|
CAK: Ekin lawat kubur pakai seluar ketat
Rap
DEKAT nak kahwin hari tu, sibuk benar Mawi dan Ekin menghantar kad kahwin di semua pejabat media. Mereka juga selalu berbaju sedondon. Ekin pula asyik berseluar jeans sendat bercawat kecil.
Sekarang pasangan itu sah menjadi suami isteri. CAK dengar majlis kenduri mereka di kampung Mawi di Felda Taib Andak, Kulai, minggu lepas, bukan main meriah. Untuk mendapat berita eksklusif, kawan seangkatan CAK bukan main sibuk rancang itu dan ini. Akhirnya dapatlah ambil gambar Mawi dan Ekin melawat pusara arwah bapa Mawi iaitu Pak Atan yang meninggal dunia hampir dua tahun lalu.
Gambar itu memang cantik dan nampak Mawi cukup terharu kerana bapanya tidak dapat menyaksikan hari berbahagianya. Namun yang kurang manisnya, kenapa Ekin tidak mengenakan baju yang lebih sopan dan beradap sebagai pengantin baru . Tetap dengan seluar jeans bercawat kecilnya.
Kalau iye pun hendak pakai sedondon, tengoklah tempat. CAK difahamkan, Ekin tidak sempat tukar baju kerana agenda mereka padat pada hari itu. Namun mengikut perkiraan CAK pula, kenapa awal-awal pagi keluar rumah Ekin tidak terus berbaju kurung atau kebaya saja.
Ini kerana kalau tak salah CAK, sebelum ke tanah perkuburan, mereka tengok orang rewang dan melihat persiapan majlis kenduri mereka yang lain. Alangkah manisnya pengantin baru berbaju lebih sopan daripada mengenakan seluar bercawat kecil. Janganlah taksub sangat hendak pakai sedondon hingga lupa adat sopan orang Melayu.
tu namanya GILA SEDONDON sampai tak kira tang mana tempat nak p asalkan sedondon memadai lah kununnya |
|