CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

'SASTERA KONTEMPORARI'

[Copy link]
 Author| Post time 5-2-2008 01:10 PM | Show all posts
Lim Swee Tin akan menulis karya picisan @ santai jika itu menjadi
pilihan KOMSAS...perkembangan terkini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 02:20 PM | Show all posts

Reply #21 seribulan's post

eh yer?
tapi tulisan lim swee tin sangat bagus
kosa katanya teratur
tak seperti kita yang tulis ayat pun tunggang langgang
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 02:34 PM | Show all posts

Reply #22 mardhiah12's post

aku tak boleh bayangkan lim swee tin menulis dalam bahasa santai

rosak rosak jadi sajak
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by mardhiah12 at 5-2-2008 02:20 PM
eh yer?
tapi tulisan lim swee tin sangat bagus
kosa katanya teratur
tak seperti kita yang tulis ayat pun tunggang langgang



betul tu, kalau setakat sajak tak payah lah nak merendahkan tahap sajak tu... mengada ngada le bebudak ni kalau sajak pun depa nak komplen tak paham... sajak kan pendek kontot aje..dr lim ni memang meremang setiap bait ayatnya.. tak usahlah dicabulkan karya dr lim... hidup dr lim..hidup sajak malaya
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 09:21 AM | Show all posts
for your reading pleasure

Saya juga akan menjadi penulis picisan - Lim Swee Tin

揃ERMULA sekarang saya akan menghasilkan karya-karya popular dan picisan. Mudah-mudahan satu masa kelak ia dapat dijadikan teks Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2008 10:23 AM | Show all posts
dr utusan juga...tentang kontroversi ini...

10 bahasa di dunia punah setiap tahun!

SAHABATKU A, percayakah anda dengan fakta ini? Setiap tahun 10 bahasa di dunia akan punah. Sejak dulu kala, bahasa lahir, hidup dan lenyap dengan masyarakat penuturnya. Lenyapnya bahasa-bahasa itu amat cepat.

Bukankah ia begitu menakutkan A? Saya tidak tahu kenapa harus memberi tahu anda tentang perkara ini. Gejala ini, ternyata, merupakan salah satu akibat dari apa yang disebut peperangan bahasa. Sekitar 6,000 bahasa besar di seluruh dunia terancam punah dalam waktu yang terlalu singkat. Keragaman bahasa sebagai bahagian daripada warisan kerencaman kebudayaan umat manusia pastinya ikut terancam musnah.

Mungkinkah manusia (di Malaysia) tanpa kebudayaan atau kebudayaan tanpa manusia? Mustahil bukan? Kebudayaan adalah citra khusus sesuatu masyarakat. Ancaman terhadap bahasa adalah ancaman kebudayaan. Dan, begitulah sebaliknya.

Anda pastinya sependapat seperti saya. Apakah manusia akan hidup dalam kebudayaan monolingual? Idealkah bila hanya ada satu bahasa universal di dunia, dengan demikian, mengabaikan keanekaan bahasa yang telah menjadi citra budaya manusia sepanjang zaman?

Pakar-pakar bahasa dan linguistik berkesimpulan, tidak akan ada satu pun bahasa mampu bertahan jika tidak didukung oleh 100,000 orang penuturnya.

Hakikatnya, kini di seluruh dunia setengah daripada 6,000 bahasa atau lebih, digunakan oleh kurang dari 10 ribu orang penuturnya. Punahnya bahasa bukan fenomena baru. Sejak munculnya pelbagai bahasa, setidak-tidaknya 30,000 bahkan lebih, punah tanpa kesan.

A, bahasa umumnya bertahan dalam tempoh waktu relatif singkat dan pada masa yang sama risiko kepunahannya cukup tinggi. Mungkin hanya beberapa yang masih hidup dan kini berusia lebih 2,000 tahun. Antaranya bahasa Basque, Mesir, Sanskrit, Cina, Greek, Ibrani, Latin, Parsi dan Tamil.

Anda pernah membaca hasil penelitian oleh ahli pasikologi bahasa, Ranka Bjeljac-Babic dari Universiti Poitiers, Prancis? Beliau mengkaji hubungan antara kepunahan bahasa dan kolonialisme.

Penjajahan

Hasil kajian tersebut dimuatkan dalam tulisannya, 6,000 Languages: an Embattled Heritage (2000). Kesimpulan yang dibuat oleh Bjeljac-Babic ialah kepunahan bahasa turut disebabkan oleh penjajahan. Dapatan Bjeljac-Babic ialah kolonialisme telah, melenyapkan sekurang-kurangnya 15 peratus bahasa yang digunakan pada saat penjajahan itu berlangsung.

Buktinya, sekitar 100 bahasa etnik di Eropah punah akibat penjajahan penjajahan lebih 300 tahun oleh etnik yang lebih dominan. Di Australia hanya 20 dari 250 bahasa digunakan akhir abad ke-18. Begitu juga di Brazil, Portugal telah memusnahkan lebih 400 daripada 540 bahasa etnik di negara itu sejak penjajahan pada tahun 1530.

Sebenarnya sahabatku A, apa yang saya ketengahkan itu hanya sebuah analogi. Saya sama seperti anda, khuatir dan bimbang tentang masa depan bahasa Melayu (Malaysia). Adakah, bahasa yang kita sayangi ini juga akan punah?

Baru-baru ini, karya-karya sastera picisan telah disenaraikan dalam Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) untuk sekolah menengah pada 2010.

Saya tahu anda pasti memahami apa itu karya picisan? Antara ciri-ciri karya seperti itu ialah penggunaan bahasa rojak dengan sasaran golongan remaja.

Temanya? Seperti anda maklum A, biasanya sekitar kisah cinta remaja. Kalau ada sedikit kelainan pun, kisah anak angkat dan pengembaraan mencari asal usul keluarga.

Namun, inilah hakikatnya. Novel-novel dengan bahasa rojak itulah yang dicadangkan untuk diajar kepada pelajar-pelajar sekolah kita. Pada masa yang sama karya-karya Sasterawan Negara dipinggirkan. Anehkan sahabatku?

Sebenarnya fenomena ini ini melanda sebahagian daripada negara-negara bekas jajahan. Ketika mereka mulai membangun, muncul faktor lainnya yang memusnahkan bahasa.

Faktor itu adalah keperluan bahasa yang mampu mengisi bidang teknologi dan industrialisasi selain fenomena baru iaitu internasionalisasi pasar modal dan globalisasi informasi melalui media elektronik mahupun media cetak.

Oleh itu, A berdoalah untuk bahasa Melayu (Malaysia) ini. Kita mesti ingat, setiap kali satu bahasa lenyap, satu babak sejarah manusia juga berakhir. Bahasa tidak hanya alat komunikasi. Ia juga cara berfikir masyarakat penuturnya.

Anda ingat tentang perjuangan kaum asli Zaparo di sepanjang tepi Sungai Conambo, sekitar 240 kilometer selatan Quito? Mereka berjuang semata-mata mempertahankan bahasa ibunda mereka.

Ia dikupas dengan bernas dalam tulisan Carlos Andrade, seorang pakar bahasa dan lingustik, Equador, Zaparo's lost Secrets yang turut membantu perjuangan kaum Zaparo.

Sikap memandang rendah kepada bahasa sendiri akan membawa akibat kepada kepunahan. Mematikan satu bahasa sangat mudah. Cukup dengan mengajarkan bahasa lain di sekolah.

Andre Breton berpendapat, apabila bahasa dipinggirkan peringkat sekolah, maka kita turut mempercepat 憄embunuhan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2008 09:32 AM | Show all posts

Reply #26 seribulan's post

perghhh.... macam tak kan selesaikan isu ni... kena buat pilihan raya gini dari khalayak pembaca....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2008 12:21 PM | Show all posts

Reply #27 minahleter's post

Kenapa perlu ada pilihan/ketetapan...tidak bolehkah sastera dikaji
secara rambang...cuma perlu ada moderasi atau pencerapan sahaja
yang dijalankan...


ps. kalau mentor saya, saudara Zaharah Nawawi... saya sokong...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2008 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 10-2-2008 12:21 PM
Kenapa perlu ada pilihan/ketetapan...tidak bolehkah sastera dikaji
secara rambang...cuma perlu ada moderasi atau pencerapan sahaja
yang dijalankan...


ps. kalau mentor saya, saudara Zaharah ...



kalo mokcik zahrah nawawi.. buku jalur sinar di celah daun tu best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2008 02:12 PM | Show all posts
sastera- MM...

Pilihlah karya yang sesuai

Oleh: SITI SHAHIDA MOHD SHAH

PADA 12 Januari lalu, sejumlah sasterawan, pendidik sastera dan peminat sastera dikejutkan oleh berita bahawa karya Sasterawan Negara, penerima SEA Write Award dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia, semuanya tidak terpilih untuk pendidikan KOMSAS.

Mingguan Malaysia 20 Januari pula menyiarkan tulisan Putera Ahmad yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sikap pihak panel pemilih karya. Menurut Putera Ahmad, adalah tidak wajar karya penulis yang terbukti baik dan yang diiktirafkan negara tidak terpilih untuk pendidikan KOMSAS.

Sebenarnya, lama dahulu, dalam tahun dekad 1980-an telah muncul idea di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang mengatakan 揵udak-budak elok membaca karya budak-budak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2008 02:20 PM | Show all posts
Sokong tindakan Samad Said

Oleh A. Rahim Abdullah



Samad Said.

--------------------------------------------------------------------------------



MEMBACA tulisan Azman Ismail (Utusan Malaysia 24 Januari 2008), saya sangat akur dan faham kenapa Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said membuat kenyataan supaya jangan menggunakan gelaran Sasterawan Negara yang dianugerahkan kepada beliau.

Kebetulan saya juga berada dalam majlis yang berlangsung pada petang itu. Sebagai Sasterawan Negara yang komited dengan dunia sastera dan bangsanya, beliau amat tersinggung dan memang berhak berbuat demikian.

Saya selalu menyebut bahawa nasib sastera kita berada dan dikepung oleh ironi. Dan jauh daripada itu, saya melihat tindakannya atau protesnya itu sangat dalam hikmahnya. Antara lain untuk berkias ataupun mengajar mereka yang berkepentingan dan diamanahkan untuk melaksanakan tugasnya, tetapi gagal atau menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya hingga membawa malapetaka kepada bangsa dan tamadun yang sedang kita bina.

Dengan kata lain, kerana berfikiran kelas tiga (ini melanggar hasrat Perdana Menteri yang mahukan pegawai-pegawai kerajaan memiliki minda kelas pertama) maka mustahil dapat kita bina tamadun negara ini dalam jangka masa yang singkat. Bayangkanlah baru 50 tahun merdeka, kita sekarang diserang pelbagai krisis moral dan krisis keyakinan. Apakah dapat kita capai sasaran 2020?

Dapatkah kita bina tamadun Melayu yang panjang sama usianya dengan tamadun Mesir, Yunani atau China? Sedangkan setelah 50 tahun merdeka, tanda-tanda keruntuhan moral dan minda Melayu semakin ketara dan amat dahsyat.

Kalau begitu tidak usahlah kita mimpikan macam-macam slogan: Gemilang, terbilang dan cemerlang. Begitu juga dengan Islam Hadhari hanya pada kulitnya sahaja.

Kita belanja berjuta-juta ringgit menganjurkan kempen Budi Bahasa, tetapi apa untung yang kita nampak sekarang ini?

Celakanya orang Melayu sekarang ini, kerana terlalu banyak membuka pintu masuknya kepada pengaruh asing. Ini juga barangkali kerana sikap tidak apa atau kerana mudahnya orang kita bertolak dan ansur menyebabkan peluang kapitalis pascamoden senang masuk sampai ke dalam rumah kita dan terus menjajah kita anak- beranak.

Bayangkanlah kerana media massa yang berlumba-lumba mengasak kita untuk menyuruh kita jadi kaki hiburan murahan atau pencandu budaya pop ini, soal maruah dan budaya bangsa langsung diabaikan oleh mereka yang terlibat dalam industri hiburan ini.

Misalnya, dalam kuiz menduga akal, soalan bonaza dan sebagainya yang ditawarkan sama ada yang menagih dadah atau suka bertelanjang.

Maksud

Malangnya yang membuat soalan-soalan negatif itu pun DJ (entah apa sebenarnya maksud DJ, bagi saya bila diterjemah ke dalam budaya kita DJ tetap membawa konotasi yang remeh dan negatif). Sepatutnya juruhebah, penyampai berita atau juruacara atau pengacara memperlihatkan jati diri bangsa berbudaya tinggi dengan bertanya soalan-soalan mengenai tokoh ilmuwan, sarjana pemimpin yang berjasa, ulama, sasterawan dan seniman negara yang cemerlang yang banyak jasanya berbanding soalan mengenai budak-budak rock atau pelakon-pelakon drama swasta yang bercakap Melayu pun tidak betul.

Yang anehnya, mereka yang dibayar gaji sebagai juruhebah itu juga ada yang mengejar glamor. Malahan ada pula yang meletakkan status kejuruhebahannya itu setaraf dengan selebriti atau artis pop Hollywood dengan karpet merah dan harus dilayan macam superstar?

Hal-hal begini kita tidak pernah dengar ia ditegur oleh menteri-menteri yang terlibat dalam bidang penyiaran dan media. Media massa pula mengambil kesempatan ini sehingga mengabaikan kepentingan golongan ilmuwan, budayawan dan intelektual bangsa sendiri! Jadi kita berharap, dengan sikap yang diambil oleh A. Samad Said yang tergamak meletakkan dirinya sebagai 搈antan Sasterawan Negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 09:19 AM | Show all posts
Mingguan Malaysia, 24 Februari 2008.

Pilihlah karya yang sesuai.
Oleh: SITI SHAHIDA MOHD SHAH


PADA 12 Januari lalu, sejumlah sasterawan, pendidik sastera dan peminat sastera dikejutkan oleh berita bahawa karya Sasterawan Negara, penerima SEA Write Award dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia, semuanya tidak terpilih untuk pendidikan KOMSAS.Mingguan Malaysia 20 Januari pula menyiarkan tulisan Putera Ahmad yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sikap pihak panel pemilih karya. Menurut Putera Ahmad, adalah tidak wajar karya penulis yang terbukti baik dan yang diiktirafkan negara tidak terpilih untuk pendidikan KOMSAS.

Sebenarnya, lama dahulu, dalam tahun dekad 1980-an telah muncul idea di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang mengatakan 揵udak-budak elok membaca karya budak-budak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 01:47 PM | Show all posts
[table=470][tr][td]

[/td][/tr][tr][td]Apabila Sasterawan Negara dipinggirkan...[/td][/tr][tr][td]Amin Iskandar | Jan 22, 08 7:43am

[/td][/tr][tr][td]12 Januari lalu Berita Harian melaporkan bahawa tiada karya Sasterawan Negara (SN) tersenarai sebagai buku teks baru Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada tahun 2010.

Selain daripada itu Pusat Perkembangan Kukurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran turut tidak menyenaraikan puisi, cerpen, novel dan drama penerima Anugerah Penulisan Sea dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta, baik bertema Islam mahupun kemerdekaan, meskipun diberi perhatian panel pemilih.

Menurut Laporan Berita Harian tersebut, alasan yang diberikan oleh PPK, Kementerian Pelajaran ialah karya-karya SN terlalu berat dan sarat dengan pemikiran, oleh kerana itu ianya sangat sukar difahami oleh pelajar. Jesteru, PPK memilih penulis popular dan teks yang mendapat sambutan bagi menarik minat pelajar dalam Komsas.

Penulis-penulis popular yang akan diangkat karya mereka untuk menjadi teks sastera oleh PPK ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid a.k.a Zaid Akhtar. Daripada tiga penulis ini, hanya karya Zaid Akhtar yang pernah memenangi hadiah sastera.

PPK juga turut tidak melantik sarjana sastera dan pengarang sebagai sebagai ahli Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas, sebaliknya melantik guru pakar bahasa Melayu dan guru pakar sastera untuk mengeluarkan senarai pendek teks untuk penilaian akhir.

Tindakan PPK ini telah mengundang bantahan daripada beberapa pihak termasuk beberapa orang SN. Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Syed Mohd Zakir Syed Othman mempersoalkan alasan yang diberikan oleh PPK bahawa sebab utama adalah karya-karya SN terlalu berat.

Mantan Sasterawan Negara

Katanya: 揝oal berat atau tidak, tidak harus timbul kerana ia bergantung kepada pendekatan pengajaran oleh guru yang seharusnya kreatif. Mata pelajaran lain yang kelihatan sukar seperti sains dan matematik juga dipelajari. Kementerian perlu beri pertimbangan agar Komsas mengambil hasil sastera bermutu sebagai teks."

Prof Dr Syed Othman Syed Omar atau S Othman Kelantan yang juga merupakan seorang SN mengatakan bahawa Jawatankuasa Pemilih Buku Teks perlu pandai menilai dan tahu hasil sastera yang boleh membangunkan minda pelajar. Beliau turut kecewa karya-karya SN yang telah mendapat anugerah tertinggi sastera Negara tidak disenaraikan sebagai buku teks.

Tindakan PPK meminggirkan karya-karya SN turut melukakan hati A Samad Said yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad. Dalam satu program Acara Baca Puisi anjuran Galeri R.A pada 20 Januari yang lalu, Pak Samad menyatakan bahawa 搒aya sekarang mantan Sasterawan Negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 02:48 PM | Show all posts
apa itu novel sastera? buku sastera?

bukankah semua bentuk penulisan itu sastera juga namanya? atau sastera hanya layak digelar pada penggunaan bahasa yang melankolik dan sukar difahami?

bagi saya membaca buku yang bahasanya perlu diperhalusi, tiga-empat kali baca baru faham samalah macam baca kita mutaal badrin yang diterjemah secara langsung dari bahasa arab.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 10:04 PM | Show all posts

Reply #1 seribulan's post

walaupun red tak penah lulus sastera dan bahasa melayu masa form4 & 5 dulu tapi red sgt suka membaca. red jadi benci sbb subjek linguistik mcm ni kita tak dibenarkan ada pendapat sendirik. sume soklan dah ada jawapan ikut pakej kementerian. cikgu red pun tak explain kenapa jawapan dia harus jadi begitu.
tapi still red tak setuju kalo sastera diringankan...sastera harus portray imej bahasa negara pada tahap tinggi tapi utk student belajar, kenala pilih karya2 yg sesuai dari sasterawan yg legend. takut kalo amek karya2 terkini jadi bahasa rojak pula, yelah setakat jadi bahan picisan.
cuba baca karya2 james joyce, itulah karya ireland sebenar. cuba baca karya2 cecilia ahern, maybe ada org suka, ada org tak suke.
tapi red still suka karya2 lama...walaupun dah lupa byk. dulu penah baca Tombiruo...best sbb dia bukan cerita cinta. red ada antology yg featured cerpen Nasinya Tumpah yg jadi filem. hmm...byklah. tapi itu sume masa red tak lebih 15 thn.
ok....will be back soonish   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 10:34 PM | Show all posts

Reply #14 mardhiah12's post

red baca 'To Kill a Mockingbird' tahun lepas.
tu pun setelah kuar masuk kedai buku & the reason i bought it finally because it was only $4.95
for classics...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2009 09:51 PM | Show all posts
masa sri merayau2 di thread ni, tiba2 sri terjumpa sastera kontemporari ni. nak  tahu juga, apa kesudahannya? panasnya sekejap je. sebenarnya karya mana yg terpilih / terpilih? sapa tau?
dah 1 tahun berlalu, ni dah nak masuk tahun baru dah. kalau betul nak ditukar, mesti dah mula dicetak bebanyak dah kan? karya mana sebenarnya yang akan ke komsas? dengarnya dulu tak d site lagi?  rindu lak nak baca novel sastera sekolah.:cf:
rasa nak sekolah balik............
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 08:59 PM | Show all posts
hmmmmmm tak ada yang nak tolong jawabkan ye? atau sume tak tahu pasal novel baru  yang bakal mengambil alih novel komsas yang sedia ada? adik2 sri pun tertanya2 juga. kata dorg, berdebar2 dan tak sabar nak belajar novel pop di meja sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 05:27 AM | Show all posts
tunggu dan lihat aje la

rasanya novel2 pop/contemporaryi ni tak perlu masukkan dalam silibus, tapi letaklah banyak-banyak kat rak di perpustakaan sekolah biar pelajar rajin masuk kutub khanah dan pinjam buku
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 03:02 PM | Show all posts
keputusannya dh keluar pun. dh tersenarai novel2 yg terpilih utk KOMSAS 2010. tp sy tak pasti novel jenis mana. tp tentulah novel2 yg berkualiti. takkanlah lagenda budak setan atau 5 tahun 5 bulan pulak.

cubalah risik-risik sikit dari pihak2 terbabit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.104390 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list