turut... agak2 ada lagi ke org yg nak kekal dlm arus lama yg pamerkan keburukan bangsa kita? dah tentu semua org yg tengok tiwi-astro-wayang secara beransur2 akan jadi posotif jugak.

secara diam aku terasa sangat tiwi tu memang jahanamkan minda penonton dgn unsur negatif. kenapa nak salahkan individu yg menonton pulak, sebab segala pendedahan baru akan beri kesaN pada semua org. manusia ni berkomunikasi. mana leh dok diam. memacam terjadi, memacam aktiviti harian yg kita buat diambil contoh dari tiwi-wayang. tiwi ni la sumber yg kita dok ikut. kalau kita tk dapat secara langsung, mungkin org lain yg akan sampaikan scara lisan, atau cara lain. kalau kita miss sesi mengumpat kat tV, mungkin kawan kita akan cerita kat kita dilain hari pasal benda tu. mmg kita takleh lari punya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2006 12:05 PM | Show all posts
ramai melayu business apa....tu MLM tu ramai melayu yg duk masuk join jadi ahli memacam...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 02:12 PM | Show all posts
dalam pengamatan aku , skrg nyer citer Melayu maen tangkap muat jer.
Sebagai contoh dalam citer Man Laksa , plot ceghiter nyer memang ade dan babak disusun dengan baek pade awalnyer lah.
Tapi biler nak ujung/ujung nyer tahap kebosanan dan tahap keTAHYULan menjelme.
Tibe/tibe jer ntah dari mane muncul M.Daud Kilau berterbangan diatas , bagi pulak sihir kat Harun Salim Bachik sebagai care mudah utk membalas perbuatan keji beliau terhadap Yassin.
Kalau ye pun buatlah bende yang lebeh positif  , nie nak pakei TAHYUL juge.
Babak akhir memang macam cipan!!
memule jer klakor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


oRang^baRu This user has been deleted
Post time 3-11-2006 09:59 AM | Show all posts
teman ni lampo ler gemo tengok citer melayu, x tau ler kenape tp kalu ader citer melayu kat tb tu mmg dihadap ajer....sembelit tu jer yang teman x lalu nak adap, dah berapa tahun asik2 jeles jer xde krojer lain ker!!

citer ManLaksa tu mmg sebenonya xde pe2, mmg untuk hiburan semata2. tang Datuk Kilau muncul macam oltromen tu mmg x logik langsung! ala2 xde idea nak wrap citer...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 03:48 PM | Show all posts

Reply #29 oRang^baRu's post

otromen tu dah kompem la cite katun. mana de org mlayu wat cite otromen. :pmuka:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2006 11:02 AM | Show all posts

isu sama dari perspektif lain pula..

assalamualaikum,
sori lama aku tak masuk sini.  ni la nasib jadi kuli orang.

we are here because that is where we are.  tapi, kita kene kaji juga samada adakah semua kes ni melibatkan sifat melayu sendiri yang negatif, atau ada faktor lain.  ini kerana, mustahillah tiada ramai melayu yang sudah berevolusi dan bersedia untuk bersaing.  mustaillah tiada ramai melayu yang bersedia dan mampu merebut peluang yang kerajaan tawarkan.

izinkan aku utarakan argument yang dah basi dan contoh-contoh yang boleh memuakkan orang..

aku setuju, banyak faktor perlu diambilkira.  peluang terhad dan lantai tari tak serata memang mainkan peranan.  apa yang aku tengok, kerajaan dah cuba wujudkan peluang namun masih tak mampu wujudkan lantai tari yang sekata.  
ini penghalang utama yang menyumbang kepada tahap melayu kini.  

contoh-contoh lantai tari yang cukup famous di malaysia ni ialah:

1.  di sektor perniagaan; peniaga cina kenakan pricing berbeza untuk peniaga melayu walaupun mampu penuhi terms & conditions sama seperti kaum cina yang membeli.  efeknya berganda tau..  
kuasa membeli peniaga melayu jatuh
untuk untung, terpaksa jual pada harga lebih tinggi dari peniaga cina yang jual pada harga rendah kerana kos mereka lebih murah
pelanggan beli dari peniaga cina kerana harganya (sambil kutuk peniaga melayu nak untung cepat.. ada ka patut??)  
peniaga melayu tak banyak untung (malah rugi?)..  terpaksa beli stok dengan kuantiti kurang dari pembelian terdahulu..  cemana nak pusingkan modal untuk untung kalau terpaksa alami semua di atas ni sekali lagi?

kitaran ini berulang dan menjerut peniaga melayu sendiri dengan perlahan tapi pasti..

2. majikan cina amalkan diskriminasi recruitment dengan kenakan syarat tahu bahasa mandarin, walaupun jawatan itu tak memerlukannya.  apa guna, semua dokumen rasmi dalam english atau bm.  apa guna, semasa marketing pun pertuturan lebih menjurus kepada dialek masing-masing.  malah, ramai bangsa cina sendiri tak tahu bahasa mandarin.


dari kita sibuk nafikan tuduhan singapura, kita patutnya bertanya kepada kaum cina, kenapa mereka mengamalkan polisi marginalisasi ke atas bangsa lain?

pada aku, ini lah sebabnya kerajaan terpaksa adakan dasar ekonomi untuk bangsa melayu..  kerana kalau tidak, bangsa melayu yang akan terpinggir sebenarnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2006 11:58 AM | Show all posts
ramai orang suka nafikan pengaruh filem ke atas mentaliti masyarakat.  silap sangat.  walaupun tak secara total, pengaruhnya signifikan.  lihat sajalah pengaruh filem tamil ke atas kaum tamil di sini..
aku setuju sangat yang filem melayu kita perlukan perubahan untuk tolong bangsa kita sendiri..

pasal mamak, aku memang respek dengan geng 786 diorang..  banyak tolong kaum diorang bertapak di dunia perniagaan..  kalau la kita pun mampu buat begitu untuk diri kita sendiri..  tapi seperti biasa, perangai negatif kita jugak yang gagalkan kita sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 03:10 PM | Show all posts
melayu tetap melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 03:21 PM | Show all posts

Reply #32 Gemukkkkkkk's post

slogan malaysia boleh tu agak korang tujuan dia utk apa? ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2006 03:26 PM | Show all posts

Reply #34 bzzts's post

itu la..  sepatutnya itu jadi jeritan perang kita..  tapi kita asyik gunakan itu untuk gelakkan diri kita sendiri kan..  teruk betul diorang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2006 03:34 PM | Show all posts

Reply #35 Gemukkkkkkk's post

mungkin slgan tu dibuat tanpa usulkan pada rakyat.
ramai taktau apa sebabnya diwujudkan slogan tu.
maybe kena buat re-launch kot. :ah:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2006 06:06 PM | Show all posts
Melayu Boleh gak kan? :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2006 09:47 AM | Show all posts
assalamu'alaikum..

aku nak jadikan thread ni sebagai pemotivasi untuk kita semua..  kalau korang ada berita-berita menarik tentang kejayaan melayu, rajiin-rajinlah paste di sini..  

lagi best kalau berita tu pasal melayu biasa-biasa macam kita ni yang berusaha dari bawah untuk naik ke atas..  

kita disini kerana inilah tempat kita..  tapi, tak bermakna kita tak boleh ke sana pula!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:01 AM | Show all posts
yang pasal MLM tue kekadang tertarik gak cara depa nak pancing....pegi trip sini la pakai keta besar la....ada satu tue, sepupu teman dok panggil join, dia kata dapat pegi gold coast....tapi kena jual brg sampai dekat 3k.....

teman kata kat dia.....kalau camtue, baik simpan duit, 3k boleh sampai ke sana tak yah jual brg pun.....hikhikhik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2006 09:19 PM | Show all posts

Reply #38 Gemukkkkkkk's post

seperti niat aku..  aku mulakan dengan berita ni.. (walaupun memula aku nak letak di thread satu lagI).. lebih membanggakan, mereka ni bebudak slim river..

galakan, bantuan dan sokongan untuk bebudak ini berani mencabar keupayaan diri sendiri seperti beginilah yang dapat meningkatkan jatidiri bangsa kita.


Students build rocket to blast away rivals
04 Dec 2006
--------------------------------------------------------------------------------
SLIM RIVER: Students from SM Teknik Slim River hope to blast the international competition away with a rocket launcher they designed and built themselves at a cost of only RM400.

The team is representing Malaysia at the 13th Asia Pacific Space Agency Forum and the Second International Water Rocket Competition in Jakarta, Indonesia, from Thursday till Sunday.

They are entered in the trajectory category. Students have to create a rocket using a bottle filled with water, and launch it at a target 80 to 100 metres away. The one that lands nearest the target wins.

Last year they took part in a similar event in Fukuoka, Japan, and came in fifth.

Slim River state assemblyman Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib was so impressed by the rocket launcher that he brought it to the attention of Perak Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali. Yayasan Perak has given the team RM8,000.

Teachers Mohd Mishak Othman, Abdul Basir Muin and Form Four students Muhammad Izmer Radzali, Mohd Afsar Adnan and Muhammad Lutfi Nordin will pit their design against representatives from 25 countries. Last year 17 countries took part.

The school project took off in 2004.

The school earned the right to compete in Jakarta by winning the parachute technology category for primary and secondary schools in the National Science and Technology carnival in Negri Sembilan this year.

They won the Minister of Science, Technology and Innovation Trophy for the third consecutive year.

http://www.nst.com.my/Current_Ne ... Article/local1_html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.206846 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list