|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS ♥ Mila - Journey To Bulgaria (May)
[Copy link]
|
|
Reply #19 gto_girlz83's post
Turun plak minggu ni...
Come on sumer upkan balik :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
apa pasal pindah rumah baru?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 m8's post
page lekat teruk sgt maa... hrp2 uma baru ni xde problem trk sgt cam dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ABP bilaa ekk... mila ada tersangkut kat mana-mana ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 aFViRGo's post
rsnya, ok gak klu letakk..lain kali bila nk tgk blk pencapaian dedolu, dah ada kat cini.. sng nk imbas blk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 taufik054's post
wslm taufik.. lama x nmpk erk.. wazzup wazzup..
nite sume.. |
|
|
|
|
|
|
|
Up sikit di pagi ahad nie |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 gto_girlz83's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 gto_girlz83's post
belum.. ada apa?? tepek laa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 m8's post
Tiada dendam Ebi & Mila ~Utusan 23/3/08
EBI dan MILA.~Bersama:NIEZAM
KISAH cinta pasangan artis Mila dan Ebi menjadi panas apabila naib juara Akademi Fantasia Kelima (AF5) itu dikatakan meludah Mila.
Insiden itu berpunca apabila Ebi atau nama sebenarnya Ebi Kornelis@Firdaus Yaimal, 25, dikatakan tidak tahan dengan sikap cemburu membuta tuli juara AF5 tersebut.
Ebi didakwa menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih lamanya tetapi dia menafikan tuduhan yang dilemparkan itu sebaliknya menganggap ia hanyalah salah faham.
Malah ketika hubungan cinta yang tidak pernah disahkan kepada peminat itu semakin tegang, Ebi mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Mila.
Akibat kejadian itu ada pihak mendakwa Mila tidak dapat menerima kehancuran cintanya dan mengugut untuk mencederakan dirinya sendiri sekiranya Ebi mengambil tindakan sedemikian.
Ebi pula dikatakan sudah beberapa kali memberi peluang kepada Mila untuk memperbaiki sikapnya termasuklah memutuskan hubungan dengan lelaki yang didakwa sebagai rakan perniagaan Mila itu.
Tetapi itu hanyalah cakap-cakap orang dan bukannya keluar dari mulut mereka sendiri.
Cuma kata Ebi, selama ini sudah banyak pengorbanan diberikan kepada Mila.
憫Saya sudah berkorban segala-galanya tetapi saya tidak menyangka lain pula yang jadi,拻 kata Ebi.
Sementara menepis gosip cinta mereka, Mila pula mendakwa dia dan Ebi hanyalah kawan biasa. Bagaimanapun masalah yang berlaku telah menyebabkan namanya tercemar.
憫Saya mahu membersihkan nama saya dan menafikan ada perasaan cemburu terhadap Ebi,拻 kata pemilik nama Norsyarmilla Jirin, 21, ini.
Untuk berlaku adil saya tanya Ebi dan Mila untuk mereka tolong jawab mengenai kekusutan yang melanda.
EBI
Apa perkembangan Ebi sekarang?
Saya tengah sibuk dengan penggambaran filem terbaru Sayang You Can Dance. Banyak penggambaran dilakukan di Sarawak. Saya seronok jadi pelakon dan akan mencuba bakat saya ini dengan baik.
Bangga jadi artis selepas keluar AF?
Syukurlah saya dah dapat bantu keluarga. Duit yang saya kumpul sejak menjadi artis dah boleh buat rumah dan dapat bagi duit dekat mereka. Keluarga nampaknya gembira dengan pencapaian saya ini.
Ebi dan Mila tidak pernah mengaku bercinta. Saya mahu penjelasan secara jujur adakah benar kamu berdua mempunyai perasaan lebih daripada seorang kawan?
Saya mengaku memang sayangkan dia (Mila) dan korbankan segala-galanya untuk dia. Tiada sesiapa yang tahu tahap pengorbanan saya itu.
Mila mengkhianati cinta Ebi?
Saya tak mahu komen panjang perkara itu tetapi saya tak sangka ada orang yang tak pegang pada janji dan amanah. Saya terima apa yang berlaku ini sebagai ujian dalam diri saya.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Perkara ini saya anggap sudah selesai. Saya sudah tutup buku. Apa yang berlaku biarlah kami berdua saja yang tahu. Lagipun kisah ini banyak kaitannya. Ia melibatkan keluarga. Saya pun tak mahu ibu dan bapa Mila turut susah hati. Yang berlalu, biarkan ia berlalu.
Kamu berdua bagaimana? Masih bermasam muka?
Tidak! Saya profesional. Kami pernah dipertemukan dalam satu persembahan yang sama. Tak ada masalah untuk berkomunikasi walaupun hubungan kami tegang hujung tahun lalu. Yang penting saya anggap dia kawan saya.
Mila mendakwa Ebi meludah dia. Insiden apa sehingga terjadi perkara itu?
Saya tak mahu komen perkara itu. Saya anggap isu itu sudah selesai dan tak perlu dipanjangkan lagi.
Kami masih lagi berkawan. Cuma saya akui banyak fitnah yang saya hadapi. Tapi tak apa, saya terima dengan baik dan menganggap ia sebagai satu dugaan. Saya percaya suatu hari nanti Allah akan tunjukkan kebenarannya.
Kecewa dengan apa yang berlaku?
Mestilah kecewa. Tetapi terpulanglah kepada orang lain untuk membuat penilaian apa sebenarnya yang berlaku antara saya dengan Mila. Cuma nasihat saya kita hendaklah pegang amanah. Itu saja.
MILA
Mila baru melancarkan album terbaru Persis Mutiara pada Selasa lalu. Puas hati?
Syukurlah lagu Mila Bila Cinta memang meletup dan dapat sambutan yang baik. Cuma ketika album di pasaran, banyak pula kontroversi tentang saya. Tapi tak apa saya terima ia sebagai ujian. Yang penting saya gembira. Berat badan pun dah naik dari 35 kilogram kepada 37 kilogram. Itu bermakna saya 慼appy |
|
|
|
|
|
|
|
MILA BILA CINTA NO 12 PD 23/03/08@CARTA HOTFM 30-JATUH 1 ANAK TANGGA!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 gto_girlz83's post
Jatuh lagik
Come on sumer up kan lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|