|
Yup..Catz pun pernah terfikir nak pi bercuti kat homestay..now kita tgk banyak homestay kan...mcm selangor, n.sembilan...
catz tak tau how kita nak pi sana..bleh ke pi sorang2?..catz ada tgk dalam magazine kat Kuala Selangor, sabak Bernam etc...byk homestay and depa siap bleh makan dkt sawahlah...then makan masakan kampung..mcm ada satu kat K.Selangor, sesapa yg duk hotel kat sana (lupa nama hotel)..deran akan bawak pi lunch ke rumah satu couple makcik dan pakcik ni...masakan kampung dan sedappp katanya..pelancong2 dr oversea pun di bawa ke situ..wah....mcm bestkan... teringin n ak tidur homestay..eh..mcm kita nih tumpang rumah org and bayar harga bilik + makan ke?..how eh? |
|
|
|
|
|
|
|
kat kelantan pun ada homestay gak..tak ingat nama apa..tapi pernah masuk kelantan nyer thread ada nama tue |
|
|
|
|
|
|
|
up thread ni... |
|
|
|
|
|
|
|
eemmmm...
selalunya kalo homestay ni camne ek?
kita dok lepak kat tuan rumah tu ke?
apa yang akan kita buat?
nenek tengok kat area nak ke sg besar, selangor tu ada beberapa homestay gak |
|
|
|
|
|
|
|
nak tau homestay ni mcm mana, ble tgk kat TV1..ada rancangan pasal Homestay ni..tak ingat Sabtu atau Ahad...pukul 5.30ptg. |
|
|
|
|
|
|
|
homestay...
Tapi masih gak dgn isu kebersihannya..baik gi Langkawi...
Pulau Pantai Suri, Destinasi Homestay Penuh Ketenangan
Oleh Nurul Halawati Azhari
KOTA BAHARU, 12 Sept (Bernama) -- Bagi mereka yang sudah rimas dan resah dengan hiruk-pikuk suasana kesibukan kota, kampung nelayan di Pulau Pantai Suri adalah antara destinasi pakej homestay yang boleh memberi ketenangan jiwa.
Disebabkan lokasinya jauh di kawasan pedalaman dan kemudahan perhubungan ke perkampungan nelayan ini hanyalah melalui jalan air, Pulau Pantai Suri ini memang kurang dikenali umum.
Paling cepat, setengah jam diperlukan untuk sampai di kampung ini dengan menaiki bot dari jeti Kok Majid, Tumpat yang merupakan pekan yang terdekat, yang juga terletak lebih kurang 20 km dari pulau ini.
Untuk sampai ke Pulau Pantai Suri, perlu melewati beberapa pulau lain seperti Pulau Teluk Rejuna dan Pulau Beluru.
MEMBUBU KETAM
Pulau ini terdiri daripada 60 buah rumah dengan kira-kira 400 orang penduduk.
Di sebelah pagi, penduduknya mencari rezeki sebagai nelayan manakala petangnya pula mereka membuat kerja-kerja seperti membubu ketam dan memukat ikan di sungai serta menternak kambing dan ayam.
Kaum wanita pula turut membantu dengan menjalankan aktiviti membuat kuih kapit sebagai sumber pendapatan tambahan.
Aktiviti-aktiviti ini agak sama seperti kampung-kampung lain. Namun, ada sesuatu yang istimewa tersimpan di kampung yang sepi daripada pembangunan ini, iaitu keindahan alam semulajadi.
CIRI TRADISIONAL
Kampung Nelayan Pantai Suri memang sebuah perkampungan asli yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.
Keunikan yang ada di kampung ini menjadikannya sebuah perkampungan homestay sejak 10 tahun yang lalu.
Namun, kerana kurang publisiti dan letaknya jauh dari kawasan bandar, pakej homestay Kampung Nelayan Pantai Suri memang agak asing bagi orang ramai.
Sehinggalah perkampungan yang indah dan nyaman ini menjadi johan Pertandingan Desa Wawasan Kampung Nelayan pada tahun 2005.
Sejak itu, keistimewaan dan keunikan Kampung Nelayan Pantai Suri mula mendapat perhatian. Lembaga kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut memainkan peranan dalam usaha memperkenalkan kampung ini sebagai salah satu kampung homestay di Kelantan.
Sehingga kini terdapat 20 buah rumah yang diusahakan sebagai penginapan homestay di kampung ini.
TARIKAN PELANCONGAN
Siapa sangka, di kawasan pedalaman sebegini ada banyak produk yang boleh diperkenalkan sebagai tarikan pelancongan.
Bagi pelancong luar ataupun orang tempatan yang pertama kali berkunjung ke sini dan tidak biasa dengan suasana kampung, tentunya seronok apabila dapat mengikut nelayan ke sungai membubu ketam.
Aktiviti ini dijalankan di sebelah petang apabila mereka kembali dari laut.
Pengunjung boleh juga melihat aktiviti masyarakat nelayan yang menjalankan projek menternak ikan dalam sangkar.
Pihak media yang dibawa berkunjung ke Pantai Suri oleh Tourism Kelantan dengan kerjasama LKIM turut dihiburkan dengan persembahan dikir barat oleh anak-anak jati kampung ini.
Pengunjung juga turut ditunjukkan cara-cara membuat rokok daun. Kebanyakan nelayan di situ membuat sendiri rokok daripada daun nipah yang diletak hirisan tembakau di atasnya dan kemudian digulung menjadi batang rokok.
HIDUP GEMBIRA
Seorang pengusaha penginapan homestay di kampung ini, Ramly Ibrahim, 48, berkata sehingga kini mereka hidup gembira walaupun jauh daripada pembangunan.
"Bagusnya penduduk di kampung ini hidup saling tolong-menolong. Alhamdulillah belum pernah berlaku kecurian, perjudian dan juga jenayah memandangkan penduduknya saling menjaga keselamatan di antara satu sama lain.
"Kalau tinggal rumah tidak berkunci pun, InsyaAllah selamat," kata beliau.
Kata Ramly, anak-anak muda di kampung tersebut dididik dengan baik menyebabkan mereka juga saling mengambil berat akan keselamatan kampung.
Maka tidak hairanlah jika kampung ini menerima kunjungan pelancong-pelancong dari negara luar seperti Jepun, Belanda, England, Belgium, Amerika Syarikat, Australia dan Indonesia.
CATATAN PELANCONG
Catatan oleh pelancong-pelancong dalam buku pengunjung di kediaman Ramly menceritakan segalanya.
Antara komen-komen yang boleh dibanggakan Kampung Nelayan Pantai Suri ialah tentang keaslian alam semulajadinya yang masih terpelihara.
Seorang pelancong Jepun yang menetap hampir tiga bulan lamanya di kampung itu mencatatkan rasa gembiranya dengan sikap ramah penduduk.
Menerusi catatan seorang lagi pelancong dari negara yang sama, beliau melahirkan kekagumannya dengan keindahan alam di kampung tersebut.
Hanya dengan kunjungan ke satu tempat sahaja, beliau sudah berpeluang melihat sungai, laut, pantai dan juga bintang-bintang di langit di waktu malam.
BEBERAPA KELEMAHAN
Di sebalik pujian, mereka turut mencatatkan beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki.
Diakui penginapan homestay bukanlah setaraf hotel yang dinilai berdasarkan bintang. Tapi kekurangan terutamanya yang berhubung kait dengan kebersihan melibatkan bilik air dan sampah sarap perlu diambil perhatian yang sewajarnya.
Apa yang diharapkan, dalam usaha memajukan pakej homestay di Kampung Nelayan Pantai Suri ini, selain aspek kebersihan, jeti kampung tersebut yang telah usang perlu diganti.
Malah, Persatuan Nelayan Kampung Nelayan Pantai Suri turut berharap mendapat perhatian dan bantuan daripada pihak-pihak yang berkenaan bagi menggantikan jeti sedia ada.
Apatah lagi di sinilah tempat anak-anak penduduk kampung berkumpul di awal pagi sementara menanti bot untuk membawa mereka pergi dan balik dari sekolah.
-- BERNAMA
[ Last edited by chumpon at 12-12-2007 11:22 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Anak_Nogori's post
melancung tu maksud die lain la wey... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 darthVader's post
|
|
|
|
|
|
|
Pantai suri? macam best aje tempat tu...ada diving activity tak AN?
Tgh terpk nak pegi melancong kat pulau2 dlm malaysia ni sambil tenangkan fikiran
tiba2 baru perasan esok dah nak puasa
mana boleh pergi diving & pakai bikini |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak tolong senaraikan homestay yang korang tahu . kalau ada contact number lagi bagus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 halimunSER's post
pegi kat Tourism Malaysia nye office...diaorg ada satu buku directori tuk Homestay...all about homestay ada dlm buku tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Bon teringin la nk pi homestay ni...sbbnye Bon takde kampung...so teringin la nk dok kt umah kampung...tepi sawah ke...ada air terjun ke...so nk merasai suasana kampung yg aman damai, laid-back..
Mak bon penah pegi kt Kg Lonek, Jelebu, N9...dia g ramai (persatuan kaum2 ibu)..dia ckp best...tpi dia komplen asyik makan, makan, makan ..esp.nasik..hehe..
[ Last edited by bonita at 27-9-2007 04:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...alaa mane2 homestay pun kalau pegi mesti diaorg bagi mkn best2 nye...pagi petang siang mlm...mesti akan dijamu dgn mkn yg sedap2....
one recommended homestay -> kg renok baru, gua musang |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi lah kat mana ceruk dunia sekali pun, kalau jumpa sesama orang Melayu kita, apa-apa hal pun, kita cerita maaakaaan doluuuu...:bg: Tu yg best tu. Memang budaya kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 bonita's post
my fam ada guest house tepi sawah,guest house by the padi field...i dh citer kat thread KEDAH ..i re paste dibawah...
"mcm2 tempat menarik kat kedah ni..yg penting kena plan beforehand ler. sebaiknya kalo org luar...cari ler tempat tinggal yg berdekatan dengan sawah bendang. sbb itulah trademark kedah. tempat lain pon ada bendang..tp swah bendang kedah ini ialah PERIUK NASI MALAYSIA..tentu skit sebanyak ada kelainan dan nilai sentimental yg tersendiri...
famili aku ada buat guest house..dekat jek dgn sawah padi ni...kwsn kampong..tp still dekat dgn town...bandar sg petani..
dengan giant sp tu dekat la..area tu jugak ler..kwsn kampung...dekat bendang...dekat dgn main road..
kalo nk ke penang pun x jauh..sbb hiway sp selatan dekat saja..dlm 1/2 jam bole sampai penang kalo naik hiway.atau kalo nk p alor setar,bkt kayu hitam mmg x susah...masuk je hiway tu pegi la mana nak pegi...johor pon bole...
then kalo nk ke pantai merdeka x perlu guna main road...boleh guna jalan bukit kecil (bukit kecik)..kiranya boleh elak jam kalo guna main road...
pd yg suka nature,dh lama x tgk bendang..dah lama x duduk kampong..guest house kami ni sesuai la...esp kalo famili besar...save budget skit...mmg kami buat secara simple..bab makan x susah sbb boleh makan kat giant,area pusat makanan taman sejati pon dekat...kedai nasi kandar subaidah,pelita pon dekat...
nk masuk town sp..x perlu guna main road...guna hiway jek..(hiway free) boleh terus keluar ke merbok,gunung jerai etc. dan banyak susur keluar ke sp town...bole elak jem...
on the way to pantai merdeka,jgn lupa singgah kota kuala muda..lihat lah kesan runhan rumah2 akibat tsunami sebelum ini...kesannya masih ada...mcm mana kesan runtuhan kat acheh tu sama la kat sini...but not in a massive way...
tempat2 lain adalah spt yg diceritakan diatas. sg petani ialah tempat paling strategik di sp...sbb paling dekat dgn penang. kwsn2 lain yg dekat dgn sp ialah spt baling,yan,merbok. dn dekat dgn kepala batas (kg pak lah) ,butterworth ..." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 nanas_tanjong's post
thanks for ur info..will check it out later... |
|
|
|
|
|
|
|
ada homestay area mersing atau tanjong piai tak |
|
|
|
|
|
|
|
berapa harga promosi nihh |
|
|
|
|
|
|
| |
|