CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rurouni_khairul

Sejarah kelahiran Mu'awiyah.

[Copy link]
Post time 18-1-2007 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 16-1-2007 09:34 AM
Yup, Abdullah bin Saba, seorang Yahudi yang masuk Islam dan mengetuai pemberontakan terhadap Khalifah Uthman r.a. Beliau adalah punca semua pertikaian ini dan tindakan beliau dan pengikut2 beliau ...


Boleh anda nyatakan daripada manakah sumber rujukan tentang kewujudan Abdullah bin Saba ini sehingga ia seolah-olah begitu hebat sehingga memperdayakan sahabat-sahabat nabi sendiri sehingga berlaku bunuh-membunuh sesama mereka? Untuk menceritakan sejarah rasanya tidak lengkap jika tidak dinyatakan dari manakah sumber rujukan itu diambil.
Terdapat pro dan kontra tentang kewujudan Abdullah bin Saba itu dikalangan pengkaji2 Islam dan seharusnya sebagai pencinta kebenaran kita hendaklah melihat segala fakta yang dibentangkan dan memilih dimanakah kebenaran itu berada, bukan hanya berdasarkan sangkaan dan prejudis semata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2007 01:42 AM | Show all posts
Di zaman khalifah Harun al-Rashid, seorang penulis yang bernama Saif bin Umar at-tamimi (m 170H) menulis dua buah buku:

1. 'Al-Futuh wa ar-Riddah, mengenai penaklukan  daerah2 dan perang terhadap kaum murtad
2. Al-Jamal wa Masir 'Aisyah wa Ali, mengenai perang jamal antara Aisyah dan Ali.

Didalam kedua buah buku ini dia mengarang cerita2 yang tidak pernah ditulis oleh mana2 sejarawan sebelum itu. Dia telah memalsukan riwayat nabi saw dengan menciptakan sahabat2 yang tidak pernah ada dalam sejarah. Tentu saja nama sahabat2 ini tidak pernah dikenal Rasul saw mahupun sahabat2 lain seperti Sa'ir, Al-Hazhaz, Uth dan Hamidhah dan ia juga menyampaikan nama2 tabi'in yang tidak pernah dikenal melalui hadis dan berita lain.

Pembohong ini telah menulis sejarah fiktif dan tulisannya dikutip oleh para penulis lain tanpa sedar atau ada nilat lain sebalik itu. Para ahli sejarah menganggap Saif bin Umar sebagai pembohong. Dari beliau inilah lahirnya tokoh James Bondnya yang diberi nama Abdullah bin Saba sebagai pencipta ajaran syiah. Bukan itu saja beliau telah memasukkan 150 nama sahabat yang apabila dikaji oleh penulis sejarah Islam kemudiannya didapati tidak pernah wujud. Disamping itu juga ia memasukkan berbagai kota dan sungai yang kenyataannya tidak pernah ada.

Saif bin Umar ini telah dituduh sebagai tidak boleh dipercayai oleh berbagai ahli hadis seperti Nasa'i, Abu Dawud, Ibnu abi Hatim, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Ibn Abdil Barr, Safiuddin, Firuzabadi dan Ibnu Hajar. Sungguh pun demikian terdapat ahli sejarah yang kutip mengutip fakta2 dari pembohong ini semata-mata untuk menjustifikasikan kehendak mereka. Ini tidak berbeda dari kebiasaan kaum pendeta mngutip pendahulu untuk menyerang Islam. Contohnya tentang kononnya ada ayat setan yang terkutip oleh sejarawan seperti Thabari tanpa meneliti dengan cermat validity sumber tersebut. Salam Rushdie telah kemudiannya mendapat ilham untuk menghaslkan karya 'Satanic Verses'.

Hati-hatilah menulis sejarah demi untuk kebenaran dan tanpa prejudis serta buruk sangka melulu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 01:45 AM | Show all posts
Tajuk yang sama telah dibentangkan dalam MM board mazhab namun dari perpektif yang berbeza.
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=253447&extra=page%3D1&page=1

[ Last edited by  Gravedigger at 18-1-2007 01:47 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 12:12 PM | Show all posts

Reply #21 Gravedigger's post

Buku yang saye baca tuh dah lama ler grave...lupa pun tajuknya...maybe ade mase leh carik...

Maybe grave pun ade pendapat leh kongsi..same-same leh tambah ilmu...

Tapi Grave, Abdullah Bin Saba nie memang wujud dalam sejarah dan dialah yang mengetuai pemberontak yang membunuh Khalifah Uthman r.a.

Tentang samada die mampu memperdayakan para sahabat tuh, Walahualam..saya sukar nak ckp sebab tak berade di waktu kejadian tersebut berlaku, tapi pada saya golongan sahabat termasuk Khalifah Ali k.w. hanya manusia biasa dan tak lepas dari khilaf...hanya Nabi Muhammad SAW sahaja yang maksum. Ini pendapat peribadi saya ajer laa.

[ Last edited by  rurouni_khairul at 18-1-2007 12:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 03:36 PM | Show all posts
  btol ke sejarah muawiyah neh? sbb byk sejarah mengenainya ditulis oleh syiah yg menentang muawiyah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by xxpaqq at 29-1-2007 03:36 PM
  btol ke sejarah muawiyah neh? sbb byk sejarah mengenainya ditulis oleh syiah yg menentang muawiyah


Yup..tak dinafikan Syiah bukan sahaja benci Muawiyah malah diorang memang anti dengan Bani Umaiyah...

Kalau ade mase cube cari buku Hikayat Umar Umaiyah....dalam buku tuh seolah-olah menggambarkan Bani Umaiyah nie jahat bebenor...

Kite kena ingat..salah seorang khalifah umat Islam pun berasal dari Bani Umaiyah iaitu Saidina Uthman r.a. so, siape la kita nak cakap diorang nie jahat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2007 11:07 PM | Show all posts
tp tak semua khalifah masa bani umaiyah ni yg terpesong dari ajaran Islam yg sebenar..contohnya Umar bin Abdul Aziz yg memerintah berdasarkan ajaran Islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2007 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by FAC at 29-1-2007 11:07 PM
tp tak semua khalifah masa bani umaiyah ni yg terpesong dari ajaran Islam yg sebenar..contohnya Umar bin Abdul Aziz yg memerintah berdasarkan ajaran Islam


Yup, Umar Ibn Abdul Aziz merupakan salah seorang pemimpin dari Bani Umaiyah yang terkenal salih...zaman pemerintahannya merupakan zaman kegemilangan kerajaan Islam Bani Umaiyah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2007 01:16 PM | Show all posts
hanya kubur khalifah umar abdul aziz sahaja yang tidak dibongkar oleh kumpulan abbasiyah ketika mereka berjaya mengulingkan kerajaan umaiyah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2007 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by xxpaqq at 30-1-2007 01:16 PM
hanya kubur khalifah umar abdul aziz sahaja yang tidak dibongkar oleh kumpulan abbasiyah ketika mereka berjaya mengulingkan kerajaan umaiyah


yup...itu sebagai menunjukkan penghormatan yang mereka berikan kepada khalifah yang salih itu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by xxpaqq at 30-1-2007 01:16 PM
hanya kubur khalifah umar abdul aziz sahaja yang tidak dibongkar oleh kumpulan abbasiyah ketika mereka berjaya mengulingkan kerajaan umaiyah



Kubur sekarang nih berada kat mana kat IRaq ker..???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2007 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 31-1-2007 02:33 PM



Kubur sekarang nih berada kat mana kat IRaq ker..???


Possibly, sebab mase nak tubuhkan kerajaan Bani Umaiyah pusat pentadbiran kerajaan telah dialihkan dari Syria (kawasan Muawiyah mase die jadik gabenor kat situ) ke Baghdad, Iraq. So makam-makam khalifah tentu terletak di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 06:51 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 29-1-2007 09:42 PM


Yup..tak dinafikan Syiah bukan sahaja benci Muawiyah malah diorang memang anti dengan Bani Umaiyah...

Kalau ade mase cube cari buku Hikayat Umar Umaiyah....dalam buku tuh seolah-olah menggambarkan Bani Umaiyah nie jahat bebenor...

Kite kena ingat..salah seorang khalifah umat Islam pun berasal dari Bani Umaiyah iaitu Saidina Uthman r.a. so, siape la kita nak cakap diorang nie jahat..


Mengikut cerita Muawiyah adalah administrator yang berkaliber...

Sebenarnya, permusuhan diantara kaum2 utama Madinah dan Mekah berpanjangan hingga hampir kewafatan Nabi Muhammad AS. Apabila hendak mencari  pengganti  sebagai ketua spiritual dan temporal perasaan cemburu kaum2 Madinah terhadap kaum2 Mekah mula kelihatan. Keadaan ini meruncing apabila Ali menjadi khalifah apabila ia gagal menangani kes pembunuhan  Uthman. Mungkin tuan2 sudah maklum pegangan diorang dedulu, kalau A bunuh B, A mesti dihukum Jadi bila Uthman tidak menghukum A .....Uthman telah berdosa.....lalu ia kehilangan hak keistimewaan dalam komuniti. Jadi apbila Uthman dibunuh, perbuatan ini diibaratkan seperti bukan dosa, malah telah menjadi satu tanggung jawab orang2 islam untuk membunuhnya. Jadi atas pegangan inilah akan bermulanya pecahan dalam pegangan teologi kelak.

Akan tetapi peperangan diantara Ali dan Muawiyah bukan kerana mereka saling membenci. Sebenarnya orang2 Kharijite yang meninggalkan Ali bukanlah orang2 dari Mekah. Mereka sebenarnya dari puak2 nomad. Masa itu orang2 Muslim mesti pergi berperang macam "military service". Bila menang dapatlah sedikit habuan mengiikut ketaatan mereka kepada ugama dan mereka akan balik ke kemah2 keluarga mereka seperti di Itaq, Egypt. Oleh kerana tiada rekod yang menyatakan apa2 ketidakpuasan terhadap habuan2 mereka, maka pihak pengkaji berpendapat bahawa kemungkinan mereka telah mula merasa lesu/malaise  dan kurang terjamin oleh kerana pertukaran2 yang selalu terjadi.

Apabila banyak berlaku pertukaran dan krisis manusia akan menjadi kurang terjamin/insecure dan akan mencari perlindungan atau salvation dari seorang ketua yang bukan hanya mempunyai kualiti kemanusiaan .....tetapi juga "karisma" yang dipercayai suatu anugerah ilahi. Kekadang manusia juga merasakan mereka boleh mencari salvation dari komuniti tertentu.

Adalah menjadi kepercayaan lama orang2 Arab bahawa kualiti2 khas diperturunkan dalam keluarga tertentu dan ini mengiakan mereka mengambil Ali sebagai pemimpin . Ia dipercayai tak akan membuat kesalahan. Satu kumpulan lagi (Kharijite) berkepercayaan untuk terus menjadi ahli syurga mereka harus exclude mereka yang telah membuat dosa. Mereka percaya seorang ketua masih boleh membuat salah . Orang2 Shi'lte pula tidak dapat menerima  orang2 biasa memberi tafsiran Quran.

Perbezaan pemikiran di antara  puak2 itu adalah kerana tradisi2 lama mereka. Misalnya, satu puak Shi'ite yang besar adalah berasal dari Arab Selatan. Sejarah mereka termasuk raja2 yang divine dan semi-divine. Apabila dalam keadaan merbahaya mereka akan lebih bersandar kpd kebolehan luarbiasa raja2 mereka. Jadi apabila dalam krisis mereka mencari ketua seperti Ali.

Diantara kaum2 nomad pula, cara mereka lebih demokratik dan mereka percaya menjadi ahli komuniti mereka adalah suatu yang amat dihormati.

Inilah serba sedikit yang dapat Hami lakarkan dalam usaha untuk memahami permulaan perpecahan /sectarianism dalam Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 08:50 PM | Show all posts
MENARIK !!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2007 03:52 AM | Show all posts

Reply #33 hamizao's post

Yup betul tuh Hami...semasa era inilah berlakunya perpecahan dikalangan umat Islam sehingga terbentuknya mazhab...sebelum tuh Islam cuma satu sahaja dan itulah yang dibawa oleh jujungan kita Nabi Muhammad SAW...

Tentang kewibawaan Muawiyah juga diakui sendiri oleh Saidina Umar Al Khattab apabila beliau menyatakan yang Muawiyah adalah 'Kisra' Arab untuk menggambarkan kepimpinan beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2007 01:46 AM | Show all posts
Berikut adalah sedikit sebanyak perihal Mua'wiyah r.a.

Rasulullah  s.a.w. bersabda 揟entera dari umatku yang mula-mula berperang dengan meredah  lautan sudah pasti mendapat syurga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2007 08:05 PM | Show all posts

Hubungan mesra Mu'awiyah dengan Ahlul Bait.

HUBUNGAN MESRA ANTARA MUAWIYAH DENGAN AHLUL BAIT
            Di antara tuduhan yang dilontarkan kepada Sayyidina Muawiyah r.a ialah kononnya beliau telah melayani Bani Hasyim terutamanya di kalangan Ahlul Bait dengan buruk dan telah bertindak kejam terhadap mereka, selain daripada tidak pernah terjalinnya perhubungan  yang baik di antara mereka dengan Muawiyah dan seterusnya khulafa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2007 08:06 PM | Show all posts
2)     Menyandang jawatan istimewa di dalam kerajaan Muawiyah.
           
            Di antara individu dari Bani Hasyim ada yang menyandang jawatan istimewa (seperti qadhi dan lain-lain) didalam pemerintahan Muawiyah.

            Di Madinah, Marwan Bin Al Hakam adalah gabenor yang dilantik oleh Muawiyah. Ketika itu perlu adanya seorang qadhi (hakim) di Madinah. Oleh itu, Marwan telah melantik Abdullah Bin Al Harith Bin Naufal Bin Al Harith Bin Abdul Muttalib sebagai qadhi di Madinah. Lantaran itu sesetengah golongan mengatakan itulah qadhi yang mula-mula  dilantik di Madinah.

            Ibnu Sa抋d menulis di dalam Thobaqatnya: daripada Abi Al Ghaits, katanya: 揂ku mendengar Abu Hurairah berkata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2007 08:06 PM | Show all posts
4)     Hubungan persemendaan di antara Bani Umaiyyah dan Bani
     Hasyim

Hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Ummaiyah terjalin
semenjak sebelum Islam lagi dan berterusan hingga ke zaman-zaman pemerintahan Bani Umayyah. Daripada kenyataan-kenyataan sejarah dapat dilihat betapa mesra dan eratnya hubungan di antara mereka.

            Permusuhan dan perseteruan di antara mereka tidak lebih daripada cerita-cerita rekaan yang dicipta oleh golongan musuh-musuh Islam dengan tujuan membuktikan kepada dunia bahawa semangat perkauman jahiliyah masih lagi menguasai mereka dan begitu tebal sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sendiri masih gagal mencabut sampai ke akar umbinya.

            Sebaliknya daripada fakta-fakta sejarah yang masih lagi boleh dirujuk dan dianggap muktabar samada daripada kalangan Ahli Sunnah mahupun musuh mereka Syiah, dapat kita temui kenyataan-kenyataan yang menyangkal dan mendustakan cerita-cerita rekaan itu.

             Tidak mungkin terjadi hubungan persemendaan di antara dua golongan yang bermusuhan dengan begitu banyak sekali dalam keadaan  perseteruan di antara mereka sampai menumpahkan darah dan memaki hamun di antara satu sama lain di dalam khutbah-khutbah Jumaat .

            Rasulullah SAW sendiri sebagai orang yang paling terkemuka daripada Bani Hasyim telah mengahwinkan tiga orang daripada empat orang anak perempuannya dengan Abul 慉sh bin Ar-Rabii dan Uthman bin Affan, iaitu dua orang yang ternama dari kalangan Bani Umayyah. (lihat Ansabul Asraaf-Balezuri,jilid 5, ms 1,Thobaqotul Ibn Sa抋d, jilid 8, ms 166, Usdul Al-Ghabah, jilid 5, ms 191, Al-Mustadrak, jilid 3, ms 96, Mumtahar Al Amal, jilid 1 m.s. 9).

            Aban, anak Sayyidina Uthman kemudiannya berkahwin dengan Ummi Kulthum bt Abdullah bin Ja抐ar, cucu saudara Sayyidina Ali sendiri. (Al-Ma抋rif Ad-Dinawari, m.s. 86).

            Sakinah, anak perempuan Sayyidina Husain dan cucu kepada Sayyidina Ali adalah isteri kepada cucu Uthman iaitu Zaid bin Amar bin Uthman. Bahkan beliau telah mewarisi Zaid selepas kematiannya. (Nasabu Quraisyin Mus抋b Az- Zubairi, jilid 4, ms 120, Al-Ma抋rif-Ibn Qutaibah, m.s.  94, Jamharatu Ansabil Arab,jilid 1, m.s. 86, Thobaqat Ibn Sa抋d, jilid 6, m.s.  349).

            Cucu Sayyidina Ali iaitu Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain merupakan isteri kepada cucu Sayyidina Uthman yang lain bernama Abdullah dan mereka mendapat cahaya mata bernama Muhammad hasil dari  perkahwinan itu. Perkahwinan di antara mereka berdua berlangsung setelah Fatimah menjadi janda kepada Hassan bin Hassan bin Ali. (Lihat Thobaqat Ibn Sa抋d, jilid 8, ms 348, Al-Ma抋rif, ms 93, Nasabu Quraisyin, jilid 4, ms 114, Maqaatilu At-Tholibiyyin Al-Isfahani, m.s. 203, Nasikuh At Tawarikh, jilid 6, m.s. 534).

            Kemudian cucu Sayyidina Hassan iaitu anak Sayyidina Hassan Al-Mutsanna berkahwin pula dengan cucu Marwan bin Aban bin Uthman. Bahkan ahli-ahli sejarah menyebutkan bahawa anak Hassan Al-Mutsanna yang dikenali dengan Ummul Qasim ini telah mendapat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Marwan tersebut, iaitu Muhammad. (Nasabu Quraisyin, jilid 2, m.s. 53, Jamharatu Ansabil Arab, jilid 1, m.s. 85, Al-Muhabbar Al-Baghdadi, m.s. 438).

            Cucu saudara Sayyidina Ali iaitu Ramlah bt Muhammad bin Ja抐ar At-Thoyyar bin Abi Thalib mula-mula menjadi isteri kepada Sulaiman bin Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan. Kemudian menjadi pula isteri kepada Abul Qasim bin Wahid bin Uthbah bin Abi Sufian (Kitabu Al-Muhabbar, ms 449).

            Ramlah anak perempuan Sayyidina Ali sendiri telah berkahwin dengan anak  Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah. Sebelum itu Ramlah adalah isteri kepada Abi Al-Hayyaj (Nasabu Quraisyin, ms 45, Jamharatu Ansabil Arab, m.s. 87).

            Sementara Zainab anak perempuan Hasan Al-Mutsanna pula menjadi isteri kepada Walid bin Abdul Malik bin Marwan Al-Umawi. (Nasabu Quraisyin, ms 52, Jamharatu Ansabil Arab, m.s.  228.

            Selain daripada cicit kepada Sayyidina Ali, Hafisah bt Zaid bin Al-Hasan bin Ali adalah isteri kepada cucu Marwan iaitu Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan dan wafat sebagai isterinya. Ibunya ialah Lubabah bt Abdullah bin Abbas. (Thobaqat Ibn Sa抋d, jilid 5, ms 234,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2007 08:08 PM | Show all posts
5)                 Ahlil Bait berimamkan pemimipin-pemimpin dari kalangan Bani Umayyah di  dalam sembahyang mereka   

Semasa Marwan bin Al-Hakam menjadi gabenor bagi  pihak Muawiyah, beliau mengimamkan sembahyang lima  waktu di masjid. Di antara ahli jamaah yang berimamkan beliau ialah Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain.

Fakta ini dapat dilihat dengan jelas di dalam riwayat seperti di bawah ini bahkan daripada riwayat ini dapat difahami bahawa Sayyidina Hasan dan Husain tidak mengulangi sembahyang yang telah ditunaikan secara berjamaah di masjid dengan berimamkan Marwan bin Al-Hakam. Muhammad Al-Baqir juga telah bersumpah bahawa mereka berdua tidak mengulangi sembahyang yang ditunaikan secara berjamaah itu sebagai menyangkal dakwaan setengah-setengah kalangan Syiah yang mengatakan mereka berjamaah dengan Marwan secara taqiyyah, kemudian mengulangi sembahyang yang telah dikerjakan itu di rumah pula.

Perhatikan riwayat ini :

Diriwayatkan daripada Ja抐ar As-Syadiq daripada ayahnya, katanya, 揌asan bin Ali dan Husain selalu bersembahyang di belakang Marwan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-3-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.513991 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list