CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: an2u

Apa pendapat korang tentang bercinta dengan suami orang?

[Copy link]
Post time 23-2-2009 05:22 PM | Show all posts
mintak dijauhkan la..
kalo tunang/bf orang ok lagi kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2009 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 23-2-2009 10:38 AM
mcm nak uji kita org je

saja je nak tanya BRO LEBAM,  laku lagi ke kita nie weh

hehehe... teman bebarih awek2 cun ngisi borang nak bekenalan dgn teman .....
ppprrrfftthhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by Herlina at 23-2-2009 09:34 AM
Betul tu.

Teman dah merasa dan amat terasa... pedihnya tuhan je yg tau.

uishhhhhh... atte... stori  le sikit pengalaman tu kat keme ni yong ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 06:27 PM | Show all posts
nasihat teman......
J A N G A N N N N N N N..

ibarat.. tak ade beban.. batu digalas....

it is all about making choices...
bak lirik lagu Madu dan Racun

Madu di tangan kanan mu
Racun di tangan kiri mu
Aku tak tahu mana yang
Akan kau berikan padaku
..


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by Al Lebam at 23-2-2009 05:37 PM

hehehe... teman bebarih awek2 cun ngisi borang nak bekenalan dgn teman .....
ppprrrfftthhhhhhhh


bang lebam , tah laaa , dulu saya sebelum kahwin , tak pernah tawwww awek ngorat atau berkehendakan saya . Kecuali wife saya sekarang , tu pun jenuh saya ayat giler giler baru la dia berkenan. Tapi tah la , lepas kahwin , macam macam dugaan. Ada yang tetiba offer jadi bini no 2 laaaa (rakan sekerja tempat lama) dan macam macam lagi. Nak kata berharta tak dak laaaaa. Miskin hina saya ni. Tapi ada kawan pernah bilang , lepas kahwin , orang laki ni nampak berseri dan matang. Tu yang depa suka. Allahuallam

P/s saya klu nak pasang lagi satu , memang tak mau , tak sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 06:54 PM | Show all posts
Originally posted by Al Lebam at 23-2-2009 05:39 PM

uishhhhhh... atte... stori  le sikit pengalaman tu kat keme ni yong ....


x berani la Bam.. kat FD sana pun dari dulu lg teman teringin nak minta pendapat dan pandangan tp x terdaya.. sbb teruk2 pangai dia pun... x sampai ati lak teman nak bercerita kat org..

Insya-Allah teman mungkin akan pegi JAWI kot utk sessi kaunseling.

[ Last edited by  Herlina at 23-2-2009 07:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2009 07:01 PM | Show all posts
Originally posted by Herlina at 23-2-2009 06:54 PM


x berani la Bam.. kat FC sana pun dari dulu lg teman teringin nak minta pendapat dan pandangan tp x terdaya.. sbb teruk2 pangai dia pun... x sampai ati lak teman nak bercerita kat org..

In ...


Tumpang simpati

Teman cuma boleh kongsikan  (allahualam)

Dikatakan klu seorang wanita tu dapat melihat ganjaran yang akan diterimanya di syurga bila rela bermadu , boleh kata semua wanita akan merelakan diri dimadu , bahkan mungkin memaksa suaminya kahwin lagi satu.








Tapi

Klu seorang lelaki tu tahu azabnya di neraka jika beliau gagal atau tidak mahu melaksana tugas beliau secara adil setelah kahwin lebih dari satu gerenti beliau tak mungkin berani kahwin lagi satu sekalipun dipaksa isterinya


P/s bukan senang nak berlaku adil tawwww
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 07:29 PM | Show all posts
Originally posted by anti_aktivis at 23-2-2009 07:01 PM


Tumpang simpati

Teman cuma boleh kongsikan  (allahualam)

Dikatakan klu seorang wanita tu dapat melihat ganjaran yang akan diterimanya di syurga bila rela bermadu , boleh kata semua wani ...


Thanks for the advice.. tp kan AA.. teman dah nekad.. kalo dia nak kawin jugak.. mmg teman rela...
teman rela dilepaskan....
Dia xkan mampu berlaku adil so.. biarla teman kurangkan beban dia...
Soal apa yg dia buat kat teman selama ni... teman serah pada Allah saja...biar Dia lebih mengetahui dan Maha Adil.

[ Last edited by  Herlina at 23-2-2009 07:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2009 10:33 PM | Show all posts

Reply #26 anti_aktivis's post

foyooooo..... ini sudah best AA
nasib le teman.. tak ade sape yang minat...
ngajak nak kawen... lagi le jauh......
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 09:01 AM | Show all posts

Reply #23 Al Lebam's post

jawapnya laku lagi kita rupanya ye

idak teman perasaaan pun, sbb  sibuk ngan bebudak

sampai awek kenyit mata pun teman X PERASAN
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 09:10 AM | Show all posts

Reply #26 anti_aktivis's post

fush siap offer lagi jadi 2nd wife, bukan ko menyamar bujang

tulah realiti kehidupan dunia, bnyk cubaan lebih2 lagi udah kawin

masa bujang susah sgt nak dpt,
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by AnBulisia at 23-2-2009 12:19 PM



merkk selalu .....























selalu dengan sape??
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by Al Lebam at 23-2-2009 10:33 PM
foyooooo..... ini sudah best AA
nasib le teman.. tak ade sape yang minat...
ngajak nak kawen... lagi le jauh......


best apa ke benda masalahhhhhhhhhhhhhhhh. Nasib baik saya ni boleh kawal diri , klu dak masalah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 24-2-2009 09:10 AM
fush siap offer lagi jadi 2nd wife, bukan ko menyamar bujang

tulah realiti kehidupan dunia, bnyk cubaan lebih2 lagi udah kawin

masa bujang susah sgt nak dpt,


mana ada aku menyamar bujang time tu. Tah laaaa tapi spt yang ko kata tu lepas kahwin memang dugaan banyak
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 12:05 PM | Show all posts
tapi memang ada orang yg suka laki org
cm opis mate aku ne..
terang2 dia ckp pilihan dia memang laki org..
dh berapa tempat kerja dh dia pindah masalah yg sama bercinta dgn laki org...
sama le kat tempat sekarang ne (opis aku le )tgh hangat bercinta dgn laki org gak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 12:06 PM | Show all posts
tapi kalu perkara cm ne berlaku x leh nk salahkan 1 pihak
memang 2-2 dh gatal...
sbb bukti dh ada depan mata
uhuhuhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2009 03:02 PM | Show all posts

Reply #37 tangkaijering's post

  no komen
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 04:13 PM | Show all posts

Reply #1 an2u's post

Apa pendapat korang tentang bercinta dengan suami orang?

bagi pendapat sikit!


Teman nak tanya mike....

Apa pendapat mike tentang suami mike nanti bercinta dengan perempuan lain??
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 04:44 PM | Show all posts
No komen..... klu komen cara mafia org marah kat haku...klu komen cara skema pon org x puas ati.....

yang pasti islam benarkan lelaki kawen 4 ngan syarat....mampu dan adil....tapi berapa ramai perempuan malaysia yang benarkan lelaki kawin lagi dan melihat poligami dari sudut berbeza..... lelaki pulak...berapa ramai lelaki yang mampu dan boleh berlaku adil jika berkahwin lebih.... dedua pihak ada tanggungjawab memasing dan ada masalah dalam memberi dan menerima....

so...klu boleh elakkan...jgn le cari penyakit.....

[ Last edited by  dewamafia at 24-2-2009 04:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 05:13 PM | Show all posts
10 Sebab Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061608 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list