|
abg dere pun dtg awal ke australia setelah tewas kali ke2 berturut2 kpd murray utk thn ni..
nmpknya berkepit la nadal n federer kat australia 2 nnt..iya la dua2 dh kena kick from qatar open,leh arr practice sama2.. ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Terbuka Australia uji cabaran musim 2009
Oleh FERZALFIE FAUZI
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0110/Utusan_Malaysia/Rencana_Sukan/rs_01.1.jpg)
MARIA Sharapova tekad pertahan
kejuaraan selepas pulih dari kecederaan
CUACA 19.8 darjah celsius di Melbourne sudah cukup untuk memberi kehangatan kepada pemain tenis terbaik dunia yang berkumpul untuk menyertai kejohanan Grand Slam pertama musim 2009, Terbuka Australia.
Sedingin cuaca di sana, kejohanan yang diadakan setiap tahun pada bulan Januari di Melbourne Park itu, sekali lagi bakal menguji daya tahan pemain dan mengukur persediaan mereka bagi musim 2009.
Jika edisi tahun lalu berlaku sedikit kejutan baik kategori lelaki mahupun perempuan, edisi kali ini juga dijangka tidak akan memberi laluan mudah bagi pemain nombor satu dunia Rafael Nadal (lelaki) dan Jelena Jankovic (wanita).
Tahun lalu pemain nombor tiga dunia, Novak Djokovic melakukan kejutan dengan muncul juara perseorangan lelaki mengenepikan pemain pilihan utama Roger Federer dan Nadal, malah lawannya di perlawanan akhir juga bukan dari pemain 10 terbaik dunia, Jo-Wilfred Tsonga, Perancis.
Begitu juga dalam kategori perseorangan wanita, Maria Sharapova yang terumbang-ambing pada musim 2007 menjadikan kejohanan yang mula diperkenalkan pada 1905 ini sebagai medan untuk mempamerkan kebangkitannya.
Edisi 2009 juga dijangka akan berlaku kejutan dan persaingan yang terlalu sengit bagi kedua-dua kategori, terutamanya perseorangan lelaki apabila muncul pemain muda seperti Andy Murray (Britain), Gilles Simon (Perancis), Juan Martin del Porto (Argentina) termasuk Tsonga sendiri bagi mengugat pengusaan tiga pemain terbaik dunia, Nadal, Federer dan Djokovic.
Kejohanan yang bakal diadakan di Rod Laver Arena dan Hisense Arena ini akan menjadi saksi persaingan sengit pemain lelaki bagi membuktikan siapa yang benar-benar bersedia untuk menempuh musim 2009 yang dijangka lebih mencabar.
Nadal atau sinonim dengan gelaran The King of Clay harus segera mengorak langkah dengan lebih jauh agar gelaran pemain nombor satu dunia di dalam genggamannya tidak tergugat.
Pemain kidal itu harus menggunakan kekuatan tangan kirinya agar tidak menjadi mangsa kepada amukan pemain muda yang lain dan harus melupakan sejenak kenangan manisnya menjuarai Terbuka Perancis dan Wimbledon musim lalu.
Sementara itu pemain kelahiran Basel, Switzerland perlu segera bangkit selepas mengharungi musim yang suram pada tahun lalu apabila sekadar memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2008 dalam acara beregu dan Terbuka Amerika Syarikat berbanding tiga kejuaraan Grand Slam pada 2007 (Terbuka Australia, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat).
Bagaimanapun sebelum Terbuka Australia membuka tirainya Jumaat ini, pemain kelahiran Scotland, Murray dilihat begitu serius dalam persiapan untuk kejohanan ini, secara amnya untuk musim 2009.
Manakan tidak, pemain berusia 21 tahun awal-awal lagi sudah melaungkan amaran buat Federer dan Nadal apabila menumpaskan kedua-dua pemenang pingat emas Olimpik itu dalam kejohanan pemanas badan, Capitala World Tennis di Abu Dhabi minggu lepas.
Pemain yang menggunakan dua tangan ketika melakukan pukulan kilas ini, handal di gelanggang permukaan keras dan sudah tentu peminat tenis di Melbourne sudah tidak sabar menantikan kemunculannya.
Mungkin berada di bawah kendalian jurulatih kecergasan Miles Maclagan yang merangkap jurulatih utamanya musim ini memberi peningkatan yang mendadak buat Murray berbanding jurulatih sebelum ini, Brad Gilbert dari Amerika Syarikat.
Wanita: Rusia lawan Serbia
Bagi kategori perseorangan wanita pula tumpuan sudah tentu diberikan kepada pemain Rusia dan Serbia yang masing-masing ingin membuktikan bahawa tahun 2009 milik mereka.
Terbuka Australia ini menjadi medan penentu bagi dua kuasa besar dalam dunia tenis wanita dengan Serbia menyandarkan harapan kepada pemain nombor satu dunia Jelena Jankovic sambil dibantu oleh Ana Ivanovic.
Namun halangan yang bakal dinanti mereka pada Grand Slam pertama tahun ini sudah tentu dari srikandi Rusia yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini mula menguasai kejohanan tenis wanita.
Penyandang juara Maria Sharapova akan mengetuai barisan pemain wanita Rusia sambil diikuti oleh pemain nombor tiga dunia, Dinara Safina bersama Elena Dementieva, Vera Zvonareva, Svetlana Kuznetsova dan Nadia Petrova.
Sharapova yang baru pulih dari kecederaan bahu sudah tentu akan mempertahankan kejuaraannya dan cuba untuk kembali merebut takhta pemain nombor satu dunia.
Jankovic atau lebih dikenali sebagai JJ di kalangan media merupakan antara seorang dari tiga pemain yang tidak memenangi kejohanan Grand Slam tetapi mampu menduduki tangga pemain teratas dunia.
Dia bersama rakan senegara, Ivanovic sering bertukar kedudukan pemain nombor satu dunia tahun lalu, tetapi jika mahu terus mengekalkan mahkota tersebut, Jankovic perlu berusaha keras dan menjadikan Terbuka Australia medan untuk menunjukkan kehebatannya musim ini.
Tidak lengkap jika menyebut tentang tenis wanita jika tidak menyertakan dua pemain adik-beradik dari Amerika Syarikat (AS), Venus dan Serena Williams.
Kedua-dua pemain ini akan menjadi watak pengacau bagi saingan antara pemain Serbia dan Rusia, bagi meneruskan kesinambungan kehebatan pemain AS yang lalu seperti Lindsay Davenport, Monica Seles, Martina Navratilova dan Billie Jean King.
Pasangan pemain adik-beradik Williams itu juga bebas dari kecederaan dan bersedia untuk mengungguli musim 2009, terutamanya Serena yang berkedudukan nombor dua dunia berazam untuk memintas Jelena.
Terbuka Australia yang menawarkan wang tunai sebanyak AS$20.6 juta (RM723 juta) juga akan menyaksikan beberapa pemain baru dan lama yang akan cuba memecah dominasi Rusia dan Serbia.
Agnieszka Radwanska (Poland), Caroline Wozniacki (Denmark), Flavia Pennetta (Itali), Patty Schnyder (Switzerland), Victoria Azarenka (Belarus) dan Amelie Mouresmo (Perancis) antara pemain yang sedia memberi cabaran pada Terbuka Australia serta musim 2009.
***********************************************************************************************
rasanya yang orang looking forward pun.. men's category....
davydenko dah tak ada ni.. djokovic nadal fedex even murray
boleh la berentap nak dapat tempat....
hopefully final fedex vs djokovic.. dan djokovic menang
walaupun saya suka fedex..
takpun.. murray vs fedex... then murray menang...
yang perempuan... balik2 semua yang yoyo aje -
ivankovic first seeded brisbane pun.. kalah..
sharapova main pun tak mantap mana...
sok suci mungkin nak williams sisters la prolly -
apa2pun.. interesting nak tengok aussie open ni - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 akughi's post
Murray masa lawan Fed kt Doha ade wat medic TO sakit belakang
mana taknya, mamat ni gile aa kejar bola cm Nadal jugak tk ingat... pastu dia nyer serve mmg dia hentam gila kuat2 la... sampai ade 224km/h satu tuh... dia ni suka damage kan badan ke ape..
[ Last edited by mgs at 10-1-2009 12:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 mgs's post
alamat x leh kekal performance ler tu nanti. AO lagi mencabar sbb ada 7 round. Klo dah sakit belakang bleh ker lepas sampai 7 round hingga final.
Haih ni la padahnya kalau main tak hingat dunia. Jgn sampai kena injury sampai berbulan2...kan naya jer tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by karim_pin at 9-1-2009 04:01 PM ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
Aku pun on, aku predict Fed tak menang... ok? Kalau Fed menang aku belanja Akughi KFC, kalau selain Fed menang, akughi belanja aku KFC. Amacam?
sokong!! ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 JJ akan dpt balik form dia..nak sgt dia menang GS! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 Mulan's post
tak sabar nak tgk poll............
pembuat poll boleh tahu tak siapa kalah prediction???? kena present result woo sbb nak claim hadiah open table |
|
|
|
|
|
|
|
Jankovic resah misi Grand Slam
![](http://www.bharian.com.my/Sunday/Sukan/20090111065429/mainpix1.jpg)
JANKOVIC diserang selesema memaksanya menarik
diri menyertai pertandingan di Hong Kong.
HONG KONG: Pemain nombor satu dunia, Jelena Jankovic menarik diri daripada Piala Cabaran Dunia di Hong Kong, semalam kerana selesema buat memberi gambaran menakutkan bagi dirinya sama ada dapat tampil beraksi dalam Terbuka Australia, bulan ini.
Pemain Serbia itu menyertai kejohanan itu dengan harapan untuk mendapatkan perlawanan latihan menjelang Grand Slam pertama tahun ini, dan berkata dia terpaksa bergelut sepanjang kejohanan pertunjukan di sini.
揝aya menghidapi selsema dan berasa lemah dan sakit selama beberapa hari. Saya sudah mencuba sedaya upaya di atas gelanggang dan berasa lembap dan tiada reaksi.
揝aya mahu beraksi di sana untuk penonton. Ia adalah kejohanan pertunjukan dan saya berasa ia adalah peluang untuk saya bermain beberapa perlawanan dan mencapai tahap terbaik sebelum Terbuka Australia, tetapi kadang-kadang anda tidak mampu mengawalnya, |
|
|
|
|
|
|
|
Murray adalah choice aku stakat ni... tp dia kena la main tk perlu kuat2 sgt mcm kt Doha ri tu....ade tanda2 dia sakit belakang masa lwan Federer. Mcm MrFed ckp ada 7 round ngn each round tu best-of-five match... AO kali ni agak open la jugak utk men's ngn women's single..
utk women lak... random gile la... siap2 aku leh wat undi... cabut dr balang...
Kesian jugak Maria Sharapova dah tarik diri... so akan ade new champion ni...or repeated champion (Mauresmo?).... stakat ni aku rase Venus leh pegi final dan maybe menang sbb dia tgh in form skang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #30 mgs\ catat
yup. agreed ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 cyclops_psycho's post
katanya tak cukup training... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cyclops_psycho at 11-1-2009 08:00 PM ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
confirm ker sharapova tarik diri??
tak best laa..aku kena check & update kt wta tennis forum ni..
confirmed dia tarik diri....
this is the news -
Terbuka Australia hilang seri
SYDNEY - Kejohanan Tenis Terbuka Australia bulan ini bakal kehilangan seri selepas juara bertahan kategori wanita, Maria Sharapova mengumumkan untuk menarik diri semalam.
Keputusan penarikan diri bintang Rusia itu dibuat ekoran tahap kecergasannya yang belum memuaskan selepas baru pulih daripada kecederaan bahu.
Terbuka Australia yang juga kejohanan Grand Slam pertama tahun ini dijadualkan bermula pada 19 Januari ini.
"Saya memohon maaf kerana tidak akan mempertahankan gelaran saya pada Terbuka Australia tahun ini," jelas pemain ranking kelapan dunia itu dalam satu kenyataan.
"Bahu saya sudah pulih sepenuhnya, tetapi saya hanya mula berlatih sejak beberapa minggu lalu. Saya rasa, latihan sebegini belum cukup untuk saya beraksi pada kejohanan seperti ini," tambahnya.
Tahun lalu, Sharapova menjuarai gelaran pertama pada Terbuka Australia selepas menewaskan bekas pemain No. 1 dunia dari Serbia, Ana Ivanovic pada perlawanan akhir di Melbourne Park.
Begitupun, dia yang memenangi 18 perlawanan pertama pada musim 2008 tidak beraksi sejak Ogos lalu termasuk terlepas aksi Sukan Olimpik dan Terbuka Amerika Syarikat.
"Saya tahu dia telah bekerja keras dan cuba bangkit daripada kecederaan bahu- nya. Namun, masa menjadi penghalang untuknya beraksi tahun ini," jelas pengarah kejohanan Terbuka Australia, Craig Tiley.
"Kami harap dia akan kembali ke gelanggang tenis secepat mungkin dan boleh beraksi di Melbourne pada edisi tahun depan," tambahnya. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 akughi's post
aku turun utk claim hadiah aku laaa.....aku x kira ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Federer laung keyakinan pertahan gelaran
MELBOURNE - Roger Federer, semalam mempertahankan peluangnya untuk memperoleh gelaran keempat Terbuka Australia, ketika ramai kaki judi mempertaruhkan pemain yang masih tidak diuji sepenuhnya, Andy Murray untuk menjadi juara.
"Murray merupakan pemain pilihan ramai? Itu sesuatu yang bagus untuk dirinya. Namun begitu, ia tidak banyak dapat membantunya," kata pemain handalan Switzerland itu ketika majlis pengenalan lapan pemain lelaki pada Kejohanan Kooyong Classic.
Kooyong Classic yang akan bermula Isnin ini dianggap sebagai kejohanan persediaan terbaik untuk pemain mempersiapkan diri menghadapi kejuaraan Grand Slam.
Selepas tumpas sebanyak dua kali kepada pemain ternama Scotland itu dalam bulan ini, Federer dilihat tidak mahu memberi peluang kepada pemain keempat terbaik dunia itu mengambil kesempatan ke atas dirinya lagi.
Salah satu daripada kekalahan Federer itu ialah ketika perlawanan persembahan tidak rasmi dan satu lagi ketika separuh akhir Jelajah di Doha.
"Dia (Murray) telah meletakkan dirinya untuk berada dalam kedudukan hebat," ujar juara Grand Slam sebanyak 13 kali itu yang kini mungkin boleh menyamai kejayaan cemerlang Pete Sampras apabila menjuarai kejohanan grand slam sebanyak 14 kali, termasuk gelaran juara di Melbourne.
"Dia telah beraksi dengan sempurna dan menamatkan persaingan tahun lalu dengan keputusan baik. Namun, saya terkejut apabila kaki judi menyatakan dirinya sebagai pemain terbaik untuk memenangi kejohanan.
"Dia tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan Grand Slam. Oleh yang demikian, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila mendengar perkhabaran tersebut," kata Federer.
Murray yang tewas pada perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat kepada Federer empat bulan lalu telah kembali mencapai keputusan terbaik dalam beberapa pertemuan terkini dirinya.
Pemain Scotland itu telah melakukan aksi terbaik ketika menentang empat pesaing utamanya iaitu Rafael Nadal, Federer, Novak Djokovic dan paling terbaru ialah bertemu Andy Roddick pada perlawanan akhir di Doha.
"Andy (Murray) telah menunjukkan persembahan baik sepanjang tahun lalu untuk membolehkan dia mengetuk pintu kejayaan. Dia bermain dengan penuh keyakinan tinggi.
"Namun begitu, memenangi sebarang gelaran Grand Slam adalah sesuatu yang berlainan. Tidak semua pemain mampu untuk melakukannya.
"Rafael (Nadal) dan saya telah banyak merasai kejayaan tersebut. Kebanyakannya tidak diperoleh dengan senang. Namun, begitu, dia mempunyai peluang seperti mana pemain-pemain lain," kata Federer.
- AFP
******************************************************************************************
saya suka fedex... tapi just tak nak dia menang sampai 14 kalii..
bagi chance kat orang lain pula... tak nak surpass pistol pete -
rasanya saya nak sokong murray dan djokovic this time
tapi sokong fedex diam2... kalau dia menang bagus la...
tapi.. sampai final aje... jangan jadi champion -
prestasi dia pun.. tak la impressive mana dah lately -
but then.. semua tu tak leh nak dijadikan ukuran pun - |
|
|
|
|
|
|
| |
|