|
Post Last Edit by bintang at 2-2-2011 13:54
Selangkah demi selangkah dia mengundur diri dan tiba-tiba dia terasa sepasang lengan yang lembut dan berbogel merangkulnya dengan penuh yakin.
Awan di langit ketika itu sedang bergumpal-gumpal. Alam sekeliling bergegar dengan setiap dentuman petir. Angin yang bertiup kencang dengan ganasnya memusnahkan tumbuh-tumbuhan. Seseorang seolah-olah beria-ia benar mahu membinasakan dan mengharu-birukan keadaan. Suatu irama akhir zaman yang lahir dari syurga, dunia dan neraka kelihatan seolah-olah muncul dan menyelimuti semua yang ada di muka bumi ini.
Yang kedengaran hanyalah rungutan apabila hujan mulai turun mencurah-curah diiringi hembusan angin yang kencang. Ia bertiup melewati ladang dan rumah. Tapi hal ini kemudian berubah corak. Bagai sebuah irama asli yang meleret-leret, hujan turun semakin lebat dan tiupan angin semakin reda. Lama-kelamaan yang tinggal hanyalah titisan-titisan hujan yang begitu mengasyikkan.
Tiada siapa yang sedar akan masa yang berlalu. Tidak lama kemudian lelaki itu keluar melalui pintu yang ternganga, terhuyung-hayang merentasi halaman dalam hujan yang mencurah-curah dan menghilang ke dalam sebuah kamar di suatu sudut rumah itu. Zohra mengekorinyake beranda dan tercegat di situ dalam keadaan pakaiannya yang compang-camping. Hujan membasahi badannya hingga kuyup.
Seketika kemudian Haji Kalimullah masuk ke dalam rumah sambil membimbit payung. Dia tercungap-cungap. Zohra terpandang akan suaminya dan menjerit:
"Kenapa abang pergi lama sangat? Takut saya dibuatnya!"
"Apa boleh buat? Sekarang semuanya dah beres." Sambil menyandarkan payung itu di dinding, Haji Kalimullah berkata: "Dia perempuan sundal. Sampai sudah dia enggan mengaku. Tapi aku dah banyak makan garam dan tahu benar kerenah orang sepertinya. Kedua-duanya dibelasah teruk dengan sepatu dan besok akan meninggalkan desa ini untuk selama-lamanya. Dan lihatlah balasan Tuhan! Hujan terus turun!"
"Benar. Pelik, kan?" Dengan kata-kata ini Zohra melangkah turun dari beranda ke pekarangan dalam hujan yang lebat itu. Lenggang-lenggoknya penuh misteri. Tuan Haji menegur dengan cermas, "Apa yang kau buat? Dah gila, ke? Kalau kau basah lewat malam begini kau akan demam nanti!"
"Oh, tidak, saya tak pernah kena selsema." Zohra menghampiri beranda. Sambil menguak rambut basah yang terjuntai di matanya dengan tangan kanannya, dia mendongakkan mukanya yang kelihatan seperti bunga yang sedang mekar, dan mengucap kata-kata melalui bibir yang mengulum senyuman: "Bukankah elok kita kebasahan dalam hujan pertama yang turun pada tahun ini? Pasti hujan ini akan menghasilkan tanaman yang baik!"
*Tamat* |
|
|
|
|
|
|
|
erkkk...tamat dah ke tu ????
bnyaknye yg tsirat dan tsurat yg hendak dpahamkan dlm citer bintang ni kan.....mcm soklan tuk SPM plak
mngasah minda betul ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 juliet80's post
do some hard thinking...:flower: |
|
|
|
|
|
|
|
mendap ke page ni ??? nmpak mcm last posting dari bintang ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
truskan....caiyo...caiyo![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tamattt???
![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
xphm la this story...so sorry bintang...
story u x smpai kat pembaca...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|