|
saya org bangi lama... tapi semenyih tu kira tempat jalan2 lah jugak.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah lamo tak poe semonyih....!
teringek pulak membo lamo den...
nomonyo 'din semonyih'.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bromatt at 29-11-2008 09:03 AM
dah lamo tak poe semonyih....!
teringek pulak membo lamo den...
nomonyo 'din semonyih'..
dah lamo x poe bapo tahun? semonyih dah lain dah sekarang........dah takdo dah kobau banggali melinteh jalan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 paipair's post
eh ado lai eh kobau tuh..ari tuh aku nak smayang jumaat..naek moto ar..baek jek terserempak ngabn kobau2 tuh sume..skali di libas ekor..abeh baju aku ken lumpor..xpasai2 kene balik tukaq..haram tol |
|
|
|
|
|
|
|
This coming school holiday on March, kami, Qreazant akan mengadakan Science and English Workshop di kedai kami yang beralamat di 42-1-1A, Jalan Medan PB2B, Medan PB2, Pusat Bandar Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor (Area kawasan Al-Ikhsan, dekat area Manjaku, sebelah Ambank, atas 5star(kedai kereta)). Those who have kids between 7 to 12 years old adalah digalakkan...Among the activities are magnet power experiments, testing acid or alkaline and more. You can choose the dates either you want to come on 15 of March 09 or 22 March 09. Those dates are on Sunday. dont worry kami akan serve food as well. if you interested do call us at 03-89223825 or 0173913784..for further info...please go to this site ye...http://www.qreazant.com/science-workshop.pdf |
|
|
|
|
|
|
|
semenjak dua menjak nih
banyak tul
citer pasal semenyih kuar kat paper
jap eh
aku carik artikel2 tu semua |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib malang Sungai Medang
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
[email protected]
GAMBAR koleksi penduduk Kampung Jalan Sungai Lalang, Semenyih yang diambil dari udara menunjukkan kemusnahan yang berlaku akibat aktiviti pengambilan pasir di Sungai Medang, berdekatan kampung berkenaan sejak setahun lalu.
SEMENYIH 28 Jun - Air merupakan elemen yang paling penting dalam kehidupan tidak kira untuk kegunaan manusia, tumbuhan mahupun haiwan.
Tidak dapat dibayangkan apakah yang akan berlaku sekiranya muka bumi ini tiada sumber air lagi.
Apa yang pasti, kepentingan air perlu dijaga dan dipelihara bermula daripada sumbernya agar kualitinya lebih mudah dikawal.
Namun kerja menjaga sumber air bukanlah satu tugas yang mudah memandangkan bukan semua mata masyarakat kini prihatin terhadap pencemaran sungai yang berlaku di kawasan sumber air.
Akibat sikap tidak ambil peduli itulah menyebabkan banyak sungai yang telah dicemari sama ada dengan sisa toksik, bahan binaan, sisa industri, najis haiwan ternakan serta pembuangan sampah-sarap.
Masalah yang sama turut berlaku di Kampung Jalan Sungai Lalang, Semenyih. Di sini terdapat sebuah sungai kecil yang dikenali sebagai Sungai Medang yang telah tercemar akibat aktiviti pengambilan pasir.
Kegiatan itu berlaku di sekitar hutan kelapa sawit di Sunway Semenyih.
Walaupun masalah tersebut telah beberapa kali dilaporkan di dalam akhbar namun difahamkan masih belum ada sebarang tindakan diambil ke atas pemilik syarikat yang menjalankan kerja-kerja berkenaan.
Menurut penduduk, walaupun saiznya kecil, Sungai Medang turut menjadi salah satu sungai yang menyumbangkan air kepada kolam takungan air di Sungai Semenyih dan Dengkil.
Tinjauan Utusan Malaysia ke sungai tersebut mendapati keadaannya yang cetek dan berlumpur menyebabkan air sungai semakin kurang mengalir. Yang mengalir sedikit itu pun keruh.
Wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia bersama penduduk berdekatan turut menyusuri Sungai Medang, yang didakwa cetek sejak setahun lalu akibat aktiviti tersebut, mendapati aliran air sungai sangat perlahan, umpama sebuah longkang kecil sahaja.
Sungai Medang yang pada asalnya selebar kira-kira satu meter itu, ujar penduduk, kini sudah melebar dua kali ganda dipercayai akibat aktiviti pengambilan pasir berkenaan.
Jelas sekali kawasan sekitar yang dipenuhi dusun penduduk kampung telah terjejas di mana kebanyakan pokok-pokok buah-buahan milik penduduk kering dan tidak berbuah kerana kekurangan bekalan air.
Apa yang boleh disimpulkan, kegiatan pengambilan pasir di situ bukan sahaja menyebabkan kemusnahan alam sekiranya tidak dikawal namun ia mampu menyebabkan sungai-sungai kecil terjejas dan musibahnya terkena kepada penduduk sekitar selain merosakkan sumber air rakyat secara keseluruhan.
Yang dikesalkan ialah perbuatan mengambil pasir di Sungai Medang, walaupun membawa kerosakkan kepada keadaan sekitar, seolah-olah mendapat restu pihak berkenaan kerana aduan penduduk tiada tindak balas.
Ataupun, perkara tersebut dipandang enteng oleh sesetengah pihak memandangkan ia sebuah aktiviti yang menguntungkan kerana ia menjana pendapatan pihak berkepentingan.
Namun, Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam memastikan sumber air tidak dicemari seharusnya bekerjasama dengan Pejabat Daerah untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap aktiviti tersebut.
Jangan turun padang hanya apabila ada laporan di akhbar sahaja dan berbuat seperti pepatah Melayu 'melepaskan batuk di tangga sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Kami akan adu kepada PM - Penduduk
HASHIM Ismail (kiri) dan Md. Zain Md. Noor menunjukkan surat aduan kepada pihak berkuasa dan gambar-gambar aktiviti pengorekan pasir di Sungai Medang, Semenyih.
SEMENYIH 28 Jun - Wartawan Utusan Malaysia bersama penduduk Kampung Jalan Sungai Lalang yang menyusuri Sungai Medang mendapati aliran air sungai itu sangat perlahan, umpama sebuah longkang kecil sahaja.
Setelah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berwajib dengan hasilnya negatif, penduduk bercadang membawa isu itu ke pengetahuan Perdana Menteri.
Menurut seorang penduduk, Mejar (B) Hashim Ismail, 63, aktiviti pengambilan pasir di Sungai Medang tersebut telah berlaku sejak lebih setahun yang lalu.
Ujarnya, walaupun dia telah beberapa kali membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih serta Pejabat Daerah Hulu Langat, namun masalah tersebut masih tidak selesai.
Jelasnya, dia tidak faham mengapa masalah tersebut tidak dapat diselesaikan sehingga kini walaupun kegiatan itu jelas membawa kerosakan kepada Sungai Medang, yang menjadi sumber kepada kolam takungan air di Sungai Semenyih dan Dengkil, serta dusun penduduk kampung.
"Saya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak-pihak berkaitan, namun kebanyakannya hanya lepas tangan sahaja dan menuding masalah tersebut kepada pihak lain.
"Bayangkan sudah lebih setahun saya memperjuangkan masalah pencemaran air akibat aktiviti korek pasir ini namun sehingga kini masih belum nampak penyelesaiannya. Sedangkan Sungai Medang semakin cetek dan kotor," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Lalang, Semenyih baru-baru ini.
Tambah Hashim, masalah tersebut memberi kesan buruk bukan sahaja kepada lebih 500 penduduk kampung berkenaan malah ia bakal memberi kesan buruk terhadap kolam takungan air di Sungai Semenyih dan Dengkil.
Jelasnya, Sungai Medang merupakan sebuah sungai kecil yang bersambung dengan Sungai Semenyih, iaitu sumber air kepada penduduk di Kuala Lumpur dan sebahagian Selangor.
"Masalah pencemaran sungai berkenaan tidak kelihatan serius bagi sesetengah pihak namun jika diperhatikan jika sungai ini tercemar ia bakal menjejaskan kehidupan beribu-ribu penduduk di luar sana.
"Apa yang lebih membimbangkan, apabila keadaan sungai tersebut semakin cetek akibat lumpur daripada aktiviti curi pasir berkenaan, ia boleh menyebabkan masalah banjir kepada penduduk setempat.
"Saya merayu kepada pihak-pihak berkenaan agar tidak lagi memberi sebarang alasan untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti mengambil pasir di situ terutamanya ketua kampung yang seharusnya lebih ke hadapan untuk menyelesaikan masalah ini ," tegasnya.
Seorang lagi penduduk, Md. Zain Md. Noor, 55, memberitahu masalah tersebut perlu diambil tindakan segera sebelum seluruh kawasan sumber air penduduk tercemar.
Ujarnya, walaupun ia bukan pencemaran bahan kimia, namun kesan aktiviti pengambilan pasir tersebut menyebabkan air di kawasan keruh dan berbau busuk.
"Walaupun saya tidak terjejas dengan keadaan tersebut namun sekiranya masalah tersebut tidak diambil serius, saya bimbang aktiviti ini akan semakin rancak sehingga menyebabkan sungai berkenaan tidak mampu mengalirkan air yang bersih lagi.
"Saya membesar di sini dan sedih melihat keadaan sungai ini yang satu ketika dahulu jernih dan bersih namun kini tercemar seperti sungai-sungai yang lain di bandar," jelasnya.
Md. Zain menambah, walaupun telah diadukan kepada LUAS beberapa kali namun masih tiada tindakan yang diambil.
Jelasnya, dia bersetuju dengan cadangan beberapa penduduk untuk membawa perkara tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya masalah itu gagal diselesaikan oleh pihak berwajib.
"Masalah pengambilan pasir di kawasan ini, yang kami percaya dilakukan secara haram, memang sangat berleluasa sehinggakan penduduk menganggap perkara berkenaan sebagai satu aktiviti biasa.
"Oleh yang demikian, pihak berkuasa jangan hanya duduk diam dan melihat perkara tersebut sebagai satu aktiviti yang tidak salah sedangkan ia bakal memusnahkan kewujudan sungai-sungai kecil di sekitar kampung.
"Jika ini berlaku masalah banjir tidak akan dapat dielakkan memandangkan sungai terlalu cetek akibat lapisan lumpur yang berkumpul," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Puas hati kami - Penduduk
SEMENYIH 1 Julai - Wakil penduduk Kampung Sungai Lalang, Mejar (B) Hashim Ismail, 63, yang memperjuangkan isu Sungai Medang yang tercemar akibat aktiviti pengambilan pasir secara haram di hutan berhampiran Sunway Semenyih melahirkan rasa lega apabila isu berkenaan selesai hari ini.
Ujarnya, walaupun terpaksa 'bertempur' dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan pihak-pihak berkuasa yang lain, dia kini berpuas hati apabila operasi curi pasir berkenaan diarahkan tutup serta-merta.
Dia yang hampir setahun berjuang untuk menyelesaikan masalah berkenaan akan membuat pemantauan terhadap perkembangan aktiviti tersebut dari semasa ke semasa.
"Saya bukan baru sehari melihat aktiviti curi pasir ini berlaku di sini namun saya tiada kuasa untuk menghalang mereka menjalankan kegiatan di sini.
"Lawatan ini amat berharga buat saya apabila Timbalan Menteri turut padang bersama-sama melihat sendiri kemusnahan alam yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.
Walaupun berlaku sedikit rasa tidak puas hati terhadap pegawai pihak berkuasa yang turut mengiringi Pengerusi Biro Pengaduan Awam, Senator Datuk T. Murugiah hari ini, dia tidak mengambil hati memandangkan aktiviti curi pasir ini telah berjaya ditamatkan.
Namun, ujarnya, dia berharap pihak berkenaan perlu lebih prihatin dalam menyelesaikan isu sedemikian agar tidak menimbulkan kemarahan rakyat.
Jelasnya, isu tersebut bukanlah sukar diselesaikan sekiranya mendapat kerjasama daripada semua pihak namun entah mengapa ia terpaksa menunggu sehingga satu tahun.
"Jika hendak bercerita tentang kerugian memang banyak terpaksa saya tanggung, namun bukan itu yang saya perjuangkan. Apa yang penting sekiranya aktiviti curi pasir ini tidak dikawal ia menyebabkan sumber air utama akan tercemar dan mengganggu kegiatan harian penduduk," jelasnya yang bimbang dengan keadaan Sungai Medang yang semakin cetek.
Hashim juga meminta Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) agar memantau kawasan-kawasan lain yang sering menjadi tumpuan kegiatan curi pasir itu.
Ujarnya, kawasan Semenyih amat terkenal dengan lokasi mencuri pasir memandangkan ia mempunyai banyak sungai.
"Saya harap ini bukan kawasan terakhir yang akan dipantau oleh PTD agar rakyat tidak rasa terganggu lagi," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Stesen ada, bas tiada!
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
DUA orang pengguna sedang menunggu bas di Semenyih Sentral
yang tidak mendapat sambutan daripada pengusaha-pengusaha bas.
- utusan / Mohd. Hatim Mazlan
SEMENYIH 3 Jun - Sesebuah stesen bas didirikan bagi memberi kemudahan kepada pengguna untuk menunggu bas selain melancarkan perjalanan bas yang keluar dan masuk bagi mengambil dan menurunkan penumpang.
Stesen bas juga menyumbang kepada pendapatan peniaga sekitar kawasan berkenaan memandangkan kawasan tersebut pasti dipenuhi orang ramai.
Jika di stesen bas lain kelihatan penuh sesak dengan pengguna dan deretan bas seperti yang berlaku di Hentian Puduraya, Hentian Duta, Hentian Bas Klang dan Terminal Putra namun berbeza pula yang berlaku di Stesen Bas Semenyih Sentral yang telah tiga tahun beroperasi.
Tinjauan kami ke situ mendapati terminal berkenaan kosong - tidak kelihatan bas yang masuk mahupun singgah ke kawasan berkenaan walaupun terdapat juga beberapa orang penumpang sedang menunggu.
Hampir tiga jam wartawan menunggu kemunculan bas tersebut, barulah perkhidmatan bas Le Trans milik Bas Bakti Sdn. Berhad yang lebih dikenali sebagai bas 'tongcit' di kalangan penumpang itu tiba.
Bas berkenaan digelar begitu gara-gara keadaan bas itu agak berusia dan dipandu perlahan serta agak buruk namun ia amat berbudi kepada penduduk di kawasan pedalaman.
Bukan bas 'tongcit' yang dipersoalkan namun mengapakah terminal tersebut tidak mendapat sambutan daripada syarikat bas lain atau lebih tepat tiada sambutan sama ada daripada pengusaha bas mahupun pengguna.
Menurut wakil Bas Bakti, selaku pihak pengurusan terminal berkenaan, Azamuddin Abd. Majid, terminal bas itu sebelum ini terbiar setelah tiga tahun dibina oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) namun pihaknya telah mengambil alih terminal berkenaan.
Katanya, dengan pembukaan terminal itu, ia dapat memberikan perkhidmatan bas kepada penduduk sekitar kawasan berkenaan namun malangnya bilangan bas tidak mencukupi.
Ujarnya, walaupun terminal berkenaan telah dimajukan namun ia masih tidak mendapat menarik pengusaha bas lain dan pengguna untuk menggunakannya.
Tambahnya lagi, pihaknya juga telah meminta bantuan banyak pihak termasuk Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut namun disebabkan ketiadaan bas menyebabkan terminal itu tidak mendapat sambutan.
"Syarikat ini telah memperoleh Sijil Tawaran Kelulusan (STK) pada tahun 2007 namun untuk meneruskan operasi ini kami memerlukan bas untuk menampung sumber syarikat.
"Malang sekali sehingga kini kami tidak mempunyai bas sendiri dan pengusaha bas lain juga tidak memasuki terminal ini.
"Sudah beberapa kali membuat pinjaman namun sehingga kini tiada sebarang maklumat tentang pinjaman untuk pembelian 20 bas itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Semenyih Sentral baru-baru ini.
Ujar Azamuddin, memandangkan kos sebuah bas hampir mencecah RM400,000, syarikatnya tidak mampu untuk membeli bas dengan kuantiti banyak memandangkan pendapatan yang diperoleh hanya RM300 sehari.
Jelasnya, bagi membantu mengurangkan masalah tersebut pengusaha-pengusaha bas luar perlu memasuki terminal berkenaan bagi memudahkan pengguna.
Tambahnya, sebelum ini syarikatnya telah pun memaklumkan tentang kewujudan terminal berkenaan kepada pengusaha-pengusaha bas namun sehingga kini belum ada bas lain yang mengambil dan menurunkan penumpang di terminal berkenaan.
"Saya hairan mengapa bas lain tidak memasuki terminal ini walaupun terdapat penumpang yang menunggu kehadiran bas tersebut.
"Saya telah meminta LPKP membantu untuk mengarahkan pemandu bas singgah di terminal ini namun saya tidak pasti mengapa masalah itu tidak selesai.
"Disebabkan itu penumpang yang hendak ke Kajang yang mengambil masa hanya 20 minit itu terpaksa menunggu bas ke kawasan tersebut sehingga 2 hingga 3 jam kerana hanya sebuah bas sahaja yang memasuki terminal ini yang menyebabkan pengguna lebih gemar menunggu di jalan utama," jelasnya yang kecewa dengan pengusaha-pengusaha yang tidak memberi kerjasama.
Azamuddin menambah, penambahan bas tersebut perlu bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan bas kepada penduduk di kawasan terpencil seperti kawasan Hulu Langat, Lenggeng, Broga dan sekitar Bangi yang rata-ratanya diduduki oleh golongan berpendapatan sederhana.
Selain masalah tersebut, syarikatnya turut menanggung kerugian kerana lot-lot gerai yang disediakan tiada penyewa walaupun telah tiga tahun beroperasi.
"Saya bimbang sekiranya terminal bas ini tidak dimajukan, pastinya lot-lot gerai ini akan terbiar dan mencacatkan pemandangan.
"Oleh yang demikian, saya amat berharap pihak berkenaan menyegerakan bantuan untuk syarikat memiliki bas sendiri bagi menarik lebih ramai penumpang menggunakan terminal ini sekali gus dapat memajukan gerai-gerai ini," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Semenyih perlu perubahan
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
Sistem trafik di Semenyih terutama di simpang empat ini perlu diperbaiki bagi melancarkan lagi pergerakan lalu lintas dan mengurangkan kesesakan.
SEMENYIH 11 Feb. – Pada penghujung tahun 2002, penduduk bandar ini dikejutkan dengan berita cadangan pembinaan insinerator bernilai RM1.5 bilion di tapak seluas 265 hektar di Broga.
Bagaimanapun, pada tahun lalu, kerajaan membuat keputusan membatalkan projek itu berikutan kosnya yang terlalu tinggi dan akan menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.
Namun, tanpa projek itu pun, masalah kesesakan di Semenyih memang sudah agak kritikal dan penduduk tidak pilihan lain selain daripada menempuhnya setiap hari kerana itu adalah satu-satunya jalan yang ada.
Persoalan sama ada Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) yang kini sedang dibina, boleh mengurangkan masalah itu masih tidak dapat dipastikan.
Ini kerana kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan itu tidak seiring dengan pembangunan infrastrukturnya.
Berpuluh-puluh taman perumahan baru wujud di kawasan itu selain kampus cawangan Universiti Nottingham dan markas Pasukan Gerakan Am yang sedang dibina tetapi tiada langkah segera diambil untuk melebarkan jalan.
Bayangkan, keadaan jalan yang digunakan oleh penduduk lebih 20 tahun lalu merupakan jalan yang sama digunakan oleh penduduk Semenyih, Rinching dan Beranang pada hari ini.
Walaupun ada usaha melebarkan jalan tersebut tetapi ia tidak dibuat secara menyeluruh menyebabkan berlaku bottle neck yang menjadi punca kesesakan tersebut.
Semenyih kini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan sudah pasti ia memerlukan perancangan pembangunan yang dapat memenuhi beban kepadatan yang ditanggungnya kini.
Tinjauan Utusan Malaysia ke bandar itu baru-baru ini mendapati bandar tersebut gagal diurus dengan baik menyebabkan ia tidak selesa untuk dikunjungi.
Kewujudan gerai-gerai yang tidak dibina dengan teratur menyebabkan pemandangan di bandar tersebut tidak ubah seperti ‘bandar koboi’.
Kebanyakan pengusaha gerai membuat penyambungan haram menggunakan zink dan papan sekali gus mencacatkan pemandangan bandar tersebut.
Bandar itu pula hanya mempunyai satu jalan atau simpang masuk dan kedudukan simpang itu yang tidak sampai 100 meter dari satu simpang empat tanpa lampu isyarat menyebabkan jalan itu sering sesak.
Ini ditambah pula dengan sikap pemandu yang suka meletak kenderaan sesuka hati di tepi jalan dan membuat pusingan U di simpang empat tersebut.
Peniaga di kawasan itu memberitahu, setiap hari pasti ada kemalangan yang berlaku di simpang itu disebabkan sikap pemandu yang tidak mahu beralah.
Di bandar itu, terdapat juga sebuah bangunan lama yang ditinggalkan pemiliknya dan kini ditumbuhi semak-samun yang menggambarkan kurangnya pemantauan dilakukan.
Utusan Malaysia difahamkan, bangunan yang berusia 40 tahun itu tidak dapat dirobohkan oleh kerana Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tidak mengetahui siapa pemiliknya.
Bagaimanapun, penduduk tidak mahu mendengar alasan itu sebaliknya meminta MPKj menyiasat dan mengambil tindakan segera merobohkan bangunan itu sebelum ia menjadi sarang penagihan dadah atau kegiatan maksiat.
Walaupun terdapat pembangunan baru di kawasan itu iaitu Semenyih Sentral tetapi jalan perhubungan ke kawasan itu dengan bandar lama tidak dinaik taraf.
Bahu jalan berhampiran pejabat pos Semenyih berlopak-lopak dan menjadi tempat meletak lori sedang ia boleh digunakan untuk melebarkan jalan tersebut.
Banyak juga premis yang dibina terlalu hampir dengan jalan menyebabkan usaha melebarkan jalan sukar dilaksanakan. |
|
|
|
|
|
|
|
semenyih banyak tpt orang mancing kan?
Hulu Langat syurga pemancing
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
TENANG... Salah sebuah kolam di Semenyih yang menawarkan suasana yang tenang dan selesa untuk kaki pancing dan seluruh anggota keluarga.
SEMENYIH 28 Feb. – Dahulu, apabila berbicara tentang aktiviti memancing, pasti kita terbayangkan kesukaran meredah laut atau melawan arus sungai untuk mencari lubuk yang dipenuhi ikan.
Jika bernasib baik, kita akan memperoleh ikan yang banyak, namun jika sebaliknya, kita hanya pulang dengan tangan kosong.
Selain itu, kebanyakan kaki pancing memilih untuk pergi bersendirian tanpa keluarga kerana bimbang risiko yang menanti, di samping tiada aktiviti sampingan untuk dilakukan oleh anggota keluarga.
Namun, bagi kaki pancing yang mahu menghabiskan masa bersama keluarga tanpa perlu meredah laut dan sungai, daerah Hulu Langat menyediakan banyak kolam memancing yang memenuhi keperluan mereka.
Tinjauan Utusan Malaysia ke Semenyih mendapati, terdapat lebih 15 kawasan kolam ikan di kawasan itu yang pasti memberi keseronokan kepada kaki pancing.
Kebanyakan kolam ikan tersebut mengekalkan ciri-ciri semula jadi terutama kawasan sekelilingnya yang masih diliputi hutan yang menghijau.
Kicauan unggas dan deruan sungai menambahkan lagi ketenangan kepada para pengunjung dan membuatkan mereka seakan-akan berada di tengah hutan.
Antara kolam pancing yang terdapat di Semenyih ialah Pusat Memancing Tanggok-Tanggok, Sukida Resort dan Kolam Ikan Kampung Tangsi.
Setiap kolam ikan itu mempunyai tarikan tersendiri dan masing-masing pasti memberi kepuasan yang berbeza kepada pengunjung.
Apa yang pasti, perjalanan selama 40 minit dari ibu negara memang berbaloi kerana di sepanjang jalan Sungai Lalang dipenuhi dengan pelbagai jenis pusat memancing.
Sekiranya anda ingin menikmati suasana seperti berada di sebuah kampung, kolam ikan di Kampung Tangsi akan dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan kerana kolam ikan tersebut berada di tengah-tengah kawasan kampung.
Kolam buatan seluas 300 meter persegi itu menyediakan kemudahan memancing sambil beriadah yang selesa dan tenang.
Di tepian kolam berkenaan dipenuhi pohon-pohon rendang yang menambahkan lagi ‘keghairahan’ untuk memancing.
Menurut pemilik kolam ikan tersebut, Zulkifli Zainal, 49, kolam ikannya berbeza daripada tempat-tempat lain kerana kualiti airnya yang semula jadi.
“Air di dalam kolam ini adalah daripada mata air semula jadi yang dijamin bersih tanpa klorin.
“Jadi, ikan-ikan di sini seperti berada dalam habitat asal mereka, sekali gus menghasilkan rasa ikan yang lebih enak dan tidak hanyir,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Bagi pemancing yang gemarkan cabaran ‘bertarung’ dengan ikan pacu atau tongsan pula, Pusat Memancing Tanggok-Tanggok pasti memberi kepuasan yang dicari itu.
Terletak berhampiran Kolam Ikan Kampung Tangsi, pusat memancing seluas 13.2 hektar itu menawarkan beribu-ribu ekor ikan jenis tersebut.
Terdapat enam buah kolam ikan yang disediakan dan pusat tersebut dibuka 24 jam bagi memberi peluang pemancing memancing pada waktu malam.
Pengusahanya, Basirah Sidek, 38, berkata, dia bersama suami telah membuka pusat memancing tersebut sejak empat tahun lalu.
“Pusat memancing ini menjadi pilihan pemancing kerana turut menyediakan kemudahan bersantai untuk ahli keluarga.
“Jadi, mereka tidak perlu bimbang sekiranya teringin membawa ahli keluarga mereka bersama kerana di sini terdapat restoran dan kemudahan awam seperti tandas dan rumah rehat.
“Selain itu, yuran masuk juga berpatutan iaitu hanya RM30 untuk lima jam dan termasuk deposit sebanyak RM10,’’ katanya.
Lain pula keseronokan memancing di Sukida Resort yang terletak berhampiran Perkampungan Orang Asli Sungai Lalang.
Kolam memancing yang dibina berkonsepkan ala resort itu pasti memukau para pengunjungnya.
Selain daripada menyediakan pelbagai kemudahan seperti tandas, surau, dewan, restoran, terdapat lebih lima buah calet yang dibina berhampiran kolam memancing itu.
Dengan kadar sewaan antara RM70 hingga RM100, pengunjung pasti dapat memancing dengan tenang dan ahli keluarga pula tidak tertunggu-tunggu di rumah.
Pemilik Sukida Resort, Suriyati Hashim, 46, berkata, kolam pancingnya dibina bagi memberi kemudahan pengunjung memancing dan bersantai dalam satu masa.
“Di sini kami menawarkan penginapan kepada pengunjung dan juga khemah sekiranya pengunjung ingin berehat di tepi kolam ikan.
“Resort ini dibuka dari pukul 8 pagi hingga 9 malam dan pengunjung akan dikenakan bayaran RM10 untuk satu joran.
“Bagaimanapun, untuk membawa pulang hasil tangkapan, satu kilogram ikan dikenakan bayaran RM5. Bagi mereka yang hanya ingin beriadah tanpa memancing, mereka boleh masuk secara percuma,’’ katanya.
Kewujudan kolam pancing di sekitar Semenyih itu pasti memberi banyak pilihan kepada pemancing dan memberi peluang kepada mereka berkongsi minat mereka bersama ahli keluarga.
Bagi memilih kolam pancing yang terbaik, tepuk dada tanyalah selera. Apa yang pasti, Hulu Langat adalah antara syurga bagi kaki pancing. |
|
|
|
|
|
|
|
Rabbit Fun Land syurga arnab
Oleh SITI AIRUNNISA ALAU
SEMENYIH 20 Mac - Bagi peminat arnab yang masih tercari-cari lokasi taman arnab yang ingin dilawati, kunjungan ke Rabbit Fun Land dekat sini pasti tidak mengecewakan.
Perjalanan ke taman tersebut hanya mengambil masa hanya 40 minit dari Kuala Lumpur dan ia terletak di jalan menuju ke Broga, kira-kira tiga kilometer dari Universiti Nottingham.
Taman seluas 3.24 hektar itu direka khas bagi memberi peluang kepada pengunjung mendekati haiwan comel itu, yang pastinya menjadi pengalaman manis buat pengunjung.
Dengan bayaran masuk hanya RM5, anda akan berpeluang ‘bermesra’ dengan lebih 100 ekor arnab yang dilepas bebas seberapa lama yang anda mahukan.
Pelbagai spesies arnab terdapat di taman itu seperti Anggora, Hotot, Lion King, Caroliner dan New Zealand White.
Kebanyakan arnab yang terdapat di sini ialah arnab baka New Zealand, Amerika Syarikat dan Australia.
Menurut pemilik Rabbit Fun Land, Jerry Wong Jun Wei, taman arnab itu telah diusahakan sejak 1988 lagi bersama ahli keluarganya.
Ujarnya, selain daripada menyediakan kawasan taman arnab yang luas dan selesa, terdapat juga restoran yang menyediakan segala jenis masakan berasaskan daging arnab.
Katanya, orang Islam tidak perlu risau untuk menjamu selera di restoran itu kerana semua hidangan dipastikan halal.
“Di sini pengunjung dapat merasai keenakan daging arnab yang segar dengan pelbagai masakan yang disediakan.
“Anda tidak perlu risau kerana proses penyembelihan sehinggalah masakan, semuanya halal dan mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Kebiasaannya pengunjung gemar mencuba sosej dan sate arnab yang segar dan baru disembelih,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini.
Selain itu, terdapat juga beberapa ekor keldai jinak yang dipelihara bagi memberi peluang kepada pengunjung melihat haiwan itu secara dekat dan serta bergambar dengan haiwan itu.
Ujar Jerry, beliau merancang untuk membina kolam ikan bagi memberi peluang pengunjung mencuba aktiviti memancing sebagai tarikan sampingan di taman itu.
Menurutnya, selain daripada taman arnab tersebut, dia turut menjalankan perusahaan ternakan arnab daging secara komersial.
Tambahnya, ladang arnabnya merupakan ladang arnab terbesar di negara ini dan menjadi pembekal utama kepada restoran dan hotel di seluruh negara.
Terdapat lebih 20,000 ekor arnab yang diternak dan beliau mempunyai seramai 12 pekerja yang terlatih bagi menjamin kualiti daging tersebut.
“Arnab-arnab ini akan diberi makan sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
“Makanan arnab tersebut diperbuat daripada dedak dan bahan yang dibuat sendiri bagi menjamin keenakan dagingnya dan arnab ini boleh membesar sehingga mencapai berat enam kilogram.
“Kebiasaannya arnab berusia cukup tiga bulan sesuai untuk dijadikan hidangan memandang dagingnya lembut dan manis,’’ ujarnya.
Jelas Jerry, bagi penjagaan arnab pula, ia tidaklah terlalu rumit.
Katanya, arnab senang untuk diternak kerana ia adalah haiwan yang jinak.
“Kebiasaannya arnab tidak boleh terkena air terlalu banyak dan cuaca terlalu panas, jadi mereka yang ingin membela haiwan ini mesti mengetahui teknik yang betul bagi mengelakkan ia cepat mati,’’ jelasnya,
Selain daripada menjadi pembekal daging, Rabbit Fun Land juga menjual arnab-arnab tersebut dengan harga antara RM200 hingga RM250 sepasang.
Pengunjung juga berpeluang mendapat khidmat nasihat daripada petugas-petugas taman tersebut tentang keadah penjagaan arnab yang betul.
Apa yang pasti, peluang mendekati arnab-arnab tersebut mampu mendidik kanak-kanak supaya menghargai haiwan dan memupuk sikap penyayang terhadap haiwan jinak ini.
Kenangan dikerumuni oleh puluhan arnab ketika memberi makan juga pasti menjadi memori indah yang terpahat dalam ingat setiap pengunjung.
Taman ini dibuka pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang taman arnab itu boleh menghubungi Jerry di talian 012 - 6362 833 atau 03 - 9173 3228 serta melayari laman web www.earcsb.com |
|
|
|
|
|
|
|
28# mea
Kedai Tauhu Malik tu depan padang sekolah cina kat pekan semenyih. Rahsia kuah nya tak siapa yang tahu.
Walaupun sambutan hangat, tapi tokeh kedai takkan tambah bancuhan cucur udang tu.. tinggal tauhu je la.
Tauhu home made dia pun sedap, lembut je.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku semnyih..duk depan surau bdr rincing.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada lg theard aku ni yer.....
komen aku pasal jln jem tu...
memang pun.... pekan semenyih nie... aku katogerikan pekan koboi....
bangunan lama.... jln sempit... penguna suka suki paking kreta......
time weekend ajer dari pagi kol 7am til 12pm jem gile coz ramai g pasar basah kat situ...
pasar basah plak... aduhai.... kecik yg amat.. i think MPKJ kena buat sesuatu la....
pasal terminal bas tu.... aku sokong.. dulu payah nak ngok bas berlabuh kat situ....
berjinggut ler kalu nak tgu bas... tp org semenyih lebih suka nak perebet sapu...
bersepah2 perebet sapu aku ngok.... but now days dah ada bas mini yg berlabuhkan terminal tu... aku x pasti nama syarikat tu (coz aku x naik bas)...
nnti aku check nama syarikat tu (yg aku perasan syarikat nie, bas dia park kat jln besar semenyih tu. bersebelahan dgn Shell)
pasal mancing tu.....
yup... sapa2 yg kaki pancing tu.. bole ler datang kat semenyih..
tpt dia jln menghala ker sg tekala sanun tu....
aku bukan kaki pancing..
tp kalu aku g mandi sg kat tekala tu...
selalu aku ngok penuh dgn kaki pancing... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku anak jati Kg. Baru, Kuala Lumpur tapi sekarang menetap di Semenyih- Taman Sri Haneco.
Pergi kerja kena hidu bau sampah yang melekat di jalan.
Balik kerja pun kena hidu bau sampah yang melekat di jalan.
Air sungai dah jadi air teh tarik cuma tak seap rasa jer.
Bila ada sembahyang antu jalan jem.
Bila ada sembahyang kubur jalan jem.
Bila ada musin buah jalan jem
Bila ada nombor ekor jalan jem.
Bila ada eksiden jalan jem.
Bila nak gi kerja jalan jem.
Bila nak balik kerja jalan jem.
Bila nak ke pasar ari sabtu jalan jem. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|