CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nur^eza

Apabila kasih kian hambar

[Copy link]
Post time 2-3-2008 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by sarahmirza at 1-3-2008 07:16 PM
Bila sentuh bab komunikasi, diakui komunikasi lebih kepada perihal anak2. Anak ni dah pandai mengeja, dah pandai baca, anak ni ada aktiviti kat sekolah, anak ni ada kelas swimming esok, anak ni d ...


sama lah...anak2 lah jadik tajuk utama dlm komunikasi ..yg lain2 tu cuma selingan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2008 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 2-3-2008 09:22 AM
betul lah tu manak....tapi yg selalu i fikir, apa2 pun dlm hubungan dgn mana2 manusia nie ada pasang dan surut...bila tgh pasang, enjoy lah..bila masa tgh sibuk dan surut...we try to busy ourselv ...


Nak master eh??? Meh Manak kasi tip sikit.....

Instil in him this, that the onus is more for him to make you happy than for you to make him happy....... and you know why????

Believe you me, If a man is happy at his home, only one person(he) wil be happy.... tapi kalau  a wife is happy at home, then the WHOLE family wil be happy too......Think!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 09:53 AM | Show all posts

Reply #22 manakautau's post

u r rite...but it's not easy for a husband to make the wife happy as what he is...maklumlah nafsu kami yg 9 nie, macam2 kami mintak

salahkan nafsu ..ok tak ...di situlah letaknya kebijakkan sisuami, dlm kekurangan dia masih boleh buat isteri gumbira..lalalalalal
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 10:26 AM | Show all posts


Tu yg manak selalu cakap isteri2 ni golongan yg paling mudah masuk syurga dan juga golongan yg paling mudah masuk neraka.....

Jln yg mudah utk mempemudahkan tugas suami tu lebh dinampaknya susah dari jalan yg memberatkan tugasan suami(utk membuatnya gumbira) itu yg dilihatnya sebagi lebih mudah..........nehi nehi...lalalalalalala....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 10:46 AM | Show all posts
aiva setuju dengan pendapat yang ada dan nak tambah sedikit
ada masanya apabila balik rumah tidak seharusnya terus melayani perasaan penat dan langsung tidak mahu melayan anak-anak dan pasangan kena analisis diri dari perspektif ahli keluarga.

disamping itu, jika penat atau lesu bawalah berbincang dengan ahli keluarga,
terangkan keadaan sebenar dan beritahu yang kita memerlukan rehat dan sebagainya
jadi pasangan dan anak-anak akan faham.

dalam menjalankan aktiviti harian rumah tangga hendaklah melakukannya dengan ikhlas
bukan sekadar ambil hati tidak ada gunanya lakukan sesuatu perkara dengan separuh hati dan merungut-rungut.

selain itu kita perlu adakan sesuatu kegiatan yang positif untuk diri sendiri misalnya membeli belah dan sebagainya (untuk diri sendiri)

sekiranya selama ini banyak aktiviti sesama dilakukan secara sendirian kenapa tidak dimulakan dengan melakukan aktiviti bersama-sama seperti solat berjemaah, sukan bersama, makan bersama dan sebagainya.

Juga mulakan kegiatan / aktiviti yang baru dan menarik seperti keluar makan sekeluarga di tempat yang baru dan menarik sekali sekala.

Usaha untuk tingkatkan belaian dan gurauan terhadap ahli keluarga senda gurau dan deraian ketawa yang riang akan membuat suasana dalam rumah tangga lebih ceria.

"  Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu..."
(Ar-Rum:21)
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 01:04 PM | Show all posts
Melalui pembacaan terdapat ada
80 teknik menawan hati suami dan 80 teknik menawan hati isteri

80 teknik menawan hati suami
1. berdoa agar disayangi, dimanjakan dan diambil perhatian

2.tegur, sentuh dan peluk suami sebelum sambung perkara lain apabila suami sampai rumah

3.tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kejayaan suami sepanjang hari (jika suami kelihatan ceria dan dalam keadaan mood  yang sesuai)

4. berlatih untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat

5. jangan terburu-buru untuk menyelesaikan masalah suami, apa yang lebih penting ialah simpati dan sokongan

6. beri masa sekurang-kurangnya sejam sehari untuk masa berkualiti terhadap suami

7. berikan hadiah yang disukainya pada hari-hari istimewa

8. masak resepi ibu mertua yang menjadi kegemaran suami sekali-sekala

9. berikan pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya

10. pujuk suami apabila suami marah atau kecil hati

11. minta bantuan suami jika sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjaya.

12. elakkan suami dari menunggu terlalu lama apabila bersiap

13. apabila suami beritahu yang dia lewat pulang, ucapkan terima kasih dan ambil tindakan selanjutnya

14. apabila suami minta bantuan, beritahu dengan serta-merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak banyak bertanya dan banyak komen

15. apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jenis pekerjaan yang sedang dijalankan

16. jika marah, tunggu hingga tenang, apabila sudah tenang, beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan, jangan salah suami

17. bisikkan kata-kata sayang dan romantik dua kali sehari

18. sekiranya ingin memesan barang, senaraikan bahan yang hendak dibeli

19. tanya suami apabila dia ingin berehat atau tidur

20. peluk dan cium suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari

21. telefon suami di tempat kerja apabila perlu dan ada kecemasan sahaja

22. apabila suami perlu sekali-sekala menjauhkan diri, tanya bila dia cukup bersedia

23. jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang digemarinya

24. jika suami marah jangan menjawab walaupun isteri tidak bersalah, terangkan keadaan sebenar selepas dia tenang

25. apabila minta bantuan suami, terangkan pada suami mengenai kerja-kerja yang perlukan bantuan. beri pilihan kerja yang disukai, jangan menyuruh-nyuruh, gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

26. pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out station,  jangan marahi jika dia tidak berbuat demikian, cuma terangkan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27. sentiasa kemas, anggun, menawan sebelum tidur

28. sokong pendapat suami kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain

29. jangan menggangu suami yang sedang memandu, elakkan dari menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak diminta berbuat demikian. Jangan berleter jika suami tersalah jalan ketika memandu

30. peluk dan belai suami sekali sekala tanpa implikasi seksual

31. sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah suami

32. minta izin suami sebelum menukar saluran TV apabila menonton bersama suami

33. jaga maruah suami terutama d khalayak ramai dan ikut kehendak suami ketika itu. segala bantahan dan rasa tidak puas hati boleh dilakukan kemudian.

34. jika berpegang tangan, peganglah sebagaimana yang disukainya

35. buat air minuman suami tanpa diminta. pastikan jenis minuman yang disukainya pada ketika yang sesuai

36. beri peluang kepada suami untuk memilih menu dan tempat makan setiap kali apabila makan di luar

37. bersegeralah bersiap untuk ke mana-mana

38. pandai-pandai menyesuaikan diri di khalayak ramai apabila bersama suami

39.utamakan suami daripada anak-anak apabila keadaan memerlukan

40. belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa ke semasa seperti tali pinggang, dompet kegemaran dan sebagainya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2008 01:05 PM | Show all posts
41. terimalah pakaian yang telah dibelikan oleh suami dengan perasaan senang hati
walaupun isteri tidak berapa suka, jangan meminta suami menukarkan dengan yang lain

42. beri layanan istimewa kepada suami pada hari-hari istimewa seperti hari lahir dan sebagainya

43. mengikut suami untuk berbulan madu sekali sekala dan ke mana sahaja yang dipinta selagi tidak menyalahi syarak

44. jika suami melakukan kesilapan, jangan 'tempelak' atau 'memulangkan paku buah keras'

45. berikan kad ucapan selamat pada hari-hari istimewa

46. urut-mengurut suami dari semasa ke semasa

47. pamerkan keprihatinan terhadap perasaan suami "Abang nampak ceria betul petang ini."

48. suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab apabila dia terasa diperlukan oleh isterinya. Isteri perlu mempamerkan yang dia benar-benar perlukan suaminya.

49. layanilah suami seperti dulu-dulu

50. biarkanlah suami mencuba membaikpulih barang-barang yang rosak tanpa komen yang negatif

51. ceritakan perkembangan anak kepada suami pada ketika yang sesuai

52. mengemas bilik tidur macam baru kahwin semalam

53. beritahu berita-berita yang menarik perhatian suami dan buat potongan akhbar yang berkenaan

54. tolong bawa barang-barang walaupun suami kita mampu membawanya semua

55. letakkan barang-barang keperluan suami di tempat kebiasaan

56. beri sokongan kepada suami dan jangan ganggu suami apabila dia membuat kerja bersendirian pada waktu malam

57. cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Jangan paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri

58. jangan dera suami secara fizikal dan mental

59. tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan oleh suami, kerja yang dilakukan, orang yang ditemui dan sebagainya

60. berikan perhatian yang sewajarnya apabila suami kurang sihat dengan membelai suami seperti membelai anak apabila keadaan memerlukan.

61. berikan respon yang positif sewaktu mendengar suami bercerita

62. masuk tidur serentak dengan suami. Jika kita ingin tidur dulu minta izin dengan suami

63. ucapkan terima kasih untuk setiap khidmat suami

64. cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala

65. doa suami dunia akhirat dan memaafkan suami

66. pujuk suami secepat mungkin apabila dia merajuk

67. cuba berikan apa yang suami hajati

68. nyatakan kerinduan anda apabila berjauhan

69. buat kuih kegemaran suami sekali-sekala

70. minta maaf dengan segera jika kita melukakan hati suami

71. elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu dengan panjang lebar. Penjelasan yang panjang lebar atau berleter mempamerkan seolah-olah isteri tidak percayakan suami

72. elakkan dari membuat suami berasa serba salah, tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan

73. elakkan mencabar suami

74. apabila berselisih faham, focus kepada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu

75. beri dan perbaharui kepercayaan kepada suami sepenuhnya setiap hari

76. jangan mungkir janji mengenai apa yang telah dipersetujui bersama. Suami akan berasa tercabar apabila isteri mungkir janji

77. jadilah si Kembang Cina. Fahamilah hakikat bahawa kebanyakan suami sukar untuk memahami isteri

78. jangan terlalu cemburu. Ini akam merimas dan membuatkan suami serba salah

79. elakkan dari memberi nasihat pada suami jika tidak diminta

80. berdoa dan mohon restu daripada Allah S.W.T agar hidup kita bahagia suami isteri di dunia dan akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 01:06 PM | Show all posts

Teknik menawan hati isteri

80 teknik menawan hati isteri

1. berdoa agar dihormati, disokong dan didorong

2. apabila sampai di rumah, tegur, cium dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain

3. tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari seperti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2008 01:06 PM | Show all posts
41. belikan baju untuk isteri, pastikan pemilihan corak, warna kulit dan bentuk badan, kalau tidak pasti, minta bantuan penjual untuk memilih kain yang sesuai.

42. beri layanan istimewa kepada isteri pada hari-hari istimewa seperti hari lahir dan hari ulanga tahun perkahwinan.

43. membawa isteri berbulan madu sekali sekala

44. jika isteri melakukan kesilapan, jangan merendah-rendahkannya dan mengungkit kisah lama

45. beri kad ucapan selamat pada hari-hari istimewa

46. picit-picit isteri dari semasa ke semasa

47. pamerkan keprihatinan terhadap perasaan isteri. 揑steri abang nampak gebu betul mala mini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by manakautau at 1-3-2008 11:34 PM


Baguslah kalau dah ada kesedaran dalam diri, bahawa diri itu bukan bos..........

Psst...ada yg tak jadik bos pun, anak ada suami/isteri ada......tapi masa tu dihabiskan lagik lama ka ...




Hehehe, bukan BIG bos tapi still bos sebab ada macai sendiri buat kerja gue .

Orang lain tak tahulah Manak, ikut suka dia orang la nak hadap forum, internet 24/7, bukan kita pun yang tolong bayar bil dia . Selagi tak ganggu hidup kita buat apa nak sibukkan orang lain. Kat rumah gue pun ada internet lain tapi gue jarang nak berforum kat rumah sebab busy dengan anak kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 01:37 PM | Show all posts

Reply #30 sarahmirza's post



lawak.. lawak.. knp agaknye ada sesetengah lelaki yg begitu kaypohhh..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by LostSoul at 2-3-2008 01:37 PM


lawak.. lawak.. knp agaknye ada sesetengah lelaki yg begitu kaypohhh..




tabiat azali boleh gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by aiva at 2-3-2008 01:05 PM

77. jadilah si Kembang Cina.



si kembang cina tuh, mcm mana yea?.. tak faham aku.. si kembang melayu tak der ker?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 02:32 PM | Show all posts
Tertanya gak si kembang cina tu apa.. dok google.. ada jumpa satu hikayat si kembang cina ni.. sat nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by sarahmirza at 2-3-2008 01:10 PM

Hehehe, bukan BIG bos tapi still bos sebab ada macai sendiri buat kerja gue .

...


bestnyer sarah...korang semuanya jadi BOSS....

i boss kat dapur aje
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by aiva at 2-3-2008 01:06 PM
41. belikan baju untuk isteri, pastikan pemilihan corak, warna kulit dan bentuk badan, kalau tidak pasti, minta bantuan penjual untuk memilih kain yang sesuai.

42. beri layanan istimewa kepada ...


heheheh...byknyer syarat

kalo i kata, pra-syarat nie buat hubungan suami-isteri makin SESAK...ok tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2008 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 2-3-2008 02:38 PM


heheheh...byknyer syarat

kalo i kata, pra-syarat nie buat hubungan suami-isteri makin SESAK...ok tak?


aku setuju ngan alja..

boleh ler anggap jer sebagai panduan.. take it or ignore it.. do at ur own way.. bole gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 02:42 PM | Show all posts
tak dapat bayangkan kalau tak de komunikasi dalam rumah tangga. boleh gila aku dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 02:47 PM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 2-3-2008 02:41 PM


aku setuju ngan alja..

boleh ler anggap jer sebagai panduan.. take it or ignore it.. do at ur own way.. bole gitu?


heheheh...mimik , nasihat org2 yg dah lalui masam-kelat dlm rumahtangga

ikut ko lah labuuuuu.....whatever suit u
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 2-3-2008 02:47 PM


heheheh...mimik , nasihat org2 yg dah lalui masam-kelat dlm rumahtangga

ikut ko lah labuuuuu.....whatever suit u


ye ler.. itu cuma ada 80 panduan kan.. yang kita neh.. ada 1001 macam perangai..

sendiri pandai ler nak pilih.. tak reti nak tolong pilihkan untuk orang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.268724 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list