CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: menatang

nenek kebayan tuh baik ker jahat?

[Copy link]
Post time 23-1-2009 10:05 AM | Show all posts
korang ni suke tul memisterikan diri korang sendiri,,, ekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2009 10:39 AM | Show all posts
faktor kemenangan nenek kebayan dlm acara snooker ialah bongkok semulajadinya yg memudahkan utk menonjol & memplacing bola
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 11:14 AM | Show all posts

Reply #1 menatang's post

itu kan mitos je........entah betul entah tidak...........
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 01:53 PM | Show all posts

Reply #23 cybernova's post



memcam la ko neh....

atuk kebayan tak ada ke..?boring aku ashik dengo pasal nenek jek....

tuk kebayannnn...oooooo tuk kebayan....waaah...ganteng gak bunyiknya ya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by menatang at 15-1-2009 10:59 AM
semalam aku tgk citer batu belah batu bertangkup di channel prima..ada sorg watak nenek kebayan yg baik yg tolong jaga melur dan si budak pekan degil x dgr kata tuh..wlopon cite neh mitos tp aku  ...


Penah terpikir tak folklore masyarakat tradisional Melayu sebenarnye menyimpan sebuah kisah ngeri yang penah berlaku suatu masa dulu?

Tengok lagu tradisional yang kite biase nyanyi mase kecik2 dulu....

[size=130%]Nenek, nenek Si Bongkok Tiga,
Siang mengantuk,
Malam berjaga,
Mencari cucu di mana ada,
Nenek nak kahwin dengan anak raja.

Cucu, cucu tak dapat lari,
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang juga nak cari ganti,
Siapa yang kena, dialah jadi...


RK rase lagu nie cam warning yang diajar turun temurun oleh mak2 kite pada anak2 mereka, cucu2 mereka hinggalah ke hari ini....Lagu nie mungkin dulunye dicompose oleh seseorang yang anaknye jadi mangsa nenek kebayan....sebagai peringatan dan pengajaran pada generasi akan datang, dia compose satu lagu supaya anak2 dia dan org lain hati2 dengan Nenek Kebayan....Juz my 2 cents...

P.S: Rase cam nak hantar skrip untuk slot citer Seram TV3 laa...tajuk citer 'Nenek'...lepas Kekasihku Seru dah takde citer best...Puaka Niyang Merapik memang merepek abes!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 07:42 AM | Show all posts

WANITA itu digambarkan sebagai seorang yang sangat tua, bongkok dan mempunyai kulit wajah yang berkedut. Lenggok langkahnya yang dibantu sebatang tongkat kayu nampak tidak gagah.

Dikenali sebagai nenek kebayan, kisah wanita itu telah diperturunkan dari zaman dahulu hingga kini dalam masyarakat Melayu terutamanya dalam Hikayat Malim Deman dan Hikayat Hang Tuah.

Dalam kisah-kisah tersebut wanita itu menunjukkan watak baik. Dia menjadi perantara untuk manusia biasa berhubung dengan puteri kayangan dengan kuasa magis yang dimilikinya.

Dalam versi lain, nenek tua itu digambarkan sebagai seorang wanita yang memiliki rupa paras menakutkan dan gemar menculik kanak-kanak menerusi lirik lagu rakyat, Nenek Si Bongkok Tiga.

Dia juga terkenal sebagai penjaga Puteri Gunung Ledang yang mendiami gunung tersebut yang terletak di Ledang, Johor menerusi cerita-cerita legenda.

“Walaupun banyak versi cerita tentangnya, kewujudan nenek kebayan ini bukan dongeng semata-mata,” jelas seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie.

Ilmu hitam

Nenek kebayan merupakan manusia biasa yang gemar tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman. Dia berbuat demikian kerana gemar menyendiri akibat mengamalkan ilmu hitam untuk memperoleh kuasa.

Dia suka membantu masyarakat kampung dan golongan berkedudukan terutamanya dalam bidang perbidanan dan perubatan. Nenek kebayan dijadikan sebagai penjaga keselamatan sebahagian keluarga raja dan pembesar zaman dahulu.

“Nenek kebayan merupakan seorang bidan, bomoh dan pawang. Namun malangnya dia mengamalkan amalan syirik dalam proses perubatannya.

“Orang zaman dahulukala gemar menggunakan bantuan jin dalam upacara perubatan. Tidak hairanlah kalau nenek kebayan boleh hidup lama biarpun bersendirian di dalam hutan kerana ada makhluk lain yang berdampingan bersamanya,” jelas Shamsuri.

Menurut Shamsuri, biarpun kewujudannya tidak dapat dipastikan, namun ciri-ciri yang digambarkan oleh wanita itu menjelaskan bahawa ia mampu hidup sendirian dan mempunyai kuasa sakti kerana bantuan jin tersebut.

Jika kebanyakan warga emas mengamalkan memakan ulam-ulaman mahupun sumber alam untuk kekal awet muda, berbeza pula dengan nenek kebayan apabila dia gemar memakan daging mentah.

“Nenek kebayan makan begitu banyak kerana berkongsi hidangan dengan makhluk yang mendampinginya. Dia suka makan daging mentah dan darah,” tutur Shamsuri.

Hutan

Jelas Shamsuri, seiring dengan peredaran zaman dan kepercayaan masyarakat pada zaman ini yang lebih berpegang kepada ajaran Islam, kisah nenek kebayan kini sekadar menjadi cerita rakyat.

Namun, jin belaan nenek kebayan masih wujud di hutan kerana di situ tempat makhluk seperti itu berkeliaran.

“Mungkin di kawasan Semenanjung Malaysia nenek kebayan sudah tiada lagi kerana masyarakat hari ini sudah tidak mempercayai amalan seperti itu.

“Tetapi di rantau Nusantara ini mungkin masih ada nenek kebayan yang tinggal di dalam hutan bersama jinnya,” jelas Shamsuri.

Seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi memberitahu bahawa dia pernah ‘ditegur’ makhluk yang menyerupai seorang nenek tua ketika mengikuti program perkhemahan di sebuah kawasan di kepulauan Borneo.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Razali bersama beberapa orang kawannya berkhemah di sebuah kawasan yang berdekatan air terjun yang dilatari oleh hutan tebal.

“Setibanya saya di tempat itu, saya melihat suasananya begitu cantik seperti terpelihara. Ketika terlelap kerana penat selepas memasang khemah, saya terjaga kerana berdepan dengan mimpi aneh.

“Dalam mimpi itu seorang wanita tua yang bongkok dan berwajah hodoh menghampiri saya dan berkata bahawa dia membenarkan kami mandi di kawasan air terjun itu, tetapi kena menjaga tingkah laku.

“Sejurus kemudian saya tersedar. Begitu sukar untuk mengiakan sama ada ia hanya mainan tidur atau benar-benar pesanan yang disampaikan oleh orang tua itu,” ujar pelajar berusia 22 tahun itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2012 01:18 PM | Show all posts
herrmm.. tahanks foe the info..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 09:59 AM | Show all posts
emmm kewujudan nenek kebayan sekarang seolah2 mcm mahkluk halus jer lahhh yerr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 05:42 PM | Show all posts
ha'aa..nenek kebayan kiranya kategori makhluk halus la ek skrg nie..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 07:04 AM | Show all posts
masa kecil aku suka main sorang sorang
dalam dusun arwah nenek aku. sambil
panjat pokok aku cakap nenek aku adalah
syaitan. aku pun tak tau kenapa ayat tu keluar
dari mulut aku. tapi aku cakap ulang kali selama
7  hari.
malam ke 7 aku tejaga.masa tu aku tido mengiring
mengadap dinding. aku nampak biasan cahaya
kuning kat belakang aku. tetiba je bau hamis
macam bau orang tua takmandi bertahun.
aku dengar macam suara nenek tua macam nak
kejutkan aku. tapi masa tu aku takut jadi aku
tak menoleh. aku dapat agak ini adalah nenek
syaitan yang aku panggil kat dusun tu.
nenek tu bunyi hoh hoh kata dia.
aku buat tak tau. akumembatu sampai nenek
tu beredar. dalam hati aku cakap aku tak mau
nenek syaitan. jadi pada yang nak jompa nenek
kebayan tu. sila cuba stail aku ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 04:44 PM | Show all posts
masa kecil aku suka main sorang sorang
dalam dusun arwah nenek aku. sambil
panjat pokok aku cakap ...
shanshero Post at 5-6-2012 07:04
Polong tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 06:59 PM | Show all posts
masa kecil aku suka main sorang sorang
dalam dusun arwah nenek aku. sambil
panjat pokok aku cakap ...
shanshero Post at 5-6-2012 07:04



   nasib bek dia tak tido sekali ngan ko
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 12:57 AM | Show all posts
Polong tu
hantukiller Post at 5-6-2012 16:44



    baru tepikir pasal cahaya tu. serem
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 01:38 AM | Show all posts
Reply 30# shanshero


    apa kes plak ko rasa yg nenek ko tu setan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 07:50 AM | Show all posts
Reply  shanshero


    apa kes plak ko rasa yg nenek ko tu setan?
rainbowgirl Post at 6-6-2012 01:38



   
sebenarnya maksud aku ialah syaitan itu
adalah nenek aku. bukan nenek aku setan.
aku merasa ada dorongan untuk aku berkata
begitu. mungkin dari syaitan itu sendiri.
masa tu aku rasa puas kalau cakap begitu
sambil menikam dan mengelar pokok pisang
dan manggis.
seronok tengok getah dia meleleh. dan air
yang memancut dari pokok pisang
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 08:32 AM | Show all posts

nenek kebayan tuh baik ker jahat?

   
sebenarnya maksud aku ialah syaitan itu
adalah nenek aku. bukan nenek aku setan.
aku me ...
shanshero Post at 5-6-2012 23:50


erk..brutalnye???!


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2012 05:09 PM | Show all posts
Reply 35# shanshero


    agaknya ko kerasukan waktu tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 11:54 AM | Show all posts
JIN > BUNIAN>POLONG>NENEK KEBAYAN>HANTU.....HEHEHEHE

BANGGA LAAAA SI POLONG TUH BILA MANUSIA PANGGIL DIAEKOR TUH "NENEK" ENTAH BILA MASA JADI NENEK PADA MANUSIA ENTAH EKEKEKE.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 11:20 AM | Show all posts
ada lagi ke nenek kebayan di zaman urban ni, tapi rasanya nenek kebayan ni ada di alam bunian kalo x salah lah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 11:26 AM | Show all posts
ada lagi ke nenek kebayan di zaman urban ni, tapi rasanya nenek kebayan ni ada di alam bunian kalo x ...
safieyah1984 Post at 8-6-2012 11:20


avatar tuh bukan diri sebenar kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.073301 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list