CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cronicle86

Karamah perang Gaza 22 hari..renungkan lah

[Copy link]
Post time 4-3-2009 07:58 PM | Show all posts
Originally posted by missayeen at 4-3-2009 12:49
haritu aku nampak perarakan bebaskan Palestin yang dijalankan oleh abang2 dan kakak2 secara berkereta..

abang2 bermuka bersih dan kakak2 bertudung labuh...

bila berhenti kat stesen Petronas ...


cerita pasal Lobai2 Sarban & Muslimah bertudong labuh membeli McD & KFC bukan rahsia lagi..kat mulut..cakap boikot, dalam hati laeennn

Alasan sering digunakan adalah anak teringin nak makan..tapi mak bapak tumpang sekaki

Takbirrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 10:48 PM | Show all posts

Reply #14 missayeen's post

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 11:36 PM | Show all posts
sedih baca komen korang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 12:05 AM | Show all posts
kalau aku masih lagi budak skolah menengah asrama penuh..aku percaya bulat bulat shj cerita di atas..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 12:19 AM | Show all posts

Balas #21 silencekiller\ catat

sedih, mcm la pompuan tak bertudung tu mulia sangat
-mempermain2kan hukum tuhan, ni la tanda akhir zaman, org2 mcm kau dan maidee, kalau di zaman omar, dah lama kena pancung dah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 12:50 AM | Show all posts

Reply #25 sekngucing's post

tang mana aku ayat aku menhina hukum tuhan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2009 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by cronicle86 at 4-3-2009 15:24
laporan CNN ke saudara???



lapuran antiwar.com

ni site yg paling anti peperangan, anti bush dan anti pengaruh yahudi di white house...

of course yg dilapurkan pun mungkin tak tepat sebab kenkangan liputan media di kawasan terlibat dan ancaman yahudi terhadap wartawan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 10:36 AM | Show all posts
the fact is Islam kalah di Palestin sebab org Islam tidak bersatu. Kalau boleh dihantar peralatan senjata kepada Hamas baru boleh lawan fair n square. Nak harap guna RPG mana boleh.....Nak antar bekalan makanan ke semenanjung gaza pun disekat oleh Mesir laknat tu...:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2009 01:12 PM | Show all posts
pada aku tak tak mustahill.sebab kita tak tahu keadaan yang berlaku kat sana masa peperangan ni berlaku..yang kita tahu berita yang dah ditapis israel jek..berita hamas mati..orang awam mati brape ramai. tu jekk..yang part israel mati berapa ramai kita tak tahu..Israel tu takkan ngaku..malu la dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 02:00 PM | Show all posts

Reply #1 cronicle86's post

nI bohong ni..tak ada maknanya Isle nak menang macam ni..persediaan dari segi peralatan tak cukup, nak bising macam power. Yes, Allah is Powerful, but bare in mind too that Allah is hard to be convinced.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 03:28 PM | Show all posts

naik bulu roma aku nie...................
insaf aku...............
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 10:23 PM | Show all posts

Balas #17 cronicle86\ catat

setahu aku mati kat jalan raya pun sahid kecil kecuali kau lumba haram
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 11:22 AM | Show all posts
kalau cite ni betul, bagusla...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 06:08 PM | Show all posts
tiada apa yg mustahil..
aku share artikel2 yg berkaitan bantuan dari Allah..
dan tips2 untuk menang dalam peperangan yg tak terfikir dgn akal fikiran yg logik..


Mari kita lihat sejarah Rasulullah dan para Sahabat, selaku manusia yang luar biasa. Dalam peperangan, mereka berperang sebanyak tujuh puluh empat kali. Rasulullah sendiri ikut campur sebanyak dua puluh tujuh kali. Daripada tujuh puluh empat kali berperang, sekali sahaja jumlah tentera umat Islam lebih dari tentera kafir iaitu waktu perang Hunain. Selalunya tentera kafir lebih ramai dan senjata mereka lebih banyak. Tetapi selain dari peperangan Hunain, umat Islam sama ada menang atau menang tidak, kalah pun tidak. Umat Islam tidak kalah. Tetapi pelik, masa perang Hunain, umat Islam kalah. Sebab masa itu mereka sudah cacat dengan Tuhan kerana bergantung kepada jumlah yang ramai.

Waktu peperangan Khandak, musuh 10,000 orang, tentera Islam 3,000 orang. Tuhan tidak benarkan 3000 orang lawan 10,000 orang. Tuhan datangkan tentera bukan manusia iaitu ribut dan petir sehingga tentera musuh lari lintang-pukang. Yang paling jelas adalah waktu perang Badar di mana 313 tentera Islam berhadapan dengan 1,000 tentera musuh. Malaikat turun seramai 3,000. Belum sempat tentera menebas, leher musuh sudah putus. Seolah-olah dalam perang itu, tenaga manusia tidak digunakan langsung. Malaikat yang buat kerja.

Waktu zaman Sahabat pula, ketika pemerintahan Sayidina Umar AlKhattab, berlaku peperangan di antara tentera Islam dan tentera Rom. Berbulan-bulan tidak menang dan tidak kalah. Ketua tentera Islam hantar surat kepada Sayidina Umar. Sayidina Umar pergi melihat. Dia tidak bercakap apa-apa tetapi membaca suasana. Setelah bergaul selama tiga hari dan setelah semuanya dinilai, dia pun panggil tentera Islam seraya berkata, "Saya sudah dapat rahsia kenapa kita tidak menang dan tidak kalah. Pertama, kerana sembahyang tidak lurus saf. Kedua, kerana tidak bersugi." Padahal itu masih luaran. Masih tidak menafikan taqwa. Itupun tersangkut. Bersugi itu fadhilat, benda lahir yang tidak jejaskan taqwa tetapi kerana itupun perang tidak menang dan tidak kalah. Bila dibetulkan itu semua, esoknya mereka pergi perang dan menang.

Dalam satu kisah yang lain, pernah Sayidina Umar menghantar tentera ke Palestin. Ketua tenteranya bernama Sariya. Jarak Palestin ke Madinah sekitar seribu batu. Oleh kerana pemimpinnya bertaqwa, ketua tenteranya juga bertaqwa maka waktu tentera Islam dalam bahaya, Tuhan bantu secara ghaib. Allah lihatkan kepada Sayidina Umar kedudukan tentera Islam yang di dalam bahaya. Di belakang bukit ada tentera musuh hendak menyerang secara mengejut. Bila Sayidina Umar nampak, maka dia buat arahan supaya Sariya naik ke tempat yang tinggi. Sariya tidak nampak musuh tetapi Maha BesarTuhan, Sariya dengar arahan Sayidina Umar dari mimbar masjid Madinah. Tentera Islam pun terselamat dari serangan mengejut. Hasil taqwa, datang bantuan Tuhan yakni Sayidina Umar diperlihatkan manakala Sariya didengarkan.

Contoh ketiga ialah Salehuddin Al Ayubi. Setelah Palestin ditawan oleh umat Islam di bawah Sayidina Umar, ia kemudiannya jatuh ketangan orang kafir selama dua ratus tahun sebelum dirampas semula oleh Salehuddin Al Ayubi. Di medan perang, di tengah malam, Salehuddin bangun melihat khemah tenteranya. Di kebanyakan khemah, tenteranya beribadah malam tetapi ada satu khemah yang tenteranya tidur. Jadi selepas subuh dia berkata, "Saya sudah nampak kemenangan untuk kita. Dengan syarat khemah yang tidak bangun beribadah malam tadi, jangan pergi berperang. Takut terhijab." Maka pergilah tenteranya berperang dan menawan Palestin. Itukan bantuan bersifat ghaib.

Waktu Thariq Ibnu Ziad hendak menawan Sepanyol, waktu ituRasulullah sudah wafat seratus tahun. Diceritakan dalam kitab, waktu hendak menyeberangi Selat Gibraltar, dia nampak Rasulullah yang telah lama wafat di depannya dengan pakaian tentera. Itu membuatkan tentera Islam menang.

Kita hari ini hanya fikir yang lahir sahaja. Tidak fikir yang batin. Sebab itu kita terhina. Bila ada sifat taqwa, Tuhan bantu. Ada Sahabat, bila kehilangan unta, dia tidak kata, "Hai Tuhan, kembalikanlah unta aku."Sebab dia tahu di kelilingnya ada ramai rijalulghaib. Jadi dia berkata, "Hai rijalulghaib, tolong tangkap balik unta aku." Memang dia dapat semula unta itu. Bila ada sifat taqwa, macam-macam makhluk bantu kita. Kenapa tidak dibuat kajian?

url : http://kawansejati.ee.itb.ac.id/10-09-fakta-sejarah


-------------------------------------------------------------------------------------------

kalau kita guna alasan2 di atas pada zaman skang ni, mesti ada yg pikir kita ni maseh kolot..
banyak berangan n percaya dgn benda tahyul.. asik pikir benda yg remeh temeh..
tapi muslim2 yg konon moden ni pun, sampai skang tak menang2 jugak, tak maju2 jugak..
asik kena pijak dgn org kapir dari segala sudut..

jika ada masa, cari ceramah dari ustaz shamsuri haji ahmad -  dajjal batu bercakap...
cerita dari ketua komander pejuang mujahiddin di UIA tentang bantuan Allah ketika serangan udara Rusia..
bantuan Allah sampai ketika segala usaha n harapan telah hilang..
yg tinggal hanya tawakkal yg sebenar2 tawakkal... berserah diri kepada Allah semata-mata..
burung2 mengampu peluru berpandu rusia ke tanah.. satu pun tak meletup..

tapi tu lah.. bantuan Allah sampai dengan syarat..
cuba tengok balik disiplin tentera2 Islam dulu2.. dan juga disiplin PEMIMPIN nya..
kalo setakat maju dengan teknologi senjata termoden, tapi kaki betina n kaki botol.. jgn harap nak menang..

pada yg org2 yg suka merendahkan kisah keajaiban Islam..
aku tak pasti sama ada ko ni betul muslim or org kapir yg menyamar muslim dalam thread ni..
tapi pada semua muslim yg mengaku baca quran.. hayati surah Al-Fil.. hayati kisah burung ababil..
kisah bagaimana kaabah yg cuba di hancurkan oleh tentera bergajah abrahah..
bagaimana penduduk makkah yg beriman, tawakkal bulat2 kepada Allah.. tanpa ada sikit tentangan pun..
dan semua muslim tahu, bagaimana burung ababil menghancurkan tentera bergajah Abrahah..

so kesimpulan nya.. bantuan Allah yg tak terfikir dek akal akan tiba..
tapi dgn syarat.. "prosedur" nya kena betul... baru lah doa dan usaha akan di makbulkan tanpa di sangka..
kesemua makhluk yg ada di bumi dan di langit..  yang nyata atau yg ghaib.. yg bernyawa atau tidak..
kesemua adalah makhlukNya.. dan boleh di perintah mengikut kehendakNya..

[ Last edited by  capiloton at 6-3-2009 18:36 ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 07:31 PM | Show all posts
"Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya."


Aah yang ni aku pernah baca atau dgr dlm news, dia tak meninggal sbb ada alquran kat kocek dia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 02:38 AM | Show all posts
kalo ikut statistic islam yg banyak kena bedal...
nombor2 tu di pertonton utk tunjukkan siapa yg aggressor

so cerita ni cam takde truth
negara tu dah jadi padang jarak padang tekukur lagik ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2009 03:59 AM | Show all posts
Originally posted by capiloton at 6-3-2009 18:08
Kita hari ini hanya fikir yang lahir sahaja. Tidak fikir yang batin.Sebab itu kita terhina. Bila ada sifat taqwa, Tuhan bantu. Ada Sahabat,bila kehilangan unta, dia tidak kata, "Hai Tuhan, kembalikanlah unta aku."Sebab dia tahu di kelilingnya ada ramai rijalulghaib. Jadi dia berkata, "Hai rijalulghaib, tolong tangkap balik unta aku." Memang dia dapat semula unta itu. Bila ada sifat taqwa, macam-macam makhluk bantu kita. Kenapa tidak dibuat kajian?


rijalulghaib tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 11:31 AM | Show all posts
daripada yang sy dengar, hamas yang serang israel dulu, so perang sekarang israel nak self defense jek...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 12:32 PM | Show all posts

Reply #39 basikalgirl's post

dgr kat mane?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 02:25 PM | Show all posts

Balas #40 tak_tahu\ catat

dengar dari berita...
ade kat youtube video yang dikatakan pelancaran roket oleh hamas menyebabkan orang israel terbunuh.. israel bengang dia serang palestin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.205893 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list