CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alhaadi2

Akachic Record

[Copy link]
Post time 7-4-2007 04:29 PM | Show all posts

Reply #24 aizverus's post

tunggu sampai aku betul2 mahir dulu ye...

camna pun aku bagi sikit tanda2 untuk bolehkan kau astral:
1.Bila masa kau rasa kau kena himpit.Ramai orang Melayu selalu anggap bila kena himpit,mesti ingat hantu tindih,jadi kebanyakan akan struggle untuk lawan dari dihimpit dan akhirnya terjaga dari tidur.Sebenarnya,kalau rasa macam kena himpit,biarkan!
2.Yang ini cara aku yang terbaru:
Eloklah pilih waktu siang untuk buat ini.Baring dalam keadaan yang paling selesa.Tutup mata dan rehatkan badan.Bila kau rasa nak beralih dari alam nyata ke alam mimpi,kau akan dengar macam bunyi berdesing kat
telinga.Biarkan je sehingga kau akan rasa seluruh badan kau bergetar.Makin lama makin laju.Dan akhirnya kau
akan rasa macam lumpuh satu badan.Lepas tu kau akan dapat melihat sekellling kau walaupun mata tertutup.
Cuba yang ni dulu OK...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2007 05:11 PM | Show all posts
hmm..menarik..
thanks for the ebook..
musykil sikit pasal meeting a deceased loved one  

tapi mmg susah nak buat..
maybe i'm just trying too hard..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 10:47 AM | Show all posts
maklumat yg saya beri biasanya lebih kepada ajaran BUddha. So, pada yg Islam, susah skit...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 09:46 PM | Show all posts
Benda ni sesape pun boleh buat,dengan atau tanpa fahaman agama.Utk org Islam dia akan lebih memahami dan mengenal diri,itupun tujuannya sebenarnya,bukan utk suka suki.Ia sangat subjektif sebenarnya.Cuma bg org Islam,dia akan lebih 'guided' lah sebab bukan semua pengalaman astral travel ini boleh difahami.Kita masih kena interpret juga,masih juga boleh 'terkeliru' antara yg benar dgn yg yg tidak.Banyak lapisan2 dia,banyak level2 dia.Kalau tak takkan ada org yg gunakan ganja sbg medium utk alami astral travel ni kalau semua yg dialami semasa astral travel dianggap sbg truth(?).

Malah ada pengamal perubatan Islam yg menggunakan kaedah astral travel ini utk mencari punca malah sejarah penyakit.Bahkan diorang boleh time travel utk melihat apa yg berlaku sbl pesakit ditimpa penyakitnya,ini biasanya utk kes2 disihir atau dikhianat org.Kalau korang pernah baca buku2 'Berkelahi dgn syaitan' kalau tak silap tajuknya(popular ditahun2 80an dan 90an)ustaz yg menceritakan pengalamannya dlm buku itu mmg mahir dlm astral travel ni.Dia panggil pengubatan cara tidur sebab ustaz ni kena 'tidur' semasa mengubat.

Itu salah satulah kegunaan astral travel yg digunakan dlm bidang perubatan Islam.Caranya dgn amalan zikir2 tertentu,boleh dipelajari tp hati,jiwa kena bersihlah.

Kalau tanpa agama atau dgn agama lain pun boleh juga tp ikut masing2 punya kaedahlah dan level2nya pun berlainan begitu juga dgn tujuannya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 10:09 PM | Show all posts
Ada seorang kawan yg pernah alami astral travel ni tp secara 'ter' lah.Yg menariknya dia 'ditime travelkan' dan di'pertonton'kan(sebenarnya lebih tepatnya dirasakan) perjalanan awal dirinya dr alam lahut(kosong) ke alam syahadah(penyaksian/alam dunia).Maknanya dia dpt merasakan pengalaman2 awalnya yg kebanyakan kita 'dilupakan'.Sejauh yg kita ingat pun seawal2nya waktu usia kita mungkin 3 atau 4 tahun selepas dilahirkan tp kawan ni di'ingatkan' jauh sbl itu lagi.

Setakat itu ajelah boleh cerita secara umum.Nak cerita detail sangat tak dapatlah.Tp astral travel dia ni alami semasa keadaan diantara tidur dan jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 10:28 PM | Show all posts

Reply #25 prototaip's post

Yg no 1 tu biasalah dulu2 pernah alami tp biasalah takut hehe mungkin sebab tak tahu,ingat hantu ke apa .

Yg no 2 tu pun aku dulu2 masa muda2 biasa jugak kena tp secara 'ter' lah.Kira masa tu kira2 dlm seminggu adalah juga beberapa kali terkena.Asal nak tidur selalu kena tp yelah masa tu tak expose astral2 travel ni,jadi rasa takut pulak .Asal rasa 'bergetar' aje cepat2 bangun.Tp pernah juga sekali dua biarkan.Masa tu rasa macam terapung2,tp setakat itu ajelah,mungkin tak tahu nak handle klu tak sekarang mesti dah expert dah

Prototaip,macamana hang punya method utk mulakan kaedah no 2 tu.Boleh share sikit?Ada cara khusus?Takkan just baring boleh dpt kot?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2007 02:30 AM | Show all posts

Reply #31 rempo's post

Cara khusus?Tunggu dulu aa...aku kena experience banyak2 dulu,camna aku boleh dapat keadaan getar2 tu.
Dah konfem nanti,aku post kat sini balik....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 02:52 AM | Show all posts

Reply #32 prototaip's post

Ok roger,nanti kita boleh astral travel ramai2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2007 10:06 AM | Show all posts

Reply #33 rempo's post

Adakah kita mampu astral travle ke masa depan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 9-4-2007 10:06 AM
Adakah kita mampu astral travle ke masa depan?
x bleh. x syok lah kalu bleh tahu masa depan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 11:51 AM | Show all posts
baru aku tau.. astral ni juga dlm bahasa yg lain atau berkait rapat dgn perubatan Islam ialah meraga sukma..istilah ni diguna pakai dlm dunia melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 01:49 PM | Show all posts
ya betul, dulu ada gak tergerak hati nak blaja kat Cakra Alam. Tapi mahal lah. Baik blaja sendiri, bukan susah pun. Cuma nak kuasai Astral Travel ambil masa gak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 05:17 PM | Show all posts
aku penah experience gak tapi aku baru tau namanye ashtral projection  

ade sekali tu aku rase cam kene tindih..adeh..berat sgt..baca ape pun tak bley..nk angkat jari pun susah,adela dlm 5 minit gitu pastu aku rase aku dilepaskan..then aku rase badan aku melambung ke atas,tinggi sgt2 sampai aku nampak bdn aku atas katil tu kecikl..tp pelik gak aku rase siling umah aku tinggi sgt,setinggi mana aku melambung,still ada dlm rumah..

ade sekali tu lak aku rase aku terbang2 dlm umah,tak bley kluar gak..berlegar2 je dlm rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 11:37 PM | Show all posts

Reply #34 rurouni_khairul's post

Mungkin tidak.Kalau adapun mungkin org2 yg sangat2 terpilih,yg sangat2 dekat dgn tuhan spt Nabi Khidir.Ingat lagi kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa?Tuhan menghantar Nabi Khidir kpd Nabi Musa krn Nabi Musa mengatakan dialah org yg paling alim(berilmu)pada waktu itu apb ditanya oleh pengikutnya.Ternyata Nabi Khidir mengetahui masa depan yg tidak diketahui oleh Nabi Musa.

Kemudian para wali Allah juga dianugerahkan kebolehan ini dlm keadaan2 tertentu.Oleh sebab hal masa depan ini dianggap sbg rahsia ketuhanan maka ianya seboleh2 ditutup dr pengetahuan umum untuk mengelakkan fitnah,kalau tak jadilah spt tukang2 ramal atau ahli nujum di kaki2 lima.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 12:19 AM | Show all posts

Reply #36 shidie27's post

Meraga sukma?Tak pernah dengar.Boleh cerita sikit?

Kalau ikut cerita ustaz dlm buku tu,utk beginner ada sorang guide biasanya guru dialah.Kemudian guru inilah yg akan bimbing dia suruh baca zikir apa,ayat apa.Beginner biasanya akan rasa dirinya berada di atas tengkuk gurunya sbb guru inilah yg akan membawa dia kemana2 semasa astral travel.Itu utk beginnerlah,utk expert dia boleh handle sendiri,boleh terbang,boleh membesar sesuka hati,boleh time travel.Biasa istilah dia tubuh halus,tubuh kasar.Tubuh halus inilah yg powerful.

Disebabkan ustaz ini biasa menggunakannya dlm mengubat org terkena sihir,saka atau gangguan makhluk halus maka yg diceritakannya adalah berkaitan dgn melawan makhluk2 halus ini lah.Dgn ayat2 quran tertentu dia boleh menghantar gunung-ganang menimpa atas kepala makhluk2 ini;juga panah2 berapi dll sekaligus menghapuskan makhluk ini dgn mudah.

Kalau masalah saka,dia boleh susur masa ke belakang sampai beratus tahun zaman nenek moyang pesakit,cari sejarah mula2 asal macamana boleh jadi saka tu.

Itu cerita astral travel dr sudut utk perubatan alternatif.Mungkin org yg tak faham dia kata dongeng,khayalan,tahyul sbb tak ada istilah2 sains tambah pulak org Melayu yg punya cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 12:33 AM | Show all posts

Reply #39 aizverus's post

Antara OBE dgn astral travel rasanya ada beza kot.Kalau OBE boleh nampak jasad sendiri,astral travel tak semestinya kena nampak jasad sendiri.

Mungkin juga OBE adalah peringkat permulaan astral travel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 9-4-2007 11:37 PM
Mungkin tidak.Kalau adapun mungkin org2 yg sangat2 terpilih,yg sangat2 dekat dgn tuhan spt Nabi Khidir.Ingat lagi kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa?Tuhan menghantar Nabi Khidir kpd Nabi Musa krn Na ...


Yup, bole jadi jugak...kalau semua org bole astral travel ke mase depan jawabnya ramai le yang sibuk gi Sports TOTO...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:24 AM | Show all posts
OBE ngan Astral Travel sama je. Pd yg dah bleh astral tu, saya nak tanya skit...

dari info yg saya baca, masa keluar dari badan overself masih terhubung ngan badan melalui Silver Cord. Ada nampak x mende ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 10-4-2007 12:19 AM
Meraga sukma?Tak pernah dengar.Boleh cerita sikit?

Kalau ikut cerita ustaz dlm buku tu,utk beginner ada sorang guide biasanya guru dialah.Kemudian guru inilah yg akan bimbing dia suruh baca zi ...

betul ke? Pertempuran ni berlaku kat alam spiritual ke? Kat alam kita x bleh? Mana tau bleh guna utk lawan tentera Amerika. X payah guna pengebom berani mati.

Masa Amerika nak serang Afghanistan dulu, macam2 cerita saya dengar. Kononnya seluruh kerajaan Jin Islam dari Timur ke Barat akan bersatu lawan tentera Amerika. Ada yg akan lencongkan roket Amerika pastu kena balik kat tentera Amerika. Tapi rasanya x ada pun mende yg luar biasa. Kalu x salah dalam Mastika...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 11:30 AM | Show all posts

Reply #44 johnconan's post

x de pun nampak mende tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.069276 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list