CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tangopapa

Tasik chini terbiar

[Copy link]
Post time 8-11-2008 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 8-11-2008 10:54 AM
org yg pentingkan keuntungan.


Org mcm ni mmg ada!
tp xramai.
Mcm org yg suka buang sampah dlm sungai tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2008 09:54 PM | Show all posts

Balas #21 masarju\ catat

org asli kat situ pun tau buang sampah dalam tong sampah
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 10:31 AM | Show all posts
Hidupkan semula Tasik Chini
PEKAN 11 Nov. - Para pelancong tempatan dan luar negara meminta kerajaan negeri mengambil langkah proaktif untuk mempopularkan kembali Tasik Chini dekat sini yang semakin terbiar.

Mereka bukan sahaja kesal dengan sikap pihak berwajib yang seolah-olah tidak berminat lagi untuk menjadikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan, malah turut kecewa dengan kekurangan kemudahan serta aktiviti yang sepatutnya disediakan di kawasan itu.

Salah seorang pengunjung, Husin Japar, 35, berkata, dia tidak lagi melihat Tasik Chini sebagai kawasan pelancongan yang boleh dibanggakan walaupun suatu ketika dulu ramai yang gemar berkunjung ke situ kerana keindahan alam semulajadinya.

''Memang kecewa dengan keadaan tasik ini sekarang. Ini mungkin disebabkan oleh pencemaran dan pembangunan tidak terancang sehingga memberi kesan kepada kehidupan pokok teratai yang banyak di sini dulu," katanya ketika ditemui di tasik itu baru-baru ini.

Husin yang berasal dari Manjung, Perak, berharap, kerajaan dapat mengambil langkah drastik ke arah memulihara persekitaran tasik selain memastikan bunga teratai yang pernah hidup subur di kawasan itu, dapat diwujudkan kembali untuk menarik pelancong.

Seorang lagi pengunjung tempatan, Mohamad Mohd. Fazli, 24, memberitahu, Tasik Chini yang kaya dengan kisah legenda dan mitos yang tersendiri seharusnya mampu menjadi tiket untuk menarik jumlah pelancong dari serata dunia.

''Namun apa yang berlaku, jumlah mereka yang datang ke sini bukan semakin ramai sebaliknya berkurangan dari tahun ke tahun," katanya.

Mohamad menambah, kekurangan aktiviti turut membantutkan minat pelancong untuk datang semula ke tasik itu.

Pandangan tersebut turut dikongsi oleh dua pelancong asing yang hanya mahu dikenali sebagai Alice dan Danae.

Menurut Alice yang berasal dari Perancis, dia dan sahabatnya itu kecewa setelah berkunjung ke Tasik Chini kerana maklumat yang diterima mengenainya jauh berbeza dengan apa yang disaksikan sendiri oleh mereka berdua.

''Bilik penginapan yang terdapat di sini juga tidak selesa. Kami tidak berminat lagi berkunjung ke Tasik Chini kerana tiada aktiviti dan perkara menarik," katanya.

Sementara itu, pembawa bot pelancong di tasik tersebut, Mat Chot, 30, berkata, pendapatannya semakin merosot dari semasa ke semasa kerana kekurangan pengunjung ke kawasan itu.

''Kalau musim cuti, sehari mungkin boleh dapat tiga trip tetapi kalau hari biasa, satu trip pun susah," katanya yang menjadikan usaha tersebut sebagai pekerjaan sampingannya.

Salah seorang kakitangan Resort Tasik Chini, Sharifah Baizura Syed Bakar, 26, menjelaskan, pihaknya menyediakan beberapa aktiviti sampingan selain bersiar-siar mengelilingi tasik dengan menaiki bot tetapi ia hanya disediakan atas permintaan.

''Kami juga menerima rungutan mengenai kekurangan bilik, keselesaan dan sebagainya. Semua ini akan cuba diatasi.

''Buat masa ini, kami sedang menunggu kelulusan kerajaan negeri untuk melakukan membaik pulih bilik-bilik yang rosak," katanya.



aki we: baik pulih...lepas tu terbiar balik.... baik pulih lagi.... terbiar lagi.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 12:01 AM | Show all posts
sayang sekali tasik yg cantik mcm nie bley terbiar kan..nie la kelemahan pelancongan pahang nie..mcm tak berjalan jek..kalau dijage betul2..then perancangan + promisi tak mustahil kt tasik nie boleh diadakan sukan2 air yg taraf antarabangsa...so secara tak langsung org akan dtg melawat pahang kan... tgk chalet yg ader pun cam hidup segan mati tak mau jek tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2008 12:31 AM | Show all posts


patut le ramai org komplen....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by dujuan at 22-10-2008 09:53 PM
lor..ingat kan tasik chini cantik..skang mcm sg pinang dah haku tgk


hi juan
x gi memancing kt Tasek Cini ke?
BERhati-hati..ada NAGA Jgn di kocok2 airnya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2008 08:03 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 14-11-2008 12:31 AM
http://www.malaysiasite.nl/images/chini1.jpg

patut le ramai org komplen....


Agaknya bila akan "dibaikpulih"?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 08:04 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 8-11-2008 09:54 PM
org asli kat situ pun tau buang sampah dalam tong sampah


Sb ada yg ambik jln mudah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2008 10:48 PM | Show all posts
Cuba jadikan Everglades National Park sebagai contoh bagi Kem. Pelancongan & Kerajaan Negeri
bangunkan semula Tasik Cini..klu nak seribu daya...berbillion ke tempat lain yang belum tentu
menguntungkan boleh pulak...

kredit kat:http://www.ohranger.com/everglades/photos

spt menara tinjau


menara tinjau..pengunjung mendpt perspektif yang luas


hidupan yg bebas pencemaran


transportation yg menarik...cuba letakkan di Tasik Cini pasti ianya tarikan pengunjung utk naik


Everglades dari udara


tumbuhan semulajadi


horizon yg menarik..swamp grassland


penyediaan jalan & pengangkutan utk keselesaan pengunjung


visitor centre.. kita bagaimana?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 05:34 PM | Show all posts

Balas #29 original_la\ catat

Betul tu................

Kot besok bebetul kuar naga tasik chini tu baru lah kerajaan nak baik pulih tasik tu.............

So meh la kita seme berdoa agar naga tasik chini cepat2 kuar.......... kalau x sampai bebila la la tasik ini akan terbiar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 08:42 PM | Show all posts

Reply #27 masarju's post

x tau ler.....pakatan rakyat amik alih, bleh maju kot?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 12:29 AM | Show all posts
Originally posted by arifah_72 at 16-11-2008 05:34 PM
Betul tu................

Kot besok bebetul kuar naga tasik chini tu baru lah kerajaan nak baik pulih tasik tu.............

So meh la kita seme berdoa agar naga tasik chini cepat2 kuar...... ...


idea sendiri tak ada... tu yg tepek hak org!
ishh jgn kacau..naga tasik cini tengah beradu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 12:32 AM | Show all posts
tanggo

terima kasih kerana sedekah 30 ketoii keledek rebus kat koi
terima kasih daun keladi..kalau ade koi nok lagii
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by original_la at 17-11-2008 12:29 AM


idea sendiri tak ada... tu yg tepek hak org!
ishh jgn kacau..naga tasik cini tengah beradu...

tgh lawan tido dgn gov negri Pahang........... kita tengok saper yg menang........
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by original_la at 15-11-2008 10:48 PM
Cuba jadikan Everglades National Park sebagai contoh bagi Kem. Pelancongan & Kerajaan Negeri
bangunkan semula Tasik Cini..klu nak seribu daya...berbillion ke tempat lain yang belum tentu
mengun ...


hi 'ol' :flower:
kalau jadi mcm ni..tentu ramai pelancung membanjiri Pahang kan?
Ekonomi rakyat Phg pun meningkat..bisness makin maju..TAPI
sampai bila kita haru menunggu??

Bila dh buat...kena maintain..tu yg 'susah'..harap2 nanti 0k
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 16-11-2008 08:42 PM
x tau ler.....pakatan rakyat amik alih, bleh maju kot?


InsyaAllah..kita tungga & lihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by arifah_72 at 17-11-2008 09:50 AM

tgh lawan tido dgn gov negri Pahang........... kita tengok saper yg menang........


yang menang.... pak lah zzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by original_la at 17-11-2008 04:31 PM


yang menang.... pak lah zzzzzzz

Ori............ ko student ker dah keja........ kalau dah keja. govt.. sec. ker?
Kalau Govt sec....... kot tak ber bonus ko tahun nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by arifah_72 at 17-11-2008 05:17 PM

Ori............ ko student ker dah keja........ kalau dah keja. govt.. sec. ker?
Kalau Govt sec....... kot tak ber bonus ko tahun nie


ishh! aok neh mudoh amat berbughuk sangke
koi maksudkan pok loh leloh kat kg koi
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by original_la at 17-11-2008 05:33 PM


ishh! aok neh mudoh amat berbughuk sangke
koi maksudkan pok loh leloh kat kg koi


tumpang gelak aje.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.269107 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list