CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mycos79

Angkara Longkai...?

[Copy link]
Post time 13-2-2009 01:04 PM | Show all posts
tah pape laaa bomba nihh
takde peralatan khas la pulak katanye :@   :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 03:24 PM | Show all posts
zaman ekonomi yg teruk camnih, mcm2 cara nak cari duit........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2009 04:52 PM | Show all posts

Balas #22 jofizo\ catat

...kira longkai dah berkuasa dan berleluasa....apa tindakan polis dan plus yer... cari rezeki dgn cara haram....hampeh nyer longkai...:@
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 05:48 PM | Show all posts
Longkai=Longkang+Bangkai....:@
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 05:56 PM | Show all posts
naseb baik mat motor tu tak di gilis oleh kereta dari belakang:@

bahyer btol laaa...boleh sebabkan kemalangan maut ni....:@
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 05:57 PM | Show all posts
kalau dapat org yg buat keje ni....seret jer atas tar jalan tu dari port klang ke bukit kayu hitam...

lps tu tuang air garam byk2....:@

kot2 dah tinggal tulang dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2009 09:19 PM | Show all posts

Reply #26 t@t's post

kejam nye ko nih..
alang2 nk seret tuh..
baik seret dier keliling m'sia..
nk sgt wt pedajal kt org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:34 PM | Show all posts
aku betul2x fhm dgn cara manusia kat KL ni nak wat duit.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2009 07:20 AM | Show all posts
pendapat aku.... tak patut buat mcm tu. dan betulke org tu call bomba? bukannye klu call 999 tu ade operator yg tolong jawab dan dia yg akan amik detail dan contact bomba (mcm dlm rescue 911 kt tv tu). patut ade kt malaysia service mcm tu, kita call operator tu yg decide service mane nak pakai.... betul tak??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2009 07:24 AM | Show all posts

Reply #28 bulalof's post

cara yang paling mudah guna cara haram jer dapat duit....kecik2 tak mau kojoi...besau menyusahkan orang ler longkai nie...aku skong benor hukuman berat cam t@t dan rock cadangkan....:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2009 07:47 AM | Show all posts
kasi up....korang hati2 bila time selekoh atau ambil korner.....longkai dok cari mangsa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2009 07:48 AM | Show all posts

KUALA LUMPUR  - Span berisi paku dan besi tajam yang diubahsuai kini menjadi 'perangkap' sindiket perancang kemalangan dengan niat meraih keuntungan atau 'longkai' selain menuang minyak bagi memerangkap mangsa di jalan raya.
      
Taktik berkenaan antara dikesan melalui kajian yang dijalankan selama sembilan tahun oleh sekumpulan penyelidik dan aktivis keselamatan bebas di negara ini.
      
Jurucakapnya, K. Balasupramaniam berkata, 'longkai' berkenaan biasanya meletakkan 'perangkap' di kawasan yang jauh daripada pengawasan pihak berkuasa.
      
"Jika dilihat dengan mata kasar ia t ida k berbahaya kerana kita hanya nampak span, tetapi kalau dilanggar, tayar boleh pancit dan berlaku kemalangan,'' kata beliau yang juga Pengerusi Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia kepada KOSMO! semalam.
      
Jelas Balasupram ani am, pengubahsuaian dilakukan bertujuan untuk mendapatkan impak yang besar selepas kemalangan berlaku dan akhirnya memerlukan bantuan daripada 'longkai' untuk dibawa ke bengkel yang didakwa  bersubahat dengan mereka.
      
"Kadangkala pengguna tidak sedar, perbuatan seperti ini boleh membawa maut kepada pemandu terutamanya penunggang motosikal dan kereta yang dipandu laju. "Apa yang lebih merisaukan, kebanyakan 'barang' tersebut  diletakkan di kawasan berisiko kemalangan seperti di selekoh tajam dan di lorong kanan jalan,'' ujarnya.
      
Antara jalan yang popular dijadikan lokasi kemalangan ialah susur keluar lebuh raya termasuk di sekitar Puchong dan jalan persekutuan di sekitar Sungai Buloh dan Kuala Selangor.
      
Mereka juga katanya, melakukan perbuatan itu jauh dari lokasi yang mempunyai kamera dan plaza tol bagi mengelak dikesan. Jelasnya lagi, walaupun masalah tersebut pernah dipanjangkan ke Majlis Keselamatan Jalan Raya, namun tiada sebarang tindakan diambil untuk menyelesaikannya kerana tiada bukti dan laporan daripada mangsa sendiri.
      
Pihak berkuasa juga katanya, t ida k dapat mendakwa 'longkai' ini kerana tiada undang-undang yang digubal khas untuk menghalang kegiatan mereka. "Apa yang boleh dibuat ialah kesedaran sivik pengguna sendiri untuk terus berhati-hati dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku disamping tidak terpedaya dengan janji-janji m ani s 'longkai','' jelasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2009 03:42 PM | Show all posts
RM3,000 tunda kereta
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]



KUALA LUMPUR: Semakin ramai pemilik bengkel membaiki kenderaan dikesan mengupah samseng trak tunda untuk mencari pelanggan selain beroperasi tidak ubah seperti kongsi gelap yang memiliki kawasan jajahan takluk masing-masing.

Perkara itu didedahkan bekas Presiden Pemilik Bengkel Membaiki Kenderaan Lembah Klang, Datuk Ho Yoon Ping (gambar) yang menyelar sikap segelintir samseng trak tunda yang dikesan menggunakan pelbagai taktik memperdaya mangsa kemalangan sebelum dipaksa membayar caj tunda kenderaan.

Menurutnya, kegiatan itu semakin menjadi-jadi apabila ada antara golongan samseng ini sanggup menggunakan taktik dengan menuangkan minyak hitam pada permukaan jalan atas tujuan khianat.

“Taktik ‘tumpah minyak’ ini tidak ubah seperti jenayah cubaan membunuh kerana kenderaan yang menjadi mangsa biasanya akan tergelincir sebelum terbabit dalam nahas.



  



“Kemalangan yang dirancang ini semakin menjadi-jadi apabila kes seumpama ini kian kerap dilaporkan berlaku. Jika dulu ia hanya terjadi di luar ibu kota seperti Sungai Buloh, Batang Kali dan Rawang tapi kini kes seumpama itu dikesan menular ke ibu kota,” katanya.


Menurutnya, persaingan dalam perniagaan menyebabkan kegiatan samseng trak tunda yang saling berebut pelanggan turut menjadi faktor utama.

“Golongan ini biasanya akan mengugut mangsa kemalangan memberi hak kepada mereka menarik kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan.

“Dalam beberapa kes, golongan ini sanggup bertumbuk sesama sendiri kerana berebut kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan kerana mendakwa kawasan itu dijajah oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata, pekerja trak tunda lain yang menceroboh kawasan jajahan mereka akan dihalau dan diugut supaya beredar jika tidak mahu dipukul.

“Malah, mangsa kemalangan turut tidak mempunyai hak memanggil trak tunda dari syarikat lain berikutan ia dianggap melanggar ‘peraturan’.

“Akibatnya mangsa kemalangan diarah menurunkan tandatangan pada dokumen tertentu sebelum kenderaan mereka ditarik di bengkel yang ditetapkan,” katanya.

Ho berkata, kebanyakan pemilik kenderaan hanya menyedari menjadi mangsa permainan samseng trak tunda ini apabila diarah membayar caj luar biasa bagi khidmat menunda kenderaan.

“Agak mengejutkan apabila ada mangsa diminta membayar RM2,000 hingga RM3,000 bagi kos menunda kenderaan ke bengkel termasuk dipaksa membayar kos menyimpan kenderaan dan membaiki yang disifatkan tidak munasabah.

“Ramai mangsa tidak menyedari mereka sepatutnya hanya membayar tidak lebih RM200 bagi caj menarik kenderaan ke bengkel pada waktu siang atau kira-kira RM400 pada waktu malam,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa terjerat apabila samseng trak tunda ini memaksa mangsa membuat bayaran dengan alasan mangsa menurunkan tandatangan sebelum itu.

“Saya nasihatkan mangsa kemalangan berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor pekerja trak tunda ini. Sebaik-baiknya mereka perlu terlebih dulu memindahkan kenderaan ke lokasi selamat sejurus berlaku kemalangan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 04:34 PM | Show all posts
kesian kt pengguna2 jalanraya
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 05:19 PM | Show all posts
RM3K utk tunda kenderaan...??? Gilosss
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 05:35 PM | Show all posts
kalau minyak nie, memang dah lama mangkuk hayun nie guna.. bayangkan, haku dulu guna tayar 17" yg lebar 215 pong bleh terpusing, inikan pulak kalau tayar kete yg kilang pasang stended yg biasanya dalam 175 atau 185 jer..

span berpaku tu sebenarnyer tak effective, sebab paku tu hanya bleh terbenam kat tayar, tapi radial ply masih kuat. rasanya dalam 2-3 minggu baru effect  rasa angin kurang selagi paku masih terlekat kat tayar. cuma bahaya kat kenderaan yg masih lagi guna tiub. tapi ader ker kete pakai tiub lagi skang nieh??

latest haku kena, sejenis plate paku macam tiub, bila terbenam kat tayar, angin keluar ikut saluran tiub macam paku tu, (paku masih terlekat, tapi sebab tengah-tengah dier berlubang, ala macam straw lar gitu). angin pada tayar kuar immediately. sib baik haku bakai low profile 40 series, jadi tak rasa pong tayar tu flate dan tak effect pemanduan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2009 07:14 PM | Show all posts
36# Fast-N-Furious

abg fast pong kena....
mcm mana lah nak atasi masalah longkai nie....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 07:24 PM | Show all posts
Bila ler agaknya longkai nak pakai gold wing nie??
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 08:11 PM | Show all posts
RM3,000 tunda kereta
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]



KUALA LUMPUR: Semakin ramai pemilik bengkel membaiki kenderaan dikesan mengupah samseng trak tunda untuk mencari pela ...
mycos79 Post at 5-8-2009 03:42 PM


Umang aihhhhhhhhhhhhhh....tow charges sampai RM3000..pe kejadah mahal bangat....sembelih betul...arghhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 08:13 PM | Show all posts
kalau minyak nie, memang dah lama mangkuk hayun nie guna.. bayangkan, haku dulu guna tayar 17" yg lebar 215 pong bleh terpusing, inikan pulak kalau tayar kete yg kilang pasang stended yg biasanya dala ...
Fast-N-Furious Post at 5-8-2009 05:35 PM

wahhhhhhhhhhh...mcm2 mende yg mereka uji bagi pastikan yg kete tu rosak yek....dasat2...mcm mythbuster loa plak....mmg pedajal tul la Longkai2 ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.163469 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list