|
mesti ada punya lah....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 4
Waktu rehat yang diperuntukkan selama satu jam memberi ruang pada Sakura untuk berjalan-jalan sekitar kawasan tersebut. Terdapat deretan butik pakaian yang menawarkan pelbagai promosi serta fesyen yang terkini. Setelah penat berjalan dia berehat pada bangku yang disediakan ditepi jalan. Sakura begitu asyik melihat telatah dan reaksi orang yang lalu-lalang sekali sekala dia tersenyum sendirian apabila melihat adegan yang lucu yang berlaku dihadapanya.
揑shk卪ereka ni kalau ya pun nak bergaduh balik rumah ajela卬i depan-depan aku juga nak membebel. |
|
|
|
|
|
|
|
“Sakura, datang sini.” Jerit Rachel kasar. Terkocoh-kocoh Sakura menuju ke arah kaunter. ‘Kalau tak jerit tak boleh ker? Kalaulah suara semerdu Sharifah Aini okey juga! Ini suara mengalahkan harimau mengaum…menyampah betul’
Belum pun sempat Sakura bertanya Rachel segera bersuara tegas. “Cepat minta maaf dengan Cik Jessy.” Arah Rachel kemudian dia menoleh seketika pada Jessy yang sedang menanti lalu dihadiahi satu senyuman manis pada wanita itu.
Wajah Sakura berkerut dia terus memandang pada Rachel mengharap pengurusnya itu menjelaskan kesalahanya namun pandangan Sakura dibalas dengan jelingan tajam.’Kenapa aku perlu minta maaf? Apa salah aku? Takkan terlewat dua minit pun nak marah macam ni’ Ngomel Hati Sakura. Dia memandang sekilas pada wanita yang berdiri tidak jauh darinya. ‘Jessy? Bukankah dia ni perempuan yang datang bersama lelaki hensem tadi? Kenapa aku perlu minta maaf pulak. Aku cuma intai sikit sahaja teman lelaki dia takkan salah kot.’ Desis hatinya lagi.
“Kamu tunggu apa lagi, cepat minta maaf.” Jerkah Rachel lalu menyiku Sakura yang berada disebelahnya.
Jessy tersenyum sinis.
“Apa salah saya?” soal Sakura kehairanan nada suaranya dipelahankan agar lebih sopan wajah Rachel ditenung mengharapkan penjelasan .
“Kalau kamu nak tahu, kasut yang kamu carikan tadi sudah rosak!” sampuk Jessy geram mendengar pertanyaan Sakura tadi, seperti tidak menghormatinya.
“Rosak? Siapa yang rosak kan?” soal Sakura masih lagi terpinga.
Jessy mendengus kasar, “Kamu yang pilih kasut tadi. Jadi kamu yang perlu bertanggungjawab!” kali ini dia meninggikan suaranya. Sakit hati melihat reaksi Sakura seperti tidak bersalah.
“Tapi masa saya ambil kasut tu keadaannya baik, tak ada rosak pun.” Balas Sakura cuba membela diri.
“Jadi maksud awak saya yang rosakkan kasut tu?” marah Jessy bibirnya digertap menahan marah.
Rachel terkejut dengan kata-kata Sakura yang dianggap sudah melampau.
“Sakura, mana awak tahu kasut tu tak rosak. Mungkin awak tersalah tengok. cepat minta maaf.” Rachel berbisik lalu menyiku Sakura agar segera meminta maaf dari Jessy. Rachel menunduk hormat pada Jassy sambil berkali-kali memohon maaf.
Ryan yang berada di sofa segera bingkas bangun. Setelah bosan menunggu kini dia berjalan memerhati kasut yang dipamerkan. Setelah jemu melihat kasut-kasut yang dijual matanya kini melilau melihat keadaan butik kasut itu sejurus kemudian pandangnya kini tertumpu pada gadis yang sedang berhadapan dengan Jessy.
Sakura menunduk tidak berani menatap pandangan tajam Jessy yang seolah-olah mahu menelannya. ‘Tapi tadi kasut tu tak ada rosak apa pun. Kenapa pulak aku yang kena bertanggungjawab? Entah-entah dia yang rosakkan kasut tu. aku tak salah, kenapa pulak aku yang perlu minta maaf?!’ tingkah hati Sakura, nafasnya semakin kencang menahan marah. Jari jemarinya digenggam erat cuba menahan geram dari meledak keluar. ‘Sabar, customer is always right. Kalau kau sayangkan kerja ni cepat minta maaf’ Bisik hatinya lagi
Rachel menolak badan Sakura agar bersuara, Sakura kembali menatap wajah Jessy yang sedang menyinga.
“Kenapa saya perlu minta maaf? Bukan salah saya” laju sahaja kata-kata itu terkeluar dari mulutnya. ‘Alamak! kenapa itu pulak yang terkeluar’ Sakura segera menutup mulut dengan tangannya.
“Kurang ajar! kamu tanya saya kenapa?” jerkah Jessy kakinya dihentak pada lantai. Jessy menoleh kebelakang cuba mencari kalibat Ryan.
Ryan yang sedari tadi memerhati terpaksa masuk campur. “Say it now…” Ryan bersuara mendatar tetapi kedengaran cukup tegas.
Sakura terkejut apabila terdengar suara dari arah belakangnya, dia segera menoleh. Ryan kini betul-betul berdiri dibelakangnya. Sakura merenung lelaki itu. ‘Wah, si hensem. Aku ingat kau tak ada tadi.’ Bicara Sakura dalam hatinya. ketinggian Ryan yang dua jengkal lebih tinggi darinya memaksa Sakura mendongak untuk melihat wajah lelaki itu. Sakura terpaku seketika tatkala mata mereka bertemu, hidungnya yang mancung serta memiliki bibir yang menawan memukau hati Sakura. Perasaan marahnya tadi seperti telah terbang dibawa sang bayu. Dia ni model ke? Kalau pelakon mesti aku dah kenal. Emm..wanginya..citarasa yang hebat, komen Sakura dalam hatinya. Beruntungnya Jessy. Desis hatinya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
“Awak tunggu apa lagi?cepat minta maaf.” soal Ryan garau. Renungan Ryan yang tajam menyedarkan Sakura dari lamunannya.
Jessy segera mendapatkan Ryan, lengan teman lelakinya itu dipaut erat. Dia memandang Sakura dengan wajah yang sinis.
Entah kenapa sebaik sahaja melihat wajah Jessy perasaan marah Sakura kembali membuak. Ah, aku paling menyampah tengok perempuan mengada-ngada macam ni. kau ingat kau kaya, lawa aku takut. Bukan salah aku buat apa aku nak minta maaf. Sakura yakin kasut yang diberi tadi masih berada dalam keadaan elok.
“Hey, kau ingat kau siapa? Jurujual tak sedar diri. Kalau dah silap tu minta maaf cepat” Tengking Jessy. Dia tidak akan melangkah keluar dari kedai itu selagi gadis dihadapanya tidak mengucapkan maaf. Lebih-lebih lagi apabila menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh beberapa orang pelanggan butik itu. Maruahnya sebagai seorang model popular perlu dijaga.
“Siapa? Kalau nak tahu aku Sakura.” Ucap Sakura lantang dan cukup sinis, dia tidak mampu lagi menahan rasa sakit hatinya mendengar kata-kata hina dari Jessy sebentar tadi.
Jessy mendengus kasar, “Sakura?” soal Jessy sinis. “Just a flower! Do you know me? I’m model for this brand!” sambungnya lagi angkuh.
Wajah Sakura berkerut, ‘Model?’ dia segera menilik gambar beberapa model yang terpampang dalam kedai itu lantas satu senyuman sinis terukir dibibirnya ‘Oh, patutla berlagak.’ Bisik hatinya lagi setelah menyedari dia kini berhadapan dengan duta produk itu. Peduli apa, dia duta apa pun. Kalau dah kurang ajar tak perlu nak hormat. Detik hati Sakura lagi.
“Biar pun saya hanya bunga, tapi lebih cantik dan putih. Kau akan nampak aku setiap kali musim bunga tiba. Terhias cantik …tanpa Sakura musim bunga kau akan suram bukan! bukan macam kau yang hanya model untuk brand yang…” Sakura terdiam seketika cuba mencari perkataan yang sesuai untuk dilafazkan. “Yang langsung tak popular ni.” akhirnya terluah. Sakura menarik nafas lega, dia ingat model tu hebat sangat ke?’ ngomel hati Sakura geram.
Sakura menjeling pada Rachel yang cuba menahan tawa, dihujung sana kelihatan beberapa pengunjung berbisik sesama sendiri. Manakala Sun Yeong dan Yeu Kim menutup mulut sambil mengangkat ibu jari mereka pada Sakura tanda setuju dengan kata-kata Sakura sebentar tadi. Sakura tersenyum.
Wajah Jessy merah padam, nafasnya berombak kencang menahan marah. Gadis dihadapannya itu benar-benar mencabar egonya. “Aku takkan keluar selagi kau tak minta maaf dengan aku.” Ugut Jessy garang.
“Just say it!” Ryan bersuara tegas dia sudah penat bersabar dengan karenah Sakura dan Jessy yang degil itu. Memalukan! Perkara kecil macam ni pun nak bising. Perempuan! Bentak hati Ryan geram.
“Never!” Ucap Sakura pelahan tetapi cukup tegas sambil memeluk tubuh lagak seperti anak kecil yang sedang merajuk.
“Okey, mulai hari ini kau dipecat. Betul Rachel?” Jessy menjeling seketika pada Rachel yang berdiri tidak jauh dari mereka. Rachel menelan air liur melihat jelingan Jessy. Dia tiada pilihan, walaupun cukup menyampah dengan sikap Jessy yang selalu mengada-ngada apabila berkunjung ke butiknya. Tetapi kerana pengaruh Jessy, butiknya nanti mungkin akan digugurkan dari senarai butik yang berhak untuk menjual brand tersebut. Akhirnya Rachel mengangguk pelahan.
“Maaf Sakura. Awak tak diperlukan lagi di sini.” Ucap Rachel pelahan. Sakura tidak terkejut, dia tahu kalau tidak sekarang pasti sebentar lagi Rachel akan memecatnya kerana tidak menghormati pelanggan.
Jessy tersenyum kemenangan, tiada siapa boleh melawan kata-kata aku. “Kau cuma pekerja, jangan nak berlagak hebat.” Ucapnya sambil tersenyum sinis.
Sakura mendengus kasar, dia merenung Ryan. Harap muka sahaja hensem tapi perangai sama macam perempuan sombong ni. Tanpa menunggu panjang Sakura segera melangkah keluar.
Ryan merenung langkah gadis itu. ‘Kenapa kau degil sangat, tak pasal-pasal dah kena pecat.’ Bisik hati Ryan sedikit kesal. Dia sedar gadis itu berkata benar. Sebenarnya Jessy yang melempar kasut itu ke jalan ketika mereka berselisih faham tadi. Tetapi selepas itu Jessy beria-ia mahu tukar kasut tersebut, sebagai duta pada brand tersebut dan sememangnya dia telah lama mengenali Rachel dia yakin akan mendapat kasut yang baru.
Tanpa berlengah lagi Ryan segera menarik tangan Jessy keluar dari kedai itu. Malu apabila mereka menjadi bahan tontonan. Dia juga bimbang jika cerita memalukan itu tersebar di internet. Sebelum ada sesiapa mengecamnya lebih baik dia segera pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 tzaraz\ catat
hehhehe nak wat camne tzaraz, bila baca kt blog jue, terus tergila2 kat dia.... ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #27 arijah_08\ catat
hehehe kita pun ari..... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ooo..ari dtg tak tinggal jejak yer..pandai tul..patutla ada ternmpk tapak kaki kat 'umah' tu..jenuh duk pikir kaki saper la ni..hehehe..kat blog ngn kat sini sama je..cuma ada tmbah & buang mana2 rasa x ok..jue ni salah sorg peminat drama korea jgk la..hehe...
k.nita dah jatuh cinta kat Ryan ker..nnti jue bgtau dia yer..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Julia sambung lagi.... tengah best nie |
|
|
|
|
|
|
|
best la cete ni.............![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
揔enapa aku bodoh bertekak dengan perempuan sombong tu, tak pasal-pasal aku dah menganggur sekarang. Apa aku nak buat ni? kalau Kim Hea tahu sah aku kena bebel nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Ryan membuka kotnya lalu menghempas badanya pada tilam empuk diruang tengah biliknya. Penat badannya terasa menyucuk-nyucuk. Kaki terasa kebas sejurus dapat merehatkan dirinya. Ketika bersama Jessy segalanya baik. Perut yang lapar terasa kenyang, tekak yang haus terasa nyaman, badan yang letih terasa segar. Ryan tersenyum sendirian, Jessy kau gadis hebat. Hidup aku kembali terisi dengan keletah kau yang mengoda dan manja tu. Desis hati Ryan sambil bibirnya mengukir senyum.
Dia memejamkan matanya seketika namun sebaik sahaja matanya tertutup bukan kelibat Jeesy yang terakam sebaliknya sepasang mata bundar pula yang menjelma. Pandangan mata itu membuat Ryan terkhayal seketika serentak itu terasa wujud satu perasaan halus yang sukar untuk ditafsirkan. Secepat kilat Ryan membuka matanya kembali.
揂h, kenapa aku terbayang budak degil tu. |
|
|
|
|
|
|
|
揗ama maaf, lepas ni Ryan janji semua okey. Emm.. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh..mwnaik la citer ni....baru bkesempatan nak baca...truskan mnyambung dan trus nyambung citer ni ye jue.... |
|
|
|
|
|
|
|
best lah citer ni
mcm drama korea
tp ada pelakun Melayu
tak sabar tunggu sambungan
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya baca citer ni....macam citer korea kat tv lak....nanti sambung pjg2 lagi ye jue |
|
|
|
|
|
|
|
alia..sang arjuna...juliet..thank sudi baca citer yg merapu ni yer..hehe.sat lagi jue sambung..
sbnrnya citer ni asal berlatar belakangkan jepun..tapi terpaksa beralih ke korea sbb bila tgk kat pasaran byk pula citer kat jepun..sbb tu beralih ke korea..sib baik kat korea ada gak bunga Sakura..citer sakura ni dah lebih setahun dalam simpanan dah kira berhabuk laa .... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|