CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sagun36

Kisah sedih di Radio Era pg ni

 Close [Copy link]
Post time 21-1-2009 09:18 AM | Show all posts
ooo... ni yg xcden kat puncak alam... terbakar n meninggal, mak n anak mati berpelukan..... sorang  anak dia tercampak keluar n selamat ... dia org nie baru balik jaga n tgk anak dia sorang lagi kat hospital sjmc .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 09:19 AM | Show all posts
kesiannyer......
semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh arwah......
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by awex^returns at 21-1-2009 09:13 AM
aku dengar sket tadi
ada kuar kat metro ari ne
ibu dan anak mati berpelukan
yg sorang cedera tercampak kuar

ada caller tipon tadi
cakap anak dia kenal daniel
kalo tak silap aku daniel ne  ...


cedihnye..al-fatihah utk arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:21 AM | Show all posts
innalillhahiwainahirojiun
takziah pada keluarga mangsa

tapi aku nak tergelak baca komen korang ni
tukang bukak cerita setakat bagi clue je
and yang tukang cerita lagi sekali pulak isi cerita tonggang langgang
kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:22 AM | Show all posts
al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:22 AM | Show all posts

Reply #7 Pak_Jen's post

ini tahap F punya essay laaaa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2009 09:23 AM | Show all posts
Ibu, anak mati berpelukan
Oleh Abdullah Wahab
[email protected]


SHAH ALAM: Menyayat hati apabila dua beranak yang rentung akibat kemalangan tragis ditemui dalam keadaan berpelukan di Jalan Puncak Alam berhampiran Puncak Perdana di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, kereta yang dipandu wanita berusia 30-an terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang dari melawat anaknya yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Subang (SMC) sebelum gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang setakat ini tidak diketahui identiti memandu kereta Kancil ketika kejadian bersama dua lagi anaknya yang berusia sembilan dan empat tahun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal kenderaannya sebelum bertembung dengan sebuah Kelisa yang dinaiki sepasang kekasih.

“Akibat perlanggaran itu, kereta mangsa berpusing beberapa kali sebelum meletup lalu terbakar, namun seorang daripada anak mangsa berusia sembilan tahun tercampak keluar dan terselamat,” katanya.


Bagaimanapun, mangsa yang menetap di Taman Samudera Permai 200 meter dari lokasi kejadian maut bersama seorang lagi anaknya.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong dengan kekuatan tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke tempat kejadian dan memadamkan kebakaran dalam masa kurang tiga minit.

“Mayat mangsa yang rentung selamat dikeluarkan anggota penyelamat kira-kira 30 minit kemudian sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi bedah siasat dan pasangan kekasih terbabit turut mengalami kecederaan,” katanya.


Ni keratan akhbar Metro semalam ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:24 AM | Show all posts
sedih betul bila dgr citer2 kemalangan ni.....al-fatihah utk arwah  by the way....suami dia kt mana ye masa tu? kt hospital ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 09:24 AM | Show all posts
dh tak dgr era....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:24 AM | Show all posts
sian kat anak2 en kamaruzaman....yg kat sjmc...yg 5 bulan kat kg...alahai...berat tul dugaan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:24 AM | Show all posts
ooo... ni yg dlm berita tv9 smlm ni.... ngeri tgk bomba angkat mayat dh rentung

al-Fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:26 AM | Show all posts
daniel tu sapa pulak?

aku rasa bersalah, sbb ni patut thread sedih tapi aku duk sakit perut tahan gelak kat opis
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:26 AM | Show all posts
tapi ni gosip ka??........
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:27 AM | Show all posts
Anak dia yang dirawat di SJMC digilis kat perut oleh van sekolah ... ada pendarahan dalaman ... masa balik lawat anak dia kemalangan tu berlaku ....

Suami pada pompuan ni Engineer kat RAPIDKL Depoh Subang ....  buat suami & keluarga ... Takziah semoga tabah hadapi ujian Allah ...

Al-Fatihah buat ibu & anak ... semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:29 AM | Show all posts
Al-fatihah...semoga roh nye di cucuri rahmat......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2009 09:29 AM | Show all posts
Thanks aweks return.
Mcm tulah cite dia. Aku tambah sikit. Berita pasal accident mak anak berpelukan semalam tu. Ade stori sedih disebaliknya. First anak dia, naik van sekolah lepas tu terjatuh, dan perut dia kena gilis dgn van tu. Lepas tu dpt rawatan kat smjc. Mak pak dia gilir2 jaga daniel ni, mungkin penat ke apa, mak dia tgh drive tu accident, lepas tu ade keta langgar betul2 kat bahagian tangki minyk kte tu meletop. Mak dia dan adik daniel umur 6 thn meninggal. Adik dia yg darjah 4 tu tercampak keluar, skrg kat hospital berlainan dari daniel tu. Daniel ni ade adik adik 6 bulan tapi hantar kat kampung psl nak jaga daniel ni. Si Daniel ni x tahu lagi mak dia dan adik dia meninggal.
Masa Era telepon cik kamaruzaman, bapak dia cakap masih belum bagi tahu tapi dah minta pelepasan dari hospital utk urusan pengkebumian emak dan adik dia. Mungkin dari situ mungkin anak dia, dpt rasa sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by awan_kelabu at 21-1-2009 09:26 AM
daniel tu sapa pulak?

aku rasa bersalah, sbb ni patut thread sedih tapi aku duk sakit perut tahan gelak kat opis



awan,

apsal ko gelak? daniel tu anak arwah yt di rawat kt SJMC tu la....kira anak arwah ni 4 org la, daniel, pehtu yg 9 thn (terselamat), 4 thn yg meninggal dlm kejadian dan juga sorang lagi yg bongsu 5 bulan kt kg.  kira tinggal en. kamaruzaman dan 2 org anak dia je la....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:30 AM | Show all posts
sedih laa..hukhuk..!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:31 AM | Show all posts
takziah kepada en kamaruzaman..
smlm ade jiran pg pengkebumian arwah isteri dia kat Kuala Pilah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by effara at 21-1-2009 09:12 AM


aperhal nih?

citer ler betul2..kasik complete...

aku dengar sinar.fm ler


aku terbukak Era plak pagi tadi selalu tak pernah...ngam2 aku bukak... Pak Nil baru nak tepon Puan Azlin  tu....

aku citer sikit la yer!!!

yang aku dengar kalau salah harap maap la... Puan Azlin ni...(anak dia kawan sekolah dengan Danil Haziq... budak yang accident tu)

Sorang budak nama dia Daniel Haziq naik van sekolah... tah macam mana dia terjatuh... pastu van tu terus terlangar dia..then terkena perut dia, ususnya ada sikit terkeluar... tapi budak tu tak mati..budak tu di bawak ke SJMC...
after that... mak dia plak ...maybe agaknya fikiran tengah berkecamuk...accident plak... pas accident tu..ada satu kenderaan (aku tak sure lori ke kete) terlanggar plak tangki minyak kete tu and terbakar.Anak dia yang darjah 4 tercampak keluar and then mak and ada anak sorang lagi mati rentung terbakar.... dalam keadaan berpelukan (ni ada keluar harian metro semalam)

then Puan Azlin tu cerita la..semalam dia pergi sekolah anaknya tgk cikgu2 kat sekolah tu nangis2..pastu dia tanya kenapa?  after that baru dia tahu citer sebenar....dngan dia2 pun nangis gak kat situ...

pastu P.Azlin bagitau sebenarnya mak budak yang rentung tu ada anak lagi 5 bulan baru hantar kat kampung last week suruh kakak dia yg jaga....

kalau aku citer tak ler sedih...tapi tadi masa aku dengar Era...nangis gak aku...kesian...malang bertimpa2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.464022 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list