|
Dulu slalu gak kira mengira nihh.. Tapi tak berapa terjamin.. takuttt.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau betul nak prevent prenancy better makan pil perancang nie...
keberkesaan nya adalah 99%....
kalau nak kira-kira nie....kena wat kajian ke atas badan sendiri.....3 bulan ker ker monitor cycle sendiri...
sbb kalau amik pil, kira macam kita manipulate diri kita dengan makan hormon luaran....tu yang period akan datang sikit jer .....
tapi sementara tengah kaji diri sendiri, kalau nak bersama tu kenalah pakai kondom.....
prevent jugak walau tak sebagus pil..... |
|
|
|
|
|
|
|
i dah browse habis website pasal natural family planning...ada rasa confident sikit...I rasa yang Two Day Method tu bagus...kalau kira calendar kena ambik data at least 6 bulan Anyway, thanks semua sebab bantu... |
|
|
|
|
|
|
|
ishhh aku still xtau nk kira waktu subur la...period aku benggong.. awal bln aritu br period after 2mths x dtg...dah la nk try conceive....help me.. period dtg dlm 6-8 ari...b4 that pun 2 mths x dtg... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeybee1802 at 25-6-2008 08:08 AM
tak semestinya ari subur tuh sama ke about hari ke 14 gitew..have to do some charting skit..or at least you look at the diffences of your vaginal mucous..kalo time kering jek bese tak subur..if s ...
yup. cara paling senang nak tahu... doktor aku ajar mender yg sama.
ko test kelikatan vaginal discharge... kalo macam telur putih mentah, makna nyer tuh time subur ko ler... usually mid way through your cycle... cycle dependent, kalo cycle ko 28 hari, 14th day or so... kalo cycle 36 hari, 18th day or so... |
|
|
|
|
|
|
|
isk haru betul....tak tau nak cakap |
|
|
|
|
|
|
|
isk haru betul....tak tau nak cakap |
|
|
|
|
|
|
|
kalau period yang tunggang langgang tu mcmana nak tau waktu subur yer.... bila tgh berusaha nak conceive ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
one more way.....google "ovulation" and download the free ovulation calendar. it will be set according to your menses cycle. |
|
|
|
|
|
|
|
Info yg bleh di kongsi bersama...
kita dpt dr email.. berguna gak nie..
> KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
>
> Ada 2 sebab utama :-
> 1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
> 2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
>
> Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh
> anda sebarkan
> dan digunakan secara praktikal.
> FAHAMI KITARAN HAID
>
> Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks
> dan payah
> sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku
> setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita
> masing2 ada
> kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35
> hari. Tetapi
> secara puratanya ialah 28-30 hari.
>
> Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa
> ini.
>
> Hari 1-4
>
> Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah
> haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk
> diketahui kerana
> ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid
> datang, ia
> perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari.
> Sebaik-baiknya
> ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk
> mengandung.
> Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di
> dalam sebulan.
>
> Hari 5-13
>
> Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon
> estrogen meningkat.
> Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan
> menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula,
> telur yang
> berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
>
> Hari 14
>
> Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.
> Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh
> peningkatan mendadak
> sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH).
> Telur ini
> sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan
> hilang. Sekiranya
> ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke
> rahim.
>
> Hari 15-28
>
> Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas
> telur dikeluarkan
> dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes
> daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim
> semakin
> menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada
> persenyawaan
> berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya
> tembok
> Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
>
> BILAKAH WAKTU SUBUR?
> Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk
> bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini
> adalah kerana
> ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
> Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih
> kurang 14
> hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika
> fasa luteal
> bermula.
> ** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your
> previous
> period)
>
> Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah
> 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah
> hari subur.
> Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari =
> hari ke 16
> ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya
> 35 hari maka
> 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
>
> Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14
> hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar
> boleh
> berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari
> pertama period
> yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28
> hari, tak jadi
> masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period
> anda
> berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
>
> CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
> Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu
> darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada
> kemaluan.
> ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di
> Amerika
> terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air
> kencing
> wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di
> K.Lumpur.
>
> MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
> Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat
> yang panjang,
> iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan
> zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma
> dengan
> kelebihan yang lain pula.
>
> Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki
> adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari.
> Ini bermakna,
> sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur,
> atau 2 hari
> selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu
> berjumpa dengan
> sperma yang hidup lebih lama.
>
> Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap
> malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke
> 11, 12, 13,
> 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari
> kesuburan
> sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah
> menganggarkan waktu
> subur adalah pada hari ke 14.
>
> Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak
> berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah
> sesuai dengan
> waktu bersama anda.
>
> MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
> Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin
> mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
> Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar
> adalah berisiko
> dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin
> boleh tersilap
> kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur
> menyebabkan
> tarikh subur lari dari kebiasaan.
>
> Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari
> di dalam rahim
> (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas
> hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama
> isteri
> ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
>
> Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini
> lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda
> sendiri. Seperti
> yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan
> mempunyai
> risiko yang tersendiri.
>
> Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar
> waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk
> mengelak
> daripada bersama.
> |
|
|
|
|
|
|
|
waktu subur org pompuan ni dikira start habis period ye ...cth : last period 28/05 ..maka kiraan tempoh subur bermula pada 29/05 ....dan hari ke 14 tu jatuh pd 10/06/2010 kan ?..
ape plak maksud Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. ...bini aku period 4 hari jer...ni ape plak amik masa sampai 28 hari ?..hahahaha. pening..pening
betulkan aku , pening ah.. |
|
|
|
|
|
|
|
waktu subur org pompuan ni dikira start habis period ye ...cth : lastperiod 28/05 ..maka kiraan tempoh subur bermula pada 29/05 ....dan harike 14 tu jatuh pd 10/06/2010 kan ?..
ape plak maksud Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. ...bini aku period 4 hari jer...ni ape plak amik masa sampai 28 hari ?..hahahaha. pening..pening
betulkan aku , pening ah..
fazamania Post at 14-6-2010 03:36
aku pn pening dgn soalan ko ni faza.
yg 1st tu ok..mmg betul..bini ko period let say 1st dy 1/6 -so waktu subur 14/6.
28 hari tu kitaorg panggil cycle utk next period...mcm ni cth period 1/6 - ko kira 28 hari start 1/6 tu kan..smpi 28/6..so 29/06 period utk next month pulak..tu lah yg di pnggil 28 hari.. tk smua org period tetap 28 hari..ada yg 30 hr..ada34..ada 29..beza beza.
klau tetap tu..alhamdulillah la..sng nk kira..
ko binik ko nya cycle period brp hari..?..ada catat tak ? kalau pas kawen ni..period date kena catat...nnt sng nk tgk bila waktu subur..kalau dh peknen pulak..sng nk tentu due date bersalin |
|
|
|
|
|
|
|
camne kalau cycle period cuma 19-18 hari saja... means ari yg ke 19 dah datang period balik...:cf:
Tapi bila tanya doc, dia kata normal... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 26# kikilalat
doc aku pun ajar mender yang sama tgh kita punya discharge tuh...masa kita calit ngan jari tuh...kalu tarik tak putus tuh maknanya time subur...kalu putus-putus tuh tak ler...doc aku ckp tak yah beli alat kira waktu subur...mahal heheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
period cycle aku lak 33 hari.last month aku punye period 24hb..doctor aku cakap waktu subur aku 8 dan 9hb..aku sangat konfius sebab kalau ikut kiraan 33-14=19..so,adakah tarikh subur aku tu 8,9 atau 19hb???pastu ade lak kate takleh bersama selepas waktu subur.nape yek???
help me |
|
|
|
|
|
|
|
period cycle aku lak 33 hari.last month aku punye period 24hb..doctor aku cakap waktu subur aku 8 dan 9hb..aku sangat konfius sebab kalau ikut kiraan 33-14=19..so,adakah tarikh subur aku tu 8,9 atau 19hb???pastu ade lak kate takleh bersama selepas waktu subur.nape yek???
help me |
|
|
|
|
|
|
|
hai semua, azie tetap setiap 28 hari, pernah nampak kat website, kata kalau nak tahu waktu subur, tolak 14 hari dari tarikh haid seterusnya. mother in law kata, dari hari pertama haid adalah sampai hari ke 21, waktu subur. lepas tu sehingga haid seterusnya adalah biasa.
nak makan pil, takut effect. kalau boleh tak nak pregnant dlm masa 3 tahun ni. hubby tgh belajar lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|