CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

MAWI DI PROGRAM TITIAN BUDAYA DI JAKARTA

[Copy link]
 Author| Post time 16-12-2006 08:08 AM | Show all posts
Titian Budaya erat hubungan

JAKARTA: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mengorak langkah awal untuk memupuk kebudayaan rumpun Malaysia dan Indonesia melalui penganjuran Titian Budaya di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di sini, bermula hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata penganjurannya menafikan tanggapan salah hubungan kebudayaan dua negara sudah sempurna kerana serumpun dalam budaya, agama, perdagangan dan pelancongan.

"Kebudayaan dua rumpun besar ini perlu diisi dengan kemajuan bahasa, muzik, perfileman, tarian dan persembahan budaya. Program Titian Budaya yang dianjurkan ini menjadi permulaan kepada puluhan program yang akan diatur," katanya.

Rais berkata, dalam bidang penulisan dan sastera, penulis Malaysia juga harus diberi peluang melebarkannya ke peringkat Nusantara.

Titian Budaya yang mendapat kerjasama Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata (Pelancongan) itu membabitkan empat komponen, iaitu persembahan kebudayaan dan kesenian, Minggu Filem Malaysia, pertunjukan fesyen tempatan Malaysia serta pameran buku.

Program bertujuan mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama melalui pertukaran kebudayaan, kesenian dan warisan, selain mempromosi budaya Malaysia kepada masyarakat Indonesia.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Indonesia Jero Wacik, berkata kedua-dua negara itu bersepakat untuk saling menghormati dan memelihara hak cipta.

"Saya harap jangan ada ciptaan orang Malaysia ditiru rakyat Indonesia tanpa menyebut sumbernya,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2006 12:10 PM | Show all posts
Kalau dapat pun seperti yg digambarkan oleh SS tu,tak le setiap bulan.Mawi pasti bijak menggunakan duit dia.Lagi pun aku rasa dia sedar kut yg dia tu bukannye ahli koperat yg dapat dua tig puluh juta sekali buat projek.Pandai pandai le mawi, duit ko.semoga dapat buat yg terbaik di sana nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 12:16 PM | Show all posts
"Saya harap jangan ada ciptaan orang Malaysia ditiru rakyat Indonesia tanpa menyebut sumbernya,
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 12:37 PM | Show all posts
Itu pun Inul gerudi belum masuk campo lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 03:07 PM | Show all posts
aku rasa Mawi tak buat cam tu le.. dia selali cakap dia sedar asal usul dia dulu, orang susah. itu cuma gossip SS maklumlah dah dekat ABPH ni. memang selalu macam tu kalau ada apa-apa anugerah ada aje benda yg dikeluarkan nak memburukkan Mawi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 08:07 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 15-12-2006 11:58 PM


Faizal ?RM 2000 pun belum tentu
Asyik show Astro je, show berbayar mana ada sangat

:lol



betul cakap ko , lepas show dgn Paan kat Dewan felda , yg tak laku tu...

( penuh sbb ASTRO / ERA bg tiket FREE )

MMG TAK ADA SHOW BERBAYAR.... teruk betul FAIZAL ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2006 09:13 PM | Show all posts
Originally posted by tsumawee at 16-12-2006 08:07 PM



betul cakap ko , lepas show dgn Paan kat Dewan felda , yg tak laku tu...

( penuh sbb ASTRO / ERA bg tiket FREE )

MMG TAK ADA SHOW BERBAYAR.... teruk betul FAIZAL ni...


wey jgn ler kutuk dia, sian plak aku kat pejal ni. bumi Allah ni luas. mungkin bukan rezeki dia dlm bidang seni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 15-12-2006 05:41 PM


Mesti ada dexa, kalau tak sesia jer panggil Mawi.
kalau cam tahun lepas diorang tunjuk live kat RTM, masa tu Mawi baru berberapa bulan keluar AF.
Bawak lagu pun lagu gadis melayu/jakarta.
Ta ...


ff:
salam kekekek,
psl london tu...
sy dpt info dr mawifc...
mawi maybe akan pegi ke london n paris februari ni..
dan mungkin akan buat percutian mcm mauritius tu...
percutian mawi wit fans
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2006 11:16 PM | Show all posts
Seronok mawi leh gi cuti lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 16-12-2006 09:13 PM


wey jgn ler kutuk dia, sian plak aku kat pejal ni. bumi Allah ni luas. mungkin bukan rezeki dia dlm bidang seni.



itulah, harap dia berundur je dr bidang seni ni...
pegilah ke bidang lain yg sesuai dgn dia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2006 11:39 PM | Show all posts
Jangan le cakap macam tu kat pejal,karang hilang senyum sokmo tu.Nanti hampa rindu kat dia,macam mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2006 02:04 AM | Show all posts
Mawi, Siti meriahkan Malam Gala Titian Budaya M'sia-Indonesia
17-12-2006
Radin Sri Ghazali

JAKARTA: Acara Titian Budaya Malaysia dan Indonesia anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia dimeriahkan lagi pada malam semalam menerusi penampilan istimewa dua orang artis tersohor negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Mawi di Jakarta Convention Center.

Sebagai acara pembuka tirai, Siti diberi penghormatan dengan mendendangkan lagu yang ditulis oleh Suhaimi Pak Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah iaitu 'Titian Budaya' sebagai lagu tema pada acara tersebut.

Siti turut melakonkan watak seorang permaisuri menerusi lagu 'Ala Dondang' yang dikatakan memaparkan kisah Raja-Raja Melayu serta keutuhan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di bawah naungan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Penyanyi kelahiran negeri Johor, Haziq AF4 turut membuat penampilan istimewa sebagai Sultan disamping Siti menerusi lagu tersebut.

Penyanyi yang kini kian menempah popularitnya di pesada muzik tempatan, Mawi turut menyerikan acara tersebut dengan dendangan lagu irama tradisional orang Melayu iaitu Zapin Budi.


Mawi menyanyikan lagu Zapin Budi turut menunjukkan bakat terpendamnya
menerusi tarian zapin


Penyanyi yang pernah menjuarai pertandingan realiti Akademi Fanatsia 3 itu juga turut menunjukkan bakatmenari zapin pada malam tersebut.

Malam tersebut turut dimeriahkan lagi dengan beberapa orang penyanyi lain seperti Haziq AF4 yang menyanyikan lagu 'Sayang Musalmah', penyanyi veteran Andre Goh menerusi lagu 'Mas Merah' dan duet istimewa di antara penyanyi yang berbangsa India, Banumitha dan penyanyi muda Edrie Nadzrin menerusi lagu 'Pandang-Pandang, Jeling-Jeling'.

Persembahan tarian yang mewakili setiap suku kaum di Malaysia turut dipersembahkan. Antaranya adalah Tarian Jatiswaran (oleh Temple of Fine Arts), Tarian Kipas (oleh Dua Space Dance Theatre) dan jua tarian etnik masyarakat Sabah dan Sarawak (oleh Artisari Istana Budaya).

Majlis yang dihadiri kira-kira 1000 orang penonton turut diserikan dengan alunan melodi daripada gabungan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan menerusi muzik 'Cak Lempong'.

Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak  bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia Datuk Seri Rais Yatim bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais , Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bapak Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Republik Indonesia, Ir Jero Wacik
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 09:37 AM | Show all posts

Reply #32 dexa's post

alamak zapin budi jugak ker! tahun lepas Titian Budaya antara kementerian kesenian, kebudayaan, & warisan antara Malaysia & Brunei. Artis Malaysia diwakili oleh Zahid AF2 & Erra Fazira. Zahid pun nyanyi lagu zapin budi jugak.

tahun depan dengarnya kat Singapura. Tiap2 tahun dorang pilih juara AF. tahun lepas zahid. tahun mawi. aku sure tahun depan faizal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 10:24 AM | Show all posts
ilagu duo berkumpulan aku tetap undi Mawi dan Jamal aje. penyanyi lelaki popular memang sah le Mawi dan termasuk Bintang Paling Popular. sebab yg lain tu rasa tak meriah le. sori ini pendapat aku le..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by Hayah at 17-12-2006 10:24 AM
ilagu duo berkumpulan aku tetap undi Mawi dan Jamal aje. penyanyi lelaki popular memang sah le Mawi dan termasuk Bintang Paling Popular. sebab yg lain tu rasa tak meriah le. sori ini pendapat aku le..

paham...taste makcik2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2006 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by Hayah at 17-12-2006 10:24 AM
ilagu duo berkumpulan aku tetap undi Mawi dan Jamal aje. penyanyi lelaki popular memang sah le Mawi dan termasuk Bintang Paling Popular. sebab yg lain tu rasa tak meriah le. sori ini pendapat aku le..



lagu terharu masuk ka duo berkumpulan???
biar betul ni   --
kalau betul  bestttttttt --
mesti depa menang  ----- nanti saya suruh kawan2 undi
mawi dan jamal la!! --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2006 11:02 AM | Show all posts

Reply #32 dexa's post

lagi nyanyi zapin pusing2 ,terkinja2 pastu tersengeh syok sendiri ..dgn pakai songkok tinggi berjambul tu ka???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2006 11:10 AM | Show all posts

Reply #34 Hayah's post

memang best lagu terharu tu
harus depa menang  duo berkumpulan --
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 12:21 PM | Show all posts
betul tu dexa. saya suka duet dia orang tuh... buat peyno tak apelah test machik-machik. susah kita nak dapat penyanyi yg dapat test dari berbagai golongan nih.. dari kanak-kanak sampai golongan warga emas.  cuba kita tengok CT dia juga diminati berbagai-bagai jenerasi gak. dan yg lelaki lak si Mawi sekarang nih.. bab kata M.Nasir komen terhadap Mawi masih ku ingat lagi.. memang ramai yg berbakat tapi nak tarikh minat orang memang susah.  so kalau Mawi ni dapat menarik minat ramai orang jgn le jeles kay.. dengki kan orang tak baik tau..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 17-12-2006 10:59 AM



lagu terharu masuk ka duo berkumpulan???
biar betul ni   --
kalau betul  bestttttttt --
mesti depa menang  ----- nanti saya suruh kawan2 undi
mawi dan jamal la!! --


Pantang ade nama pengarang jantung dier
cepat jerk dier sambut perghhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 1.400235 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list