|
Serangan Raja Gadumbang Porang atau Tuanku Mandailing dengan tentera paderi tidaklah begitu menekan tetapi apabila Tuanku Lelo bertubi-tubi menyerang Penyabungan dan memburu yang Dipertuan Huta Siantar bersama pengikutnya; pembunuhan beramai-ramai telah memaksa sebahagian besar penduduk Mandailing melarikan diri ke Tanah Melayu, sekitar tahun 1816 |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum bertemu dengan Raja Asal di Slim/Ulu Bernam maka satu persetujuan telah diadakan supaya Jabarumun/Raja Barumun di hantar mendapatkan Sutan Na poso (Sutan Puasa) yang bekubu di Ulu Langat bagi mengatur satu serangan balas ke atas Tengku Kudin dan Raja Bosu. Berikutnya Sutan N Poso tidak begitu yakin keraja Raja Asal tidak menyertai pasukan perang yang hanya di pimpin oleh Jabarumun/Raja Barumun.
Pasukan perang tersebut telah pulang tetapi di tengah jalan mereka sempat juga menyerang orang-orang Cina di Pudu dan juga Ulu Kelang. Kedai mereka di bakar dan pembunuhan pun berlaku di kedua-dua kawasan tersebut.
Raja Laut dan pengikutnya tidak mengikut Raja Asal ke Changkat Piatu, mereka telah berkampung di Air Kuning dan Banir di negeri Perak. Raja Laut meninggalkan anaknya yang sulung benama Basir Nasution atau pun lebih di kenali sebagai Syeh Basir guru agama di Air Kuning.
Raja Laut telah kembali kepada cara hidup lamanya berulang alik di Selat Melaka sehinggalah beliau terkorban di dalam salah satu perempuran laut dengan angkatan perang Belanda di Labuahan Bilik.
Anaknya Syeh Basir Nasution telah kembali ke Sumatera untuk mengumpulkan semula kaum keluarganya tetapi beliau tidak lagi kembali menetap di Air Kuning. Anaknya yang tua benama Ja Akob atau di kenali sebagai Jakub tinggal di Banir dan Air Kuning.
Raja Asal telah di terima mengadap Raja Idris iaitu putera Mahrum Teja yang berkuasa di kawasan Teja, lalu diberikan satu kawasan melombong yang luas di Changkat Piatu. Raja Asal juga telah diberikan kuasa mengutip cukai bijih timah di muara pertemuan Sungai Pinji dan Sungai Kinta. Sebuah Pengkalan mengutip cukai yang teguh telah di bina oleh Raja Asal. Oleh kerana ia sebuah pengkalan yang teguh akhirnya mengikut "telor" orang Perak lalu disebut Pengkalan Pegoh.
Raja Asal juga telah membina sebuah perkampungan orang-orang Mandailing di Changkat Piatu, lalu berkumpullah sebahagian besar orang Mandailing di Changkat Piatu. Orang-orang Rawa pula di tempatkan di Gopeng di bawah pimpinan Panglima Jabarumun atau lebih di kenali sebagai Imam Perang Jabarumun.
Isteri Raja Asal yang mengikutinya setelah tinggal di Bukit Nenas di tawan oleh tentera Pahang telah berjalan kaki mencari suaminya hingga sampai kesuatu tempat berhampiran Pusing, di sana beliau bersama pengikutnya telah berkampung sementara menanti utusan Raja Asal menjemput mereka . Kampung tersebut sehingga hari ini di kenali sebagai Siputeh. Itulah sebabnya terdapat dua tempat yang dinamakan Siputeh, masing-masing di Selangor dan di Perak.
Adalah diberitakan bahawa dalam tahun 1874, apabila perjanjian Pangkor termeteri maka banyaklah pembesar-pembesar Negeri Perak yang tidak puashati. Memandangkan Raja Asal ini seorang yang gagah berani dan banyak pengalamannya di dalam peperangan maka datanglah beberapa orang di antara mereka meminta campurtangan beliau (Raja Asal) untuk mengusir Inggeris dari negeri Perak.
Raja Asal menolak permintaan mereka untuk campurtangan dalam pergolakan di Perak kerana beliau telah uzur dan letih untuk berperang sepanjang usia remaja dan dewasanya. Pakatan untuk membunuh J.W.W Birch tidaklah disertainya tetapi Raja Asal telah meminjamkan hambanya Sipuntung yang sangat dipercayai sebagai tanda penyertaannya untuk membersihkan bumi ini dari campurtangan orang-orang kafir yang ditentangnya sejak beliau memeluk agama Islam.
Raja Asal tidak pernah menjadi Penghulu di Mukim Belanja, Penghulu Belanja yang pertama adalah Raja Bilah, iaitu anak saudara kepada Raja Asal.
Sewaktu J.W.W Birch di bunuh pada tahun 1875 Mukim Belanja belum lagi diwujudkan. Sila lihat perlantikan Raja Bilah sebagai penghulu Belanja yang pertama.
Semasa J.W.W . Birch di bunuh, Raja Asal sudah mula gering dan tidak mampu lagi mengendalikan urusan melombong ataupun mengutip cukai bagi pihak Raja Idris (Sultan Perak). Akibatnya beliau terhutang $3,000.00 kepada pihak yang berkuasa.
Sepanjang keadaannya gering itu, Raja Bilahlah yang menguruskan semua urusan Raja Asal. Akhirnya Raja Bilah telah meminta Raja Asal menyerahkan kuasa sepenuhnya kepadanya supaya dapat beliau membayar semua hutang tersebut.
Setelah enam bulan kuasa diserahkan kepada Raja Bilah barulah segala hutang piutang tersebut dapat diselesaikan.
Raja Asal dalam usia yang agak lanjut dan kesan dari kekalahan serta kegagalannya tidak lagi merupakan seorang yang aktif di dalam urusan maka itu semua urusan dikendalikan oleh Raja Bilah.
Tuanku Raja Asal telah meninggal dunia pada 1878 dan di semadikan di Changkat Piatu di antara pertemuan Sungai Pinji dengan Sungei Kinta. Sehingga hari ini makam beliau masih tertegak megah di atas tanah perkuburan Changkat Piatu.
Source : Buku Cenderamata Lembaga Adat Mandailing Malaysia
http://bakkara.blogspot.com/2006 ... raja-odap-odap.html |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 idx's post
Setau aku, orang mandailing ni ada 5 cabang -
i) Lubis
ii) Nasution
iii) Siregar
iv) Harahap
v) Tanjung.....:re:
maknanya arwah Siti Tanjung Perak tuh org mandailing kottsss....:re: |
|
|
|
|
|
|
|
nak kenal mandailing senang aje...tengok idung mereka kalau idung dompok itu maka mereka asal dari suku mandailing...contoh seperti sheila majid... |
|
|
|
|
|
|
|
pak mertua aku orang mendailing.. marga Harahap.. perkampongan pertama mereka kat Chikus.. tuh mengikut yg aku dengar.. dowang kalau jumpa sedara sekapal memang mcm adik beradik.. padahal dah dua pupu tiga papat.. pastu ape yg aku dengar, datuk maharajalela yg bunuh jww birch tuh pon orang Mendailing.. |
|
|
|
|
|
|
|
bapa lubis emakku nasution -aku totok mandailing -pernah kubaca batak itu bukan islam, mandailing beragama islam. dulu ada persatuan mandailing kat kg. baru kl siap ada belajar bahasa mandailing lagi kalau tak silap akulah tapi sekarang tak tahu ada lagitak persatuantu mungkin dah tak wujud sayangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ayah saya mandailing tp sy xtau marga mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Hoho selain yg ditulis tu ada lagi marga2 mandailing nih.
Haihh family aku panggil mandeling je hahaha
Oh ye
Mak aku Lubis (Atuk aku Lubis Opah aku Nasution)
Bapak aku Rangkuti ke Nasution (aku da lupa)
Kalo ikut family mak ngan abah aku nih ada la 30 atau 40 pupu
Kaum nih, kalo bleh nak kawin kan ngan kaum dia jugak tak kira marga la.
Pasal ahli politik tu mmg byk kaum nih, meh aku senaraikan skit yg aku tau.
1: Datuk Harun (Bekan MB Selangor) mandailing ulu langat tu asal dia
2: Mokhtar Hashim (Politician gak) - Pernah dipenjara pasal bunuh orang yg rogol adik dia (sedara-sedara Dato Harun gak nih tak silap)
3: Hashim Yoep Sani - Hakim negara dlu la (Dia jugak la hakim kes Mokhtar Hashim tu)
4: Dato' Seri Ainum binti Mohd Saaid - (Bekas AG)
[ Last edited by atreyudevil at 24-11-2008 12:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
..aku pun sekapal gak.. tapi sebelah mak je.. marga Nasution..
Kitorang (keluarga sbelah mak) ada buat perhimpunan setaun sekali kat kampung kat Temoh, memang ramai tul Mendailing kat sana.. setiap kali jumpa, kitorang akan update Family Tree supaya anak-cucu kitorang akan tau asal-usul mereka.. Pakcik aku sorang nih memang betul-betul aktif trackdown Family Tree keluarga sedara-mara kitorang..
..Saper sini keturunan Jamuliya? Menurut pakcik aku, Jamuliya ni adalah salah seorang drpd group bangsawan Mendailing terawal yang landing kat semenanjung Tanah Melayu utk membuka penempatan Mendailing di sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 narvmarishka's post
ii) Nasution
iii) Siregar
iv) Harahap
Nama nih Popular...
Saifuddin Nasution
Ahmad. Tamini Siregar
Cico Harahap |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #30 HangPC2\ catat
Aku keturunan dari Nasution..... hujung nama ayah ada nasution... tapi dia tak gunakan pulak pada anak2 dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Huh sib baik, tp mmg ada sedara bleh ayah aku, 2-3 pupu
Nama Glamer tp Balkang ad Rangkuti.. |
|
|
|
|
|
|
|
mendeleng nieh biasanya putih, dan alim2..itu emak aku ckpler... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #25 alpha_dansei\ catat
datuk maharajalela mmg orang mendailing.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 ttp's post
org keja aku dulu batak mandailing gak... marga nasution... mesti kaum kerabat mak ko.... |
|
|
|
|
|
|
|
ahh... tidakkk............. aku bukan batak!!!!!!! nih seme tipu!!!! tipu!!!!!
heh.. heh... heh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 adala's post
Hishh apa batak-batak nih, batak tuk yg bukan islam
Makan kang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 idx's post
dulu pensyarah kata..org kuala kangsar ramai keturunan mendailing...tp bila tanya mak..dia kata ..tah tak tahu kita keturunan apa.... |
|
|
|
|
|
|
|
batak tu hny pd mendeleng yg belum convert islam |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Hidayat (kerabat diraja mandailing) tu moyang aku ... kubur raja hidayat ada di batu gajah.... kg aku x jauh dari batu gajah... setiap kali hari raya aidilfitri menjelang ... aku selalu gi ngan bapak aku gi ziarah kubur Raja Hidayat dan kerabat2 diraja dan sultan mandailing, kerabat bendahara di makam mandailing.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|