apakah sebenarnya RON 92 dan RON97 ni...........serba sedikit /ringkasan pasal mende ni :-
" Ramai mengatakan minyak RON92 adalah minyak lama,hanya sesuai untukkereta lama atau hanya untuk kereta yang menggunakan carb-u-ra-tor. Ada pula mengatakan minyak RON92 akan mengotorkan engine anda dan ada jugayang mengatakan minyak RON92 kurang berkuasa berbanding minyakRON97.Sebelum anda semua membuat tanggapan palsu,kita lihat apa maksudsebenar RON.
RON adalah RESEARCH OCTANE NUMBER dimana octane number ataupunoctane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletupatau dinyalakan di dalam engine anda. Ini bermakna rating yang lebihtinggi iaitu 97 lebih susah untuk dinyalakan atau diletupkan manakalaRON92 adalah lebih senang untuk dinyalakan.
Kenapa wujudnya minyak yang mempunyai rating tinggi?Minyak yangmempunyai RON yang tinggi pada asasnya direka untuk kereta yangberprestasi tinggi seperti kereta sport dan kereta lumba.Ini adalahuntuk mengelakkan letupan pra matang;bermaksud letupan sebelum nyalaanspark plug,juga dikenali sebagai KNOCKING.
Knocking boleh terjadi olehbeberapa sebab iaitu compression engine yang terlalu tinggi,nyalaanspark plug terlalu awal(advance ignition)ataupun campuran angin danminyak yag terlalu panas.Kebanyakan kereta moden dilengkapi denganKnock Sensor dimana ia akan mengesan fenomena knocking dan secaraautomatic akan melambatkan nyalaan spark plug(retard ignition) untukmengelakkan nyalaan pra matang atau knocking.
Tetapi bukan semua kereta memerlukan Octane Rating yangtinggi.Kebanyakan kereta yang berada di jalan sekarang masih lagi bolehmenggunakan minyak RON92. Apa yang perlu anda buat ialah rujuk bukupanduan kereta anda untuk Rating Octane minimum yang boleh dipakai danjuga kereta anda perlu menggunakan minyak unleaded(tanpa plumbum)ataupun leaded(plumbum).
Selain di dalam buku panduan,anda juga boleh melihat stiker Octane Rating minimum di lid penutup minyak anda.