aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by houdini at 5-12-2006 01:55 PM
Mesti diorang nak bagi Faizal layak masuk bertanding ni... :hmm:
ko jangan dini
pejal menang vokal lelaki terbaik kang
terkangkang ko nangis
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by crayzee at 5-12-2006 01:58 PM
bior le kalo pezal pun bertanding
sekali album dia lagi layak dari album mawi ni :cak:
masuk top 5 terus!
Boleh ke masuk top 5 ?
Top 20 pun belum tentu :lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aweXgiloz at 5-12-2006 02:01 PM
ko jangan dini
pejal menang vokal lelaki terbaik kang
terkangkang ko nangis
:lol
Kalau Faizal menang jelaslah juri-juri AIM tu fekak nada :lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 5-12-2006 01:53 PM
Ooooo dah ada kelonggaran ek ?
Apa dah jadi dengan prinsip penganjur kononnya takkan ubah peraturan/syarat
Konon anugerah diorang berprestij... guna juri dan bukan SMS
Takut orang boikot A ...
rating aim hari tue rasenye 1.7 juta jer.... kirenye rendah bg event yg kononye best.....
kirenye kuasa peminat nie besar gak la.... buat ape nengok show syok sendiri...... :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 5-12-2006 01:53 PM
Ooooo dah ada kelonggaran ek ?
Apa dah jadi dengan prinsip penganjur kononnya takkan ubah peraturan/syarat
Konon anugerah diorang berprestij... guna juri dan bukan SMS
Takut orang boikot A ...
:lol
aku baru je terpikir benda yang sama :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 5-12-2006 02:11 PM
Kalau Faizal menang jelaslah juri-juri AIM tu fekak nada :lol
ko jgn tuang presideng....kang pejal buat muka ayu kang.... ramai la juri tergoda tawww.... |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by houdini at 5-12-2006 02:11 PM
Kalau Faizal menang jelaslah juri-juri AIM tu fekak nada :lol
hak hak hak :lol
fekak nada cuma feminat mawi
peminat org lain tak
termasuk feminat ina gg
takder yang fekak nada
:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 5-12-2006 01:54 PM
Maksud aku memang dia dah war-warkan ke nak buat pelancaran kat sana ?
Originally posted by dexa at 26-11-2006 07:35 PM
Dunia Mawi: Santai di Mauritius
SYUKUR, percutian saya bersama peminat ke Mauritius bakal menjadi kenyataan Rabu ini. Lega rasanya kerana percutian ini berkonsep santai, di mana saya betul-betul berpeluang berehat tanpa perlu memikirkan soal kerja. Ini kerana fokus percutian ini adalah menikmati keindahan kepulauan terkenal itu bersama peminat.
Menerusi percutian yang diuruskan oleh Mejustif Events & Travel Sdn Bhd (Mejustif) ini, saya dan rombongan akan bertolak ke pusat pelancongan terkenal dunia itu pada 29 November dan pulang semula ke tanah air pada 4 Disember ini.
Sepanjang lima hari empat malam di kepulauan Mauritius, kami dijadualkan melawat banyak tempat tumpuan pelancong, antaranya Quatre Bornes, Grand Bassins, Black River Gorges, Chamarel, Pamplemousses Garden, Masjid Jumaah dan Port Louis.
Pada 1 Disember saya akan melancarkan single terbaru, di mana ia akan diperdengarkan buat pertama kalinya khusus untuk menghargai rombongan ini. Selain itu, rombongan akan dihiburkan dengan tayangan video muzik saya.
Tidak sabar rasanya bertemu peminat yang sanggup berhabis wang dan masa untuk bercuti bersama saya. Sebagai tanda terima kasih, saya berjanji akan melayan mereka sebaik mungkin sepanjang percutian. Lebih kurang 50 orang terbabit dalam percutian ini, termasuk peminat dan kakitangan Hotlink.
Saya difahamkan, aktiviti di sana lebih kepada konsep santai. Selain mengunjungi pusat pelancongan dan tinggalan sejarah menarik, kami berpeluang membeli-belah dan menghabiskan masa di pantai. Lebih menarik, ada pertandingan sukan pantai antara saya dan peminat. Program yang diatur Mejustif dan Maestro sememangnya selesa dan menghiburkan.
Pulang dari Mauritius, saya akan terbabit dengan konsert amal anjuran Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah dan Badan Kebajikan isteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (BIDARA). Konsert ini akan berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 5 Disember ini.
Tujuan konsert ini adalah membantu mangsa bencana alam di Kedah dan mengumpul dana bagi membangunkan dewan serbaguna BIDARA. Konsert ini lanjutan kemunculan album Legenda Cinta yang ada di pasaran sejak 9 Ogos lalu.
Album istimewa yang membuatkan 13 lagu ini juga projek Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah. Segala hasil jualan akan disalurkan terus ke persatuan untuk membantu mangsa bencana alam di negeri berkenaan.
Felix, Nurul, Iwan dan Jamal Abdillah juga terbabit dalam projek khas ini. Selain himpunan lagu solo, ada juga lagu duet di mana saya berkolaborasi dengan Datin Seri Rosmah Mansor membawa lagu Lara Jiwa ciptaan Pak Ngah.
Lagu ini ditujukan khas buat mangsa bencana alam dan golongan kurang upaya. Sementara itu, Nurul berduet dengan Yang diPertua BIDARA, Tunku Bendahara Kedah, Tunku Annuar Badlishah menerusi lagu Tentang Cinta Kita, ciptaan Ajai.
Manakala lagu Bunga Asmara pula menyaksikan Toh Puan Bendahara Kedah, Toh Puan Noor Suzana Abdullah berduet dengan Felix. Turut dimuatkan sebuah lagu Hindi, Hum Dewane Ho Gaye, duet antara Toh Puan Bendahara dengan Iwan.
Semua yang terbabit dalam album ini akan mengadakan persembahan dalam konsert yang saya sebutkan tadi. Saya difahamkan, kemungkinan besar ada penyanyi undangan dari Indonesia.
Tiket dijual pada harga RM70, RM100 dan RM120. Sesiapa yang berminat menonton konsert ini boleh membeli tiket di talian 03-77115000 atau menerusi laman web www.axcess.com.my.
Mengenai jadual sepanjang minggu, Rabu lalu saya ke Singapura untuk menjayakan rakaman persembahan istimewa di Suria TV. Saya berbesar hati dengan kesungguhan Suria TV yang sudi mengundang saya. Peluang ini saya gunakan sebaik-baiknya untuk mengukuhkan lagi nama saya di negara itu.
Dalam pada sibuk memenuhi undangan persembahan dan melakukan persediaan untuk pertandingan separuh akhir Juara Lagu, saya tidak ketinggalan mengikuti kelas lakonan di bawah bimbingan cikgu Marlia Musa.
Kemungkinan saya berlakon tahun depan, jadi kelas ini dapat membantu saya mempersiapkan diri sebelum ke lokasi penggambaran. Seperti saya janjikan sebelum ini, saya tidak mahu menghampakan peminat.
Dalam apa juga cabang seni, saya mahu tampilkan yang terbaik, insya-Allah. Sekian, wassalam.
SEKAIN. TERIMA KASIH |
|
|
|
|
|
|
|
apa-apa pun, sikit-sikit berita mawi ada semula kat newspaper...........
[ Last edited by NBI86 at 5-12-2006 02:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SORRY.......
SERVER PROBLEM :bgrin:
[ Last edited by NBI86 at 5-12-2006 02:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi kan world,berita dia mesti ada di mana mana paper pun. kalau aku jadi mawi renyang jugak duk tengok muka sendiri je. |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by fizura at 5-12-2006 03:22 PM
Mawi kan world,berita dia mesti ada di mana mana paper pun. kalau aku jadi mawi renyang jugak duk tengok muka sendiri je.
zura...
ko dah check lum
bila album nih ada kat kedai
tak sabor nak ngabihkan duit nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai..8 lagu jerk Mawi?. Kedekut ya amat la majikan ko tu.
Aku ingat 18...baru la world.
Lagu "insya'allah" confirm sedapla.Dia nyanyi gitu-gitu jer pun dah leh tangkap. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kekekek at 5-12-2006 05:03 PM
Alahai..8 lagu jerk Mawi?. Kedekut ya amat la majikan ko tu.
Aku ingat 18...baru la world.
Lagu "insya'allah" confirm sedapla.Dia nyanyi gitu-gitu jer pun dah leh tangkap.
:setuju: Dia nyanyi masa kat Muzik@Ria kan? Hani tanya tajuk lagu, mawi jwb 'Insyaallah'. Tu yang ajut confuse tuh! Tajuk ngan lagu cam tak kena jerk. So betullah tajuk lagu tu 'Insyaallah' ek! Ingat Mawi gurau jerk... |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by kekekek at 5-12-2006 05:03 PM
Alahai..8 lagu jerk Mawi?. Kedekut ya amat la majikan ko tu.
Aku ingat 18...baru la world.
Lagu "insya'allah" confirm sedapla.Dia nyanyi gitu-gitu jer pun dah leh tangkap.
tu lah bono....
geram kan...
patut letak ler 10 ker... 12 ker....
penat tau asyik beli cd mawi jers....
camnih ker cara hargai feminat dia....
<bono... dapat poster tak kali nih... ker biografi ker... >
<kalo dapat poster... nak frame cecantek... nak gantung kat dapur... kui kui kui :bgrin:> |
|
|
|
|
|
|
|
masih ado unsur islamik ko..hehe |
|
|
|
|
|
|
aweXgiloz This user has been deleted
|
Originally posted by orangdalam at 5-12-2006 05:46 PM
masih ado unsur islamik ko..hehe
OD...
tak yah tunggu ada unsur islamik
baru nak beli album mawi
<kita kalo mawi nyanyi Lagu Tiga Kupang... atau lagu kekanak pon... kita beli :nyorok:>
<lagipun si mawi tuh bukan islamik mana pun>
:jeling: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aweXgiloz at 5-12-2006 05:44 PM
tu lah bono....
geram kan...
patut letak ler 10 ker... 12 ker....
penat tau asyik beli cd mawi jers....
camnih ker cara hargai feminat dia....
<bono... dapat poster tak kali nih. ...
Kalau dapat mawi lagi ok kan?
:lol
Kalau nak poster tu..mintak jer kat tokei kedai CD tu..kalau ngan orang cun cam Awex, takder hal punya. |
|
|
|
|
|
|
|
yang tau dia tu tak islamik takpola..yg masih mengharap imam muncul bukan dr mesjid tu yg kesian..kesiannn...kesiannnnnnnnnnnn..sbb tu vote masih tggi..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangdalam at 5-12-2006 05:51 PM
yang tau dia tu tak islamik takpola..yg masih mengharap imam muncul bukan dr mesjid tu yg kesian..kesiannn...kesiannnnnnnnnnnn..sbb tu vote masih tggi..hehe
Ala..yang vote tu pun bukannya yang rajin gi masjid OD.
Memang yang suka kan entertainment.
Cuba ko buat AFUNDI IMAM PILIHAN...lakuker? :lol |
|
|
|
|
|
|
| |
|